Anda di halaman 1dari 13

Isu dan Cabaran

4.1 POLITIK

4.1.1 Manfaat yang Boleh Dinikmati Sesebuah Negara Melalui Hubungan


Diplomatik

• Hubungan diplomatik adalah penting bagi sesebuah negara.


• Sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin
keselamatannya daripada serangan musuh.
• Jadi, sesebuah negara perlu bekerjasama dengan negara mempertahankan
kepentingan bersama. Sesebuah negara perlulah menjamin lain untuk
kepentingan politik, sosial dan ekonominya.
• Antara manfaat yang diperoleh oleh sesebuah negara ialah
Aspek Keselamatan
Hasil daripada jalinan diplomatik yang telah diwujudkan di antara dua negara,
aspek keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan
berbaik-baik di antara dua negara tersebut. Contohnya kejayaan Malaysia dan
Singapura dalam meredakan ketegangan sempadan perairan di Selat Teberau.
Selain itu, hubungan diplomatik yang terjalin kukuh antara Malaysia dan
jirannya juga telah membantu dalam usaha menyelesaikan konflik yang
tercetus di perairan Laut China Selatan. Oleh itu, dengan terjalinnya hubungan
diplomatik, negara akan berada dalam keadaan yang selamat dan aman.
Perbalahan antara negara adalah sukar untuk dielakkan apabila masing-
masing bersaing untuk mengeksploitasi apa sahaja demi kepentingan sendiri.
Namun demikian, dengan adanya hubungan diplomatik, meja rundingan
dijadikan wadah untuk menyelesaikan konflik yang timbul.
Aspek Keamanan
Rantau yang aman, selamat, dan berkecuali akan dijamin jika sesebuah
negara menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
Negara-negara ASEAN contohnya menikmati keamanan daripada lanun
ialah dengan adanya perjanjian dengan semua negara ASEAN.

Beberapa tindakan secara bersama telah dipersetujui bagi menjaga


perairan negara masing-masing daripada masalah lanun dan
pencerobohan oleh pihak luar.
Aspek Ekonomi

 Kerjasama ekonomi dibentuk dengan tujuan untuk mengawal selia kestabilan struktur
perdagangan dunia.

 Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian "Free Trade
Agreement" (Perjanjian Perdagangan Bebas) di antara negara-negara terbabit. Sebagai
contoh Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan
dengan mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara-negara maju
seperti Jepun.

 Hubungan baik dengan China, menyumbang hasil seperti kelulusan mengeksport


semula sarang burung mentah ke sana yang telah memanfaatkan kira-kira 10,000
petani serta penambahan pembelian minyak sawit dari Malaysia.

 Dengan terjalinnya hubungan diplomatik antara negara, ekonomi negara akan lebih
mapan.
Aspek Pelaburan Asing

 Kemasukan modal asing melalui pertumbuhan kilang dan


penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 Hubungan terjalin dengan pelabur dari Singapura telah


menggalakkan pembukaan kawasan Iskandar di Malaysia.

 Selain itu, pada 15 Januari 2014, Malaysian Biotechnology


Corporation (BiotechCorp) bersama rakan kongsinya CIN Investment
Bank' telah mengadakan jaringan yang baik den pelabur di San
Francisco, Amerika Syarikat dalam pelaburan indus penjagaan
kesihatan di Malaysia.
Aspek Pemindahan Teknologi

Hubungan bilateral ini secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia


untuk mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai
impian Malaysia menjadi negara maju.

Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan


pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang
teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT.

Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana


kemajuan negara.
Aspek Pendidikan

Ukuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan diplomatik


yang baik juga dapat dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang
melanjutkan pelajaran oleh rakyat daripada negara-negara
membangun ke negara- negara maju.

Hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf


pendidikan sesebuah negara.

Universiti tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara


serantau dan global agar taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan.
Aspek Kepentingan
Negara Masalah kedatangan pendatang asing tanpa permit yang sah ini
dapat diselesaikan dengan wujudnya hubungan dua hala yang baik di
antara kedua-dua pihak.

Demi menjaga keamanan negara, Malaysia telah mengambil dengan


berunding dengan kerajaan Indonesia dan Bangladesh bagi menangani
isu ini.
Aspek Perdagangan

 Kerjasama dengan negara China membolehkan Malaysia


mengeksport minyak sawit mentah dengan
menguntungkan.

 Selain kelapa sawit, Malaysia juga merupakan pengeksport


utama koko di Asia sehingga membuka Industri Coklat, koko
untuk tarikan pelancong.

 Dengan adanya hubungan yang baik, Malaysia dapat


mengeksport pelbagai keluaran pertanian dan produk
industri ke negara-negara yang lain.
Aspek Pasaran Buruh

 Buruh dari Indonesia, Nepal, India dan Filipina


menjadi sasaran buruh asing di Malaysia.

 Kerjasama yang baik dengan negara-negara ini telah


membolehkan Malaysia mendapat bekalan buruh
dengan kos upah yang berpatutan.
Dengan adanya hubungan diplomatik, negara
berada dalam keadaan yang selamat, ekonomi
negara berada dalam keadaan stabil dan
hubungan diplomatik merupakan kunci untuk
mengecap keamanan.

Anda mungkin juga menyukai