Anda di halaman 1dari 2

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,


Sg. Manggis, 42700 Banting
Selangor Darul Ehsan

AKU JANJI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Saya, _________________________________________, No. Kad Pengenalan: __________________


dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk
menjadi contoh tauladan yang baik sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah saya.
Saya akan mematuhi semua peraturan, undang-undang atau apa-apa arahan yang terpakai kepada
pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), yang dibuat dari
semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar sekolah. Maka dengan ini saya juga berjanji
bahawa saya, antara lain:

i) menjaga nama baik saya, organisasi saya iaitu Pembimbing Rakan Sebaya, Unit Bimbingan &
Kaunseling serta sekolah sepanjang saya menjadi Pembimbing Rakan Sebaya;

ii) akan sentiasa melaksanakan tugas Pembimbing Rakan Sebaya dengan cermat, bersungguh-
sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

iii) tidak akan membelakangkan tugas Pembimbing Rakan Sebaya demi kepentingan peribadi saya;

iv) sentiasa menjaga etika saya sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah;

v) tidak akan melakukan sebarang kesalahan/ salah laku disiplin yang berat serta boleh
mencemarkan rekod peribadi sebagai sekolah pelajar sekolah;

vi) sentiasa memberikan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang terbaik kepada semua
warga sekolah;

vii) menerima dengan hati terbuka semua teguran, nasihat, dan hukuman tatatertib atas kesalahan
yang telah saya lakukan;

viii) sentiasa menunjukkan prestasi disiplin, sahsiah, akademik dan kepimpinan yang cemerlang dan
mantap di sekolah;

1
Aku Janji Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAR
ix) sentiasa mendapatkan bimbingan dari Guru Penasihat/ Guru Bimbingan & Kaunseling bagi
mendapatkan pandangan & rujukan berkaitan isu-isu yang saya tangani bagi meningkatkan
profesionalisme saya saebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya

x) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai Pembimbing Rakan Sebaya bagi faedah diri
saya sendiri;

xi) mengikuti segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling yang
berkaitan dengan Pembimbing Rakan Sebaya;

xii) menjaga sikap, tingkah laku dan perhubungan sesama rakan lain atau organisasi lain di sekolah;
dan

xiii) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah terhadap organisasi Pembimbing Rakan Sebaya, Unit Bimbingan dan Kaunseling, serta
sekolah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Yang benar,

Tandatangan PRS :
Nama PRS :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

Disaksikan oleh,

Tandatangan Saksi :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

2
Aku Janji Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAR

Anda mungkin juga menyukai