Anda di halaman 1dari 4

2C.

Apakah nilai yang perlu ada jika negara kita ingin menjalinkan hubungan dengan
negara luar?

 Rakyat negara kita perlu mengamalkan sikap keterbukaan terhadap negara lain tanpa

mengira perbezaan fahaman politik

 Negara kita perlu saling membantu negara yang miskin dan memerlukan bantuan melalui

bantuan kemanusiaan

 Negara kita perlu sentiasa mempunyai semangat setiakawan untuk membantu negara

yang ditindas seperti negara Palestin.

 Negara kita perlu sentiasa bertolak ansur dengan perundingan diadakan untuk

menyelesaikan konflik antara dua buah negara.

 Kita harus saling menghormati kedaulatan negara lain demi menjaga keamanan dan

kedamaian sejagat.

 Sikap saling bekerjasama antara negara perlu juga perlu ditingkatkan demi kepentingan

bersama dalam pelbagai bidang.

 Kita harus warga global yang bertanggungjawab memelihara keselamatan negara dan

dunia denganmemelihara prinsip keadilan manusia.

 Pemimpin negara kita perlu bersikap berpandangan jauh semasa menjalin hubungan

diplomatik dengan negara luar.


C. Cadangkan langkah yang perlu diambil bagi mengekalkan hubungan baik antara
negara kita dengan negara luar.

 Negara kita perlu mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau demi

menjamin keselamatan sempadan. Ini penting untuk mengelakkan berlaku pencerobohan

asing melalui sempadan. Dengan ini, kedaulatan negara dapat dikukuhkan.

 Negara kita mengadakan kerjasama pendidikan dengan negara luar. Ini penting untuk

mewujudkan pertukaran teknologi dan kepakaran antara negara yang membawa

kemajuan kepada negara.Contohnya, teknologi dalam industri automobil dari Jepun telah

memajukan industri pembuatan kereta tempatan.

 Mewujudkan kerjasama ekonomi yang membawa pembangunan dan kemakmuran bersama.

Contohnya mengadakan perjaniian perdagangan dua hala untuk menggaitkan

perkembangan ekonomi. Kesimpulannya, hubungan luar yang baik telah membawa

kemakmuran bersama.

 Mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan dunia. Contohnya, mematuhi

piagam Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu(PBB) yang bermatlamat meniaga keamanan

dan keselamatan sedunia. Dengan ini kedaulatan negara dijamin oleh negara lain.

 menjalinkan hubungan diplomatik yang erat dengan kerajaan luar demi menjamin

keamanan. Contohnya negara kita menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak

mencampuri urusan hal ehwal negara lain. Dengan ini hubungan luar yang baik membawa

keamanan kepada negara.

 Wujud hubungan persahabatan antara negara. Ini kerana semangat setiakawan dapat

mengukuhkan pertahanan negara dan menghapuskan ancaman daripada kerajaan kuasa

besar. Semua negara dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan untuk mewujudkan

permuafakatan bagi menyelesaikan sesuatu cabaran dan rintangan / krisis antara negara

dapat diselesai melalui perundingan.

 Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang sedang mengalami kesusahan /

bencana alam tanpa mengira perbezaan ideologi politik. Dengan ini, hak asasi

kemanusiaan dapat dijaga secara bersama-sama demi menjamin keamanan sejagat


Tambahan :

Apakah iktibar yang diperoleh melalui kewujudan keraiaan awal Alam Melayu?

 Kita perlu memilih pemimpin yang bewibawa dan bijaksana. Ini kerana peimimpin yang

berwibawa sentiasa berpandangan jauh dalam memimpin kerajaan ke arah keamanan

dan kedamaian.

 Menjalin hubungan baik dengan negara luar membawa kemakmuran kepada negara. Ini

kerana hubungan yang erat membina semangat setia kawan untuk membentuk

kerjasama dalam pelbagai bidang.

 Kita haruslah bersikap terbuka untuk menerima perubahan dan perkara baharu

 Kerajaan perlu tegas mempertahankan kedaulatan negara dengan memperkuatkan

sistem pertahanan negara. Contohnya, lengkapkan angkatan tentera dengan senjata

yang moden. Dengan ini, keselamatan negara dapat dijamin.

 Kita harus memupuk semangat patriotisme yang tinggi kepada negara. Ini kerana

semangat ini mewujudkan perasaan cinta kepada raja dan negara. Contohnya, rakyat

sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan/menghormati pemimpin negara. Dengan ini,

kestabilan politik dapat dibentuk..

 Kita harus bijak mengambil peluang untuk memajukan diri dan negara.

 Kita perlu memanfaatkan sumber kekayaan ekonomi dengan optimum untuk

meningkatkan keselesaan hidup

 Negara kita perlu mewujudkan kerjasama perdagangan dengan negara luar untuk

memperluaskan pasaran dan perdagangan luar.

 Negara kita harus memperkasakan sistem pendidikan. Ini penting untuk membentuk

masyarakat berilmu supaya dapat berdaya saing dengan negara maju.

 Kita haruslah menghormati budaya dan bahasa kaum lain agar mengukuhkan perpaduan

masyarakat.
Tambahan :

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang konsep Alam Melayu.

 Alam Melayu merangkumi suatu lingkungan geografi yang luas. la merangkumi


Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei,Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar
dan selatan Indochina

 Penduduk di Alam Melayu mempunyai keserumpunan dalam aspek bahasa. Bahasa


Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu kerana sifatnya yang sederhana
dan mudah dipelajari.

 Penduduk Alam Melayu mempunyai budaya serumpun. la merangkumi bahasa dan


tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.

Anda mungkin juga menyukai