Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HENTIKAN BULI DAN SALAH LAKU


SEKSUAL
SK PIASAU KOTA BELUD

PERKARA TEKS CATATAN


KETIBAAN Mengumumkan ketibaan En Hafizan Madin
JEMPUTAN Penolong Pegawai Unit Hal Ehwal Murid , Sektor
Pembangunan Murid PPD Kota Belud.
NYANYIAN Mohon hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
LAGU Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku
NEGARAKU
DAN SABAH
……………………………………………………
TANAH AIRKU
IKRAR Bagi mempamerkan kesungguhan dan kesetiaan kepada
RUKUN negara, dipersilakan adik Dorly Eve Lenin Turagis untuk
NEGARA memimpin lafaz ikrar rukun negara.
………………………………………………….
Hadirin dipersilakan duduk, terima kasih kepada adik Dorly
di atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.
SALUTASI Bismillahirromahnirrohim

Yang Berusaha
En Hafizan Madin
Penolong Pegawai
Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid PPD
Kota Belud

Yang Berusaha
En Asran bin Suin
Guru Besar SK Piasau

Pn Mariati Elmin
Penolong Kanan Pentadbiran SK Piasau

En Samrie Lantukan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Piasau

En Soo Ting Tong


Penolong Kanan Kokurikulum SK Piasau

Barisan guru-guru serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Awan putih Nampak beralun


Hati tertawan bagai terpasung
Tangan ditadah doa dialun
Agar majlis lancar berlangsung.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilankan Ustaz


Muhammad Afiq Hazim bin Jasmi bagi memimpin lafaz
doa . Dipersilakan.
………………………………………………………………
……….
Amin Ya Rabbal Alamin. Moga majlis pada hari ini
mendapat keberkatan dari Allah SWT.
ALUAN Hadirin sekalian,
PENGACARA
MAJLIS Untuk makluman semua, pada hari ini kita amat bertuah
kerana dapat bersama-sama menjayakan pelancaran
Kempen Hentikan Buli dan Salah Laku Seksual Peringkat
SK Piasau Kota Belud. Objektif Program ini adalah untuk
mencegah perbuatan buli dan salah laku seksual dalam
Kalangan murid SK Piasau. Meningkatkan kesedaran murid
tentang kesan-kesan dan akibat kegiatan buli serta salah
laku seksual terhadap diri sendiri dan seterusnya menanam
sikap saying menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin
dalam kalangan murid-murid.

UCAPAN Sayup terdengar sahutan cengkerik


ALUAN GB Di atas ranting sarang kerengga
Tuan di sana tersenyum melirik
Kami menjemput bermadah pujangga

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis menjemput En


Asran bin Suin, Guru Besar SK Piasau untuk
menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.
………………………………………………………………
……..
Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN Datang menyerah jejaka tampan


PERASMIAN Memimpin kota dalam tahanan
Ucapan tuan kami nantikan
Kata azimat penuh pesanan.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha En


Hafizan Madin, Penolong Pegawai
Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid PPD
Kota Belud untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan kempen “Hentikan Buli dan Salah Laku
seksual” Peringkat SK Piasau bagi tahun 2023/2024.

Dipersilakan,
………………………………………………………………
………….
Majlis meminta En Hafizan Madin, untuk kekal berdiri dan
seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar
untuk sama-sama menyempurnakan gimik perasmian pada
hari ini.
…………………………………………………………….
Dengen sempurnanya ucapan perasmian dan gimik sebentar
tadi, maka rasmilah sudah pelancaran kempen “Hentikan
Buli dan Salah Laku seksual” Peringkat SK Piasau bagi
tahun 2023/2024.

PENYAMPAIA Bagi menghargai kesudian En Hafizan bersama dalam


N majlis kita pada pagi ini, Majlis menjemput Tuan Guru
CENDERAHAT Besar bagi menyampaikan cenderahati kepada tuan
I
Perasmi. Dipersilkan En Hafizan untuk menerima
cenderahati daripada pihak sekolah.
…………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada En Hafizan Madian dan En
Asran Suin diatas kesudian menyempurnakan gimik
perasmian dan penyampaian cenderahati sebentar tadi.
PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian cenderahti tadi,
Maka berakhir sudah majlis kita pada pagi ini. Kami di
meja pengacara memohon maaf andai ada terkasar Bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum


WBT.

Anda mungkin juga menyukai