Anda di halaman 1dari 8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian/Cantuman

Pengenalan
Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.

Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.

Perbezaan antara Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan

Pecah Sempadan bermaksud sempadan-sempadan tanah akan berubah mengikut pelan yang disediakan dan kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru.

1/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

Pecah Bahagian pula bermaksud nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.

Penyatuan Tanah (Cantuman) :

Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik Kekal (contoh: GM, PM)yang sama, mukim yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah(Cantuman). Jika berpegang pada Hakmilik Sementara (contoh : HSM), hendaklah diuruskan melalui Serah Balik Kurnia Semula (SBKS).

Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.

Kuasa Meluluskan Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar. Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Borang Yang Digunakan

2/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

Permohonan Untuk Memecahkan

Sempadan Tanah

Borang 9A

Permohonan Untuk Memecahkan

Bahagian Tanah

Borang 9B

Permohonan Untuk Menyatukan Tanah

Borang 9C

Bayaran

Bayaran Pelan

3/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

RM10.00

seplot

Bayaran Pendaftaran Hakmilik

Sementara

RM40.00

seplot

Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal

RM40.00

seplot

Bayaran Ukur

Sila

lihat Jadual Bayaran Ukur

Dokumen Yang Perlu Disertakan:

Bagi Permohonan Perseorangan :1. Lima (5) salinan Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau

4/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

2. Lima (5) salinan Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau 3. Lima (5) salinan Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah 4. Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah. 5. Dua (2) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah. 6. Dua (2) salinan resit cukai tanah tahun semasa. 7. Dua (2) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen). 8. Dua (2) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan). 9. Resit bayaran permohonan RM 100.00 per plot. 10. Dua (2) salinan borang butir-butir diri pemohon.

5/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

11. Dua (2) salinan kad pengenalan pemohon.

Bagi Permohonan Syarikat :1. Lima (5) salinan Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau 2. Lima (5) salinan Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau 3. Lima (5) salinan Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah. 4. Lima Belas (15) salinan pelan. 5. Dua (2) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah. 6. Dua (2) salinan resit cukai tanah tahun semasa. 7. Dua (2) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.

6/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

8. Dua (2) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan(Pemegang Kaveat/ Pemegang Gadaian). 9. Dua (2) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM 100.00 per plot. 10. Dua (2) salinan Resolusi Syarikat. 11. Dua (2) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat. 12. Dua (2) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat. 13. Dua (2) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.

Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa (PA). 1. Dua (2) salinan surat wakil kuasa yang telah disahkan oleh Pendaftar Mahkamah dan difailkan

7/8

Pecah Sempadan/Pecah Bahagian /Cantuman

di Pejabat PTG / Pejabat Tanah Daerah. 2. Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

8/8

Anda mungkin juga menyukai