Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Assalamualaikum...WBT

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Yang Berbahagia
En. Rizan bin Aziz
Ketua Pemuda UMNO Parlimen Libaran

Yang Berusaha En Rabbun bin Hj Anggari


Guru Besar SK Tanjong Pisau

Yang dihormati Pen Kanan Pentadbiran


Puan Rahmah binti Aziz

Yang dihormati Pen Kanan Hem


Puan Sitiku Jaimah binti Tuai

Yang dihormati Pen Kanan Kokurikulum


Encik Jamil bin Ibrahim

Yang dialu-alukan Rombongan dari


SK Sapinong
SK PITAS dan SK Pulau Libaran.

IBU BAPA dan penduduk kampung Tanjung Pisau dan Lalasun dan

Peserta-peserta Kem Minda Cerdas yang dikasihi.

Selamat datang ke :

Program Kem Minda Cerdas anjuran bersama oleh 4 buah sekolah iaitu SK Tanjung Pisau, SK Sipinong, SK Pitas dan SK
Pulau Libaran. Untuk program Motivasi yang julung-julung kali diadakan di SK Tanjong Pisau sebagai tuan rumah bagi
tahun 2017.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang
berbahagia ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu ini demi kecemerlangan pendidikan dan
demi kebaikan sekalian pelajar kita. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sanggup berkorban untuk
berada di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad ini dan sanggup menangguhkan segala tugasan untuk bersama-sama
hadir dalam program ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran Ketua Pemuda UMNO pemimpin masyarakat ke sekolah ini.
Terima kasih tuan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibacakan

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Burhanuddian bin Said. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Burhanudin di atas bacaan doa
itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Sekapur sirih tiada berharta,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Rabbun bin Hj Anggari Guru Besar SK Tanjong Pisau
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Rabbun hj Anggari atas ucapan tersebut.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Rizan bin Aziz Ketua Pemuda UMNO Parlimen Libaran
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Kem Minda Cerdas
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati,


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Guru Besar SK Tg Pisau naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,


Majlis menjemput Encik Rizan bin Aziz bagi menerima cenderahati. Dipersilakan.

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK TG Pisau atas kesudian meyampaikan
cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan saya.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian terima kasih.

Teks Pengacaraan Setiap Slot

Terima kasih kepada ____________________________________________

Atas perkongsian ilmu itu tadi.

Diharapkan murid-murid dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan tadi.

Selepas ini, murid- murid akan mengikuti slot yang seterusnya iaitu..

Dijemput _________________________________________ bagi slot _________________

Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai