Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL LABUAN SEMESTER 3 2013

BAHASA MELAYU AMT 101


Disediakan oleh: Fedrick Edwin Bin William Ensor 960106-12-6241

Tahun 2. Teknologi Elektronik

Nama Pensyarah: Johnston Bin Yanggor

KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITI

1.0 Tajuk: PERKHEMAHAN PENGAKAP 2013

2.0 PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan Sekali Berpengakap Terus Berpengakap menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap Kolej Vokasional labuan berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia.

3.0 Objektif: 3.1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. 3.2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. 3.3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. 3.4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan. 3.5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa. 3.6. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

4.0 Sasaran: Seramai 80 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa/ penjaga. Seramai 10 orang guru akan mengawasi sepanjang program lawatan ini berjalan.

5.0 Tarikh: 5 sehingga 6 april 2013 6.0 Anggaran Perbelanjaan

Sumber Kewangan 1. Pendaftaran Peserta 2. Sumbangan sekolah RM10.00 x 80 RM200 = = RM800

RM200

======== JUMLAH Anggaran Kos 1. Makan malam/tgh Sarapan pagi Minum petang 2. Sijil dan hadiah 3. Perbelanjaan runcit RM3 x 90 x 2 kali RM2 x 90 x 1 kali = = RM540 RM180 = RM90 RM100 RM90 RM1,000

RM1 x 90 x 1 kali RM1 x 90 RM100 = =

=========== JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000

7.0 Strategi Pelaksanaan


HARI/MASA JUMAAT Pendaftaran 1400 Taklimat perkhemahan AKTIVITI CATATAN Pembahagian Patrol mengikut jantina.

Mendirikan khemah Pembahagian patrol

Solat Asar berjemaah 1645 Perhimpunan Patrol Upacara Naik Bendera 1700 Negaraku Lagu Wilayah Persekutuan Doa Taklimat Kem Komandan AJK Makanan Kuliah bertajuk Tanggungjawab Seorang Ahli pengakap oleh Tn. Hj. Rohaizad bin Mokhtar.

1900

Makan Malam Persiapan diri Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Moral

1920 2100

Tazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa Murni Solat Isyak berjemaah

Kembara Malam 2100 lagu pengakap tepuk pengakap

Selamat Malam KVL 2300

SABTU Persiapan diri Solat Subuh berjemaah 0500 Selamat pagi KVL 0700 0800 - kawad tongkat - lawatan ke tapak perkhemahan Sarapan pagi

Upacara naik bendera Negaraku Wilayah Persekutuan Doa

Base 1

0930 1230

AJK Makanan sila sediakan Ceramah pencegahan kebakaran oleh Bomba minum dan dan Penyelamat, W.P Labuan. makan tengah hari kepada petugas luar. Base 2 Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Base 3 Persatuan Bulan Sabit Merah teknik merawat luka kecil & CPR

Makan tengah hari 1230 Solat Zohor berjemaah

AJK makanan Solat di surau

AKTIVITI

Base 1 : Permainan Kecil 1430 - 1630 Base 2 : Lagu-lagu Pengakap

Setiap stesen dihadkan kepada 20 minit sahaja. Wisel akan dibunyikan untuk Patrol bergerak ke stesen berikutnya.

Base 3 : Simpulan dan Ikatan

Base 4 : Pertolongan Cemas

Base 5 : Kawad Tongkat / statik

Base 6 : Undang-undang Pengakap

Minum petang 1630 1700 Istiadat turun bendera Lipat khemah Khidmat masyarakat Upacara penutup / penyerahan sijil Patrol bertugas

AJK Sijil

BERSURAI 1700

8.0 Penutup Perkhemahan pengakap ini diharapkan akan dapat mencapai objektifnya dan menyuntik semangat murid. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program perkemahan ini. Sokongan idea, material dan moral semua pihak amat dialu-alukan.

Disediakan oleh: __________________ (FEDRICK EDWIN) Setiausaha

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT Kadet Pengakap, Kolej Vokasional Labuan, KM7 Jalan Pohon Batu, 87013 W.P Labuan. Tel Fax : : 087461970 461820 23 Januari 2013

Tarikh :

Tuan/Puan, MESYUARAT AKTIVITI PERKHEMAHAN PENGAKAP Perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti kententuan berikut: Tarikh Masa Tempat : 30 Januari 2013 : 12.30 petang : Bilik Mesyuarat, Kolej Vokasional Labuan

Pengerusi : Mohd Noorisyham Bin Mohd Fauzi 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1. Ucapan pengerusi 3.2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas 3.3. Laporan kewangan 3.4. Laporan aktiviti 3.5. Hal Hal lain 3.6. Ucapan penangguhan Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. Sekian, terima kasih. _______________________ (FEDRICK EDWIN BIN WILLIAM ENSOR) Pengetua kanan, Kolej Vokasional Labuan

MINIT MESYUARAT AKTIVITI PERKHEMAHAN PENGAKAP TAHUN 2013 PERINGKAT KOLEJ KOLEJ VOKASIONAL LABUAN HARI : RABU MASA : 10.00 PAGI TARIKH : 9 Jan 2013 TEMPAT : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN: 24 ORANG

KEHADIRAN 1. Pn. Siti Sarah bt. Abdullah 2. En. Paren Nyawi 3. En. Mohd Noorisyham Bin Mohd Fauzi 4. En. Patrick Tong Hua 5. En. Fedrick Edwin bin william ensor 6. En. Mohd. Idris bin Abu Bakar Atan 7. Pn. Kamisah bt. Husni 8. Cik Erwina Nawi 9. En. Amir Rusdi bin Putra 10. En. Pattani Ram a/l Rajindran 11. En. Shamir Rahman bin Abd. Rahman 12. Pn. Kajol a/l Rukhan 13. Pn. Jessica Dolly Ronny 14. En. Alvianz Jenot 15. En. Maxwell Chung Hing 16. Pn. Norsitah bt. Awang 17. En. Ashaari bin Mat Nor 18. En. Chindran Aman bin Amin 19. En. Hup Seng Lui 20. En. Hasbah bin Mutalib 21. Ustaz Al-Raffi bin Raihan 22. Cik Nelly Tan Cheng Lok 23. En. Keswaran a/l Puthu 24. En. Mohd. Zikri bin Hussein

Bil. Catatan 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 En. Mohd Noorisyham Bin Mohd Fauzi selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan

Tindakan

kehadiran semua ahli jawatankuasa walaupun semua AJK sibuk Untuk makluman dengan tugasan masing-masing. Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat memperkenalkan diri masing mesyuarat diteruskan. 1.2 Menyeru semua AJK supaya memberikan fokus kepada masing sebelum

perlaksanaan projek PIBG dalam masa beberapa bulan ini. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 En. Fedrick Edwin Bin William Ensor selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat jawatankuasa aktiviti perkhemahan. 2.2 Pn. Kamisah bt. Husni mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan disahkan dan En. Paren Nyawi menyokong. 3.0 PENERANGAN TENTANG AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN 3.1 Pn. Siti Sarah bt. Abdullah selaku Guru Penasihat Pergerakan Pengakap memberi keterangan terperinci mengenai Aktiviti Perkhemahan Pengakap Tahun 2013 Peringkat Kolej. 3.2 Butiran maklumat adalah seperti berikut: Setiausaha

Program

: Aktiviti Perkhemahan Pengakap Tahun 2013 Peringkat Kolej

Untuk makluman

Kumpulan Jumlah Peserta Tempat Tarikh

: Tahun 1 & Tahun 2 : 80 orang : Padang kolej vokasional labuan : Jumaat- khamis (5 6 April 2013)

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk dan Pengelola Aktiviti Perkhemahan Pengakap Tahun 2013 Peringkat Kolej yang telah dilantik secara rasmi

adalah seperti berikut:

Penaung : En. Mohd Noorisyham Bin Mohd Fauzi Penasihat : Pn. Siti Sarah bt. Abdullah Pengerusi : En. Paren Nyawi Timb. Pengerusi : En. Patrick Tong Hua Setiausaha : En. Fedrick Edwin Bin William Ensor Bendahari : En. Mohd. Idris bin Abu Bakar Atan

AHLI JAWATANKKUASA KERJA

Biro Aktiviti

: Pn. Kamisah bt. Husni Cik Erwina Nawi

Biro Peralatan

: En. Amir Rusdi bin Putra En. Pattani Ram a/l Rajindran

Biro Keselamatan Rahman

: En. Shamir Rahman bin Abd.

Pn. Kajol a/l Rukhan Biro Makanan dan Minuman : Pn. Jessica Dolly Ronny En. Alvianz Jenot Biro Pengangkutan : En. Maxwell Chung Hing Pn. Norsitah bt. Awang Biro Siaraya : En. Ashaari bin Mat Nor En. Chindran Aman bin Amin Biro Disiplin & Kebersihan : En. Hup Seng Lui En. Hasbah bin Mutalib Biro Kerohanian & Moral : Ustaz Al-Raffi bin Raihan Cik Nelly Tan Cheng Lok Biro Protokol : En. Keswaran a/l Puthu En. Mohd. Zikri bin Hussein

Kepada semua ahli jawatankuasa kerja diarahkan untuk melakukan tugas masing-masing dengan efektif agar program Perkhemahan

Pengakap Tahun 2013 Peringkat Kolej ini berjalan dengan jayanya dan sebarang pertukaran serta pengubahsuaian tarikh,masa dan tempat di atas sebab-sebab tertentu akan dimaklumkan kemudian. 4.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kemudian Untuk makluman

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

______________ (Fedrick Edwin Bin William Ensor) Setiausaha Program Perkhemahan Pengakap Kolej vokasional Labuan

________________ (Mohd Noorisyham Bin Mohd Fauzi) Pengerusi Program Perkhemahan Pengakap, Kolej vokasional Labuan

Anda mungkin juga menyukai