Anda di halaman 1dari 3

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU BERHAD

ATURAN–ATURAN TABUNG AKADEMIK

1(i) Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan–Aturan Tabung Akademik Sekolah Koperasi Sekolah
Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad”.

(ii) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas
persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.

2. Di dalam aturan ini melainkan jika konteks mengkehendaki makna yang lain;

‘anggota’ ertinya seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru Berhad mengikut peraturan dan Undang-undang Kecil;

‘aturan-aturan’ ertinya aturan-aturan bagi Koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan kepadanya dari
semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung;

‘jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ etinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga Koperasi ini
bagi mengendalikan pentadbiran Tabung ini mengikut Undang-undang Kecil;

‘koperasi’ atau ‘koperasi ini’ ertinya Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad;

‘lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-undang Kecil;

‘sumbangan’ ertinya sumbangan kepada anggota daripada Tabung ini;

‘tabung atau ‘tabung ini’ ertinya Tabung Akademik Sekolah Koperasi Sekolah Menengah Islam
Hidayah Johor Bahru Berhad;

‘Undang-undang Kecil’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru Berhad;

‘sekolah’ ertinya Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor;

3. Tujuan Tabung Akademik Sekolah ini diwujudkan ialah untuk mana-mana perkara seperti berikut:

(i) Memberi wang tunai kepada anggota-anggota yang memperolehi pencapaian akademik yang
cemerlang (mengikut ketetapan semasa) dalam peperiksaan PT3, SPPIM dan SPM;

(ii) Memberi wang tunai kepada anggota yang mendapat anugerah peningkatan prestasi;

(iii) Memberi elaun mengajar kepada anggota guru/pelajar yang mengajar pelajar-pelajar lemah
dalam pembelajaran(mengikut ketetapan semasa);
(iv) Perkara (i) hanya boleh dituntut sekiranya anggota tersebut menyerahkan salinan keputusan
peperiksaan SPM/SSPPIM/PT3;

4. Kewangan bagi Tabung ini adalah dipeolehi dari mana-mana sumber seperti berikut;

(i) Keputusan Mesyuarat Agung Koperasi yang memutuskan supaya tidak lebih daripada10% dari
baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Tabung ini
sepertimana yang diperuntukan di bawah Undang-undang Kecil.

(ii) Derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan bukan anggota.

5. (i) Tabung Akademik Koperasi ini hendaklah ditadbir oleh jawatankuasa kecil yang

dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil;

(ii) Jumlah jawatankuasa kecil Tabung ini hendaklah seramai tidak kurang daripada tiga (3)
anggota yang dilantik oleh Lembaga.

6. Tahun kewangan Tabung Akademik Koperasi ini hendaklah bermula pada 1hb September dan berakhir
pada 31hb Ogos tiap-tiap tahun.

7. (i) Anggota-anggota koperasi ini yang sah adalah layak untuk memohon sumbangan daripada
Tabung ini;

(ii) Anggota-anggota tidak boleh menuntut sumbangan daripada Tabung ini sebagai haknya.

8. (i) Semua permohonan untuk mendapatkan sumbangan dari Tabung ini hendaklah dibuat di dalam
borang yang disediakan oleh jawatankuasa;

9. Kadar sumbangan kepada anggota-anggota adalah mengikut kadar yang diputuskan oleh jawantankuasa.

10. (i) Borang-borang permohonan hendaklah disemak oleh jawatankuasa;

(ii) Jawatankuasa hendaklah memperakukan setiap permohonan kepada Lembaga.

11. (i) Semua pembayaran hendaklah dibuat secepat mungkin selepas diluluskan di dalam

mesyuarat Lembaga;

(ii) Pembayaran ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Koperasi.

12. (i) Jika keadaan Tabung ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka Lembaga hendaklah
menggantungkan aktiviti Tabung ini sehingga kewangan itu dapat dipulihkan;

(ii) Anggota-anggota hendaklah diberi notis mengenai penggantungan atau pemulihan Tabung ini.
13. Akaun Tabung ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun Koperasi.

14. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan kepada anggota-anggota di dalam Mesyuarat Agung
mengenai kegiatan Tabung Pembangunan Sekolah Koperasi ini serta membuat cadangan-cadangan bagi
memajukannya.

15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham mengenai Tabung ini, maka pertikaian ini bolehlah dirujuk
kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Aturan-aturan ini telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 31hb Januai
2019

Anda mungkin juga menyukai