Anda di halaman 1dari 22

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KEMAMAN

PAYOH,
24210 KEMASEK,
TERENGGANU

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM/


CVS 4 CIVIL AND STRUCTURAL MANAGER
PROGRAM CODE AND NAME

TAHAP/LEVEL L4

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI/
COMPETENCY UNIT C02 MANAGE STRUCTURAL ENGINEERING WORKS
NUM. AND TITLE

1. MONITOR FOUNDATION WORKS


2. MONITOR EARTH RETAINING STRUCTURE
WORKS
3. MONITOR REINFORCED CONCRETE
NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI STRUCTURE WORKS
KERJA / 4. MONITOR STEEL STRUCTURE WORKS
5. MONITOR TIMBER STRUCTURE WORKS
WORK ACTIVITIES NO AND 6. MONITOR PRESTRESSED AND PRECAST
STATEMENT CONCRETE WORKS
7. MONITOR LOAD BEARING WALL
CONSTRUCTION WORKS
8. MONITOR COMPOSITE STRUCTURE WORKS
9. MONITOR WATER RETAINING STRUCTURE
WORKS

No. KOD/
CVS 4 – C01/P(4/15) Muka : 1 Drp : 21
CODE No.
TAJUK / TITLE : IKATAN BATA

TUJUAN /PURPOSE :

Kertas penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis – jenis ikatan
bata, jenis – jenis kemas ikat dan jenis – jenis mortar dan kegunaannya untuk
memahirkan pelatih memahami konsep kerja bata dan penggunaan bata dalam industri
binaan

PENERANGAN / INFORMATION :

1.1 Jenis-Jenis Ikatan Kerja Bata

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata
adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan
menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan
di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan
Flemish.

a) Ikatan sisi bata


Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau
112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya.
Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi,
lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan
bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak
mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada
jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong
dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang
disokong.
Rajah 1 : Ikatan sisi bata

b) Ikatan kepala bata


Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini
mengandungi kepala bata sahaja. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan
asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Rajah 2 : Sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata

c) Ikatan Inggeris
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu
lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup
setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala
bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan
sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku
bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan
secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat
sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang
sambungan tegak yang berterusan.

Rajah 3 : Ikatan Inggeris

d) Ikatan Flemish
Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam
satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan
selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam
iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam
tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah
permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish
Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan
sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan
‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok
yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini
sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.
Rajah 4 : Ikatan Flemish

e) Lain-lain ikatan bata


Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering
digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah :

1) Ikatan Tembok Taman Inggeris


Ianya sesuai digunakan pada tembok pagar dan tembok sekatan yang
tebalnya 1 bata. Ikatan tembok ini mengandungi satu lapisan kepala bata
diikuti dengan 3, 5 atau 7 lapisan sisi bata. Lekap di antara sisi bata ialah ½
bata dan di antara sisi bata dengan kepala bata ialah ¼ bata. Kelebihan jenis
ikatan ini ialah kedua-dua belah permukaan tembok dapat dibina dengan
rata.

2) Ikatan Tembok Taman Flemish


Seperti ikatan tembok taman Inggeris, ikatan ini sesuai digunakan untuk
pembinaan tembok pagar tembok sekatan yang tebalnya 1 bata. Ikatan ini
mengandungi 3, 5 atau 7 sisi bata diikuti dengan satu kepala bata disusun
berselang-seli dalam tiap-tiap lapisan. Lekapnya ialah ¼ bata.
3) Ikatan Monk
Ini adalah satu tiruan daripada ikatan Flemish. Tiap-tiap lapisannya
mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua bata sisi berselang-seli.

4) Ikatan Dutch
Satu perubahan daripada ikatan Inggeris. Ikatannya mengandungi lapisan
kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli, dengan tiap-tiap lapisan sisi
bata itu bermula dengan bata kerat tiga suku. Tiada bata penutup setengah
digunakan dalam ikatan ini.

5) Ikatan Palang Inggeris


Ikatan ini seakan-akan sama dengan ikatan Inggeris. Ia mengandungi lapisan
kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan mengadakan bata
penutup setengah selepas kepala bata penjuru pada sudutnya. Pada lapisan
sisi bata yang berselang-seli, satu kepala bata ditempatkan selepas sisi bata
penjuru.

6) Ikatan Bata Perangkap Tikus


Semua bata disusun seperti ikatan Flemish kecuali mengiring. Lubang-lubang
yang terdapat di antara dua sisi bata itu dikosongkan kecuali pada
penjurunya di mana ia diisi dengan padat.

7) Ikatan Bata Silverlock


Ikatan ini adalah lanjutan dari ikatan Inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala
bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala
bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula
dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus.

8) Ikatan ‘Raking’
Ini adalah khas digunakan pada tembok yang tebal ataupun untuk membina
panel, lantai dan sebagainya. Pembinaannya ialah mengikat sisi bata pada
kedua-dua belah tepi tembok dan mengisikan tengah-tengahnya dengan bata
yang bercorak tulang belut, pepenjuru, anyaman bakul ataupun siku-siku.
Rajah 5 : Contoh ikatan tambahan

1.2 Kerja Bata Bertetulang


Keupayaan tanggung sesebuah tembok bata adalah berdasarkan tebalnya.
Walaubagaimanapun, tembok tebal tidak sesuai untuk bangunan masa kini. Cara
mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan tetulang dalam tembok bata.
Dengan adanya tetulang, kerja bata ini boleh menahan tegasan tegangan dan
tegasan mampatan yang lebih tinggi. Bahan – bahan yang sesuai digunakan
sebagai tetulang bagi kerja – kerja bata ialah :

i) Kepingan besi
Kepingan besi (hoop iron) banyak digunakan pada masa dahulu. Bahan ini
disapu dengan selapisan minyak tar untuk mengelakkan ianya berkarat. Syarat
penggunaannya ialah sekeping besi bagi setiap setengah bata tebal tembok dan
biasanya dimasukkan pada setiap lapisan yang keenam pada tembok bata.

Rajah 6 : Kepingan besi

ii) Besi bulat


Besi bulat biasanya digunakan untuk tetulang tiang bata dipasangkan secara
menegak. Lubang – lubang yang diperlukan dalam bata perlu digerudi terlebih
dahulu.
Rajah 7 : Besi bulat
iii) Kasa Exmet dan Kasa Bricktor
Kasa Exmet dan kasa Bricktor dalam kerja bata biasanya ditempatkan selari
dengan lapisan bata pada tiap – tiap lapisan yang ketiga dan keempat dalam
sambungan mortar.

Rajah 8 : Exmet Rajah 9 : Bricktor

1.3 Kerja Kemas Ikat


Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi
menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua
cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung.

i) Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat


bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam,
kekunci, sambung V dan sambung rata.
ii) Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas
pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

Kemas ikat sambung dilakukan untuk mengelakkan takungan air pada dinding luar.
Kemas ikat timbul pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa
hadapan. Bancuhan mortar yang digunakan adalah sama dengan mortar untuk
sambungan kemas ikat sambungan. Bancuhan mortar yang lebih pekat ( 1:3 )
digunakan untuk kerja kemas ikat timbul. Terdapat beberapa jenis kemas ikat iaitu :
i) Kemas ikat sambung condong
Sambungan jenis ini banyak digunakan kerana ia tidak menakung air dan
senang dibuat. Biasanya sambungan yang selari dengan permukaan tembok
dibentuk semasa mengikat bata dengan menekankan mortar condong ke atas
lebih kurang 600 menggunakan sudip. Sambungan tegak biasanya ditekan
dengan hujung sudip supaya berbentuk ‘V’ ataupun diratakan. Sambungan tegak
dibuat terlebih dahulu barulah sambungan mendatar dikemaskan.

Rajah 10 : Sambung condong

ii) Kemas ikat sambung rata


Sambungan rata ini dibuat semasa mengikat bata. Mortar ditambah kepada
mana – mana sambungan yang kekurangan mortar dan dilicinkan.

Rajah 11 : Sambung rata

iii) Kemas ikat sambung terbenam


Sesuai untuk tembok bata yang menggunakan bata bertekstur. Bata yang dipilih
hendaklah sama tebal dan sambungannya tidak kurang daripada 10mm tebal.
Cara membuat kemasan ini adalah dengan mengeluarkan mortar pada
sambungan bata sedalam 10mm dengan menggunakan alat sudip kemas ikat
ataupun alat buatan sendiri.
Rajah 12 : Sambung terbenam

iv) Kemas ikat sambung kekunci


Jenis sambungan ini biasanya berbentuk separuh bulat. Ia memberi pandangan
yang lebih seragam kepada bata yang kurang elok. Sambungan bata diratakan
terlebih dahulu semasa mengikat bata. Sebelum mortar ini mengeras, ia ditekan
dengan menggunakan sebatang besi bulat bersama pembaris pelurus untuk
mendapatkan kemasan.

Rajah 13 : Sambung kekunci

v) Kemas ikat timbul


Jenis ini diperlukan apabila terdapat sambungan bata atau kerja batu yang
terlalu tebal. Cara membuatnya adalah dengan meratakan sambungan dan lurah
dibentuk ditengah – tengah sambungan menggunakan sudip. Kemudian dempul
kapur atau mortar simen pekat dimasukkan de dalam lurah menggunakan sudip
kecil dan ditimbulkan serta diratakan dengan sebatang pembaris pelurus.

Rajah 14 : Kemas ikat timbul


1.4 Mortar
Pelekat yang mengikat batu bata dinamakan mortar. Mortar mengandungi
komposisi seperti batu baur halus ataupun pasir, matriks atau agen pengikat seperti
kapur, simen atau kedua-duanya. Air pula digunakan sebagai pemangkin. Nisbah
bancuhan ialah nilai digunakan dalam membuat bancuhan mortar. Nisbah yang
kerap digunakan ialah 1:4 untuk kerja bata biasa dan melepa, 1:3 untuk kerja
melepa bata kejuruteraan.

i) Mortar kapur

Campuran mengandungi nisbah kapur dan pasir. Digunakan dengan meluas


sebelum adanya simen. Terdapat beberapa jenis mortar kapur yang digunakan
antaranya ialah mortar kapur bukan hidraulik dan mortar kapur hidraulik. Mortar
kapur bukan hidraulik menggunakan kapur tulen untuk membancuh. Kapur ini
mestilah ditindak air (slaking) sebelum boleh digunakan. Mortar ini cuma dapat
mengeras dalam udara (kehadiran karbon dioksida). Nisbah bancuhannya ialah
1:4. Mortar ini tidak sesuai digunakan untuk kerja – kerjayang di bawah aras bumi
iaitu kerja dalam tanah terutamanya tanah yang berair. Mortar kapur hidraulik
dihasilkan dengan membancuh pasir dengan kapur hidraulik. Mortar ini bersifat
mengeras cepat dan mesti digunakan daam masa satu jam selepas dibancuh.
Nisbah bancuhannya ialah 1:3 dan ia merupakan mortar serbaguna untuk binaan
dalam tanah. Ia menyebabkan peroi kerana kehadiran garam di dalamnya.

ii) Mortar simen

Campuran 1:3 ataupun 1:4 (kandungan simen:pasir) lebih kuat berbanding mortar
kapur dan mengeras dalam masa yang singkat. Sesuai untuk pelbagai jenis ikatan
dan tembok serta kawasan yang lembab. Bahan tambah boleh disertakan untuk
meningkatkan mutu.

3) Mortar kompo

Ia dipanggil juga dengan nama mortar tolok. Campurannya mengandungi nisbah


simen, kapur dan pasir. Kapur bertujuan untuk meningkatkan kebolehkerjaan dan
memudahkan kerja menerap bata.

Hasilnya, ikatan menjadi lebih kuat dan mengeras dalam masa yang lebih singkat.
Nisbah yang sering digunakan ialah 1:2:9 untuk tujuan kerja umum, 1:1:6 untuk
kerja berat dan 1:3:12 untuk kerja sederhana. Bahan tambah pemplastik boleh
digunakan untuk menggantikan kapur.

4) Mortar gipsyum

Cepat mengeras seperti plaster of Paris. Mahal harganya. Sering digunakan untuk
kerja-kerja baikpulih ataupun kerja-kerja kecil yang memerlukan ketelitian.

1.5 Lepaan

Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan
mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.Teknik
kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang
tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu. Kerja lepaan sesuatu permukaan
perlu dijalankan berdasarkan alasan berikut :-

1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan


2) Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3) Melindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih
tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.

4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

6) Mengurangkan bunyi bising serta kalis haba

7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan


dinding

8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

1.5.1 Jenis – jenis lepa


Jenis – jenis lepa dibahagikan kepada:

i) Lepa kapur

Lepa kapur biasanya mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh
mengikut nisbah yang ditetapkan. Nisbah bancuhan lazimnya ialah 1:2. Lepa
kapur sudah jarang digunakan selepas lepa simen diperkenalkan.

ii) Lepa simen


Lepa simen mengandungi simen, pasir dan air. Lepa simen biasanya dibuat
dalam tiga lapisan. Biasanya lapisan kemasan atau penyudah, merupakan
lapisan campuran simen dan air sahaja dan ia dilepa sehingga setebal 3mm
sebelum lapisan lepa antara keras. Lepa simen perlu diawet untuk
menggelakkannya daripada kering terlalu cepat. Pengawetan terbaik
mengambil masa tujuh hari untuk ia mengeras dan mengering sebelum ia
mencapai kekuatan yang diperlukan.

iii) Lepa gipsyum

Gipsyum atau kalsium sulfat ialah sejenis mineral yang apabila dibakar dan
kering menjadi serbuk putih dikenali sebagai Plaster of Paris. Untuk
menggunakannya ia perlu dicampur dengan air dan perlu dikerjakan dengan
cepat kerana ia cepat menyejat dan kering. Sesuai untuk kerja-kerja
memperbaiki permukaan. Untuk melepa ia perlu ditambahkan dengan bahan
tambah untuk melambatkan proses pengerasannya.

1.5.2 Jenis – jenis lapisan lepa


Rajah 15 : Lapisan – lapisan lepa

i) Lapisan lepek (rendering coat)


Permukaan tembok bata perlu dibasahkan secukupnya sebelum kerja
lepaan dijalankan. Tujuan tindakan ini adalah untuk mendapatkan ikatan
yang kukuh diantara lapisan lepa dengan permukaan tembok. Bagi
permukaan tembok yang lekuk, perlu dipenuhkan dan diratakan terlebih
dahulu.Lapisan dasar ini dapat mengurangkan ketebalan lepaan lapisan
berikutnya. Permukaan lepaan undercoat hendaklah dicakarkan untuk
mendapatkan ikatan yang kuat bagi menerima lapisan yang berikutnya.

Rajah 16 : Proses lapisan lepek

ii) Lapisan antara (floating coat)


Untuk mendapatkan suatu permukaan lurus dan sama rata sebagai tapak
bagi lapisan penyudah berketebalan 10-14mm. Salah satu kaedah untuk
mendapatkan permukaan yang sama rata ialah dengan menggunakan
kaedah tompok-tompok dan jaluran panduan ( dot and screed).Tompok-
tompok berbentuk segiempat dibuat mengikut jarak tertentu, biasanya 1-2
meter antara satu dengan lain dan disamaratakan dengan panduan
benang secara melintang dari hujung ke hujung. Tompok lepaan
kemudian disambungkan menjadi jaluran lepaan samada secara menegak
atau mendatar. Seterusnya mortar lepaan dipenuhkan menggunakan
pemaras keluli berpandu kepada aras ketebalan jaluran lepaan sehingga
keseluruhan ruang ditutupi dengan mortar lepa. Kemudian lepaan tersebut
digosok serta diratakan dengan kayu pemaras panjang (darby float) dan
dikuti dengan pemaras kayu (wooden float).
Rajah 17 : Proses lapisan antara

Rajah 18 : Kaedah membuat tompok panduan

iii) Lapisan penyudah (setting coat)


Finishing merupakan lapisan akhir dengan ketebalan antara 3-6mm dan
dilakukan bergantung kepada jenis kemasan yang dikehendaki.. Untuk
mendapatkan kemasan Licin, maka lapisan finishing perlu dibuat semasa
mortar lepaan masih lembap. Walaubagaimanapun ianya boleh juga
dibuat selepas lepaan mengeras, tetapi tembok perlu dibasahkan terlebih
dahulu dan lapisannya lebih tebal berbanding jika dibuat ketika lepaan
masih lembap.

Rajah 19 : Proses lapisan akhir

1.5.2 Jenis – jenis kemasan lepaan


Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan
kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa
dilakukan adalah seperti berikut :-

i) Kemasan Biasa ( Sand Face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis
ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar
16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang
mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan
pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan
pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika
ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan
bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan


pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi
dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi
dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk
mendapatkan permukaan yang seragam.
Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan
menggunakan simen Portland, kapur dan pasir ialah :-

- 1: ½ : 4 ½ atau
- 1 : 1 : 5-6 atau
- 1 : 2 : 8-9

ii) Kemasan Licin

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa
menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras
keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah
dengan kapur. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan
lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini
agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

iii) Kemasan Granolitik

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : pasir :


serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua
lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan
menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka
permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan
gerutu.

iv) Kemasan Shanghai

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna :


pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan
granolitik, Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.

v) Kemasan ‘Textured Atau Scraped’

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras.
Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan.
Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan
kemahiran seni seseorang pekerja.

vi) Kemasan ‘Rough Cast Atau Wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut
pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama,
sementara lapisan kedua nisbahnya adalah 1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm).
Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan
lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang
mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah
dilepa.

vii) Kemasan ‘Pebble-Dash Atau Drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau


serpihan batu berukuran 10 – 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan
yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan
pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½ dengan campuran ‘water proofer’ dan
nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

viii) Kemasan “Tyrolean Atau Smooth Cast”

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (biasa atau warna) dan pasir.
Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-
casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat
dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu
dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

ix) Kemasan “Depeter”

Merupakan satu bentuk kemasan ‘rough cast’. Lapisan lepaan dibuat setebal
12mm dengan nisbah bancuhan 1 : 3. Semasa lepaan masih lembap, batu-batu
kerikil atau batu keras ditekan ke permukaan lepaan dengan tangan. Kemasan
ini boleh memberikan corak yang menarik serta cantik. Nilai seni pada
permukaan dapat ditingkatkan dengan memilih bahan yang berlainan warna.

x) Kemasan / Lepa Jejaring “Lath Plaster”


Lepaan jejaring hendaklah terdiri dari jaringan logam dan lepa. Kepingan ini
hendaklah dipasang memanjang melintangi penahan. Bahagian sisi kepingan
diantara penahan hendaklah diikat bersama dengan dawai. Hujung dawai
pengikat hendaklah dibengkokkan kedalam dan bukan kearah lapisan kemasan
lepaan. Jika kepingan logam bergalvani 25X25 dipasang pada rangka besi,
dawai atau klip perlu digunakan pada jarak tidak melebihi 350mm. Lepaan pada
jaring / bidai logam hendaklah dibuat dalam tiga lapisan.
Rajah 20 : Lepa jejaring

Rajah 21 : Proses pemasangan jejaring


Rajah 22 : Lapisan kemasan jejaring

a) Lapisan pertama dan kedua

Nisbah bancuhan ialah 1 bahagian simen: ½ bahagian kapur: 4 ½ bahagian pasir


adalah sesuai untuk lapisan ‘undercoat’ yang kuat. Sementara nisbah 1: 6
dicampur dengan pemudah adun mortar. Gentian yang diluluskan hendaklah
dimasukkan kedalam campuran mengikut kadar 5kg setiap 1 meter padu pasir.
Sekiranya kandungan bancuhan dijadikan sebagai nisbah 1: 1: 6, ianya sesuai
untuk lapisan ‘Undercoat’ untuk kebanyakan bahan dinding.

Bagi lapisan pertama dan kedua, jumlah tebalnya mestilah tidak lebih dari 16mm
(5/8”) diukur dari luar jaringan logam. Setiap lapisan hendaklah dicakar untuk
mendapat cengkaman dan dibiarkan kering sebelum lapisan seterusnya dibuat.

b) Lapisan ke tiga

Merupakan lapisan akhir (final coat) dimana bancuhan mengandungi simen dan
pasir halus dengan nisbah 1 : 3 dan dicampur dengan pemudah adun mortar atau
nisbah 1 : 2 : 9.Lapisan ini dibuat tidak melebihi ketebalan 9mm (3/8”)

xi) Kemasan Barium

Biasanya lepaan ini digunakan untuk melepa permukaan dinding dalam dengan
nisbah bancuhan 1 : 1 : 3 iaitu simen : barites (barium sulfat) yang halus : pasir.
Tujuan lepaan ini adalah untuk menghalang radiasi, contonya untuk lepaan
dinding dalam bilik X-ray dan sebagainya.

SOALAN / QUESTIONS :

1. Nyatakan empat jenis ikatan bata.

2. Nyatakan 3 jenis mortar yang digunakan dalam kerja – kerja mengikat bata.

3. Nyatakan empat jenis kemasan lepaan.

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Nota Politeknik Malaysia

2. Tan Boon Tong (2000) “ Teknologi Binaan Bangunan”, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Muka Surat 138-182, ISBN 983-62-1370-8

Anda mungkin juga menyukai