Anda di halaman 1dari 9

PENGAJIAN AM PENGGAL 3

BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK


2.1 Matlamat Dasar Luar Negara

1. Terdapat tiga jangka masa dalam pengamalan dasar luar, iaitu :


 Jangka masa pendek – menjaga nilai asas nasional sesebuah negara.
 Jangka masa pertengahan – bagi tujuan ekonomi, memelihara kebajikan dan sosial di
peringkat antarabangsa.
 Jangka masa panjang – supaya ideologi yang diamalkan dalam negara diterima secara
menyeluruh oleh seluruh dunia.
 Matlamat Dasar Luar Negara
 Mewujudkan dunia yang lebih sejahtera.
 Menjamin keselamatan nasional sesebuah negara.
 Mengekalkan keutuhan wilayah.
 Kebebasan politik.
 Kepentingan ekonomi.
 Penerimaan ideologi secara menyeluruh.
 Memelihara kebajikan dan sosial.
 Menjaga nilai asas nasional sesebuah negara.
2. Prinsip dasar luar Malaysia ialah menyelesaikan sebarang masalah menerusi rundingan.
Malaysia juga mengamalkan perkara-perkara seperti berikut :
a) Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalin
hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.
b) Memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan dan
menolak sekeras-kerasnya perdebatan dan paksaan.
c) Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.
d) Menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik
Kampucha dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

2.2 Faktor Penentu Dasar Luar

Faktor penentu dasar luar adalah seperti berikut :

Faktor Negara mengadakan hubungan luar untuk tujuan geostrategik dan


dalaman mengamalka dasar berkecuali.
Faktor Negara mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain berdasarkan
Faktor
luaran piagam PBB.
Penentu
Faktor Pemimpin yang mempunyai pemikiran terbuka dan mahu mengadakan
Dasar
kepimpinan hubungan luar bagi pembangunan negara dari segi ekonomi, teknologi dan
Luar
sosial.
Faktor Negara mengadakan hubungan luar dengan pedagang dari luar seperti
sejarah dan India, China, Arab, dan beberapa dengan lain di Asia sehingga negara ini
budaya dijajah.

1 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )


PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK
Faktor Dalaman :

Faktor Huraian
Sejarah  Malaysia telah mengalami pengalaman pahit apabila dijajah pada suatu
masa dahulu.
 Pengalaman tersebut telah membantu negara untuk merangka pelbagai jenis
perhubungan dengan negera luar.
 Malaysia mengamalkan sikap antikomunis.
 Pada mulanya, Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan negara komunis
seperti Rusia dan China. Pada tahun 1970-an, negara kita menjalin hubungan
dengan negara-negara tersebut.
 Malaysia juga turut menjalin hubungan dengan Britain untuk mendapatkan
asihat tentang pentadbiran pada peringkat awal kemerdekaan negara.
Geopolitik dan  Kedudukan geografi telah menentukan dasar luar negara.
geostrategik  Kedudukan yang sesuai dan strategik di negara kita telah menarik kuasa
asing untuk berdagang dan menjalin hubungan persahabatan.
 Malaysia mempuanyai sempadan laut yang strategik seperti Lautan Hindi
dan Lautan Pasifik.
 Negara kita juga merupakan sebuah pulau yang terlindung dari tiupan
angin monsun Barat Daya dan angin monsun Timur Laut.
 Malaysia dilihat sebagai kawasan yang sangat sesuai sebagai tempat
persinggahan pedagang dan peniaga yang merantau.
Ekonomi  Meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Amerika Syarikat, Britain dan
negara-negara Eropah.
 Negara kita kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan getah.
 Selepas tahun 1990-an, minyak telah menjadi bahan mentah penting dalam
pembangunan negara.
 Menggalakkan pelabur untuk melabur dalam negara.
 Mengadakan perdagangan bebas dan pasaran negara.
Kepimpinan  Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan konsep kerajaan
demokrasi berparlimen.
 Dasar negara mengadakan hubungan luar negara adalah untuk meningkatkan
kemajuan negara.
 Pemimpin berwawasan untuk mengeratkan persahabatan dengan negara luar
bermula dari era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul
Razak bin Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir bin Mohamad.
Penduduk dan  Penduduk pelbagai kaum di Malaysia telah menggalakkan hubungan luar
saiz negara negara dengan mudah.
 Hubungan dengan negara China, India dan Indonesia dapat dijalin bagi

2 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )


PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK
mendapatkan lebih banyak tenaga kerja.
 Negara kita juga mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara Islam
kerana majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam.
 Saiz negara yang kecil akan mengurangkan keupayaan pertahanan negara.
Oleh itu, hubungan baik antara negara di peringkat antarabangsa dapat
membantu negara kita.
Dasar berkecuali  Malaysia mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara luar, tetapi
Malaysia tidak memihak mana-mana blok ( Amerika Syarikat atau Rusia ).
 Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dengan tidak campur tangan dalam
hal ehwal negara lain.
 Malaysia juga mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara
tanpa mengira ideologi.
Bekas jajahan  Malaysia telah menganggotai Negara-negara Komanwel bagi meningkatkan
British hubungan diplomatik dengan negara yang pernah dijajah oleh British.
 Malaysia juga mengadakan dan mengekalkan hubungan dengan negara bekas
jajahan Britain dari aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik.
Faktor Luaran :

Faktor Huraian
Piagam  Malaysia menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu ( PBB ) kerana
Pertubuhan PBB merupakan badan yang dapat membantu dan memberikan perlindungan
Bangsa-bangsa kepada negara miskin dan memerlukan.
Bersatu  PBB bertindak menjaga keamanan dunia, melindungi hak manusia dan
menguatkuasakan undang-undang antarabangsa.
 Melalui PBB, Malaysia dapat menyuarakan pendapat, membuat bantahan
dan memberikan bantuan secara kolektif terhadap keadilan dan keamanan
negara dunia.
Negara Islam  Malaysia melibatkan diri dalam hubungan diplomatik sesama negara Islam
dan membincangkan isu berkaitan dengan agama Islam.
 Malaysia merancang pembangunan umat Islam secara global.
 Malaysia juga menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) dan
Kumpulan Lapan Negara Membangun.
Hubungan Malaysia dengan Negara-negara Luar Melalui Pertubuhan Antarabangsa

 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB )


 Negara-negara Komanwel
 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ( APEC )
 Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC )
 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat ( NAFTA )
 Kumpulan Lapan Negara Membangun ( D8 )
 Kumpulan 15 ( G-15 )
3 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )
PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK
 Kerjasama Selatan-selatan
 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )
 Pergerakan Negara-Negara berkecuali ( NAM )

Faktor Kepimpinan

 Terdapat beberapa era kepimpinan yang menjalin hubungan antara Malaysia dengan negara luar.
 Era kepimpinan yang dimaksudkan ialah :
 Era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
 Era kepimpinan Tun Abdul Razak bin Hussein
 Era kepimpinan Tun Hussein Onn
 Era kepimpinan Tun Mahathir bin Mohamad
 Era kepimpinan Tun Abdullah bin Badawi
 Era kepimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Faktor Sejarah dan Budaya

 Bekas tanah jajahan British


 Malaysia menganggotai Komanwel dan menyokong setiap usaha dan meneruskan
hubungan dengan Britain.
 Perpaduan Islam
 Malaysia menjalin hubungan dengan negara-negara Islam melalui penyertaannya dalam
Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) dan projek-projek yang dijalankan di bawah Bank
Pembangunan Islam.

2.4 Perkembangan Dasar Luar

4 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )


PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK

5 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )


PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK

6 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )


PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK

2.5 Lima Jangka Masa Dasar Luar Malaysia

 Jangka Masa Pertama ( 1957 – 1963 )


 Dasar probarat dan antimomunis yang ketara.
 Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan.
 Menjalankan dasar pergantungan kepada negara Barat.
 Menggalakkan pelaburan asing secara besar-besaran.
 Mengamalkan sasar perdagangan asing secara meluas.
7 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )
PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK
 Mendapat bantuan ketenteraan dan penempatan tentera dari negeri Barat.
 Melibatkan pengeluaran modal kerajaan yang tinggi dalam aktiviti ekonomi negara
menggunakan bantuan teknikal dari Barat.
 Jangka Masa Kedua ( 1964 – 1969 )
 Berlaku konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia.
 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dengan Filipina menjadi renggang kerana tuntutan
Filipina ke atas Sabah.
 Meneruskan dasar antikomunis dan probarat.
 Melanjutkan kerjasama perdagangan dengan negara Barat dan membuat perjanjian
antarabangsa bagi bijih timah.
 Menamatkan konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia dan memulakan sikap
berkecuali.
 Penubuhan ASEAN dan sikap kerjasama serantau.
 Jangka Masa Ketiga ( 1970 – 1974 )
 berpegang teguh kepada konsep kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali. ( ZOPFAN )
 mengamalkan dasar berkecuali.
 Menamatkan dasar antikomunis dan menjalin hubungan diplomatik dengan blok komunis
seperti Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China dan Jerman Timur. Namun begitu, Malaysia
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara komunis.
 Menggalakkan pelaburan asing dalam bidang-bidang terpilih seperti perindustrian dan
pengeluaran.
 Mewujudkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam.
 Mendesak dan meminta susunan baru ekonomi dunia.
 Jangka Masa Keempat ( 1980-an )
 Mengamalkan Dasar Pandang ke timur.
 Mengurangkan pergantungan yang tinggi kepada negara Barat dan cuba berdikari dalam
beberapa bidang utama.
 Meneruskan dasar berkecuali.
 Meneruskan usaha menentang dasar aparteid.
 Berjuang untuk mewujudkan Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali. ( ZOPFAN )
 Mencari penyelesaian bagai masalah di Kemboja.
 Jangka Masa Kelima ( 1990 – 2000-an )
 Memainkan peranan yang aktif dalam kumpulan 15. ( G-15 )
 Menyesuaikan dasae luar Malaysia dengan terhad globalisasi dunia.
 Menyambut baik dasar penggunaan Euro Dollar.
 Melanjutkan dasar-dasar berikut :
 Dasar Pandang ke Timur
8 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )
PENGAJIAN AM PENGGAL 3
BAB 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK
 Penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC )
 Komitmen ASEAN
 Menyokong kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ( APEC )
 Kerjasama dua hala.
 Kerjasama pelbagai hala
 Kerjasama Selatan-selatan
 Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF ) untuk membawa perubahan dalam dasar
kewangan.
 Menuntut spekulator-spekulator mata wang antarabangsa supaya menghentikan
penyalahgunaan sistem kewangan antarabangsa.
 Malaysia memberikan perhatian kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM )
yang secara tradisinya memperjuangkan order dunia yang adil dan saksama. Penyusunan
semula Majlis Keselamatan PBB adalah sangat diharapkan.

Kepentingan Hubungan Dua Hala

 Memajukan ekonomi negara.


 Menggalakkan perkongsian teknologi
 Mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
 Menentukan strategi dan menyelesaikan masalah tuntutan bertindih.
 Mengekalkan kedaulatan dan menjamin keselamatan negara.
 Mengeratkan hubungan antara negara antarabangsa.

___________________________________________________________________________________

9 TUTOR : KENNY WONG 黄文晖导师 (硕士)吉打十字港学阅补习中心(PTMS )

Anda mungkin juga menyukai