Anda di halaman 1dari 13

BAB 4 KOPERASI

PENGENALAN KEPADA KOPERASI

Definisi

Perkataan koperasi wujud daripada gabungan dua perkataan iaitu co dan operative yang bererti
“bersama” dan “bekerja”. Pencantuman kedua-duanya bererti bekerjasama. Koperasi ialah
sekumpulan orang yang mengurus kegiatan ekonomi dengan cara tolong menolong, bergotong royong
atau bekerja bersama-sama demi untuk meningkatkan kepentingan ahli-ahlinya.

Jenis Koperasi

Koperasi Asas Koperasi Menengah Koperasi Atasan


Koperasi yang anggota- Beberapa koperasi asas boleh Koperasi yang terdiri daripada
anggotanya terdiri daripada bergabung menubuhkan koperasi-koperasi menengah
individu-individu sahaja. koperasi menengah untuk atau beberapa koperasi
memudahkan operasi menengah dan koperasi asas.
koperasi-koperasi sedemikian.

Keanggotaan sesebuah Penubuhannya memerlukan Sekurang-kurangnya dua


koperasi mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi menengah dan
sekurang-kurangnya 50 orang koperasi asas. merupakan satu koperasi
ahli. induk.
Contoh: Koperasi Sekolah Contoh: Koperasi Felda Contoh: ANGKASA

Aktiviti Koperasi

Antara aktiviti koperasi:

i) Koperasi serbaguna ( bagi kepentingan ahli sahaja) vii) Koperasi perindustrian


ii) Koperasi pengguna (berbentuk perniagaan) viii) Koperasi penternakan
iii) Koperasi pinjam-meminjam ix) Koperasi perumahan
iv) Koperasi pengangkutan x) Koperasi pembangunan tanah
v) Koperasi perikanan xi) Koperasi sekolah
vi) Koperasi pertanian

Prinsip-prinsip Koperasi

Prinsip pertama: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka


Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna
perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggung jawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina,
lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

Prinsip kedua: Kawalan Demokrasi oleh Anggota


Page 1 of 13
Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di
dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan.Di dalam koperasi asas, anggotanya
mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain
disusun secara demokrasi.

Prinsip Ketiga: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota

Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara
demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu.
Pada umumnya anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima
pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan
berikut: memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab sebahagian daripadanya tidak boleh
diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan
koperasi itu, dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.

Prinsip keempat: Autonomi dan kebebasan

Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu
membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber
luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi
itu dikekalkan.

Prinsip kelima: Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta
kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan
koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepad aremaja dan
pemimpin masyarakat.

Prinsip keenam: Bekerjasama di antara Koperasi

Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan
Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional,
serantau dan antarabangsa.

Prinsip ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat

Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-
dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

Hak Ahli

Seksyen 30(1) Akta Koperasi 1993 – Tiada anggota atau perwakilan anggota-anggota mana-mana
koperasi boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam perjalanan hal-ehwal koperasi itu, dan dalam
hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus. Selain itu, setiap ahli koperasi
tidak dibenarkan memegang saham melebihi 1/5 daripada jumlah saham berdaftar.

Sumber Dana Koperasi


Page 2 of 13
Seksyen 50 Akta Koperasi 1993

Wang sesuatu koperasi boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a) Yuran/Fi masuk


(b) Saham-saham yang dilanggani dan dibayar oleh anggota.

Modal Saham Modal Caruman


Bagi semua koperasi yang dicarum Sumbangan ahli jika koperasi ialah koperasi
oleh ahli jika aktiviti koperasi selain pinjam-meminjam
pinjam-meminjam

Bayaran sekali sahaja Bayaran yuran modal

(c) Yuran
(d) Simpanan Khas daripada anggota-anggota
(e) Deposit atau Pinjaman daripada anggota dan dengan kelulusan daripada Suruhanjaya
(f) Lebihan yang dibawa ke Akaun Rizab
(g) Derma dan pemberian

Pelaburan yang boleh dibuat oleh Koperasi

Seksyen 54 Akta Koperasi 1993. Sesuatu koperasi boleh melaburkan wang lebihannya dalam

(a) Mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, Bank Negara atau mana-mana
sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya
(b) Syer mana-mana koperasi lain
(c) Simpanan Tetap
(d) Bon-bon kerajaan pusat atau kerajaan negeri
(e) Modal saham atau debentur mana-mana bank atau syarikat dengan kelulusan Ketua Pendaftar
(f) Belian tanah atau bangunan dengan kebenaran Ketua Pendaftar

Keuntungan Modal dan Cara Penggunaannya

Seksyen 55 Akta Koperasi 1993. Sesuatu koperasi hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun Rizab
Modalnya segala keuntungan modal yang diperolehi daripada:

(a) Penjualan tanah atau bangunan atau kedua-duanya sebagai asset tetap.
(b) Penilaian semula tanah atau bangunan atau kedua-duanya sebagai asset tetap dengan kelulusan
Suruhanjaya

Keuntungan modal yang dinyatakann diatas, boleh digunakan oleh koperasi itu bagi semua atau mana-
mana maksud yang berikut:

(a) Penerbitan saham bonus Saham bonus boleh diberikan kepada ahli jika koperasi mendapat
keuntungan daripada penjualan asset koperasi yang terdiri daripada tanah, bangunan atau
penilaian semula tanah dan bangunan. Jika penerbitan saham bonus disebabkan penilaian

Page 3 of 13
semula sebarang asset tetap yang dimiliki koperasi, perlu mendapat kebenaran daripada Ketua
pendaftar Koperasi bagi membuat penilaian semula.

(b) Penghapusan kira kerugian terkumpul

(c) Penghapusan kira kerugian modal

(d) Pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus

Perbezaan antara Koperasi dengan Syarikat

Dimensi Syarikat Koperasi


Objektif Memaksimumkan keuntungan Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli

Perhubungan Ahlinya adalah pelabur yang Ahlinya menyumbangkan modal untuk


menyumbang modal untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
mendapatkan pulangan, tidak koperasi; berperanan sebagai pelanggan.
terlibat dengan aktiviti syarikat

Hak Ahli Bergantung kepada jumlah syer Setiap ahli mempunyai hak yang sama,
yang dipegang; hak mengundi iaitu satu undi, tidak kira berapa banyak
bergantung kepada jumlah syer syer yang dipegang.

Pembayaran Dividen diagihkan bergantung Kadar dividen yang boleh dibayar


Dividen kepada kadar yang disytiharkan ditetapkan kepada 10% kecuali koperasi
oleh Lembaga Pengarah pinjam-meminjam 6%.

PEREKODAN

1. Pada asasnya, setiap koperasi dikehendaki menyimpan dan menguruskan buku-buku dan rekod
perakaunan sekurang-kurangnya seperti berikut:
a) Bukut Tunai dan Buku Tunai Runcit
b) Buku Lejar Am
c) Daftar Modal Yuran/Saham
d) Daftar pertaruhan ahli
e) Daftar pinjaman ahli-ahli
f) Daftar ahli
2. Buku-buku diatas perlulah disimpan dan diuruskan dengan lengkap dan dikemaskini sepanjang
masa.
3. Koperasi menggunakan sistem catatan bergu.

PENYEDIAN PENYATA KEWANGAN

Page 4 of 13
Penyata Pendapatan

Sama seperti format milikan tunggal dan syarikat

Penyata Pembahagian Keuntungan

Seksyen 57 Akta Koperasi 1993

Pengagihan untung bersih teraudit.

(1) Tiap-tiap koperasi hendaklah:-


(a) Menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab Berkanun(12%)
(b) Sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun,
selepas peruntukan yang wajar telah dibuat bagi pencukaian, memindahkan kepada Kumpulan
Wang Rizab Berkanun daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun
(i) Suatu jumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada 25% daripada
untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Berkanun itu
kurang daripada 15% daripada syer dan yurannya
(ii) Suatu jumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada 15% daripada
untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Berkanun itu
adalah 15% tetapi kurang daripada 100% daripada syer dan yurannya.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi hendaklah, daripada untung bersih terauditnya
bagi setiap tahun kewangan, sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen membayar sekian jumlah
wang yang ditentukan oleh Suruhanjaya kepada:-
(a) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (2%)
(b) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (1%) bagi mana-mana koperasi menengah
atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan
koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

(5) Tertakluk kepada subseksyen (7), suatu koperasi boleh, selepas bayaran-bayaran yang dinyatakan
dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan
bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut;
(a) Pembayaran potongan kerana langganan/rebet jualan
(b) Pembayaran dividen, atas syer dan yuran anggota koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh
arahan atau garis panduan
(c) Pembayaran honorarium
(d) Pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat

Format Penyata Pembahagian Keuntungan

Page 5 of 13
Koperasi ABC Berhad
Penyata Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 20XX

Untung bersih XX

(-) Pembahagian Berkanun


Kumpulan Wang Rizab berkanun (x% atas keuntungan bersih) XX
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (x% atas keuntungan bersih) XX
ANGKASA (x% atas keuntungan bersih) XX XX
A
(-) Pembahagian Lain
Dividen Modal Saham (x% atas nilai modal saham) XX
Dividen Modal Yuran (x% atas nilai modal yuran) XX
Honorarium/ Bayaran Kehormat (x% atas A) XX
Rebet Jualan (x% atas nilai jualan) XX
Tabung Kebajikan (x% atas A) XX XX
XX
(-) Peruntukan Cukai tahun semasa XX
(+) Untung terkumpul awal XX
Untung terkumpul akhir XXX

Kunci Kira-Kira

Format Kunci Kira-kira

Koperasi ABC Berhad


Kunci Kira-kira pada 31 Disember 20XX

Aset Tetap
Bangunan XX
Kenderaan XX
(-) Peruntukan susutnilai XX XX

Kelengkapan XX
(-) Peruntukan susutnilai XX XX

Aset Semasa
Stok Akhir XX
Penghutang XX
(-)Peruntukan hutang ragu XX XX
Bank XX
Belanja terdahulu XX
Hasil terakru XX
XXX
Liabiliti Semasa
Pemiutang XX
Belanja terakru XX
Page 6 of 13
Hasil terdahulu XX
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi XX
ANGKASA XX
Dividen Modal Saham XX
Dividen Modal Yuran XX
Honorarium/ Bayaran Kehormat XX
Rebet Jualan XX XXX
Modal Kerja XXX
XXX
Kumpulan Wang Anggota dan Rizab
Modal Saham XX
Modal Yuran XX
Untung Terkumpul akhir XX
Kumpulan Wang Rizab berkanun XX
Tabung Kebajikan XX
XXX

Contoh Soalan

Berikut merupakan petikan bagi Koperasi Perusahaan Serbaguna Berhad pada 31 Disember 2011.

RM RM
Modal saham 32 500
Rizab berkanun 4 800
Rizab pendidikan 3 750
Untung terkumpul 11 250
Pemiutang sewa beli kenderaan 4 800
Bangunan 39 290
Kenderaan (kos RM10 000) 8 000
Kelengkapan (kos RM5 000) 3 500
Stok pada 1 Jan 2011 3 260
Belian 24 150
Jualan 49 350
Alatulis dan cetakan 120
Belanja latihan kakitangan 780
Belanja mesyuarat 270
Kadarbayaran 860
Pemiutang 6 360
Penghutang 9 510
Bank 22 960
Belanja pentadbiran 110
Maklumat tambahan:

(a) Stok pada 31 Disember 2011 bernilai RM4 850


(b) Belanja yang masih belum dibayar terdiri daripada kadarbayaran berjumlah RM90 dan belanja
pentadbiran berjumlah RM60.
Page 7 of 13
(c) Kelengkapan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos.
(d) Kenderaan dibeli pada 1 Januari 2009. Kenderaan dijangka mempunyai usia guna selama 10 tahun.
Kenderaan dibeli pada kos RM10 000 dan deposit belian kenderaan dibayar RM2 000. Kadar
faedah dikenakan 10% setahun selama 5 tahun. Ansuran bulanan RM200. Tiada rekod bagi
urusniaga ini.
(e) Lembaga Pengarah membuat cadangan berikut:-
i. Agihan ke Rizab Berkanun 13%
ii. Agihan ke Rizab Pendidikan 2%
iii. Caruman ke Angkasa 1%
iv. Dividen modal saham dicadang 10%
v. Ribet jualan dicadang 5%
vi. Saguhati

Dikehendaki sediakan:
i. Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
ii. Penyata Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
iii. Kunci kira-kira pada 31 Disember 2011
Contoh Penyelesaian:

Koperasi Perusahaan Serbaguna Berhad


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011

Jualan 49 350
Stok awal 3 260
Belian 24 150
27 410
(-) Stok akhir 4 850
Kos Jualan 22 560
Untung Kasar 26 790
Belanja susutnilai kenderaan 1 000
Belanja susutnilai kelengkapan 500
Cetakan dan alatulis 120
Belanja latihan kakitangan 780
Belanja mesyuarat 270
Kadarbayaran 950
Belanja Pentadbiran 170
Faedah sewabeli 800 4 590
Untung Bersih 22 200

Koperasi Perusahaan Serbaguna Berhad


Penyata Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011

Untung bersih 22 200

(-) Pembahagian Berkanun


Page 8 of 13
Rizab berkanun (13% X 22 200) 2 886
Rizab pendidikan (2% X 22 200) 444
ANGKASA (1% X 22 200) 222 3 552
18 648
(-)Pembahagian Lain
Dividen Modal Saham (10% X 32 500) 3 250
Rebet Jualan ( 5% X 49 350) 2 468
Saguhati:
Pengerusi 500
Setiausaha 300
Bendahari 200 6 718
11 930
Untung terkumpul awal 11 250
Untung terkumpul akhir 23 180

Koperasi Perusahaan Serbaguna Berhad


Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2011

Aset Tetap
Bangunan 39 290
Kenderaan 10 000
(3 000) 7 000
Kelengkapan 5 000
(-)Peruntukan Susutnilai (4000) 3 000

Aset Semasa
Stok Akhir 4 850
Penghutang 9 510
Bank 20 560 34 920

Liabiliti Semasa
Pemiutang 6 360
Pemiutang sewabeli 3 200
Dividen 3 250
Rebet Jualan 2 468
Belanja Pentadbiran terakru 60
Kadarbayaran terakru 90
ANGKASA 222
Saguhati:
Pengerusi 500
Setiausaha 300
Bendahari 200 16 650
MODAL KERJA 18 270
67 560
Kumpulan Wang Anggota dan Rizab
Modal Saham 32 500

Kumpulan Wang Rizab

Page 9 of 13
Rizab Berkanun 7 686
Rizab Pendidikan 4 194

Untung Terkumpul akhir 23 180


67 560

Latihan Pengukuhan

Soalan 1

Baki yang terdapat dalam buku Koperasi Seri Simpul Berhad pada 31 Disember 2011 ditunjukkan seperti yang
berikut.

DEBIT KREDIT
RM RM
Air dan Elektrik 690
Alatulis 460
Bangunan Koperasi 40 990
Bank 12 280
Belanja Am 140
Belanja Mesyuarat 130
Cukai Tanah 240
Derma
Elaun pekerja 360
Faedah Pertaruhan Ahli 100
Faedah Simpanan Tetap 300
Insurans 550
Modal Saham 24 000
Pemiutang 4 920
Penghutang 7 250
Peralatan 7 000
Peruntukan susutnilai peralatan 2 100
Pos dan Setem 370
Rizab berkanun 6 290
Rizab pendidikan 780
Simpanan Tetap 6 000
Untung Kasar 32 490
Untung Terkumpul pada 1 Januari 2011 5 620
Wang pertaruhan ahli 2 500
Yuran masuk 300
Stok pada 31 Disember 2011 4 600

Page 10 of 13
Maklumat tambahan

(1) Peralatan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos.


(2) Belanja am terakru ialah RM30.
(3) Insurans bayar dahulu ialah RM120.
(4) Jualan dalam tahun 2002 berjumlah RM64 175.
(5) Sebahagian daripada untung koperasi diperuntukkan seperti yang berikut:
i. Sebanyak 13% dipindahkan kepada rizab berkanun.
ii. Sebanyak 2% dipindahkan kepada rizab pendidikan.
iii. Sebanyak 1% disumbangkan kepada ANGKASA.
(6) Dividen sebanyak 10% dicadangkan.
(7) Rebat sebanyak 8% dicadangkan.
(8) Elaun sebanyak RM390 dicadangkan untuk Lembaga Pengarah.

Dikehendaki:

a) Sediakan, bagi Koperasi Seri Simpul Berhad,


(i) Akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
(ii) Akaun pengasingan untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
(iii) Kunci kira-kira pada 31 Disember 2011
b) Nyatakan perbezaan antara modal saham dengan modal caruman.
c) Jelaskan peraturan-peraturan khusus yang berkaitan dengan perakaunan untuk koperasi.

Soalan 2

Imbangan duga berikut diambil daripada rekod Koperasi Taman Melor Berhad bagi tahun kewangan berakhir
30 Jun 2012.

DEBIT KREDIT
RM RM
Bangunan 141 700
Perabot 137 700
Kenderaan 739 000
Peruntukan susutnilai
Bangunan 66 280
Perabot 52 420
Kenderaan 362 300
Pelaburan saham tak tersenarai 4 000
Penghutang dagangan 2 170 000
Penghutang dan deposit lain 45 200
Skim pinjaman ahli 715 500
Simpanan tetap 215 000
Tunai runcit 1 200
Tunai di bank 1 066 500
Pemiutang dagangan 2 437 900
Pemiutang dan akaun lain 174 740
Page 11 of 13
Modal saham ahli 104 000
Modal yuran ahli 200 000
Kumpulan Wang Penebusan Saham 148 900
Rizab Modal 600
Keuntungan terkumpul 754 810
Kumpulan Wang Rizab Berkanun 312 500
Tabung Kebajikan 76 400
Jualan 10 103 800
Belian 7 406 500
Stok Awal 1 864 310
Yuran Perkhidmatan skim pinjaman 26 500
Komisen diterima 30 500
Faedah bank 12 100
Pendapatan daripada perniagaan usaha sama 7 800
Pendapatan sewa 65 000
Pelbagai pendapatan 9 700
Belanja operasi 411 440
Elaun Lembaga Pengarah 28 200 _________
14 946 250 14 946 250

Maklumat tambahan

1) Stok perniagaan pada 30 Jun 2012 berjumlah RM2 674 200.


2) Belanja operasi yang belum dijelaskan pada 30 Jun 2012,
Yuran juruaudit RM9 800
Caruman kepada KWSP RM2 500
Sewa Kedai RM1 500
3) Belanja utiliti terlebih bayar RM3 700.
4) Belanja susutnilai diperuntukkan pada kadar berikut:
Bangunan 2%
Perabot 10%
Kenderaan 20%
5) Peruntukan untuk pembahagian berkanun adalah pada kadar berikut:
Kumpulan Wang Rizab berkanun 12%
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi 2%
Kumpulan Wang Pembangunan Koperasi 1%
6) Selepas ditolak pembahagian berkanun di atas, koperasi juga memperuntukkan:
Kumpulan Wang Penebusan Saham 1%
Honorarium 4%
Zakat perniagaan 2.5%
Tabung Kebajikan 5%
7) Lembaga Pengarah koperasi juga mencadangkan dividen sebanyak 12% daripada modal saham ahli
dan modal yuran ahli
8) Berdasarkan penghitungan yang dibuat oleh perunding cukai, koperasi perlu memperuntukkan
RM450 000 untuk tujuan cukai pendapatan tahun semasa.

Page 12 of 13
Dikehendaki

a) Sediakan Penyata Pendapatan Koperasi Taman Melor Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
b) Sediakan Penyata Pembahagian Keuntungan Koperasi Taman Melor Berhad bagi tahun
berakhir 30 Jun 2012
c) Nyatakan perbezaan antara saham syarikat dengan saham koperasi
d) Bagaimana asas dividen koperasi ditentukan?

Page 13 of 13

Anda mungkin juga menyukai