Anda di halaman 1dari 3

ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT BERHAD

1. (i) Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan-Aturan Tabung Kebajikan Am Koperasi


Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat Berhad Berhad”.

(ii) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.

2. Di dalam aturan ini melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain ;

‘anggota’ ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Maktab Rendah Sains
MARA Batu Pahat Berhad mengikut peraturan dan Undang-Undang Kecil;

‘aturan-aturan’ ertinya aturan-aturan bagi Koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan


kepadanya dari semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung;

‘jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga
Koperasi ini bagi mengedalikan pentadbiran Tabung ini mengikut Undang-Undang Kecil;

‘koperasi’ atau ‘koperasi ini’ ertinya Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat
Berhad;

‘lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-Undang Kecil;

1
ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

‘sumbangan’ ertinya sumbangan kepada anggota daripada Tabung ini;

‘sekolah’ ertinya Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat;

‘tabung’ atau ‘tabung ini’ ertinya Tabung Kebajikan Am Koperasi Maktab Rendah Sains
MARA Batu Pahat Berhad;

‘Undang-Undang Kecil’ ertinya Undang-Undang Kecil Koperasi Maktab Rendah Sains MARA
Batu Pahat Berhad;

3. Tujuan Tabung Kebajikan Am ini diwujudkan ialah untuk mana-mana perkara seperti berikut;

3.1. Menampung kos pengebumian kematian ahli keluarga anggota dan staf
(Suami/isteri/anak sahaja) sebanyak RM 300.00
3.2. Membantu biayai kos rawatan perubatan klinik/hospital bagi anggota dan staf yang
sakit sebanyak RM 200.00
3.3. Membantu biayai kos pemulihan rumah kediaman yang rosak dilanda ribut dan banjir
sebanyak RM 200.00
3.4. Menambahbaik kemudahan pembelajaran yang sedia ada
3.5. Membiayai kos penyelenggaraan dan mencantikkan bangunan-bangunan yang sedia
ada di sekolah.
3.6. Membeli peralatan pembelajaran dan pengajaran yang diperlukan oleh pelajar dan
guru.
3.7. Memberikan sumbangan am kebajikan yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa kecil.

4. Kewangan bagi tabung ini adalah diperolehi dari mana-mana sumber seperti berikut;

(i) Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih daripada 10%
dari baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Tabung ini
sepertimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undag Kecil;

(ii) Derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan bukan anggota.

2
ATURAN-ATURAN TABUNG KEBAJIKAN AM

5. (i) Tabung Kebajikan Am Koperasi ini hendaklah ditabir oleh jawatankuasa kecil yang dilantik oleh
Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil.

(ii) Jumlah jawatankuasa kecil Tabung ini hendaklah seramai tidak kurang daripada (3) anggota
yang dilantik oleh Lembaga.

6. Tabung kewangan Tabung Kebajikan Am Koperasi ini hendaklah bermula pada 1 Januari dan
berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

7. (i) Jika keadan Tabung ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka Lembaga hendaklah
menggantung aktiviti Tabung ini sehingga kewangan itu dapat dipulihkan;

(ii) Anggota-anggota hendaklah diberi notis mengenai penggantungan atau pemulihan Tabung
itu.

8. Akaun Tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Koperasi.

9. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan kepada anggota-anggota di dalam Mesyuarat


Agung mengenai kegiatan Tabung kebajikan Koperasi ini serta membuat cadangan bagi
memajukannya.

10. Jika berbangkit sebarang persilisihan fahan mengenai Tabung ini, maka pertikaian ini bolehlah
dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Aturan-aturan baru ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad,Johor Kali Ke-16 pada 23 April 2018.

Anda mungkin juga menyukai