Anda di halaman 1dari 8

PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

8.0 KAEDAH PENGEKOSAN

8.1 Pengekosan tempahan kerja

Hasil Pembelajaran:

Calon seharusnya dapat:


1. menyatakan ciri, aliran kos, dan contoh perniagaan yang menggunakan pengekosan. tempahan kerja.
2. menentukan dokumen sumber untuk:
(i) kos bahan langsung (kad lejar stok dan nota permintaan bahan),
(ii) kos buruh langsung (kad masa kerja),
(iii)kos overhed (lembaran kos overhed);
3. menyediakan lembaran kos kerja untuk menghitung kos tempahan kerja;
4. menentukan dan merekodkan kos kerja siap, kerja dalam proses, dan kos barang dijual dalam akaun
kawalan;
5. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang pengekosan tempahan kerja.

Nota Ringkas

Pengenalan

1. Pengekosan tempahan kerja digunakan apabila setiap unit atau kelompok unit berbeza daripada
keluaran yang lain.

2. Sistem Pengekosan Tempahan kerja melibatkan pengumpulan kos mengikut aktiviti yang dapat dikenal
pasti. Kos-kos yang terlibat akan dikumpul dan direkod secara berasingan untuk setiap kerja sehingga
kerja-kerja tersebut disiapkan. Oleh itu, satu kerja itu boleh merupakan satu tempahan khas seperti rak
pameran. Jika keluaran hanya satu unit, maka semua kos input yang terlibat akan menjadi kos seunit rak
pameran tersebut. Sekiranya keluaran sekelompok misalnya 100 helai baju batik , mempuratakan jumlah
kos input itu akan memberi kos sehelai baju batik tersebut.

3. Pengekosan tempahan kerja digunakan oleh syarikat yang terlibat dengan pengeluaran produk yang
berbeza-beza antara satu sama lain dan biasanya dibuat mengikut kehendak atau spesifikasi pelanggan
melalui tempahan.

Ciri-ciri Pengekosan Tempahan Kerja

1. Produk yang dihasilkan bergantung kepada spesifikasi pelanggan.


2. Produk yang dikeluarkan adalah berbeza antara satu sama lain.

Contoh Perniagaan yang menggunakan Pengekosan Tempahan Kerja

1. Firma pembuatan seperti industri pembuatan perabot, firma pembinaan dan industri membuat kapal
terbang.

2. Firma dalam industri perkhidmatan seperti industri perfileman, firma percetakan, firma membaiki
automobil, firma guaman, firma juruaudit, firma peruIbatan dan firma pengiklanan

1
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

Aliran Kos Dalam Pengekosan Kerja Akaun Inventori Bahan Mentah

Dokumen Sumber

1. Borang permintaan bahan


Borang permintaan bahan merupakan satu dokumen yang merekod jenis dan kuantiti yang dikeluarkan
dari jabatan stor untuk diperuntukkan kepada sesuatu kerja. Kos bahan yang dikeluarkan kepada jabatan
pengeluaran akan direkodkan dalam borang ini. Maklumat yang terdapat dalam borang permintaan bahan
adalah seperti kos seunit bahan mentah bahan mentah, keterangan untuk jenis bahan yang dikeluarkan,
jumlah kos, nombor permintaan tarikh dan tanda tangan pihak yang berkaitan.

2
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

3
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

4
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

Catatan Jurnal Dalam Pengekosan Kerja

1. Merekod belian bahan mentah

Contoh: Belian bahan mentah secara kredit bernilai RM2,000

Dt Inventori Bahan Mentah RM2,000


RM2,000

2. Merekod bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Contoh: Bahan mentah langsung yang diperlukan untuk proses pengeluaran ialah RM1,150. Manakala
bahan mentah tak langsung sebanyak RM500 diperlukan.

Dt Inventori Kerja Dalam Proses RM 1,150


500
Kt. Inventori Bahan Mentah

3. Merekod kos bumh langsung dan buruh tak langsung

Contoh kos buruh langsung yang dilibatkan ialah RM 1,600 dan buruh tak langsung RM 1300.

Dt Inventori Kerja Dalam Proses


Dt Overhed kilang RM 1,300
Kt. Upah belum bayar

4. Merekod overhed kilang diserap

Contoh: overhed kilang diserap pada kadar RM20 per jam buruh langsung. Jumlah jam buruh langsung
yang diperlukan ialah 160 jam buruh langsung.

Dt Inventori Kerja Dalam Proses


RM3,200

5. Merekod overhed kilang yang terlibat dalam bulan Mac

Item Overhed Kos sebenar


Utiliti RM 400
Sewa kilang RM 1,300
Jumlah overhed RM 1,700
Dt Overhed kilang RM 1,700
Kt. Bank RM 1,700

5
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

6. Merekod kos kerja siap

Contoh: Katakan kerja untuk mencetak 200 buah buku majalah sekolah telah disiapkan sepenuhnya.

Dt Inventori barang siap RM5,950


RM5,950

7. Merekod Kos barang dijual

Contoh: Tempahan kerja untuk mencetak 200 buah buku majalah sekolah yang telah siap akan dihantar
kepada pelanggan._

RM5,950
Kt. Inventori barang siap RM5,950

6
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

Latihan Pengekosan Tempahan Kerja

1. Syarikat Harris Berhad menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja dan menyerapkan kos
overhed dengan menggunakan kadar overhed pratentu berasaskan jam buruh. Bagi tahun 2015, kos
overhed pengeluaran dianggarkan berjumlah RM 120,000 dan jam buruh ialah 60,000 jam.

Sebuah Syarikat Sui Sui telah membuat tempahan khas 200 buah kerusi eksekutif daripada Syarikat
Harris Berhad. Kerja 108 untuk tempahan khas ini akan mengambil masa 14 hari untuk disiapkan dan
telah dihantar kepada pelanggan pada 28 Jun 2015. Tempahan ini melibatkan item kos berikut:

(1) Dua permintaan bahan mentah, iaitu KB001 dan KB002 yang masing-masing berjumlah RM4,800 dan
RM6,200.
(2) Kos Buruh langsung ialah RM6,000 dengan kadar RM4 sejam.
Pada akhir tahun, jumlah jam buruh langsung sebenar ialah 66,000 jam dan kos overhed pengeluaran
sebenar ialah RM 135,000.

Dikehendaki:

(i) Sediakan Lembaran Kos Kerja yang lengkap bagi Kerja 108 dengan menunjukkan kos seunit.

(ii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan kos bagi kerja 108.

(iii) Hitung amaun overhed terlebih atau terkurang serap bagi Syarikat Harris Berhad.

(iv) Sediakan catatan jurnal untuk memindahkan amaun overhed terlebih atau terkurang serap kepada
akaun kos barang dijual.

2. Hogle Berhad merupakan sebuah firma yang menggunakan sistem tempahan kerja. Pada 1 Januari, baki
awal inventori adalah seperti berikut:

Bahan mentah RM20,000


Kerja dalam proses RM15,000
Barang siap RM30,000

Syarikat menyerapkan kos overhed dengan menggunakan kadar overhed pratentu berasaskan jam mesin.
Pada tahun semasa, syarikat menganggarkan 75,000 jam mesin dan kos overhed yang terlibat
RM450,000. Berikut adalah urus niaga yang berlaku untuk tahun semasa.

(i) Belian bahan mentah secara kredit sebanyak RM410,000


(ii) Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran sebanyak RM380,000. Daripada jumlah ini,
RM360,000 adalah bahan mentah langsung dan bakinya adalah bahan mentah tak langsung.
(iii) Jumlah penggajian perkilangan buruh langsung dan buruh tak langsung masing-masing RM75,000
dan RM 110,000.
(iv) Utiliti kilang yang terlibat RM43,000.
(v) Belanja susut nilai mesin RM280,000.
(vi) Insurans kilang yang dibayar dengan cek RM7,000
(vii) Pada tahun semasa, jumlah jam mesin sebenar yang terlibat ialah 80,000 jam mesin.
(viii) Berdasarkan lembaran kos kerja, sebanyak RM900,000 kos barang telah disiap sepenuhnya.

7
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM
PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

(ix) Barang siap akan dijual pada harga RM 1,500,000. Kos barang dijual untuk tempahan kerja ini ialah
RM870,000.

Anda dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga yang berkaitan .
(ii) Hitung amaun overhed terlebih atau terkurang serap bagi Hogle Berhad.
(iii) Sediakan catatan jurnal untuk memindahkan amaun overhed terlebih atau terkuranj kepada akaun kos
barang dijual.

3. Syarikat Kain Batik Malaysia membuat kain sutera batik mengikut kehendak dan spesifikasi
pelanggan. Syarikat menggunakan pengekosan tempahan kerja dalam mengumpul dan memperuntukkan
kos kepada setiap kerja.

Maklumat-maklumat berikut diperoleh daripada operasi syarikat sepanjang bulan Mac 2015

(i) Pada awal bulan Mac diberi:


No kerja kos (RM) Status
501 40,000 siap
502 22,000 dalam proses
503 20,000 dalam proses.
Pada awal bulan, stok bahan langsung dinilaikan pada kos RM 12,500.

(ii) Sepanjang bulan, kos-kos yang dicajkan kepada kerja-kerja:


No kerja Kos bahan langsung kos buruh langsung
502 RM3,000 RM 12,500
503 RM4,000 RM 15,000
504 RM 10,000 RM23,500
505 RM8,300 RM20,400

Sepanjang bulan juga, kos-kos berikut terlibat:


Belian bahan langsung RM20,000
Bayaran upah buruh langsung RM63,400
Overhed perkilangan sebenar dibayar RM28,000
(iii) Pada akhir bulan Mac, status kerja-kerja ialah :
No kerja Status
501 dijual
502 dijual
503 siap
504 siap
505 dalam proses

(iv) Syarikat menyerap overhed perkilangan kepada kerja-kerja menggunakan kadar 40% daripada kos
buruh langsung.

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal yang perlu direkod dari perkara (ii) ,(iii) dan (iv) sepanjang bulan 2015.

8
FAUZIAHOTHMAN7FEB20171508PM

Anda mungkin juga menyukai