Anda di halaman 1dari 3

Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan penting yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur

dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kepentingan produk ini dapat dilihat dari sudut pembangunan tanah di mana hakmilik tanah adalah perkara utama yang perlu ditentukan sebelum ianya dibangunkan untuk sebarang tujuan. Objektif utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendakkehendak awal pendaftaran hakmilik. Ukur Kadaster juga akan menentukan sebidang tanah itu sebagai objek dan unit-unit rekod. Objektif lain adalah : 1:Untuk memastikan sempadan lot-lot tanah tidak bercanggah dan bertindih antara lot-lot jiran 2:Memudahkan tuan tanah memastikan kawasan dan had-had sempadan masing-masing daripada segi undang-undang dan pengukuran 3:Mengadakan rekod tersusun berkenaan sempadan lot tanah dan kawasannya 4:Menghasilkan Pelan Akui yang menunjukkan sempadan-sempadan lot dan keluasan serta dapat digunakan untuk mengeluarkan suratan hak milik. 5:Kedudukan, bentuk dan luas hakmilik ditentukan dengan cara pengukuran 6:Berkhidmat bagi keperluan negara seperti pungutan cukai tanah

Fungsi Bahagian Ukur Kadaster (Function of Cadastral Survey Division) Adalah salah satu Bahagian yang penting di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Antara fungsi bahagian ini adalah : Menasihati Jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan undangundang, peraturan ukur dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan. Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan. Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan oleh JUPEM Negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang di lapangan. Merancang dan melaksanakan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa efisyen di seluruh JUPEM Negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan juga di pejabat.

OBJEKTIF UKUR KADASTER Tujuan utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak-kehendak awal pendaftaran hakmilik. Ukur kadaster juga akan menentukan bahawa sebidang tanah itu sebagai objek dengan unit-unit rekod. Tujuan lain ukur kadaster ialah : Untuk mentakrifkan yang sebidang tanah itu adalah di bawah mukim-mukim tertentu dan pemilik ekonomi tertentu. Boleh menentukan mana-mana bidang tanah itu adalah tetap di atas mukabumi jika diperlukan dan menyesuaikan dengan kehendak-kehendak mahkamah. Untuk menentukan yang dua bidang tanah itu (lot) berhubung tanpa ruang dan tidak berlapis. Untuk memberikan bentuk bagi segala perubahan seperti pembahagian tanah dan keadaan lain jika ia berlaku. PRINSIP KADASTER Di dalam ukur kadaster , prinsip kerjanya ialah membuat kerja dari keseluruhan barulah kebahagian dalamnya. Ini bermakna ukuran keliling hendaklah dibuat dahulu sebagai kawalan dan kemudiannya barulah pengukuran kebahagian-bahagian dalamnya dibuat. Surveying from the whole to the part Garisan terabas dibuat di mana setiap garisan di antara dua titik ditentukan nilai bering dan jaraknya. Rangkaian garisan terabas hendaklah diasaskan kepada batu sempadan lama yang diakui berada di dalam kedudukan asal. JENIS-JENIS UKUR KADASTER 1. Ukuran Hakmilik Pertama 2. Pecah Sempadan Tanah 3. Pecah Bahagian Tanah 4. Gabungan Tanah 5. Ukur Penjajaran 6. Ukur Dinding Dua Tuan 7. Ukur Pengesahan 8. Ukur Hak Lalulalang 9. Ukur Hakmilik Strata 10. Ukur Hakmilik Stratum KEGUNAAN KADASTER 1. Pendaftaran tanah milik 2. Pungutan cukai tanah 3. Mendapatkan maklumat asas bagi tujuan pentadbiran tanah 4. Urusan dan urusniaga tanah 5. Perancangan Berkekalan kerana teknik pengukuran yang berkualiti di mana kemungkinan untuk mengukur semula dengan ketepatan yang lebih tinggi tidak diperlukan. Kepastian dalam menjelaskan pemilikan tanah bukan sahaja di lapangan tetapi boleh menandakannya semula dengan tepat jika ia hilang , diubah atau jika berlaku perselisihan sempadan pada bila-bila masa.

Anda mungkin juga menyukai