Anda di halaman 1dari 28

Tarikh:

24 Ogos 2014 (Ahad)




Masa:

10.00 pagi 1.00 petang


Tempat:

Kolej Vokasional Sepang, 43800 Dengkil, Sepang, Selangor
MESYUARAT AGUNG PERTAMA
PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN
VOKASIONAL SEPANG
Ke
Mesyuarat Agung Kali Pertama
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang

Pada 24 Ogos 2014 (Ahad)

Bertempat di Kolej Vokasional Sepang,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor Darul Ehsan

Daripada semua Ahli Jawatankuasa Penaja

Serta

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada :






Kolej Vokasional Sepang
43800 Dengkil, Sepang,
Selangor Darul Ehsan

Atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.


9.00 pagi : Pendaftaran Ahli

10.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

10.05 pagi : Bacaan Doa

10.10 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Presiden Penaja ATVOKS, Yg.
Berusaha Saudara Ahmad Safzwan Samzul Anuar

10.20 pagi : Ucapan Perasmian dari Pengarah Kolej Vokasional Sepang,
Yg. Berbahagia En. Supian Mahmood

10.30 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Pertama ATVOKS
- Ucapan Pengerusi Mesyuarat
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Penubuhan ATVOKS
- Pembentangan Perlembagaan ATVOKS
- Pemilihan dan Perlantikan Jawatankuasa Pertama
ATVOKS Sesi 2014 2017
- Perkara Berbangkit
- Perbahasan Usul (Jika Ada)
- Hal-hal Lain

1.00 petang : Jamuan Tengahari

1.30 petang : Solat Zohor dan Bersurai







Atur Acara Majlis


Presiden : Ahmad Safzwan bin Samzul Anuar

Timb. Presiden I : Osman bin Esa

Timb. Presiden II : Nurul Haninah binti Abd Halim

Setiausaha Agong : Muhammad Hasnan bin Mohd Salim

Naib Setiausaha Agong : Khairil Azman bin Radzali

Bendahari Kehormat : Izzuddin bin Zuraimi

Naib Bendahari Kehormat : Raihan Fathin Binti Mahmood

AJK : Nurul Syuhada Binti Zakaria
: Nazzatyazma Binti Nordin
: Nazatul Azwa Binti Ahmad Nazari
: Mohammad Nazrin Bin Abd Azis
: Wan Fakhrul Syakirin Bin Wan Abd Aziz
: Muhammad Syazwan Bin Mohd Suhaimi
: Al Majid Bin Mohd Zin
: Muhammad Aizat Bin Azed
: Muhammad Alif Afifi Bin Zafri
: Hafiz bin Rasid



Ahli Jawatankuasa Penaja ATVOKS
PENDAHULUAN

Tujuan Pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua semua alumni-alumni
Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menegah Vokasional Sepang serta Kolej Vokasional
Sepang.

Hari ini, Pertubuhan ini adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan
malaysia dan dikenali dengan nama Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang atau
ringkasannya ATVOKS dengan no pendaftaran pertubuhan PPM-018-10-23062014

MATLAMAT PENUBUHAN ATVOKS

1. Menghimpunkan semula bekas pelajar SMT/ SMV Sepang & Kolej Vokasional Sepang
bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu
dalam kerjaya masing-masing.

2. Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan pihak pengurusan
sekolah.

3. Menjalankan akitiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan menjana
pemikiran dan idea yang dirasakan bermanfaat dalam membangunkan dan memantapkan
persatuan.

4. Menjalankan akitiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama alumni dan warga
sekolah/ kolej serta memberi imput tambahan kepada pelajar-pelajar yang masih berada
dalam pengajian mereka.




































































Rujukan Tuan : Rujukan Kami : ATVOKS/AGM/2014/01/01 (1)
Tarikh : 11 JULAI 2014

Kepada :

SEMUA ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK /VOKASIONAL SEPANG

Tuan/Puan/Encik/Cik,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN
VOKASIONAL SEPANG (ATVOKS) KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional
Sepang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama sepertimana butiran
berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi 1.30 petang
Tempat : Kolej Vokasional Sepang

2. Sehubungan dengan itu, barisan Jawatankuasa Penaja ATVOKS dengan penuh
takzimnya menjemput tuan/puan/encik/cik untuk menghadiri mesyuarat ini. Semua
alumni Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional Sepang adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli
dan adalah diharapkan dapat sama-sama hadir pada mesyuarat tersebut. Bagi yang belum
mendaftar sebagai ahli, sila mendaftarkan keahlian anda sebelum mesyuarat tersebut dengan
bayaran RM 60.00, iaitu RM 50.00 untuk yuran pendaftaran dan RM 10.00 untuk yuran
tahunan.

3. Pihak kami berbesar hati sekiranya tuan/puan/encik/cik dapat mengesahkan kehadiran
kepada kami sama ada melalui e-mail : atvoksepang@yahoo.com atau di page rasmi
ATVOKS selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2014 (Jumaat). Kehadiran tuan/puan/encik/cik
adalah amat penting sebagai tanggungjawab kita bersama terhadap ATVOKS.

Kesudian pihak tuan/puan/encik/cik hadir pada mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,






(MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM)
Setiausaha Agong,
Jawatankuasa Penaja,
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang.
PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN VOKASIONAL SEPANG
PPM-018-10-23062014
Kolej Vokasional Sepang, 43800 Dengkil, Sepang,
Selangor Darul Ehsan
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN VOKASIONAL SEPANG

Tarikh : 1 Jun 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Sepang

Kehadiran :

Bil. Nama

1. Ahmad Safzwan bin Samzul Anuar
2. Al Majid Bin Mohd Zin
3. Hafiz bin Rasid
4. Izzuddin bin Zuraimi
5. Khairil Azman bin Radzali
6. Mohammad Nazrin Bin Abd Azis
7. Muhammad Aizat Bin Azed
8. Muhammad Alif Afifi Bin Zafri
9. Muhammad Hasnan bin Mohd Salim
10. Muhammad Syazwan Bin Mohd Suhaimi
11. Nazatul Azwa Binti Ahmad Nazari
12. Nazzatyazma Binti Nordin
13. Nurul Haninah binti Abd Halim
14. Nurul Syuhada Binti Zakaria
15. Osman bin Esa
16. Raihan Fathin Binti Mahmood
17. Wan Fakhrul Syakirin Bin Wan Abd Aziz

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Saudara Ahmad Safzwan bin Samzul Anuar selaku Pengerusi Mesyuarat
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat penubuhan ini.
Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini ialah untuk menubuhkan
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang atau ringkasannya ATVOKS.

2. Persetujuan menubuhkan Persatuan

2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Persatuan Alumni Teknik
dan Vokasional Sepang yang bertujuan untuk menghimpunkan semula semua bekas
pelajar Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Vokasional Sepang & Kolej
Vokasional Sepang.

3. Meluluskan nama Persatuan

3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan persatuan ini dengan nama
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang.

4. Meluluskan alamat tempat urusan dan alamat pos

4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan di alamat
Kolej Vokasional Sepang, 43800 Dengkil, Sepang, Selangor
Darul Ehsan dan alamat pos bagi persatuan ini juga di alamat yang
sama.

5. Meluluskan perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan

5.1 Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan persatuan dan bersetuju dengan
perlembagaan tanpa sebarang pindaan.

6. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja

6.1 Ahli-ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut:

i. Presiden : Ahmad Safzwan bin Samzul Anuar
ii. Timb. Presiden I : Osman bin Esa
iii. Timb. Presiden II : Nurul Haninah binti Abd Halim
iv. Setiausaha Agong : Muhammad Hasnan bin Mohd Salim
v. Naib Setiausaha Agong : Khairil Azman bin Radzali
vi. Bendahari Kehormat : Izzuddin bin Zuraimi
vii. Naib Bendahari Kehormat : Raihan Fathin Binti Mahmood
viii. AJK : Nurul Syuhada Binti Zakaria
: Nazzatyazma Binti Nordin
: Nazatul Azwa Binti Ahmad Nazari
: Mohammad Nazrin Bin Abd Azis
: Wan Fakhrul Syakirin Bin Wan Abd Aziz
: Muhammad Syazwan Bin Mohd Suhaimi
: Al Majid Bin Mohd Zin
: Muhammad Aizat Bin Azed
: Muhammad Alif Afifi Bin Zafri
: Hafiz bin Rasid

6.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan persatuan ini dengan Pendaftar
Pertubuhan Malaysia. Pendaftaran bagi persatuan ini akan diuruskan oleh
jawatankuasa penaja.

7. Ucapan Penangguhan

7.1 Saudara Ahmad Safzwan bin Samzul Anuar selaku Presiden Jawatankuasa Penaja
mengucapkan terima kasih di atas pemilihan beliau sebagai Presiden Penaja dan
menzahirkan menghargaan beliau di atas kesudian para alumni hadir pada mesyuarat
ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.






Disediakan oleh:





(MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM)
Setiausaha Agong,
Jawatankuasa Penaja,
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang

Tarikh : 9 Jun 2014

Disemak oleh:




(AHMAD SAFZWAN BIN SAMZUL ANUAR)
Presiden,
Jawatankuasa Penaja,
Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang

Tarikh : 10 Jun 2014
















Presiden

Timb. Presiden I

Timb. Presiden II

Setiausaha Agong

Bendahari Kehormat

AJK















Pemeriksa Kira-kira
Pemilihan Ahli Jawatankuasa ATVOKS Sesi 2014 2017



FASAL 1 NAMA

1. Persatuan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN VOKASIONAL SEPANG

Selepas ini disebut ATVOKS

2. Takrif Nama : Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Sepang bermaksud persatuan
yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Sepang, Sekolah
Menengah Vokasional Sepang dan Kolej Vokasional Sepang.

3. Bertaraf : Lain-lain

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan persatuan ialah

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG, 43800 DENGKIL, SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG, 43800 DENGKIL, SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Jawatankuasa;

PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN ALUMNI TEKNIK DAN VOKASIONAL SEPANG
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Persatuan terlebih dahulu.

FASAL 3 MATLAMAT

5. Menghimpunkan semula bekas pelajar SMT/ SMV Sepang & Kolej Vokasional Sepang
bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu
dalam kerjaya masing-masing.

6. Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan pihak pengurusan
sekolah.

7. Menjalankan akitiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan menjana
pemikiran dan idea yang dirasakan bermanfaat dalam membangunkan dan memantapkan
persatuan.

8. Menjalankan akitiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama alumni dan warga
sekolah/ kolej serta memberi imput tambahan kepada pelajar-pelajar yang masih berada
dalam pengajian mereka.

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian persatuan adalah seperti berikut;

i. Warganegara Malaysia

ii. Bekas pelajar SMT/SMV Sepang dan Kolej Vokasional Sepang.

iii. Pernah menjadi pelajar SMT/SMV Sepang dan Kolej Vokasional Sepang selama
sekurang-kurangnya satu (1) tahun

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengisi lengkap borang
permohonan ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agong. Jawatankuasa boleh mengikut
budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap permohonan yang dihantar seperti yang tersebut di atas, hendaklah disertakan
sekali dengan bayaran yuran seperti yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah
diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan
bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agong dan menjelaskan segala
hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara
yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.

3. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya.

4. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung
menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan persatuan ini adalah daripada:

1. Yuran Pendaftaran :

RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

2. Yuran Tahunan :

RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu
dalam tempoh dua belas (12) hari dari awal tiap-tiap bulan atau mengikut ketetapan
yang dipersetujui oleh Jawatankuasa

b. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan semasa permohonan ahli.

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan menerima
surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha Agong, dan hilanglah
hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua (2) tahun
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka
berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih
dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang
telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang
mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka
wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran .

3. Sumbangan

Persatuan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata
Tahunan persatuan.

4. Kegiatan Ekonomi

Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya
satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung
bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih
daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi
tidaklah berkuasa meminda perlembagaan persatuan.

3. Mesyuarat Agung Pemilihan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh tiga (3)
tahun daripada tarikh Mesyuarat Agung Pemilihan terakhir pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Pemilihan adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti semasa persatuan;

b. mempertimbangkan laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan semasa yang
telah diaudit;

c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)

d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh satu (1)
tahun daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Pemilihan adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti persatuan pada tahun
lalu;

b. mempertimbangkan laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah
diaudit;

c. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

5. Setiausaha Agong Agong hendaklah menghantar notis tiap-tiap mesyuarat kepada tiap-
tiap ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan

6. Setiausaha Agong Agong juga perlu menyediakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan
minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun
lalu yang telah diaudit untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

7. Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Agong Persatuan.

8. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh
di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

9. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha Agong kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

10. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat
jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
11. Setiausaha Agong hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah
selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih
ahli di dalam Mesyuarat Agung Pemilihan :

a. Seorang Presiden

b. Dua (2) orang Timbalan Presiden

c. Seorang Setiausaha Agong

d. Seorang Bendahari Kehormat

e. Sepuluh (10) orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Penggal pentadbiran setiap Jawatankuasa adalah selama tiga (3) tahun dan Jawatankuasa
baru perlu dipilih bagi mentadbir Persatuan pada penggal seterusnya.

3. Setiausaha Agong dan Bendahari Kehormat dibenarkan melantik Naib bagi jawatan
masing-masing dari kalangan mana-mana ahli Jawatankuasa atau ahli Persatuan setelah
mendapat persetujuan daripada Presiden.

4. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia dan menepati
syarat keahlian Persatuan.

5. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat
Agung Pemilihan.

6. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar
am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih
dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

7. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa empat belas
(14) hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang
ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan
ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan
korum mesyuarat.

8. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agong bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan
Jawatankuasa:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati
melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agong kepada
mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.

9. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-
turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
10. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan
itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Pemilihan diadakan.

11. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agong dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar
menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Persatuan.

12. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

13. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Persatuan seperti sijil
pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklum balas,
buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya
kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah
ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

2. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha Agong hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan
jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen Persatuan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen
kewangan. Setiausaha Agong hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi
maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor
kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-
tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.

4. Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan persatuan
yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

5. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas
yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Persatuan
ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

2. Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah
itu mestilah dalam tempoh tujuh (7) hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama
Persatuan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agong dan Bendahari Kehormat. Walau
bagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti
untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Persatuan semasa ketiadaan mana-
mana penandatangan tersebut.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima
Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu
Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh
Presiden, Setiausaha Agong dan Bendahari Kehormat.

5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit
itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan
untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.

6. Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1
Januari tahun semasa.

FASAL 11 JURUAUDIT/ PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua (2) orang ahli Persatuan yang bukannya pegawai Persatuan hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agung Pemilihan sebagai Juruaudit.

2. Juruaudit/ Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan
Persatuan bagi tahun semasa.

3. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut
untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Persatuan pada bila-bila masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

1. Segala harta tidak alih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala
surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-
olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara
itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan persatuan pada masa itu yang
mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar
Persatuan dan dimeteri dengan meteri Persatuan.

2. Harta tidak alih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa
persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan
perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953
adalah dilarang di permis persatuan.

2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa
kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Persatuan 1966, tidaklah
boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya
dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada persatuan bagi mencapai
matlamat persatuan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan
atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak
menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya
kepada manamana ahli atau pekerja Persatuan.

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Persatuan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan
pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan
oleh Pendaftar Persatuan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat
agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Persatuan dalam
masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.


FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Lambang Persatuan








2. Keterangan Lambang

a. Bulatan bergerigi (sprocket) berwarna merah melambangkan hubungan kerjasama dan
persaudaraan berterusan antara ahli alumni yang merupakan kelahiran sistem
pendidikan teknikal dan vokasional

b. Bumi berwarna biru melambangkan cabaran global yang ditempuhi oleh alumni dalam
kehidupan selepas tamat pengajian

3. Lambang Persatuan tidak boleh digunapakai dalam apa jua urusan kecuali telah mendapat
kebenaran dari pihak Jawatankuasa. Jawatankuasa berhak mengambil tindakan undang-
undang kepada mana-mana pihak yang didapati menggunakan lambang Persatuan tanpa
mendapat kebenaran dari pihak Jawatankuasa.







































CATATAN


CATATAN

Anda mungkin juga menyukai