Anda di halaman 1dari 4

METHOD STATEMENT (KONKRIT GROUND BEAM)

Skop
Untuk mengenal pasti cara-cara mebina Ground Beams’ reinforcement bar, konkrit untuk
memenuhi keperluan projek.

Bahan

 Konkrit (Gred yang telah ditetapkan)


 Rebar keluli (Saiz yang telah ditetapkan)

Tenaga Pekerja

 Pengurus Pembinaan
 Jurutera Projek
 Jurutera Tapak
 Penyelia Tapak
 Pekerja mahir/tidak mahir
 Operator peralatan
 Foremen
 Tukang kayu
 Pengancing/Pengikat keluli

Peralatan dan Alatan

 Total station (theodolite)


 Alat Ukur Aras
 Tangki Air
 Pam Konkrit
 Lori Konkrit
 Penggetar Konkrit

Tanggungjawab
Pengurus Pembinaan :
 Tanggungjawab menyeluruh untuk melaksanakan Method Statement Ground
Beams.
 Memastikan Jurutera dan pekerja lain memahami Method Statement ini dan semua
sumber (Tenaga Pekerja , alatan dan bahan) sudah tersedia supaya projek ini
diteruskan tanpa penangguhan yang tidak perlu.
Jurutera Projek
 Memastikan penyediaan yang seperlunya oleh tenaga pekerja dan peralatan
 Mengawasi semua pekerja di tapak, termasuk Jurutera Tapak, penyelia dan foremen
 Membuat tawaran dengan pembekal berkenaan kuantiti campuran konkrit tersedia
dan penghantaran
 Menguruskan segala operasi
 Memastikan penyediaan proses pengawetan
 Memastikan peralatan keselamatan sentiasa ada di tapak

Metodologi
Proses pemasangan tetulang keluli
1. Letakkan asphalt kalis air dibawah rasuk tanah(Ground Beams)
2. Pastikan senarai jadual pemotongan dan keluli bengkok disediakan, diserahkan dan
diluluskan oleh Jurutera.
3. Pastikan bahan potong dan keluli bengkok sampai ke tapak dalam keadaan baik
4. Simpan bahan yang dihantar dengan berhampiran setiap bangunan(rumah) dan
dilindungi dengan sewajarnya.
5. Buang sebarang bar keluli yang berkarat
6. Gunakan lukisan pelan yang telah diluluskan oleh Jurutera untuk proses pemasangan
tetuang keluli.
7. Ikuti susun atur tetulang, bahagian untuk membetulkan keluli.
8. Betulkan keluli tetulang tiang pengeras ikut susun atur dan ukuran yang diluluskan.
9. Ikat keluli dengan betul.
10. Buang sebarang pengikat longgar dalam keluli tetulang
11. Bengkokkan hujung wayar bebas pengikat ke dalam
12. Gunakan pengaduk untuk ketatkan keluli dengan betul.
13. Buang sebarang pengaduk yang longgar
14. Pastikan pengaduk(stirrups) dipasang mengikut lukisan yang diluluskan.
15. Betulkan pengaduk(stirrups) lurus dan dijajar.
16. Betulkan papan pengisi boleh mampat mengikut ketebalan yang dinyatakan dalam
lukisan yang diluluskan untuk sambungan pengembungan(expansion joints).
17. Gunakan (coated metal chairs) untuk bar mendatar dan pengatur jarak bulat (circular
spacers) untuk bar menegak sebagai penutup konkrit.
18. Kosongkan semua bahan yang berkaitan dengan kerja-kerja MEP yang perlu
mengikut lukisan MEP yang diluluskan.
19. Jurutera MEP menyemak dan meluluskan semua kerja MEP sebelum penutupan
pengatup(shutter).
20. Jurutera memeriksa dan meluluskan keluli tetulang Ground Beams sebelum
menutup pengatup dan juga tetulang tiang pengeras.
21. Kerja-kerja pengatup(Shutter works) sedang dijalankan mengikut susunan letak dan
dimensi yang diluluskan.
22. Menggunakan bahan betul.
23. Buang semua bahan yang rosak untuk kerja-kerja pengatup(Shutter works).
24. Salutkan semua bentuk dengan minyak dan rendam dengan air segera sebelum
perletakan konkrit.
25. Menjalankan penetapan, penjajaran dan perataan yang betul bagi bentuk rasuk
tanah (Ground Beam) sebelum konkrit mengikut lukisan yang diluluskan.
26. Betulkan paras konkrit rasuk tanah( Ground Beam) yang diperlukan sebelum dituang.
27. Gunakan kepingan politena(polythene) untuk menutup tiang pengeras keluli
tetulang untuk elak sebarang sentuhan konkrit semasa tuang.
28. Pastikan ruangan(form) benar-benar bersih daripada sebarang halangan, alat yang
terlepas wayar pengikat dan blok penutup longgar.
29. Gunakan pemampat udara(an air compressor) unutk bersihkan ruangan(form)
daripada sebarang habuk atau tanah yang terkumpul di dalam sebelum dituang
konrit.
30. Ruangan (form) akan diperiksa dan diluluskan oleh Jurutera sebelum diisi konkrit.

Peringkat Pembuatan Konkrit (Concreting Stage)


1. Satu lakaran dilukis oleh kontraktor yang akan memaparkan tuangan, lokasi pam,
akses pam, lori dan pusat pemeriksaan lori konkrit yang akan diserahkan oleh
Jurutera.
2. Lori konkrit akan berhenti di pusat pemeriksaan untuk pemeriksaan seperti ujian
Slump dan Kiub yang dibuat.
3. Penurunan mesti mengikut reka bentuk campuran yang telah diluluskan.
4. Satu set enam kiub diuji (bergantung pada keluasan dan spesifikasi). Tiga pada ujian
7 hari dan bakinya ujian 28 hari.
5. Semasa operasi konkrit, penggetar mekanikal dimampatkan untuk memampatkan
konkrit dengan betul.
6. Penggetar tambahan mesti tersedia secara adil untuk elak kegagalan yang tidak
terjangka.

Peringkat Pengawetan (Curing Stage)


1. Pengawetan yang betul bagi kawasan tuangan termasuk menutup konkrit dengan
kain hessian basah dan kepingan politena (polythene).
2. Pengawetan dilakukan 4-5 kali sehari selama sekurang-kurangnya 10 hari.
3. Air yang bersih dan jernih digunakan untuk proses pengawetan dan gunakan asphalt
kalis air.
Keselamatan (Safety)
1. Sediakan kakitangan dan pekerja dengan semua peralatan keselamatan temasuk topi
keledar keselamatan, pakaian keselamatan, kasut keselamatan, sarung tangan, dan
cermin mata keselamatan dan jaket.
2. Langkah berjaga-jaga keselamatan seperti pita amaran, papan tanda dan
penghadang.
3. Kawasan tuangan hendaklah dilindungi, untuk elak sebarang kerosakan.

Anda mungkin juga menyukai