Anda di halaman 1dari 5

TAJUK KAJIAN

Dasar Luar Malaysia

PENULIS

Nurin Syafiqah binti Aidee Rusielan 5F

PENYATAAN MASALAH

Dasar luar yang pragmatic sangat penting dalam mengekalkan kemakmuran negara.

Bincangkan.

1.PENDAHULUAN

• Dasar luar negara dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan sesebuah
negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain.
• Dasar luar negara ini telah diamalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

• Teras utama dasar luar Malaysia adalah untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan negara
serta untuk Menyumbang ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama melalui
perhubungan diplomasi yang effektif.

2.OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu:

• Mengenalpasti kepentingan dasar luar yang Malaysia dalam menjaga kemakmuran negara
• Mengkaji faktor penggubalan dasar luar Malaysia dalam menjaga kemakmuran negara
• Menghuraikan ancaman yang berlaku dalam melaksanakan dasar luar Malaysia pada era
globalisasi ini dalam menjaga kemakmuran negara.

3.KAEDAH KAJIAN

• KAEDAH RUJUKAN

Merujuk beberapa buah buku seperti buku teks dan buku rujukan yang berkaitan untuk mendapatkan
fakta yang sahih tentang dasar luar Malaysia

• KAEDAH MEDIA

Melayari Internet untuk mencari maklumat berkaitan faktor dan kepentingan penggubalan dasar luar
Malaysia.

• KAEDAH PEMERHATIAN

Pemerhatian terhadap kedaulatan negara pada masa kini dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik
dan sosial

4.HASIL DAPATAN
MATLAMAT PENGGUBALAN DASAR LUAR

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.


2. Melindungi kepentingan nasional.
3. Mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia.
4. Memupuk hubungan baik dengan negara luar.
5. Menghadapi perkembangan serta cabaran politik,ekonomi dan sosial

PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN PBB TELAH MENGUKUHKAN KEDAULATAN NEGARA

Komitmen dan kerjasama Malaysia dapat dilihat melalui 4 perkara iaitu mendukung Piagam PBB, terlibat
dengan agensi di bawah PBB, memberikan sumbangan untuk misi pengaman dan membenarkan rakyat
Malaysia terlibat dalam agenda PBB.

Mendukung Piagam PBB

• Mendukung Piagam PBB yang selaras dengan pendirian negara kita – menegakkan hak asasi
manusia dan menggariskan prinsip yang antaranta berkaitan dengan pencapaian taraf hidup dan
hak asasi manusia untuk semua tanpa membezakan kaum, jantina, bahasa atau agama.
• Konsep hormat-menghormati kedaulatan wilayah negara lain.
• Tidak campur tangan dalam urusan hal ehwal negara lain.

Terlibat dalam Agensi PBB

• United Nation of Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) – Beberapa tapak di
Malaysia (Gunung Mulu, Taman Kinabalu, Bandar Melaka, Georgetown dan Lembah Lenggong)
diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.
• Foof and Agriculture Organization (FAO) – Kerjasama dalam bidang pemakanan.
• World Health Organization (WHO) – Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan.
• Memberi kebenaran untuk membuka pejabat Unites High Commissioner for Refugees (UNHCR)
yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi golongan pelarian dan golongan tidak
bernegara.
• Menyertai Majlis Keselamatan – Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Malaysia dipilh sebanyak 4 kali sebagi ahli tidak tetap Kerusi Majlis Keselamatan PBB.

Sumbangan dalam Misi Pengaman

Antara misi pengaman yang disertai:

1. Bosnia dan Herzegonia – United Nations Protection Forse (UNPROFOR), tahun 1992 hingga
1995.
2. Lubnan – United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), tahun 2007 hingga kini.
3. Ethiopia United Nations Mission in Ethiopia and Eritrea (UNMEE), tahun 2000 hingaa 2008.
4. Congo – United Nations Operation in the Congo (UNOC), tahun 1960 hingga 1964.
5. Namibia – United Nations Transition Assistance Group (UNTAG), tahun 1989 hingga 1990.
6. Timor Leste – International Force in East Timor (INTERFET), tahun 1999 hingga 2002.

Tugas pasukan pengaman Memastikan keselamatan penduduk, mengawasi gencatan senjata dalam
perang saudara dan mendaulatkan undang-unang negara yang terlibat.
Misi Pegawai Pemerhati

Malaysia terlibat dalam misi pegawai pemerhati dibawah PBBdi negara yang menghadapi konflik.

Misi yang disertai oleh Malaysia:

1. Sahara Barat – United Nations Mission for the Referendom in Western Sahara (MINURSO),
tahun Julai 1991 hingga kini.
2. Sierra Leone – United Nations Mission in Sierra Leone (UNAMSIL), tahun 1999 hingga 2005.
3. Liberia – United Nations Observer
4. Mission in Liberia (UNOMIL), Ogos 1993 hingga 1997.

Tugas – Membantu pentadbiran dan pengurusan, memberikan latihan teknikan dan menjadi jurubahasa.

KERJASAMA MANTAP DALAM ASEAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN NEGARA

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan gabungan
pertama yang melibatkan tiga negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Filipina dan Thailand. Pada tahun
1963, persefahaman yang membabitkan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
diwujudkan bagi menyelesaikan isu pembentukan Malaysia. Namun begitu, MAPHILINDO gagal
mencapai matlamatnya.

Dalam usaha untuk meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan, maka diwujudkan ASEAN
pada 8 Ogos 1967. Pada peringkat awal, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lima negara, iaitu
Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Kemudiannya, ASEAN menerima lima anggota
baharu, iaitu Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam. Penubuhan ASEAN dianggap sebagai
kejayaan cemerlang terhadap dasar luar Malaysia.

5.IKTIBAR

1. Bijaksana merancang strategi


2. Bekerjasama antara pemimpin dan rakyat
3. Perundingan dan musyawarah dalam membuat keputusan
4. Berusaha dengan gigih
5. Permuafakatan antara pemimpin negara
6. Mengekalkan perpaduan kaum dan bersatu padu
7. Bekerjasama antara kaum
8. Bertolak ansur antara satu sama lain
9. Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
10. Tidak berputus asa dalam usaha mencapai kejayaan
11. Tabah menghadapi cabaran

6.KESIMPULAN

Kesimpulannya,dasar luar negara penting kepada negara kita bagi mengekalkan kemakmuran negara
kita.Oleh itu kerajaan perlulah mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam politik negara lain.Selain
itu mengadakan lawatan ke negara lain bagi memantapkan perhubungan dua hala dalam kalangan
pemimpin disamping menyokong keputusan PBB agar dapat mengelakkan peperangan dan dapat
mengekalkan yang baik dengan semua negara.

INTERNET

https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-5/sejarah-t5-bab-9

https://youtu.be/qOSF8_bZ7rE

Cadangan%20Jawapan%20K3%20SET%201%20_Cemerlang_[1].pdf

BUKU

Dr Mohd bin Samsudin, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai