Anda di halaman 1dari 3

ATURAN-ATURAN TABUNG AKTIVITI

ATURAN-ATURAN TABUNG AKTIVITI

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT BERHAD BERHAD

1. (i) Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan-Aturan Tabung Aktiviti Koperasi


Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat Berhad Berhad”.

(ii) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.

2. Di dalam aturan ini melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang


lain ;

‘anggota’ ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Maktab


Rendah Sains MARA Batu Pahat Berhad mengikut peraturan dan Undang-
Undang Kecil;

‘aturan-aturan’ ertinya aturan-aturan bagi Koperasi ini termasuklah pindaan-


pindaan kepadanya dari semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam
Mesyuarat Agung;

‘jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh


Lembaga Koperasi ini bagi mengedalikan pentadbiran Tabung ini mengikut
Undang-Undang Kecil;

‘koperasi’ atau ‘koperasi ini’ ertinya Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Batu
Pahat Berhad;

1
ATURAN-ATURAN TABUNG AKTIVITI

‘lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-
Undang Kecil;

‘sumbangan’ ertinya sumbangan kepada anggota daripada Tabung ini;

‘sekolah’ ertinya Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat;

‘tabung’ atau ‘tabung ini’ ertinya Tabung Aktiviti Koperasi Maktab Rendah Sains
MARA Batu Pahat Berhad;

‘Undang-Undang Kecil’ ertinya Undang-Undang Kecil Koperasi Maktab Rendah


Sains MARA Batu Pahat Berhad;

3. Tujuan Tabung Aktiviti ini diwujudkan ialah untuk mana-mana perkara seperti
berikut;

(i) Memberi sumbangan khas kepada aktiviti keusahawanan,kerohanian dan


pembentukan kemenjadian pelajar atau kem- kem motivasi / kepimpinan pelajar
sekolah ini;

(ii) Membiayai kos yang bertujuan memupuk semangat kerjasama dan perpaduan
antara anggota koperasi.

(iii) Membantu membiayai kos kajian tindakan dan kajian penyelidikan yang
membawa kepada kemajuan koperasi dan anggotanya.

(iv) Memberikan sumbangan am aktiviti yang difikirkan perlu oleh


jawatankuasa kecil.

2
ATURAN-ATURAN TABUNG AKTIVITI

4. Kewangan bagi tabung ini adalah diperolehi dari mana-mana sumber seperti
berikut;

(i) Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih
daripada 10% dari baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun
dipindahkan kepada Tabung ini sepertimana yang diperuntukkan di bawah Undang-
Undag Kecil;

(ii) Derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan bukan anggota.

5. (i) Tabung aktiviti Koperasi ini hendaklah ditabir oleh jawatankuasa kecil yang
dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil.

(ii) Jumlah jawatankuasa kecil Tabung ini hendaklah seramai tidak kurang
daripada (3) anggota yang dilantik oleh Lembaga.

6. Tabung kewangan Tabung aktiviti Koperasi ini hendaklah bermula pada 1 Januari
dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

7. (i) Jika keadan Tabung ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka
Lembaga hendaklah menggantung aktiviti Tabung ini sehingga kewangan itu dapat
dipulihkan;

(ii) Anggota-anggota hendaklah diberi notis mengenai penggantungan atau


pemulihan Tabung itu.

8. Akaun Tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Koperasi.

9. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan kepada anggota-anggota di dalam


Mesyuarat Agung mengenai kegiatan Tabung aktiviti Koperasi ini serta membuat
cadangan bagi memajukannya.

10. Jika berbangkit sebarang persilisihan fahan mengenai Tabung ini, maka
pertikaian ini bolehlah dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Aturan-aturan baru ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad,Johor
Kali Ke-16 pada 23 April 2018.

Anda mungkin juga menyukai