Anda di halaman 1dari 4

USUL POLITIK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI PERSIDANGAN AGUNG

TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR 2017

Assalamulaikum warrah matullah hi wabarakatuhhh

Menginsafi – bahawa hanya kuasa politik yang dapat menjaminkan kesinambungan


pembelaan yang berterusan kepada bangsa Melayu dibumi Malaysia agar bangsa Melayu
akan terus kekal dan bermaruah di tanahairnya dalam mendokong inspirasi Gagasan
1Malaysia yang mana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Inspirasi yang
berlandaskan perlembagaan Negara yang mana hak-hak istimewa Melayu terus
diperjuangkan dan dipertahankan dalam pengubalan setiap dasar-dasar kerajaan.

Menyedari – bahawa scenario politik sekarang ini yang mana suara Melayu bukan
hanya lagi diwakili oleh parti keramat UMNO dan UMNO bukan satu-satunya pilihan
orang Melayu bagi memperjuangkan hak dan nasib mereka walaupun UMNO
merupakan parti utama dalam perikatan yang memegang tampuk pemerintahan Negara
dan UMNO merupakan satu-satunya parti yang hanya boleh dianggotai oleh mereka
yang berbangsa Melayu.

Menyakini – bahawa hanya dengan membela kebajikan dan keharmonian, sikap, tindak-
tanduk, pemikiran dan gerak-kerja sahajalah dapat menyakinkan kembali seluruh umat
Melayu bahawa hanya UMNO lah parti di Malaysia ini yang benar-benar
memperjuangkan hak dan nasib bangsa Melayu. Setiap fikrah itu akan hanya berjaya
apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan ikhlas yang mendalam,
ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk
beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Hanya pada pemuda di kalangan setiap
umat sama ada di zaman dahulu atau sekarang merupakan tiang kebangkitan umatnya.

Tuan, Puan, saudara & saudari perwakilan yang saya hormati sekalian…

PUSAT JUDI HARAM

KEMUNCULAN terlalu banyak pusat judi haram di negara ini mula membimbangkan
masyarakat. Pusat judi yang menjalankan perniagaan judi atas talian misalnya yang
tumbuh umpama cendawan selepas hujan dilihat semakin mengganggu dan -
merosakkan kehidupan. Gejala ini mula merisaukan dan semakin menjadi virus yang
mencetuskan pelbagai masalah sosial dan jenayah dalam kalangan rakyat.
Walaupun jumlah serbuan dan sitaan ke atas premis judi, rampasan barangan dan wang
ringgit serta tangkapan kaki judi meningkat secara mendadak namun apa yang
menyedihkan ialah pada masa sama bilangan rakyat kita yang terjebak dalam masalah
sosial ini juga semakin bertambah. Tambah merisaukan apabila kemudahan teknologi
dan internet mula menjerat golongan remaja dan belia untuk turut bergelumang dalam
kancah kemudaratan ini.

Hakikatnya pada hari ini pusat judi mula menjadi lubuk dan antara penyumbang utama
kepada pelbagai masalah sosial yang merosakkan masyarakat kita. Taktik dan strategi
licik pemilik premis yang menyediakan pelbagai kemudahan turut menjadi daya tarikan
utama dan terus meningkatkan bilangan kaki judi dalam masyarakat. Misalnya, ada
premis yang sanggup menawarkan perkhidmatan berurut, makan, sauna dan tidur
secara percuma dengan syarat pelanggan berjudi dalam tempoh lebih 24 jam.
Penawaran pakej serba lengkap ini mula menjadi trend yang cukup merisaukan.

Malah dilaporkan mesin judi juga semakin canggih dan lebih interaktif bagi melalaikan
kaki judi untuk terus bermain judi dan itu belum lagi termasuk dengan tawaran
kemenangan berlipat kali ganda hingga mencecah ribuan ringgit dengan modal
serendah RM50 yang sekali gus menyebabkan kaki judi terus hanyut dengan impian
untuk menjadi kaya. Mengikut rekod dianggarkan setiap kaki judi sanggup dan boleh
menghabiskan RM200 hingga RM50,000 sehari. Mereka ini terdiri daripada golongan
dalam lingkungan umur seawal 12 hingga 80 tahun.

Secara umumnya, permainan judi dalam talian misalnya boleh membuat kita leka dan -
percayalah judi tidak pernah menjanjikan kekayaan seperti yang mereka harapkan
namun sikap mudah percaya dan tamak untuk menjadi cepat kaya dengan jalan pintas
menyebabkan rakyat kita mudah terdorong untuk mencuba nasib dan akhirnya ramai
yang merana.

Antaranya, ada yang sanggup meminjam dari ceti haram ataupun ah long untuk bermain
judi, ada yang sanggup menggadai barang kemas mahupun harta benda yang lain dan
lebih teruk lagi ada yang sanggup mencuri atau meragut untuk melepaskan hajat
masing-masing. Ini jelas merosakkan dan memudaratkan masyarakat kita dari pelbagai
aspek.

Kesan dan akibat daripada pengaruh judi juga dilihat semakin merisaukan. Misalnya,
ada yang sanggup mencederakan ahli keluarga yang menegur, menghalang atau tidak
mahu beri duit yang diperlukan semata-mata untuk meneruskan tabiat bermain judi,
malah baru-baru ini didedahkan ada yang sanggup menjual isteri untuk melangsaikan
hutang yang dipinjam untuk berjudi.

Dalam pada itu penglibatan golongan remaja dan belia juga cukup membimbangkan ma-
syarakat. Hal ini kerana mereka yang sepatutnya fokus kepada pelajaran dan pekerjaan
untuk membina masa depan mula hanyut dengan gejala tidak sihat ini sehingga leka dan
lalai. Ini adalah satu kerugian yang cukup besar kepada masyarakat dan juga negara
secara keseluruhannya. Justeru, kita tidak boleh membiarkan kegiatan judi ini
memudaratkan negara dan kaki judi pula terus merosakkan dan menghancurkan
masyarakat.
Dalam hal ini timbul persoalan kenapa walaupun serbuan demi serbuan dibuat secara
berterusan namun premis judi tetap tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan? Malah
premis yang pernah diserbu dan disita juga dikatakan berani beroperasi semula dan ada
premis yang diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa tetapi terus degil dan beroperasi
lagi. Apakah ini menunjukkan mereka terlalu kebal untuk diambil tindakan, mempunyai
rangkaian perhubungan dan perniagaan yang terlalu besar dan kuat sehingga sukar
untuk dibanteras atau hukuman kita masih tidak setimpal dan menakutkan mereka?

Justeru kita harap jika ada sebarang isu ketirisan atau integriti dalam soal ini
membabitkan pihak penguat kuasa diharap ia dapat ditangani segera supaya usaha dan
inisiatif untuk membanteras kegiatan judi ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan.

Pihak berkuasa perlu melihat isu ini lebih serius dengan strategi jangka panjang yang
lebih berkesan. Perlu ada kerjasama strategik yang jitu antara polis dan juga pihak
berkuasa tempatan (PBT) serta agensi lain agar segala perancangan dan operasi dapat
dilaksanakan dengan baik. Betul dalam keadaan teknologi yang serba canggih ini
adakalanya memang terlalu sukar untuk mengenal pasti dan menyerbu premis yang
menawarkan perkhidmatan judi atas talian namun itu tidak boleh dijadikan alasan.

Perubahan modus operandi pengusaha judi misalnya dari kedai ke rumah dan
sebagainya sewajarnya mematangkan kita juga untuk mempelbagaikan kaedah dan
strategi modus operandi serbuan dan tangkapan agar terus menekan mereka dari segala
sudut supaya menutup dan menghentikan operasi mereka.

Dalam pada itu, penulis juga percaya peningkatan premis yang menawarkan perniagaan
dan perkhidmatan perjudian ini turut berpunca daripada anggota masyarakat itu
sendiri. Formula mudah adalah mana mungkin ada penawaran tanpa permintaan.

Jadi peningkatan bilangan pusat judi secara prinsipnya berpunca daripada peningkatan
bilangan kaki judi yang terus menagih peluang untuk cepat kaya dengan jalan pintas.
Jadi diharapkan masyarakat juga dapat memainkan peranan penting supaya dapat
menyekat penularan gejala ini dalam keluarga masing-masing agar tidak terus
merosakkan keluarga dan juga masyarakat.

Cukup-cukuplah segala kerosakan dan kemudaratan yang dibawa oleh pusat judi dan
juga kaki judi dalam masyarakat ini. Kita tidak mahu isu seperti ini terus menghantui
rakyat dengan tambahan pelbagai masalah sosial lain. Sama-samalah kita bertekad
untuk membanteras aktiviti judi haram ini dari akar umbi lagi.
Saudara – saudara perwakilan, Maka mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Kuala Selangor yang bersidang hari ini mengambil iltizam dengan sebulat
suara untuk:

1. Mendesak Majlis Tertinggi Parti memberikan perhatian penuh kepada perkara


tersebut untuk dibincangkan di peringkat kabinet bagi menggubal undang-undang yang
lebih ketat dan hukuman yang berat ke atas kesalahan menjalankan perniagaan judi
terbuka ini.

2. Majlis Tertinggi Parti wajib mendesak kerajaan memberi tekanan kepada jabatan
dan agensi yang bertangungjawab untuk menjalankan tugas dengan telus dan
berintegriti bagi mebanteras aktiviti ini seterusnya membawa pihak yang bersalah ke
muka pengadilan.

3. Mendesak Majlis Tertinggi Parti memperhalusi permasalahan ini dan menjadikan


UMNO sebagai juara melindungi kebajikan dan keharmonian rakyat terutamanya
bangsa Melayu agar tidak terus lena dengan hiburan yang merosakkan ini.

Akhir kata sebelum saya mengakhir perbahasan usul politik Pemuda UMNO Bahagian
Kuala Selangor ini Izinkan saya membaca serangkap pantun untuk memberikan
semangat kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian yang berada didalam dewan
keramat ini....

Mulakan amal dengan niat


Pastikan niat kita ikhlas
walaupun terasa amat berat dan penat
Ingat! Usaha kita pasti dibalas.....!!!!

Wa billa hi taufik wal hidayah, wasalam mualaikum warah matullahi wa Baraka tuhh.

Anda mungkin juga menyukai