Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Kajian terhadap jenis dan sifat tanah amat penting kerana jenisdan sifat tanah
mempengaruhi kekuatan tanah dalam pelbagai keadaan. Penentuan jenis dan sifat tanah boleh
dilakukan melalui ujian-ujian di makmal. Jenis dan sifat tanah juga boleh ditentukan melalui
pemerhatian ataupun sentuhan.

Tanah terdiri daripada komposisi (butiran mineral, serpihan batu dan sebagainya)
dengan air dan udara dalam lompang antara komposisi tersebut. Kandungan air dan udara
mudah berubah melalui perubahan keadaan dan lokasi di mana tanah boleh kering sempurna
(tidak mempunyai kandungan air) atau tepu sepenuhnya (tidak mempunyai kandungan udara)
atau sebahagiannya tepu (dengan udara dan air). Walaupun saiz dan bentuk kandungan
pepejal (berbutir) jarang berubah pada titik tertentu, ia boleh berbeza-bezadari satu titik ke
titik.

Pertimbangkan tanah sebagai bahan kejuruteraan, ia buku bahan pepejal yang kohoren
seperti keluli dan konkrit tetapi merupakan bahan zarah. Penting untuk memahami
kepentingan saiz zarah, bentuk dan komposisi dan struktur dalaman tanah atau fabrik.

1
PROBA MAKINTOSH

Ujian proba makintosh ini sangat penting dijalankan untuk mengetahui kedalaman
asas tapak yang patut dibina. Kebanyakkan kontraktor sekarang tidak menjalankan ujian ini
dan ini boleh menyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai merekah dan
sebagainya.

Ujian ini perlu dilakukan untuk menegtahui kekuatan galas tanah. Alat ini
dikategorikan sebagai meter tusuk ringan. Alat ini terdiri daripada pengentuk seberat 4.5kg,
dan rod sepanjang 120mm yang berdiameter 25mm serta bersudut 600. Pengetuk akan
dilantak setiap satu kaki (300mm) dan bilangan hentakkan akan dikira. Kedalaman
maksimum ujian ini dapat dilakukan adalah sedalam 60 kaki.

JKR PROBA
Penyiasatan tapak menggunakan ujian proba diambil kira sebagai prosedur yang
agak murah dan mudah. Ujian ini sering digunakan bagi menentukan keupayaan galas tanah
adalah ujian Proba JKR. Ia merupakan ujian dinamik ringan yang mampu mengukur
kekuatan sokongan tanah atau batu melalui kapasiti galasnya.

Ujian Proba JKR mempunyai sedikit perbezaan dari sudut penggunaan kon, ukur lilit
rod, berat tukul dan ketinggian tukul yang dilepaskanuntuk jatuh bebas ke atas kawasan yang
diuji. Keuda-dua ujian ini memberikan keputusan yang setara menyebabkan jurang perbezaan
itu tidak ketara jika dibandingkan antara satu dengan yang lain.

2
OBJEKTIF

Ujian Proba Makintosh dijalankan untuk :-


 Mendapatkan nilai keupayaan galas tanah.
 Keputusan yang diperoleh daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar
mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut.
 Lokasi jujukan, ketebalan dan keluasan setiap stratum tanah termasuk perihalan dan
pengelasan tanah dan strukturnya, penstrataan dalam keadaan tak terganggu.
 Mendapatkan perihal sifat tanah melalui pengujian yang dijalankan.

3
PERALATAN, MESIN, ALAT BAHAN DAN SAIZ

i. Rod besi 1.2m panjang dan berdiameter 12.5mm berdiameter

ii. Kon keluli berdiameter 25mm

iii. Penyambung

iv. Set Penukul

4
v. Pita Ukur

vi. Penarik Rod

vii. Kapur Tulis

PROSEDUR
5
1) Sambungkan kon keluli pada bahagian bawah rod besi dan set penukul pada bahagian
atas rod besi.
2) Tegakkan rod besi serenjang dengan permukaan tanah pada titik yang hendak diuji.
3) Ukur jarak sela 0.3m pada rod besi dan tandakan dengan kapur.
4) Angkat penukul sehingga had maksimum dan lepaskan.
5) Kirakan bilangan hentaman bagi penusukan 0.3m.
6) Catatkan data jumlah hentaman pada setiap penusukan 0.3m dalam jadual Ujian Proba
Makintosh.
7) Tanggalkan set penukul dan sambungkan rod besi yang lain di kepala rod besi yang
asal pada sela 0.3m terakhir.
8) Tandakan semula setiap jarak 0.3m pada rod tersebut. Lakukan semula hentaman dan
ulangi proses kerja yang sama.
9) Hentaman hendaklah dihentikan apabila :-
 Bilangan hentaman mencapai 400 kali bagi penusukan 0.3m
(tanah mempunyai keupayaan galas tanah tinggi)
 Kedalaman penusukan mencapai 15m.
(tanah yang mempunyai keupayaan galas tanah rendah). Penyiasatan tanah
yang lebih terperinci diperlukan dengan menggunakan ujian penjaraan.
10) Tarik rod keluar dari tanah menggunakan penarik rod dan bersihkan rod besi, kon
keluli dan penyambung selepas digunakan.

DATA DAN ANALISIS


6
Prosedur mendapatkan nilai keupayaan galas tanah :

i. Berdasarkan data yang diperolehi, menghitungkan bilangan hentaman bertokok.


ii. Memplotkan graf kedalaman (m) melawan bilangan hentaman bertokok.
iii. Melukis kecerunan berdasarkan plotan yang dibina dan dilabelkan titik perubahan
kecerunan.
iv. Melukis pandangan keratan rentas lapisan tanah selari dengan plotan. Setiap lapisan
diwakili oleh kecerunan yang berbeza.
v. Mengira niai bilangan hentaman per 0.3m pada setiap lapisan tanah.
vi. Mendapatkan nilai keupayaan galas tanah bagi setiap lapisan tanah dengan merujuk
kepada graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentaman per 0.3m.

Nilai keupayaan galas tanah diperoleh dengan merujuk kepada kedudukan lapisan tanah pada
kedalaman asas yang direka bentuk.

Keputusan :

7
Rekod bilangan hentaman / kedalaman 0.3 (m)

Kedalaman (m) Bilangan Hentaman Bilangan Hentaman Bertokok


0 -0.3 146 146

0.3 – 0.6 154 300

0.6 – 0.9 87 387

0.9 – 1.2 134 521

1.2 – 1.5 179 700

1.5 – 1.8 160 860

1.8 – 2.1 205 1065

2.1 – 2.4 102 1167

2.4 – 2.7 145 1312

2.7 – 3.0 158 1470

8
Pengiraan Nilai Keupayaan Galas Tanah :

Kedalaman(m) Lapisan Tanah


0.0 A

1.5 B

2.1 C
3.0 D

Lapisan A B :

Jumlah hentaman dari A ke B = 700 – 0

= 700

1.5−0.0
Jumlah sela A ke B =
0.3

= 1.5

Oleh itu, bilangan hentaman / 0.3m

700
=
1.5

= 466.6

= 467

Lapisan B C :

Jumlah hentaman dari B ke C = 1065 – 700


9
= 365

2.1−1.5
Jumlah sela B ke C =
0.3

= 2

Oleh itu, bilangan hentaman / 0.3m

365
=
2

= 182.5

= 183

Lapisan C D :

Jumlah hentaman dari C ke D = 1470 – 1065

= 405

3.0−2.1
Jumlah sela C ke D =
0.3

= 3

Oleh itu, bilangan hentaman / 0.3m

405
=
3

= 135

RUMUSAN

10
Melalui hasil amali iaitu ujian proba makintosh yang dilakukan dapat menetukan
profail lapisan tanah, untuk menetukan keupayaan galas di tapak, untuk mengkaji secara
terperinci mengenai penyiasatan tapak dan untuk mengetahui keadaan kawasan tanah dan
jenis bangunan yang akan dibina. Pada asasnya alat ini mempunyai had–had tertentu yang mana
tidak boleh dilaksana olehnya. Ianya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk menembusi
lapisan–lapisan keras yang melebihi 2.5 m tebal, walaupun di bahagian bawahnya merupakan
tanah lembut.

Pada helaian muka surat 9 menunjukkan nilai keupayaan galas tanah bagi lapisan AB
yang diperoleh daripada graf piawai adalah melebih 400 kN/m 2. Ini kerana nilai bilangan
hentaman per 0.3m yang diperolehi melebihi 110. Seterusnya lapisan BC nilai keupayaan
galas tanah juga melebihi 400 kN/m2 diperolehi daripada graf. Lapisan yang terakhir juga
iaitu lapisan CD turut mempunyai nilai keupayaan galas tanah juga yang melebihi 400 kN/m 2
diperolehi daripada graf.

Nilai keupayaan galas tanah diperoleh merujuk kepada kedudukan lapisan tanah pada
kedalaman asas yang direka bentuk. Hasil daripada ujian Proba Mackintosh, nilai ini boleh
diperoleh dengan merujuk kepada graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentaman
per 0.3m.

LAMPIRAN

11
RUJUKAN

12
1) http://berkatrezekiresources.blogspot.com/2014/06/ujian-proba-mankistosh-jkr.html

2) http://jkrbesut.terengganu.gov.my/index.php/7-blog/276-penyelidikan-tanah

3) https://dokumen.tips/documents/report-proba-makintosh.html

4) Kertas Penerangan kursus Soil Mechanics, Kod DCA 1143.

13

Anda mungkin juga menyukai