Anda di halaman 1dari 2

18 Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat serantau dan

antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara ini.


Bincangkan. [25M]

Dalam era globalisasi, Malaysia tidak dapat Malaysia tidak dapat meneruskan
agenda pembangunannya secara bersendirian. Oleh itu, Malaysia telah menyertai
pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Antara kepentingan hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di
peringkat serantau dan antarabangsa adalah pemindahan teknologi moden.
Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan
perkembangan industri tempatan. Sebagai contoh, Malaysia memindahkan teknologi
dari negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Dengan ini, Malaysia dapat
meningkatkan kepakaran dalam proses pengeluaran teknologi yang canggih.

Selain itu, sumber tenaga kerja adalah kepentingan Malaysia menjalinkan


hubungan luar demi pembangunan dan kesejahteraan negara. Malaysia mendapat
bekalan tenaga dari negara luar seperti Indonesia,Myanmar dan sebagainya. Bekalan
tenaga tersebut dapat mengurangkan pembayaran nafkah yang tinggi kepada pekerja
tempatan. Rakyat Malaysia berpeluang mendapat pekerjaan yang berkemahiran dan
gaji yang tinggi.

Di samping itu, keselamatan negara amat penting kepada pembangunan dan


kesejahteraan Malaysia. Hubungan yang baik dengan negara luar dapat memastikan
keamanan sosial dan negara terjamin. Pendirian Malaysia yang berkecuali dalam
peringkat serantau dan antarabangsa dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi politik. Penyelesaian masalah sempadan secara
aman.

Seterusnya, kepentingan hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara


lain di peringkat serantau dan antarabangsa adalah peluang pekerjaan. Ini akan
menggalakkan pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran
firmanya. Peluang pekerjaan yang disediakan dapat mengelakkan kewujudan masalah
pengagguran dalam negara.Pertambahan permintaan terhadap produk memerlukan
kebanyakan pekerja dari negara luar.

Akhir sekali, penyelidikan dan pembangunan adalah kepentingan


Malaysia menjalinkan hubungan luar demi pembangunan dan kesejahteraan
negara.Usaha dalam pengeluaran teknologi canggih bagi menggantikan kaedah
tradisional. Ini dapat menggabungkan kepakaran tempatan dan teknologi canggih
untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Kesimpulannya, Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain


dapat mendatangkan kebaikan kepada pembangunan dan kesejahteraan. Malaysia
haruslah mengekalkan sikap keterbukaan dalam menjalinkan hubungan luar dengan
negara lain.

Anda mungkin juga menyukai