Anda di halaman 1dari 22

Tekimetri C2343/UNIT 4/ 1

UNIT 4

PENGUKURAN TEKIMETRI

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami cara perlaksanaan kerja-kerja ukur


tekimetri.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

 Menerang dan melaksanakan ukur tekimetri dengan


kaedah stadia tetap staf pugak.
 Menjalankan ukur tekimetri dengan menggunakan alat
pengukuran elektronik.
 Menyatakan selisih yang terdapat dalam kerja ukur
tekimetri.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 2

INPUT

4.1 Pengenalan
Pada Unit 3, kita telah mempelajari secara ringkas tentang sistem stadia,
sistem tangen, sistem garis sentuh, palang subten, sistem “Wedge Optic atau
“Double Image” dan sistem EDM. Juga diterangkan prinsip asas pengukuran
jarak secara optik.

Pada unit ini, kita akan mempelajari lebih mendalam kaedah stadia dan alat
elektronik. Kenapa kita hanya mempelajari 2 kaedah sahaja iaitu kaedah
stadia dan elektronik? Untuk menjawab soalan ini, faktor perkembangan
teknologi semasa telah mempengaruhi cara kerja dalam pengukuran masa
kini. Sistem tangen, sistem garis sentuh, palang subten dan sistem “Wedge
Optic” atau “Double Image” jarang-jarang digunakan pada masa kini. Oleh
itu kita mendalami cara-cara atau kaedah-kaedah yang selalu digunakan
pada masa kini dengan lebih mendalam.

Pada unit ini juga kita akan mempelajari prinsip asas pengukuran jarak
menggunakan kaedah tekimetri dan seterusnya mendapatkan beza tinggi.
Kita juga akan melihat bagaimana kerja-kerja dijalankan serta mengetahui
selisih dan kejituan cerapan.

4.2 Kaedah Stadia Tetap Staf Tegak


Tekimetri staf tegak adalah sesuai untuk pengukuran butiran dengan teknik
jejarian. Kaedah ini selalu digunakan oleh jurukur bagi kerja-kerja tekimetri
secara manual. Peralatan utamanya ialah alat tiodolit dan staf.

Kita merujuk kepada Rajah 4.1, bacaan nilai ‘s’ ialah bacaan staf antara A ke
B. Jika staf dipegang condong serta bersudut tepat dengan garisan
pandangan, bacaan stadia sepatutnya ialah A’ B’.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 3

Setaf
A
A’
D C s

B’
B
h v
X

Teodolit
H

RAJAH 4.1 : Cerapan Stadia Tetap Staf Pugak

Bagi mendapatkan Jarak Cerun ;

Jadi, D = Ks + C
= K(A’B’) + C
Tapi, A’B’ = ABCos  atau sCos 
Jadi D = KABCos  + C
D = Ks.Cos  + C

Bagi mendapatkan Jarak Mendatar dan Jarak Pugak ;

H = DCos 
= Ks.Cos2 + C.Cos 
V = Dsin 
= Ks.Cos .Sin  + C.Sin 
= ½(Ks.Sin 2) + C.Sin 

Bagi alat tekimetri yang menggunakan kanta analatik, nilai C=0.


Jadi formula-formula bagi D, H dan V akan berubah menjadi;

D = Ks.Cos  D = Jarak Cerun


H = Ks.Cos 2 H = Jarak
V = ½(Ks.Sin 2 ) Mendatar
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 4
Dalam alat-alat moden, di mana nilai C bukan sifar(0), didapati nilai C
tersebut adalah kecil. Oleh itu formula-formula di atas bolehlah
dipermudahkan kepada:

H = (Ks + C) Cos2
V = (Ks + C) . ½(Sin 2 )

Penentuan Aras Laras Stesen Pertama ;

AL1 = ALTBM – Hi  V – h

Penentuan Beza Tinggi ;

Beza Tinggi (dH) = Hi  V – h

Hi = Tinggi alat
V = Jarak pugak
( + ve bila sudut dongak / –ve bila sudut tunduk)
h = Bacaan Stadia Tengah

Penentuan Aras Laras Stesen-stesen lain ;

AL2 = AL1 + dH1-2


= AL1 + Hi  V - h

Contoh 1:
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 5

Bacaan di bawah adalah diambil dari satu kerja tekimetri dimana staf
dipegang selari dengan garis benang pelambob. Pemalar darab alat (K)
adalah 100 dan angkatap campur ( C) adalah 0.

Bacaan Stadia
Stesen
Bering Ufuk Sudut Pugak
staf Atas Tengah Bawah

A 27 30’ 00” 2.025 1.515 1.000 + 8 00’ 00”

B 207 30’ 00” 3.110 2.055 1.000 - 5 00’ 00”

Kirakan:-

a. Beza tinggi antara stesen A dan stesen B

Penyelesaian:

Apabila staf di stesen A

S1 = 2.025 – 1.000 V1 = ½ K s Sin 2

= 1.025 m = ½ 100 ( 1.025 ) Sin 2( 8 00’ 00” )

= 14.126 m

Apabila staf di stesen B

S2 = 3.110 - 1.000 V2 = ½ K s Sin 2

= 2.110 m = ½ 100 ( 2.110 ) Sin 2( 5 00’ 00” )

= 18.320 m

Seterusnya untuk mengira beza tinggi, anggapkan X sebagai ketinggian


garis kolimatan;
Aras Laras A = X + V1 - bacaan tengah
= X + 14.126 - 1.515
= X + 12.611 ………………… (i)
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 6

Aras Laras B = X - V2 – bacaan tengah


= X – 18.320 2.055
= X – 20.375 …………………. (ii)

Dari persamaan (i) dan (ii) di atas maka beza tinggi antara stesen A dan
B adalah;
= (X + 12.611) – ( X - 20.375 )
= X + 12.611 - X + 20.375
= 12.611 + 20.375
h = 32.986 m

AKTIVITI 4.1
AKTIVITI 4.1
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 7
 Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…?

 Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Soalan1
Diberi rumus seperti di bawah, berikan maksud H, V,s, K, C dan 

H = K.sCos2 + C.Cos 
V = ½(K.s.Sin 2) + C.Sin 

Soalan 2
Berdasarkan Gambarajah 4.2 dan maklumat di atas, hitungkan;

i) Aras laras di stesen 1, titik A dan B


ii) Jika bering dari stesen 1 ke titik A ialah 10 30’ 40” dan bering dari stesen
1 ke titik B ialah 70 50’ 40”, kirakan jarak mendatar dari A ke B.

Teodolait Setaf
T.B.M

Tinggi
Alat Setaf
Stesen A
Stesen 1 Stesen B

Gambarajah 4.2

Stesen Stadia Stadia Stadia Sudut Catatan


Tinggi Alat Atas Tengah Bawah Pugak
1 1.011 0.777 0.542 3 10’ T.B.M
1.214 m 1.742 1.532 1.321 2 45’ A
3.210 3.103 2.955 -4 10’ B

MAKLUM BALAS
4.1

Jawapan 1 :

H = jarak mendatar
V = jarak pugak
s = beza stadia
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 8
K = angkali darab
C = angkali campur
 = sudut pugak

Jawapan 2 :

Sudut Stadia Stadia Stadia Jarak


T. Alat Jarak Mendatar Catatan
Pugak Atas Tengah Bawah Pugak
1.214 m 3 10’ 1.011 0.777 0.542 46.757 2.586 T.B.M
2 45’ 1.742 1.532 1.321 42.003 2.018 A
-4 10’ 3.210 3.103 2.955 25.365 -1.848 B

(i)
Aras laras (1) = ALTBM - Tinggi alat - Jarak pugak + Stadia tengah
= 40.00 – 1.214 – 2.586 + 0.777
= 36.977m

Aras laras (A) = AL1 + Tinggi alat + Jarak pugak - Stadia tengah
= 36.977 + 1.214 + 2.018 - 1.532
= 38.677m

Aras laras (B) = AL1 + Tinggi alat - Jarak pugak - Stadia tengah
= 36.977 + 1.214 - 1.848 - 3.103
= 33.240m

( ii ) Sudut A1B = 70 50’ 40”


= 60 20’ 00”
Jarak (1 – A) = 42.003m
Jarak (1 – B) = 25.365m
Oleh itu jarak AB;
AB2 = (1A)2 + (1B)2 – 2(1A)(1B)Kos(A1B)
= (42.003)2 + (25.365)2 – 2(42.003)(25.365)Kos 60 20’ 00”
= 36.783m

INPUT

4.3 Kaedah Pengukuran Dengan Alat Elektronik


Prisma

Sekarang kita lihat pula kaedah pengukuran dengan alat elektronik. Untuk
mendapatkan ketinggian aras larasDsesuatu titik, kaedah pengukuran ini sama
seperti kaedah stadia tetap staf pugak. Cuma bezanya staf digantikan dengan
alat yang dipanggil sebagai Pancang Jajar (Pole) yang dipasangkan dengan
V alat
h

pembalik (prisma). Lihat Rajah 4.3

H
H.I
Pancang Jajar
(STN B)

Alat EDM
(STN A)
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 9

RAJAH 4.3 : Tekimetri menggunakan alat EDM

Penentuan Beza Tinggi

Beza Tinggi (AB) = H.I  V – h

H.I = Tinggi alat


V = komponen pugak
(+ ve bila sudut dongak / –ve bila sudut tunduk)
h = Tinggi Pancang Jajar

Penentuan Aras Laras

Jika diketahui aras laras kedudukan STN A, maka aras laras stesen-
stesen pancang jajar lain boleh diketahui dengan menggunakan formula
seperti di bawah :

Aras Laras STN B = Aras Laras STN A + H.I  V – h

Contoh 2 :

Satu kerjaluar telah dijalankan di padang dengan menggunakan alat Total


Station di STN 5 di mana ketinggian aras laras dan tinggi alat masing-
masing adalah 16.235m dan 1.452m. Sudut pugak () = +3 20’ 30” dan
tinggi pancang jajar (pole) = 1.250m. Jarak cerun adalah 35.214m.
Kirakan aras laras di kedudukan pancang jajar tersebut.

Penyelesaian :

Aras Laras Pancang Jajar = Aras Laras STN 5 + H.I  V – h


= 16.235 + 1.452 + ( 35.214 sin320’30”) – 1.250
= 16.235 + 1.452 + 2.056 – 1.250
= 18.493m
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 10

AKTIVITI 4.2
AKTIVITI 4.2

 Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan ini sebelum meneruskan input
selanjutnya….?
 Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Soalan 3

Satu kerjaluar telah dijalankan di padang dengan menggunakan alat EDM di


STN A di mana ketinggian aras laras dan tinggi alat masing-masing adalah
16.000m dan 1.500m. Sudut pugak () = +2 20’ 30” dan tinggi pancang jajar
(pole) = 1.500m. Jarak cerun adalah 36.204m. Kirakan aras laras di kedudukan
pancang jajar tersebut.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 11

MAKLUM BALAS
4.2

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Penyelesaian:

Aras Laras Pancang Jajar = Aras Laras STN A + H.I  V – h


= 16.000 + 1.500 + ( 36.204 sin220’30”) – 1.500
= 16.000 + 1.500 + 1.479 – 1.500
= 17.479
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 12

INPUT

4.4 Cara menjalankan kerjaluar Ukur Tekimetri


Di antara perkara-perkara penting yang perlu kita lakukan semasa menjalankan
kerja ukur tekimetri adalah :
 Tinjauan
 Trabas kawalan ufuk
 Kawalan pugak
 Pengambilan butiran

4.4.1 Tinjauan

Bagi setiap pengendalian projek ukur, adalah perlu dibuat tinjauan


menyeluruh terlebih dahulu ke atas kawasan berkenaan untuk
perancangan kerja yang baik serta memilih stesen yang sesuai.

Ukur tekimetri memerlukan beberapa stesen yang mempunyai


kawalan mendatar dan kawalan pugak (Horizontal and Vertical control)
yang diperolehi dari ukuran yang lebih jitu daripada ukur tekimetri itu
sendiri. Misalnya, ukur trabas teodolit dapat menyediakan kawalan
mendatar dan ukur aras untuk kawalan pugak.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 13

Ukur tekimetri dapat menyediakan ketinggian titik berselerak (spot


height) berserta dengan koordinat berdasarkan kepada stesen di
mana alat tekimetri didirikan. Bacaan stadia diambil ke staf yang
ditegakkan pada titik yang berselerak. Dengan menggunakan teori
tekimetri, ketinggian dan koordinat titik pada staf dapat dihitung.

4.4.2 Terabas Kawalan Ufuk

Semua pengambilan butiran berdasarkan atas rangka kerja stesen-


stesen kawalan ufuk yang mana mesti dibuat di lapangan sebelum
butiran boleh ditentukan kedudukannya. Stesen-stesen ini boleh
ditetapkan dengan menggunakan kaedah terabas teodolit. Terabas
teodolit yang dijalankan mestilah mematuhi syarat-syarat pengukuran
terabas sekurang-kurangnya kelas kedua di mana selisih tutup
terabas adalah 2’ 30”, jarak diambil hampir kepada 0.01m dan tikaian
lurus 1:4000 ke atas. Terabas ini haruslah merangkumi keseluruhan
kawasan pengukuran supaya semua butiran dapat ditentukan
kedudukannya dari stesen terabas kawalan ini.

4.4.3 Kawalan Pugak

Kawalan pugak yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah


ukur aras kelas kedua. Kawalan ini diperlukan bagi memindahkan
ketinggian aras laras dari Batu Aras berhampiran ke setiap stesen
terabas dengan tujuan ketinggian aras laras ini dapat disebarkan ke
setiap butiran yang diambil.

4.4.4 Pengambilan Butiran

Semasa kita mengambil sesuatu titik untuk butiran dengan kaedah


tekimetri, maklumat berikut mestilah dicatatkan semasa pembukuan
iaitu:
i) Ketinggian alat teodolit
ii) Bering atau sudut mengufuk ke arah butiran yang
dicerap
iii) Sudut pugak samada dongak atau tunduk
iv) Bacaan-bacaan stadia

Tetapi sekiranya, pengambilan butiran dijalankan dengan


menggunakan alat total station / EDM, maka tinggi prisma mesti
diketahui pada setiap kedudukan butiran yang diambil.

Berikut adalah contoh langkah-langkah kerja tekimetri dengan merujuk


Rajah 4.4 :

a) Stesen (1), (2) dan (3) adalah stesen kawalan.


Tekimetri C2343/UNIT 4/ 14
b) Titik a, b, c, d dan e adalah titik-titik di mana staf
ditegakkan (sport height).
c) Sudut 1, 2 adalah sudut dari arah rujukan kepada
titik di mana staf ditegakkan. Arah rujukan hendaklah
dari garisan yang telah ditentukan beringnya terlebih
dahulu.
d) Dirisiapkan alat tekimetri di stesen yang sesuai.
Katakan stesen (2) dijadikan stesen permulaan. Ukur
ketinggian alat tekimetri dari piket ke paksi bahu
(trunnion axis).
e) Dapatkan sudut dari stesen (1) ke titik staf di (a) iaitu
1. Arah rujukan boleh bermula dengan nilai kosong
atau bering dari trabas teodolit..
f) Cerapkan ketiga-tiga bacaan stadia di staf iaitu stadia
atas, stadia bawah dan stadia tengah.

g) Cerapkan sudut pugak terhadap stadia tengah


sebagaimana aturcara ukur sudut pugak trabas
teodolit.

abcd dan e kedudukan staf


a b

1 d
c

Trabas kawalan 2 3 3
4

1-5 sudut mendatar 5 Trabas kawalan


2
Kedudukan alat e

RAJAH 4.4: Cerapan Tekimetri

h) Staf dipindahkan ke satu titik yang lain dimana


ketinggian atau butiran perlu diambil. Katakan staf
dipindah ke titik (b). Lakukan aturcara kerja
sepertimana yang telah dilakukan di titik (a)
sebelumnya, iaitu mengukur sudut mendatar (2),
bacaan stadia dan bacaan sudut pugak.

i) Staf dipindahkan ke titik-titik berikutnya di sekitar


stesen dan cerapkan bacaan tekimetri kepada setiap
titik staf tersebut. Setelah selesai kerja-kerja tersebut
bagi satu-satu stesen, pindahkan alat tekimetri ke
stesen berikutnya dan lakukan cerapan lengkap
sehingga keseluruhan kawasan telah diliputi dengan
aras titik selerak dan segala butiran telah diambil.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 15

AKTIVITI 4.3
AKTIVITI 4.3

Soalan 4
Senaraikan langkah-langkah kerja dalam ukur tekimetri.

Soalan 5
Alat-alat yang digunakan untuk kawalan pugak dalam
kerja ukur tekimetri.

Soalan 6
Semasa mengambilan butiran apakah maklumat-
maklumat yang perlu dicatatkan
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 16

MAKLUM BALAS
4.3

Jawapan 4
Langkah kerja dalam ukur tekimetri
1 Tinjauan
2 Trabas kawalan ufuk
3 Kawalan pugak
4 Pengambilan butiran

Jawapan 5
Alat yang digunakan untuk kawalan pugak ialah;
1 Alat aras
2 Staf

Jawapan 6
Maklumat-maklumat yang perlu dicatatkan ialah;
1. Ketinggian alat teodolit
2. Bering atau sudut mengufuk ke arah butiran yang dicerap
3. Sudut pugak samada dongak atau tunduk
4. Bacaan-bacaan stadia
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 17

INPUT

4.5 Selisih Dalam Ukur Tekimetri


Di antara punca-punca selisih ialah :

4.5.1 Jarak antara teodolit dengan staf

Semakin jauh jarak antara teodolit dengan staf, ketepatan yang diperolehi
semakin kurang. Ini disebabkan oleh ‘ resolving power ‘ pada optik
teodolit iaitu keupayaan untuk menggambarkan kejelasan sesuatu benda
yang dicerap.

4.5.2 Keadaan staf yang tidak betul-betul pugak

Sekiranya staf yang didirikan tidak betul-betul pugak maka bacaan-


bacaan yang dibuat pada staf adalah tidak tepat. Jadual di bawah
menunjukkan selisih-selisih yang wujud akibat kecondongan staf.

Kecondongan
10” 1’ 2’ Sudut pugak
Staf
1/6670 1/1090 1/550 3
Ketepatan 1/4000 1/650 1/330 5
1/1960 1/325 1/160 10

Untuk mengatasi masalah ini, staf hendaklah didirikan betul-betul pugak


dengan berpandukan gelembung air.

4.5.3 Biasan Udara

Garisan pandangan dari teodolit dibiaskan oleh lapisan udara yang


mempunyai ketumpatan yang berbeza-beza. Oleh itu bacaan yang dibuat
adalah bukan bacaan yang sepatutnya. Bagi mengurangkan kesan ini
cerapan seelok-eloknya dibuat dengan sudut pugak yang kecil.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 18

4.6 Kejituan Cerapan Stadia


4.6.1 Kejituan pengukuran jarak

Di dalam keadaan unggul adalah berkemungkinan akan memperolehi


satu kejituan 0.01 peratus dalam pengukuran jarak, tetapi dalam praktikal,
kejituan ini jarang dapat diperolehi. Menggunakan sebuah staf aras biasa
dengan senggatan 10mm, kejituan praktik adalah dianggarkan seperti
berikut :

Jarak 20m 100m 150m

Kejituan  100mm  200mm  300mm

4.6.2 Kejituan pengkuran tinggi

Jika staf dipegang tegak dan sudut pandangan kurang daripada 10,
maka tinggi sepatutnya tepat kepada 0.01% daripada jarak pandangan.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 19

AKTIVITI 4.4
AKTIVITI 4.4

Soalan 7
Senaraikan punca-punca selisih dalam ukur tekimetri.

Soalan 8
Bagi mengurangkan selisih akibat dari kesan biasan,
apakah langkah yang sebaiknya dilakukan.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 20

MAKLUM BALAS
4.4

PERHATIAN

 Sila semak jawapan anda dengan jawapan yang diberikan di bawah ini.
 Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI sekiranya anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam AKTIVITI 4.4

Jawapan 7

Punca-punca selisih ialah;


1 Jarak antara teodolit dengan staf
2 Keadaan staf yang tidak betul-betul pugak
3 Biasan udara

Jawapan 8

Bagi mengurangkan kesan biasan udara, cerapan seelok-eloknya dibuat


dengan sudut pugak yang kecil.
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 21

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

Soalan 1

Satu alat teodolit berfokus dalaman telah disetkan di A di atas garis lurus ABC. B dan
C berada pada sebelah alat yang sama. Sudut pugak adalah aras. Daun pokok
menghalang sebahagian pemandangan apabila bacaan berikut telah diambil:

Bacaan ke staf yang dipegang di B: 2.753


Terhalang
2.377

Bacaan ke staf yang dipegang di C: Terhalang


1.956
1.533
Menggunakan data berikut:

a) Pemalar stadia (k) ialah 100 dan pemalar campur (C) ialah 0.
b) Aras laras stesen A ialah 10.000 m.
c) Tinggi alat ialah 1.450 m

Kirakan yang berikut:

i) Aras laras B dan C


ii) Jarak mendatar B dan C

MAKLUM BALAS
Tekimetri C2343/UNIT 4/ 22

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 1

Aras laras B = 8.885 m


Aras laras C = 9.494 m
Jarak mendatar B dan C = 47.0 m

Sekiranya jawapan anda berbeza, sila berbincang dengan kawan-kawan atau bertanya
dengan pensyarah anda.

Anda mungkin juga menyukai