Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim......... Yang dihormati sdr Pengerusi Tetap persidangan, Yang berusaha Sdr Zaidi bin Abd.

Majid Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, yang dihormati Sdr Mohd Musa bin Khatiran N. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bah. Ledang, Barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bah. Ledang, Ketua-ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan serta para perwakilan yang dirahmati Allah sekalian Saya Wira bin Pairan Ketua pergerakan Umno Cawangan Kg Baru bukit Katil akan membentangkan usul pendidikan dari cawangan saya. Usul Pendidikan Pembangunan dan kemajuan negara pada hari ini adalah hasil dari kebijaksanaan dan perancangan rapi yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menjadikan negara ini maju dan makmur. Bagi memastikan usaha ini dapat berterusan sudah pasti pembangunan modal insan yang berteraskan pendidikan dan ilmu pengetahuan perlu dilaksanakan secara efektif dan berkesan. Falsafah Pendidkan Negara ada menyatakan bahawasanya perkembangan seseorang individu itu harus dinilai dari semua aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Dunia pendidikan kini telah jauh berubah mengikut peredaran zaman jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Anakanak pada masa kini dilihat semakin bijak dan pandai. Namun adakah kecemerlangan ini akan dapat kita kekalkan . Sistem Pendidikan negara kita dewasa ini jika dilihat seolah-olah telah menjadikan anak-anak sebagai satu eksperimen atau uji kaji dalam menentukan dasar-dasar baru yang ingin diperkenalkan. Pihak kerajaan seharusnya mengambilkira perkara-perkara penting selaras dengan situasi semasa dalam usaha menjadikan pendidikan di negara ini diiktiraf dan bertaraf dunia. Sebarang perubahan dasar pendidikan yang ingin dilaksanakan perlu dikaji sedalam-dalamnya dengan melihat kesan di masa hadapan ditakuti nanti yang di kejar tak dapat yang dikendong keciciran. Menyedari : Pendidikan merupakan aset yang penting kepada negara dan yang perlu ada kepada kita semua, justeru mengapakah Sistem pendidikan di negara kita seringkali berubah-ubah sehingga menyebabkan berlakunya penggubalan semula beberapa dasar sedia ada dan melaksanakan pula beberapa dasar yang baru. Sebagai contoh kita lihat pengajaran PPSMI yang kini telah dimansuhkan atas desakan banyak pihak yang tidak berpuas hati yang terbaru KBSR telah di tukar kepada KSSR bermula di tahun 1 , begitu juga dengan sistem penilaian dalam pendidikan di negara kita sepert UPSR, PMR , SPM dan sebagainya setiap tahun ada sahaja perubahan dasar yang akan dilakukan.

Sehubungan dengan itu, pergerakan pemuda UMNO yang bersidang pada hari ini menggesa agar beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh kerajaan bagi meletakkan dunia pendidikan di negara ini ke tahap yang lebih tinggi. Langkah-langkah yang dicadangkan.

i.

ii.

iii.

Pihak kerajaan perlu mengadakan rundingan antara golongan pendidik dengan pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian tinggi dalam memperkenal dan menentukan dasar-dasar yang baru agar ia lebih konsisten serta mampu memuaskan hati kepada semua pihak. Pihak kerajaan seharusnya melihat kesan yang akan berlaku di masa hadapan setiap kali perubahan dasar yang ingin dilasanakan dengan mengambil kira aspek kewangan serta kesediaan guru dan murid agar segala perancangan yang dilakukan tidak dianggap membazirkan masa dan wang ringgit. Pihak kerajaan perlu bertegas dalam mempertahankan setiap dasar yang ingin dilaksanakan agar ia tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya dasar yang mahu dilaksanakan itu benar-benar baik.

Sekian cadangan usul saya....... Usul Banjir. Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2011 yang lalu hampir keseluruhan Daerah di Negeri Johor dan beberapa buah di negeri lain telah dilanda banjir besar. Pada masa itu tiada siapa yang dapat menduga bahawa Negeri Johor akan menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri di pantai timur yang kerap mengalami masalah banjir pada setiap tahun. Bezanya Negeri Johor menerima dugaan ini setelah kira-kira lebih 30 tahun tidak mengalaminya. Menyedari : Perubahan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini Telah menyebabkan beberapa fenomena dan permasalahan dimuka Bumi seperti kejadian Banjir. Gempa bumi, tsunami dan sebagainya sudah pasti ianya telah mengakibatkan kesan buruk kepada landskap dan ekonomi sesebuah negara yang mengalaminya. Bencana banjir besar yang melanda di Negeri Johor pada tahun 2006 dan 2011 yang lalu masih segar dalam ingatan kita semua yang mana ianya telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.

Sehubungan dengan itu, pergerakan pemuda UMNO yang bersidang pada hari ini menggesa agar beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah ini. i. ii. iii. Kerja-kerja pembersihan di sungai dan parit perlu dilakukan secara berjadual dan berkala. Projek-projek tebatan banjir yang telah dilakukan sebelum ini perlu diteruskan dengan menumpukan kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Jabatan meteorologi serta jabatan yang berkaitan perlu memaklumkan dengan segera sebarang kemungkinan besar berlaku banjir.

Anda mungkin juga menyukai