Anda di halaman 1dari 3

E-dagang di Malaysia.

E-Dagang merupakan satu metodoloji perniagaan yang menggunakan perantaraan


elektronik untuk melakukan keseluruhan transaksi perniagaan. Pembekal dan
pelanggan bertemu dalam suasana virtual/maya untuk melakukan urusniaga dengan
menggunakan teknologi Internet, digital dan lain-lain. E-Dagang melupuskan sempadan
dan masa. Pelanggan dapat membeli-belah pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua
menerusi akses kepada Internet. Kaedah ini amat selesa bagi mereka yang tidak
mempunyai masa untuk pergi membeli-belah atau tidak mahu terperangkap dalam
kesesakan lalu-lintas atau berbaris di kaunter.
Pembekal akan mendirikan gedung maya dan mempromosikan melalui laman web.
Produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan/pengguna disenaraikan.
Organisasi-organisasi lembah silikon biasanya akan menawarkan laman web percuma
kepada pengguna Internet dimana mereka boleh memaparkan iklan sepanduk kepada
pengunjung laman web tersebut. Pembeli/Pelanggan hanya perlu mengunjungi manamana tapak web E-Dagang dan membuat pemilihan produk/perkhidmatan yang
dikehendaki. Produk yang dipilih pasti akan sampai dalam tempoh yang ditetapkan.

Faktor Kejayaan E-dagang di Malaysia


1. Pasaran yang Luas
E-Dagang menggunakan teknologi Internet sebagai platform utama perkembangannya.
Oleh itu pasarannya seharusnya dilihat dari segi bilangan mereka yang menggunakan
Internet.
Di Malaysia sahaja bilangan ahli yang berdaftar dengan JARING ialah seramai 100,000
orang dengan 300,000 orang dijangka menggunakan Internet pada tahun 1997. Jumlah
ini tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika dilihat kepada peningkatannya
kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan 600,000 pengguna ternyata E-Dagang
mempunyai pontensi besar untuk dikembangkan. Pada masa sekarang terdapat lebih
daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet.

Walaupun bilangan pengguna Internet untuk dijadikan peluang pasaran bagi perniagaan
menerusi talian masih lagi secara perbandingannya kecil, namun ia meningkat dengan
begitu cepat sekali. D isamping itu kita perlu ingat bahawa perniagaan menerusi talian
tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh
dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi E-Dagang.
Usaha untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada
organisasi besar malah termasuk organisasi kecil/sederhana dan orang perseorangan.

2. Kos Perniagaan yang Berpatutan


Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar
(untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka
dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di
sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana
teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang
menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk
menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau
Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna
Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran
usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan
pengguna

Internet

amnya.

Selain

itu

usahawan

turut

ditawarkan

khidmat

penyelenggaraan perniagaan maya mereka.

3. Usaha Kerajaan
Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dalam
menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam E-dagang memang tidak dapat
dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada Pelan Utama E-Dagang Negara dan
Rangka Kerja E-Dagang Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel
Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus,
Apple dll. Rangka kerja tersebut meliputi tiga prinsip panduan dan empat pendekatan
yang strategik. Prinsipnya meliputi kerjasama pihak kerajaan, perniagaan dan komuniti,
pengiktarafan ciri E-Dagang tanpa semapadan dan penciptaan peluang untuk negara

memperolehi manfaat daripada inisiatif tersebut. Pendekatan strategik pula meliputi


amanah dan keyakinan terhadap e-dagang, memperbaiki rangka kerja undang-undang
dan peraturan,memperkukuhkan infrastruktur dan sokongan logistik untuk e-dagang,
disamping mengoptimakan ekonomi dan faedah sosial.
Pelan utama e-dagang negara pula terdiri daripada program dan projek khas yang
meliputi tujuh kawasan untuk mencerna inovasi, meningkatkan akses pasaran, memacu
pembangunan

kreatif,

perlindungan

harta

intelektual,

pengedaran

atau

portal

mengukuhkan identiti jenama dan antara muka perkhidmatan. .Inilah di antara intipati
dalam rangka kerja dan pelan utama e-dagang negara yang diharapkan dapat menjana
ke arah perkembangan e-dagang Di Malaysia. Usaha kerajaan ini tidak dapat di
pandang remeh memandangkan rancangan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan
sebelum ini telah mencapai kejayaan. Para pengusaha tempatan seharusnya tidak raguragu lagi untuk turut terlibat dalam e-dagang berdasarkan peranan kerajaan yang begitu
aktif untuk membangunkanya.
Selain itu, pelbagai skim/geran yang telah disiapkan untuk penyelidikan dan
pembangunan, bantuan usahawan (termasuk latihan/pemindahan teknologi) oleh
agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan MSC.
Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan e-dagang. Melalui salah
satu aplikasi utamanya iaitu pemasaran tanpa sempadan yang relevan dengan edagang. Pembukaan Bandar raya pintar iaitu Cyberjaya juga turut mempengaruhi
perkembangan e-dagang. Masyarakat di bandar ini akan menggunakan sepenuhnya
kemudahan

dunia

IT

dan

pecahan/perinciannya yang lain.

e-dagang

disamping

aplikasi-aplikasi

utama

serta

Anda mungkin juga menyukai