Anda di halaman 1dari 3

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU BERHAD

ATURAN–ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

1 (i) Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan–Aturan Tabung Kebajikan Am Koperasi


Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad”.

(ii) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi ini dan dikuatkuasakan
selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.

2. Di dalam aturan ini melainkan jika konteks mengkehendaki makna yang lain;

‘anggota’ ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru Berhad mengikut peraturan dan Undang-undang Kecil;

‘aturan-aturan’ ertinya aturan-aturan bagi Koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan kepadanya dari
semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung;

‘jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ etinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga Koperasi ini
bagi mengendalikan pentadbiran Tabung ini mengikut Undang-undang Kecil;

‘koperasi’ atau ‘koperasi ini’ ertinya Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad;

‘lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-undang Kecil;

‘pinjamam’ ertinya pinjaman kepada anggota daripada Tabung ini;

‘tabung atau ‘tabung ini’ ertinya Tabung Kebajikan Am Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru Berhad;

‘Undang-undang Kecil’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru Berhad;

‘sekolah’ ertinya Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor;

3. Tujuan Tabung Kebajikan Am ini diwujudkan ialah untuk mana-mana perkara seperti berikut:

(i) Membantu masalah kewangan anggota;

(ii) Memberi pinjaman kewangan kepada anggota bagi membayar cukai jalan kenderaan anggota;

(iii) Memberi pinjaman kewangan kepada anggota bagi membeli komputer peribadi;
(iv) Memberi pinjaman kewangan kepada anggota bagi membayar yuran pengajian/peperiksaan
tanggungan anggota;

(v) Memberi pinjaman kewangan kepada anggota bagi menguruskan majlis perkahwinan.

4. Kewangan bagi Tabung ini adalah dipeolehi dari mana-mana sumber seperti berikut;

(i) Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih daripada10% dari
baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Tabung ini
sepertimana yang diperuntukan di bawah Undang-undang Kecil.

(ii) Derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan bukan anggota.

5. (i) Tabung Kebajikan Am Koperasi ini hendaklah ditadbir oleh jawatankuasa kecil yang

dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil;

(ii) Jumlah jawatankuasa kecil Tabung ini hendaklah seramai tidak kurang daripada tiga (3)
anggota yang dilantik oleh Lembaga.

6. Tahun kewangan Tabung Kebajikan Am Koperasi ini hendaklah bermula pada 1hb September dan
berakhir pada 31hb Ogos tiap-tiap tahun.

7. (i) Anggota-anggota Koperasi yang sah adalah layak untuk memohon pinjaman dari Tabung ini;

(ii) Anggota-anggota Koperasi yang telah disahkan jawatan sahaja yang layak untuk memohon
pinjaman dari Tabung ini;

(iii) Di dalam keadaan di mana suami dan isteri menjadi anggota koperasi ini, hanya salah seorang

yang layak untuk memohon pinjaman daripada Tabung ini melainkan dirinya sendiri;

(iv) Anggota-anggota tidak boleh menuntut sumbangan daripada Tabung ini sebagai haknya.

8. (i) Semua permohonan untuk mendapatkan pinjaman dari Tabung ini hendaklah dibuat di dalam
borang yang disediakan oleh jawatankuasa;

(ii) Permohonan pinjaman dari Tabung ini hendaklah disertakan dengan seorang penjamin dari
kalangan anggota Koperasi;

9. Kadar pinjaman kepada anggota-anggota adalah mengikut kadar yang diputuskan oleh jawantankuasa.

10. (i) Borang-borang permohonan hendaklah disemak oleh jawatankuasa;

(ii) Jawatankuasa hendaklah memperakukan setiap permohonan kepada Lembaga.


11. (i) Semua pembayaran hendaklah dibuat secepat mungkin selepas diluluskan di dalam

mesyuarat Lembaga;

(ii) Pembayaran ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Koperasi.

12. (i) Anggota-anggota yang telah diluluskan pinjaman, hendaklah mengisi borang penolakan gaji;

(ii) Anggota-anggota yang telah diluluskan pinjaman, hendaklah menglangsaikan pinjaman dalam
masa dua belas (12) bulan dari tarikh pinjaman diluluskan.

(iii) Baki pulangan balik pinjaman akan dibayar oleh penjamin jika Anggota-anggota yang
meminjam didapati berhenti atau menghilangkan diri.

(iv) jika peminjam meninggal dunia, baki pinjaman hendaklah dilangsaikan oleh waris.

13. (i) Jika keadaan Tabung ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka Lembaga hendaklah
menggantungkan aktiviti Tabung ini sehingga kewangan itu dapat dipulihkan;

(ii) Anggota-anggota hendaklah diberi notis mengenai penggantungan atau pemulihan Tabung ini.

14. Akaun Tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Koperasi.

15. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan kepada anggota-anggota di dalam Mesyuarat Agung
mengenai kegiatan Tabung Kebajikan Am Koperasi ini serta membuat cadangan-cadangan bagi
memajukannya.

16. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham mengenai Tabung ini, maka pertikaian ini bolehlah dirujuk
kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Aturan-aturan ini telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 31hb Januari

2019.

Anda mungkin juga menyukai