Anda di halaman 1dari 12

SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN KOLEJ TINGKATAN

ENAM TUN FATIMAH MELAKA :-

1. Nyatakan tiga matlamat yang negara ingin capai melalui Rukun Negara. [3]

i. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat .


ii. Memelihara satu cara hidup demokratik
iii. Mencipta satu masyarakat yang adil
iv. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain
v. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

2. Nyatakan tiga strategi untuk menlaksanakan Wawasan 2020 bagi mencapai


status negara maju ? [3]

i. Melakukan inovasi pendidikan/transformasi pendidikan


ii. Meningkatkan sumber modal insan / tenaga manusia berkemahiran atau berpengetahuan
iii. Memajukan sektor ekonomi berasaskan perindustrian
iv. Meningkatkan pembangunan infrastruktur / kemudahan moden
v. Meningkatkan pembangunan sains dan teknologi
vi. Memajukan pembangunan di luar bandar
vii. Memperkasakan perpaduan dalam kalangan masyarakat

3a) Apakah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dalam merancang rancangan
pembangunan negara ? [3 ]

i. Kewangan
ii. Sumber manusia
iii. Politik
iv. Masa
v. Teknologi

3b) Dasar Pertanian Ketiga ( 1998-2010 ) digubal untuk mengatasi kelemahan yang
terdapat dalam Dasar Pertanian Kedua dan juga menangani krisis mata wang dan
kemerosotan ekonomi yang dihadapi oleh negara

Nyatakan dua objektif pelaksanaan Dasar Pertanian Ketiga ( 1998-2010 ) [2 ]

i. Meningkatkan sekuriti/keselamatan makanan


ii. Mengukuhkan pertalian antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian dan sektor perkhidmatan.
iii. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iv. Memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan
v. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
4.Nyatakan dua teras dan jelaskan strategi teras-teras tersebut dalam Dasar Bioteknologi Negara [ 4]

Teras Strategi

i)Pembangunan bioteknologi pertanian Memperluas nilai penciptaan dalam sektor pertanian


melalui bioteknologi

ii )Pembangunan teknologi dalam penjagaa kesihatan Menggunakan kelebihan biodiversiti negara untuk
membangunkan produk kesihatan asli, tennasuk
memban Malaysia menembusi pasaran biogenerik

Memastikan pertumbuhan dalam aplikasi pemprosess


iii)Pembangunan teknologi dalam sektor biotermaju dan teknologi biopembuatan.
perindustrian

iv)Penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta Menubuhkan pusat kecemerlangan dalam institusi
pengambilalihan teknologi R&D sedia ada melalui kerjasama antara kumpulan
Strategi : penyelidik pelbagai bidang

v)Pembangunan sumber tenaga manusia / modal Membina kemampuan sumber tenaga dalam bidang
insaniah bioteknologi melalui pelbagai skim khas, program,
dan kursus latihan

vi )Pembangunan prasarana kewangan Menawarkan dana 'makmal ke pasaran' dan insentif


untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik,
sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam
bidang bioteknologi

vii)Pembangunan kerangka kerja prosedur dan Mewujudkan pcrsekitaran kondusif melalu


perundangan penyemakan kerangka kerja prosedur dan
perundangan secara berterusan selaras dengan
standard global .Membangunkan prosedur
perlindungan harta intelek bagi menyokong aktiviti
R&D dan pengkomersialan

viii) Kedudukan strategik Mewujudkan strategi pemasaran global untuk


membina jenama bioteknologi Malaysia yang
diiktiraf
PERINCIAN PEMARKAHAN BAHAGIAN B:

A. MEDIA PA KT KI KJ JUMLAH

1 Media tepat: 6 6 6 2 20
2 Salah media (rujuk jadual) - - - - 1/20

B MAKLUMAT SALAH

1 Tak ada tajuk/ salah tajuk/ tiada tahun pada


3 3 3 1/2 10/11
tajuk/tak ada lokasi
2 Tak ada petunjuk/ petunjuk pada muka surat
3 3 3 1/2 10/11
lain
3 Tak ada peratus/ tak ada nilai atau unit pada
paksi y/ tak ada jumlah besar/ tak ada
3 3 3 1/ 2 10/11
label/tak ada skala menegak ( carta pai
bertingkat )
4. Salah peratus / salah unit / salah nilai / salah
jumlah besar / tak ada label ( Tajuk yang ada
4 4 4 1/2 13/14
tidak membantu menghidupkan label
terutamanya label pembolehubah/perkara )
4 Tidak tulis label paksi Y1 dan Y2 ( melibatkan
4 4 4 1/2 13/14
graf bergabung )
5 Tidak tulis unit paksi Y1 dan Y2 / salah nilai
4 4 4 1/2 13/14
( melibatkan graf bergabung )
C 1 Sumber tidak lengkap 6 6 5 1/2 18/19
2 Tiada sumber 6 6 4 1/2 17/18
3 Salah unit/nilai pada paksi y tetapi skala betul 4 4 4 1/2 13/14
4 Tiada unit/nilai pada paksi y tetapi ada skala
yang betul , skala dapat membantu 6 6 5 1/2 18/19
menjelaskan unit/nilai di paksi y
5 Tiada / salah nisbah jejari / salah aplikasi
6 6 4 1/2 17/18
seperti skala 1cm: 3.15 unit
D 1 Perbezaan sektor:
6 6 6 1/2 20
Jika menggunakan warna sepenuhnya
Jika berlorek penuh 6 4 6 1 17
Jika menggunakan gabungan warna dan
6 3 6 1 16
lorekan
Jika menggunakan abjad atau angka 6 1 6 1 14
E. 1 MARKAH UNTUK JADUAL Tajuk Butiran Sumber - Jumlah
Jika jawapan hanya jadual sahaja , Jadual yang
lengkap 2 2 1 5

2 Jadual tanpa tajuk/unit yang lengkap tidak


0 0 0 - 0
diterima/data/label
3 Tajuk / unit/data/label tidak lengkap 1 1 1 3
3 Ada tajuk tetapi salah 1 2 1 - 4
Jawapan 5 :-
MALAYSIA : KEDUDUKAN DOKTOR ANTARA SEKTOR AWAM DAN SWASTA MENGIKUT
KATEGORI BAGI TAHUN 2010 , TAHUN 2015 DAN TAHUN JANGKAAN 2020

Sektor /Tahun Awam Swasta


Kategori 2010 2015 2020 2010 2015 2020
( orang) ( orang ) ( Jangkaan ) ( orang ) ( orang ) (Jangkaan)
( orang ) (orang )
Warganegara 2500 2800 3100 3100 3550 4100

Penduduk tetap 380 410 440 520 560 610

Bukan warganegara 90 120 220 150 210 270

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Perangkaan Malaysia , 2020 )

MALAYSIA : KEDUDUKAN DOKTOR ANTARA SEKTOR AWAM DAN SWASTA MENGIKUT


KATEGORI BAGI TAHUN 2010 , TAHUN 2015 DAN TAHUN JANGKAAN 2020

Sektor Awam Tahun Sektor Swasta

2020
(Jangkaan)

2015

2010

40 36 32 28 24 20 16 12 8 4 0 0 4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44
Bilangan doktor (ratus orang ) Bilangan doktor ( ratus orang)

Petunjuk :-

Warganegara
Penduduk tetap
Bukan warganegara
( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Perangkaan Malaysia , 2020 )
6.
MALAYSIA : SUMBER-SUMBER PINJAMAN DALAM NEGARA SERTA HALUAN
PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR OLEH SISTEM BANK PADA TAHUN 2015

Institutsi RM juta Peratus ( % ) Sudut

Bank-bank komersil 182 079 69.8 251

Syarikat-syarikat 64 629 24.78 89


kewangan

Bank-bank pedagang 14 144 5.4 20

Jumlah 260 852 100 360

Sektor RM juta Peratus ( % ) Skala ( cm )

Pembuatan 48 752 18.69 1.9

Perdagangan am 21 400 8.2 0.8

Pembinaan dan harta tanah 40 201 15.4 1.5

Perumahan 33 092 12.68 1.3

Kewangan , Insurans dan 31 815 12.2 1.2


perkhidmatan

Pembelian saham 13 350 5.12 0.5

Kredit kepenggunaan 30 198 11.58 1.2

Lain-lain 42 044 16.12 1.6

Jumlah 260 852 100 10

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Bank Negara,2016)


MALAYSIA : SUMBER-SUMBER PINJAMAN DALAM NEGARA SERTA HALUAN
PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR OLEH SISTEM BANK PADA TAHUN 2015

Warna 5. 4%
penuh
24.78% 69.8 %

Bertingkat perlu berwarna


Satu jenis warna sahaja
Pembuatan
18.69% Perdagangan am
8.2 %

Pembinaan hartanah
15.4%

Perumahan Kewangan , insurans dan


perkhidmatan
12.68 %
12.2%

Pembelian saham
5.1 %

Kredit kepenggunaan
11.58 %

Lain – lain
16.12 %

Jumlah : RM 260 852 juta

Skala 1 cm = 10 %

Petunjuk :
Bank-bank Komersial

Syarikat kewangan

Bank-bank perdagangan

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Laporan Bank Negara,2016)
7. Penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat dapat mengatasi krisis dan
persengkataan yang melanda masyarakat Malaysia hari ini.Bincangkan

Pengenalan :-
Rukun Negara diasas setelah berlaku peristiwa 13 Mei yang mencerminkan longgarnya ikatan dan
persefahaman antara pelbagai kaum di Malaysia, Untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini, satu pegangan
bersama dalam hidup bernegara ditegakkan untuk dihormati dan dihayati.

Konflik dan persengkatan


yang melanda masyarakat di
negara ini :-
1. Menularnya budaya Budaya hedonisme dan perlakuan seks bebas yang mula dilihat
liberalisme sebagai hak individu atau liberalisme boleh diselesaikan dengan
Menularnya budaya penghayatan Rukun Negara . Perlakuan keterbukaan dalam semua
liberalisme dalam kalangan hal yang mulai meresap dalam kehidupan masyarakat kita boleh
masyarakat Malaysia hari ini diselesaikan dengan penghayatan prinsip “ Kepercayaan kepada
perlu diatasi dengan Tuhan ” yang dapat meletakkan kedudukan setiap warganegara
meningkatkan penghayatan hidup beragama yang jelas menolak perlakuan yang terlalu liberal
semula Rukun Negara yang
menjadi tuntutan oleh
sesetengah pihak

2. Wujud usaha menghakis Raja sebagai simbol kedaulatan negara dan perpaduan tidak bebas
kedudukan institutsi beraja dari tohmahan dan serangan berkepentingan oleh pihak-pihak
tertentu . Sudah banyak bentuk penghinaan dan cubaan mengheret
raja ke kancah politik dan pertelagahan . Penghayatan “ Kesetiaan
kepada Raja dan Negara ” dapat menyelesaikan konflik dan krisis
ini .

3. Semakin ketara tindakan


mempersoalkan peruntukan Kumpulan-kumpulan yang mula mempersoal kontrak sosial yang
Perlembagaan Persekutuan termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga
menjadi krisis yang perlu ditangani . Tindakan segelintir
masyarakat yang mempersoalkan peruntukan utama dalam
Perlembagaan seperti Perkara 153 , peruntukan berkaitan agama
dan bahasa menimbulkan konflik antara kaum di negara kita .
Masyarakat Malaysia yang menghayati “ Keluhuran
Perlembagaan” akan turut menghormati kepada ketetapan
Perlembagaan ini .

4. Wujud tindakan Mempersoal keputusan mahkamah memperlihatkan seolah-olah


mempertikai keputusan undang-undang gagal didaulatkan . Tindakan merendahkan
mahkamah kedudukan atau martabat sistem kehakiman berisiko mewujudkan
krisis undang-undang di negara kita . Ikrar “ Kedaulatan Undang-
Undang “ seperti juga “ The Rule of Law ” yang selalu ditegaskan
oleh Tun Dr Mahathir Mohd perlu dihayati bagi mengatasi krisis
ini .

5. Gejala membelakangkan
adat dan adab sopan Tingkah laku dan tuntutan sebahagian masyarakat yang dihujah
secara emosional dan lantang tanpa merujuk kepada fakta sebenar
menunjukkan ketidaksopanan golongan tersebut . Melakukan
demotransi dan bantahan dengan kata-kata kesat menjadi gejala
yang semakin meruncing dalam kalangan golongan muda yang
terlibat dengan kegiatan-kegiatan politik . Penghayatan “
Kesopnan dan Kesusilaan ” dapat mengatasi krisis ini .

6. Kehidupan tanpa etika dan


pegangan Sebilangan masyarakat yang menolak norma dan etika dalam
hidup bermasyarakat juga merupakan krisis yang perlu diatasi
.Ikrar “ Kepercayaan kepada Tuhan ” boleh menjadi satu pegangan
bersama yang dihayati dan menjadi rukun kehidupan yang dapat
melahirkan masyarakat yang beretika dan hormat-menghormati
antara satu sama lain .

7. Situasi yang menggugat


perpaduan Rukun Negara yang dibentuk selepas Peristiwa 13 Mei , 1969
bertujuan mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang
kaum di negara ini . Pedoman daripada Rukun Negara yang
menjadi ikatan rasmi warga Malaysia mesti ditegas semula bagi
membentuk negara bangsa yang utuh dan harmoni . Bacaan ikrar
Rukun Negara yang menjadi rutin dalam perhimpunan rasmi
sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan dapat memperkukuhkan lagi
perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita .

8.Semangat patriotisme yang Semangat cinta akan negara yang semakin terhakis dalam
semakin terhakis masyarakat juga terserlah apabila berlakunya bantahan terhadap
kerajaan dan tindakan tidak menghormati identiti dan lambang-
lambang negara . Sebagai contoh ,insiden tidak berdiri tegak dan
menghormati Lagu Negara Ku dalam satu majlis di Sarawak
menunjukkan semangat patriosme yang semakin terhakis
.Penghayatan “ Kesetiaan kepada Raja dan Negara “ akan dapat
mengatasi krisis tersebut .
9.Meningkatnya gejala sosial Gejala sosial seperti kadar jenayah , masalah penyalahgunaan
dadah dan masalah LGBT yang semakin meningkat dalam
masyarakat kita juga merupakan krisis yang perlu diatasi
.Penghayatan prinsip “ Kesopanan dan kesusilaan ” dapat
membentuk sahsiah dan akhlak yang baik dalam masyarakat kita
akan dapat mengatasi gejala ini.

Kesimpulan :- Masyarakat Malaysia yang menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara dapat
membentuk jati diri dan patriotisme yang kukuh . Perkukuhan ini dapat mengatasi krisis dan konflik yang
wujud dalam masyarakat kita .

Format jawapan :- 5 + 0
8. E-dagang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara . Walau bagaimanapun pedagang dan usahawan
tempatan perlu bersedia menghadapi cabaran yang kompetitif ini . Jelaskan .

Kehendak soalan :-

Isu persoalan dan kata kunci yang diperlukan dalam jawapan :-

Pengenalan :- Perdagangan tanpa sempadan atau e-dagang banyak dilaksanakan pada era globalisasi ini .
Pelbagai faedah dapat dipeolehi melalui e-dagang tetapi ia turut memberi cabaran kepada pedagang dan
usahawan tempatan .

Bil Isi / Idea Huraian


Faedah e-dagang :-
1. Memudahkan dan Kemudahan e-dagang yang boleh diakses dengan mudah setiap
mempercepat urus niaga masa dan di mana sahaja dapat memudahkan dan mempercepat urus
niaga. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui
E-dagang atau perdagangan Internet atau talian eletronik . Contohnya , melalui laman web ,
tanpa sempadan dapat malahan facebook , urusan pesanan dan membeli barangan
memudahkan dan elektronik , beg tangan dan pakaian dapat dilaksanakan secara
mempercepat urus niaga . mudah dan cepat .

2. Memudahkan pengeluar dan


pengguna mendapatkan Maklumat atau data mengenai barangan yang dibeli mudah diakses
maklumat oleh pengguna dalam laman atau media elektronik yang sedia ada
pada sepanjang masa . Pengeluar pula boleh mendapatkan
maklumat pemborong , peniaga dan juga pembeli dari segi tawaran
harga , barangan yang dikehendaki dan juga logistik dalam urusan
jual beli e-dagamg .

3. Pasaran yang lebih luas


E-dagang juga dapat membantu pengeluar ,peniaga dan pedagang
meluaskan pasaran dalaman malahan pasaran luar jika dapat
memenuhi kehendak permintaan pelanggan-pelanggan
luarnya .Melalui platform internet , pengeluar dan peniaga dapat
mengiklankan barangan keluarannya dalam laman web ,facebook,
Instagram atau media-media eletronik yang lain .

4. Menjimatkan kos pengurusan


Tanpa perlu membayar kos sewa , mengupah jurujual dan boleh
berurus niaga pada bila-bila masa dapat menjimatkan kos
pengurusan secara berkesan . Kos pengurusan yang lebih murah
dapat memberi keuntungan ekonomi yang lebih tinggi kepada
peniaga dan pedagang yang menggunakan e-dagang .Peniaga dan
usahawan IKS yang mula menggunakan platform e-dagang seperti
Ali Baba ,Lazada dan Shopee di negara kita telah dapat
menjimatkan kos pengurusan secara berkesan .

5. Peluang perniagaan lebih luas


kepada rakyat tempatan E-dagang yang mudah diakses dan digunakan oleh rakyat biasa
juga memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk melibatkan
diri dalam perniagaan . Rakyat tempatan hanya perlu mempamerkan
barangan dan merakamkan video pendek akan dapat mengiklankan
barangan mereka dalam e-dagang .Pelanggan hanya perlu
meggunakan Whats App untuk menyempurnakan urus niaga ini .

Persediaan menghadapi
cabaran yag kompetitif :- Penggunaan ICT akan membolehkan pengurusan yang sistematik
kepada pentadbiran dan pengendalian sistem perdagangan ,
6. Pengurusan dan pemasaran yang kewangan yang berkesan . Laman web yang baik dan teratur pula
sistematik akan dapat membantu dalam pasaran dagangan secara atas talian
secara sistematik . Melalui iklan laman web atau blog sistematik
Pedagang dan usahawan dan menarik , promosi perdagangan akan dapat ditingkatkan dalam
tempatan harus bersedia dengan pasaran global yang luas .
pengurusan dan pemasaran
yang sistematik bagi
menghadapi cabaran yang
kompetitif .

7. Meningkatkan kualiti barang dan


perkhidmatan Bagi mendapatkan pasaran barangan yang lebih luas melalui e-
dagang , pedagang dan usahawan tempatan perlu memastikan
barangan dan perkhidmatan yang dijual adalah berkualiti dan dapat
memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggannya. Platform e-dagang
seperti Ali Baba , Lazada dan Shopee lebih mengutamakan
pengiklanan barangan berkualiti daripada usahawan industri kecil
dan sederhana berbanding Facebook dan Instagram yang menjual
barangan kurang berkualiti.

8. Penerokaan peluang pasaran dan


pelaburan di luar negara Pedagang dan usahawan juga perlu bersedia utuk menghadapi
cabaran untuk menerokai peluang pasaran luar yang lebih luas
dengan menyertai lebih banyak pameran perdagangan
antarabangsa . Pasaran luar yang meningkatkan juga memberi
peluang kepada mereka untuk melabur dan mengeluarkan barangan
mereka di luar negara .E-dagang dapat membantu mereka
menerokai pasaran luar yang lebih luas .
9. Bantuan kewangan
Keadaan ekonomi negara dan global yang tidak menentu boleh
menjejaskan e-dagang usahawan dan pedagang dari segi pelaburan
dan perluasan pasaran barangan mereka. Pedagang dan usahawan
tempatan harus bersedia untu kmemohon bantuan kewangan
daripada agensi-agensi kerajaan bagi membantu mereka
meningkatkan produktiviti mereka dan memasarkan barangan
mereka melalui platform e-dagang .

10. Pembangunan rangkaian


telekomunikasi Kerajaan dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi juga perlu
meningkatkan pembangunan rangkaian telekomunikasi bagi
memudahkan pedagang dan usahawan tempatan menghadapi
cabaran dalam e-dagang . Mereka juga perlu bersedia untuk
memodenkan rangkaian telekomunikasi syarikat mereka seperti
capaian internet yang mudah dan cepat untuk memudahkan mereka
memasarkan barangan mereka melalui rangkaian e-dagang yang
cekap.

Kesimpualan :- E-dagang boleh membawa perkembangan ekonomi negara kita . Usaha menghadapi cabaran
globalisasi akan membolehkan negara kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020 .

Format jawapan :-2/3 + 3/2

Anda mungkin juga menyukai