Anda di halaman 1dari 5

Panel 1 Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T dan salam satu Malaysia


Segala puji-pujian kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita sama-sama berada dalam forum Malaysia pada hari ini.
Terima kasih kepada Prof Ellyza Nuranis atas jemputan untuk
mengadakan forum perdana ini.
Sebelum saya memulakan sesi perbincangan, izikan saya
memperkenalkan diri saya dan seterusnya panel-panel jemputan
pada hari ini.
Nama diberi, Adriana Alya Quah Binti Muhammad Mahathir Daren
Binti Muhammad Mahathir Daren.Saya lebih dikenali dengan
panggilan Dr.Adriana.
Seterusnya mempersilakan para panel yang arif lagi bijaksana
untuk memperkenalkan diri masing-masing.Dipersilakan.
Panel 2 Assalamualaikum W.B.T, saya Professor Madya Ellyza Nuranis
Binti Ariffin.
Anda semua boleh panggil saya Prof Ellyza.
Panel 3 Selamat Petang, sayaDr Diyana Adeela Binti Yuzmy Jamzaimy.
Anda semua boleh panggil saya Dr. Diyana
Panel 4 Assalamualaikum W.B.T, saya Professor Ahmad Hudzaifah Bin
Mohd Hafiz.
Anda semua boleh panggil saya Prof. Hudzaifah
Panel 5 Selamat Petang , saya Datuk Dr. Nur Aina Afrina Binti Hasrol.
Anda semua boleh panggil saya Dr. Aina
Panel 1 Alhamdulillah, selesai sudah sesi pengenalan.
Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Prof.Ellyza untuk
membuka bicara tentang forum kita pada hari ini.
Panel 2 Assalammualaikum w.b.t , salam sejahtera , salam satu Malaysia ,
kepada Ahli Panel dan sidang hadirin yang disayangi sekalian .
Hadirin yang dihormati sekalian , izinkan saya untuk mengupas
serba sedikit tajuk forum kita pada hari ini .Tajuk forum yang dipilih
pada hari ini adalah Dasar Luar Negara . Untuk makluman sidang
hadirin , Dasar Luar Negara merupakan tindakan pihak kerajaan
dalam menjalinkan hubungan dengan Negara lain . Baiklah sidang
hadirin sekalian.
Panel 1 Izinkan saya bertanya kepada para panel yang arif lagi bijaksana,
apakah matlamat-matlamat penggubalan dasar luar ?
Panel 5 Baiklah , untuk persoalan berkaitan matlamat penggubalan dasar
luar saya akan membincangkan 3 perkara terlebih dahulu . Yang
pertama , dasar luar ini mempengaruhi tindakan Negara dalam
menghadapi suasana perkembangan politik wilayah , serantau dan
juga antarabangsa.Selain itu , kejayaan dasar luar Malaysia telah
mendapat kejayaan yang erat dalam bidang ekonomi , politik ,
pertahanan serta kebudayaan pada peringkat antarabangsa.Akhir
sekali , sejak dari tahun 1956 , penubuhan Kementerian Luar
Negara telah bermula dan dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal
Luar
Panel 3 Izinkan saya tambah sedikit apa yang diperkatakan oleh Dr. Aina
sebentar tadi . Seterusnya , pada tahun 1966 nama kementerian ini
diubah menjadi kemeterian luar negara . kementerian ini berpindah
dari banggunan Sulatan Abdul Samad ke kompleks baharunya dan
dikenali sebagai Wisma Putra yang terletak di Bukit Petaling , Kuala
Lumpur . selain itu , yang kelima pula pada 17 September 2001
Kementerian Luar Negara memmulakan operasinya di Jalan Wisma
Putra . Yang terakhir sekali iaitu keenam , Wisma Putra berperanan
menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan Nasional
Malaysia pada peringkat antarabangsa . itu sahaja , terima kasih .

Panel 4 Setelah mendengar buah bicara daripada para panel yang arif lagi
bijaksana, saya ingin menambah buah fikiran saya tentang
matlamat penggubalan dasar luar. Terdapat 5 matlamat
penggubalan dasar luar yang lain , iaitu mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan negara , melindungi kepentingan
nasional , mempertahankan dan memajukan kepentingan
Malaysia , memupuk hubungan baik dengan negara luar dan
menghadapi perkembangan serta cabaran politik , ekonomi dan
sosial.
Prof Ellyza, bolehkah prof terangkan tentang faktor penggubalan
dasar luar ?
Panel 2 Baiklah untuk persoalan Prof. Hudzaifah tadi , antara faktor
penggubalan dasar luar ialah Ikatan Sejarah . Nilai sejarah yang
dilalui merupakan dasar luar yang digubal berdasarkan adanya
ikatan sejarah antara ini dengan Negara lain. Selain itu , ikatan
sejarah dan budaya dengan Negara serantau dan antarabangsa
seperti Singapura , Indonesia , Brunei , Filipina , Thailand dan
Negara Asian lain yang terpilih menyebabkan Malaysia menjalinkan
hubungan rapat dengan Negara-negara ini . Di samping itu ,
Malaysia juga menjalinkan hubungan keagamaan dengan Negara
seperti Arab Saudi , Mesir , yaman dan Turki sejak sekian lama .
AKhir sekali , setelah mencapai kemerdekaan Negara kita telah
menyertai pertubuhan Komanwel . Faktor yang seterusnya adalah ,
keperluan nasional . Untuk faktor ini , keperluan nasional
bermaksud memberikan keutamaan kepada kepentingan Negara .
Kepentingan Negara ini perulah diberi perhatian untuk menjaga
kedaulatan mahupun menguntungkan Negara . Selain itu ,
kedudukan strategic menjadi faktor utama dalam membentuk dasar
luar dengan Negara serantau . Keperluan nasional ini juga dapat
menjadikan hubungan baik dengan Negara luar sebagai satu
kelebihan terutamanya jika terdapat rakyat Malysia yang menetapdi
Negara luar . Akhir sekali , kepentingan ekonomi dan keamanan
menyebakan Negara Malaysia melakukan dasar luar dengan bebas
dengan semua Negara tanpa mengira idealogi
Panel 1 Para panel yang arif lagi bijaksana, izinkan saya menambah lagi
faktor penggubalan dasar luar. Faktor yang ketiga adalah
disebabkan oleh kepimpinan.Faktor kepimpinan ini merujuk kepada
kebijaksanaan dan kebolehan seorang pemimpin negara yang turut
menjadi asas penting dalam penggubalan dasar luar.Disebabkan
itu, pemimpin perlulah peka akan perkembangan pada peringkat
antarabangsa serta perubahan yang berlaku bagi menentukan hala
tuju dasar luar negara.Sebagai contohnya, Malaysia telah
menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di
Afrika dan negara kepulauan di Pasifik Selatan. Selain itu,
persekitaran luar juga menjadi faktor penggubalan dasar luar
Malaysia. Perkembangan politik , ekonomi dan sosial antarabangsa
yang sentiasa berubah menyebabkan penggubalan dasar luar
Malaysia disesuaikan dengan perubahan yang berlaku.
Penggubalan dasar luar negara ditentukan oleh perkembangan
yang berlaku pada peringkat antarabangsa seperti ketika era
Perang Dingin. Pada masa itu, dasar luar negara dilihat lebih
probarat.Disebabkan itu, Malaysia mengubah dasar daripada
probarat kepada tidak berpihak berdasarkan perkembangan yang
berlaku pada tahun 1970-an.
Seterusnya, saya ingin mendalami tentang cabaran mengukuhkan
dasar luar.Bolehkah para panel yang arif lagi bijaksana terangkan
tentangnya ?
Panel 5 Sudah tentu. Bagi menghadapi cabaran yang ada , Cabaran politik
antarabangsa sememangnya sangat mempengaruhi dasar luar
Malaysia . Misalnya , Malaysia mengamalkan dasar berkecuali
apabila menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira
ideology. Selain itu , Keadaan ini membolehkan Malaysia
menjalinkan hubungan dengan negara China melalui lawatan oleh
Tun Abdul Razak Hussein ke negara tersebut pada tahun 1974.
Panel 2 Cabaran yang kedua adalah Cabaran politik serantau . Peluasan
pengaruh komunis di Indochina menyebabkan ketidakstabilan
kepada rantau asia tenggara. Antara perkara yang ingin ditekan
ialah berlaku kebanjiran pendatang asing Vietnam di Asia Tenggara
dan Malysia turut terkesan dengan berita tersebut . Selain itu , pada
tahun 1976 , Malaysia menggerakkan usaha menyokong siding
kemuncak ketua-ketua Negara ASEAN di Bali , Indonesia , bagi
membincangkan pergolakan di Indochina serta masa hadapan
rantau Asia Tenggara
Panel 4 Selain itu, cabaran lain yang kita boleh lihat adalah keselamatan
dan pertahanan Anglo-Malaysia Defence Agreement (AMDA) iaitu
perjanjian antara Malaysia dengan Britain ditamatkan pada tahun
1971 .Berikutan dengan itu , Malaysia mendatangani perjanjian
pertahanan baharu iaitu Five Power Defence Arrangemen (FDPA)
atau Perjanjian Pertahanan Lima Negara 15 April hingga 16 April
1971 yang melibatkan negara Malaysia , Singapura , Britain , New
Zealand dan Australia. Dengan perjanjian ini , Malaysia akan
memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi
memperkukuhkan pertahanan dan keselematan negara melalui
FDPA ini Malaysia juga turut bekerjasama dengan negara ASEAN
dalam memperkuat pertahanan dan keselamatan rantau Asia
Tenggara. Mesyuarat menteri-menteri pertahanan ASEAN telah
diadakan bagi membincangkan kerjasama ini .Malaysia juga
mendatangani perjanjian sempadan dengan thailand pada tahun
1965 untuk menangani isu keselamatan
Panel 3 Terima kasih kepada Prof, Hudzaifah, seterusnya , saya ingin
menjelaskan cabaran terakhir iaitu Cabaran Pembangunan
Ekonomi . Cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam
ekonomi ialah wujudnya dominasi negara maju bagi menentukan
harga komoditi bijih timah , getah ,hasil minyak dan gas negara.
Antara cabaran mengekalkan hubungan luar dalam ekonomi ialah
Malaysia menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti (ITC)
dan (GATT) atau perjanjian umum tarif dan perdaganggan .
Seterusnya ,desakan Malaysia agar harga barangan dapat dikawal
disuarakan melalui organisasi ini bagi membolehkan Malaysia
memperolehi hasil daripada minyak dan gas . Akhir sekali ,
Malaysia menubuhkan PETRONAS pada tahun 1974 untuk
membangunkan sektor minyak dan gas negara . Itu sahaja , Terima
Kasih.
Panel 4 Begitu banyak cabaran yang telah dihadapan untuk mengukuhkan
dasar luar Malaysia. Seterusnya, boleh para panel terangkan
tentang penglibatan Malaysia dalam ASEAN ?
Panel 5 Para panel sekalian, ZOPFAN ( Zon Aman , Bebas dan Berkecuali )
diumumkan pada tahun 1971 di Kuala Lumpur. Deklarasi ini
menjadi subjek penting yang dikemukanan oleh Malaysia dalam
ASEAN. Antara aspek utama yang dibincangkan ialah langkah
Malaysia menjalinkan hubungan China sebagai sebahagian
dariapada pengisian konsep ZOPFAN. Selain itu , Malaysia juga
menjadikan ASEAN sebagai platform terpenting untuk
mengisytiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat
serantau dan global. Seterusnya langkah ini mendapatkan
pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat , Rusia
dan China .
Panel 1 Seterusnya, Malaysia terlibat dengan penyelesaian konflik
serantau.Malaysia terlibat secara aktif mencari penyelesaian dalam
konflik politik yang berlaku di indochina, terutamanya di Vietnam
dan kemboja yang berkaitan dengan ancaman komunis dan
pelarian kerana dibimbangi akan menjejaskan kestabilan rantau
Asia Tenggara. Malaysia menyeru agar kuasa besar tidak campur
tangan dalam isu di Vietnam. Seterusnya isu di Kemboja pula
berjaya diselesaikan melalui pilihanraya pada tahun 1993. Dalam
pada itu, Malaysia turut menghantar pasukan pengaman di bawah
PBB iaitu MISI UNTAC.
Panel 3 Terima kasih kepada Dr. Adriana. izinkan saya meneruskan ?
baiklah , seterusnya kerjasama ekonomi juga antara penglibatan
Malaysia dalam penubuhan antarabangsa. Negara anggota ASEAN
merupakan rakan dagang Malaysia yang penting . kerjasama
ekonomi ASEAN bermula sejak tahun 1970-an .Pada tahun 1978 ,
industri Asean (AIP) dimulakan .antara projek yang berjaya
termasuklah pengeluaran baja urea di Indonesia (1984) dan
Malaysia (1986) . Selain itu , pengeluaran baja fosfat dan kuprum di
Filipina serta penghasilan serbok soda di Thailand juga berjaya
dilaksanakan . Akhir sekali , pemotongan cukai barangan dilakukan
melalui skim ini .Malaysia menawarkan pemotongan cukai ke atas
pelbagai jenis produk keluaran negara anggota ASEAN . Itu sahaja
dari saya.
Panel 4 Akhir sekali, Malaysia menjalinkan hubungan kerjasama sosial
melalui penubuhan Southeast Asean Minister Of Education
Organisation (SEAMEO)
Terdapat 3 Kerjasama Sosial , antaranya ialah kerjasama dalam
semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan , pertukaran
pelajar dan penubuhan pusat serantau pendidikan seperti
pembinaan The Regional Centre for Education in Science and
Mathematics di Pulau Pinang. Selain itu , Kerjasama yang kedua
ialah kerjasama dalam bidang kebudayaan dilaksankan seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan
Tabung Kebudayaan ASEAN. Akhir sekali , Kerjasama yang
terakhir ialah Sukan SEA dilaksanakan untuk menjalinkan
kerjasama dalam sukan
Panel 1 Terima Kasih ahli panel yang sungguh arif lagi bijaksana dalam
melontarkan perkara berkaitan Dasar Luar Negara ini . Jutaan
terima kasih juga pada ahli panel kerana sudi hadir bagi
membicarakan perihal Dasar Luar Negara ini . Semoga forum ini
menjadi wadah melahirkan para pendengar yang tinggi ilmu
pengetahuan berkaitan Dasar Luar Negara ini

Terimalah salam , salam bersantun .


Salam yang minta maaf , salam yang minta ampun .

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi terima kasih


kepada para hadirin yang sudi hadir ke Forum ini . Lantaran
keterbatasan waktu , saya memohon mengakhiri bicara ini
seterusnya menundurkan diri , Sekian terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai