Anda di halaman 1dari 12

4.

26 KERJA-KERJA LUARAN

4.26.1 PENGENALAN

Kerja-kerja luar adalah kerja-kerja yang dilakukan disekitar tapak


pembinaan. Kerja liar ini dijalankan setelah kerja-kerja pembinaan bahagian
dalam hampir disiapkan atau telah disiapkan.

4.26.2 JENIS-JENIS KERJA LUARAN


Kerja luaran yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

Jalan atau dataran kejat

Road kerb

Paving slab

Pembentong

Longkang

Sistem saliran

Tangki septik

Filter bed

Pagar

Pemeriksaan mutu kerja

Penanaman rumput

4.26.2.1 JALAN ATAU DATARAN KEJAT

Pembinaan jalan dan dataran kejat hendaklah dijalankan setelah kerjakerja sistem perparitan dilakukan, salur bekalan air dan kerja yang berkaitan
telah disiapkan

88

4.26.2.2 ROAD KERB


Fungsi-fungsi road kerb adalah sebagai pembahagi jalan dan sebagai
panduan kepada pengguna jalan raya. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai
panduan keselamatan, mencantikkan jalan supaya kelihatan kemas, teratur dan
sempurna serta dapat menahan daripada hakisan dan tanah runtuh. Saiz kerb
yang digunakan adalah dua kali panjang kerb yang dibeli siap dibuat dikilang
dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

4.26.2.2.1 Cara pemasangan :


Tanah yang digali sedalam 4 dan kemudian kerb tersebut akan
dimasukkan ke dalam lubang yang telah dgali itu. Jarak antara kerb tersebut
ialah lebih kurang 1. Sambungan antara kerb yang telah dibuat dengan
menggunakan mortar 1:6. Kerja pemasangan ini diteruskan sehingga selesai
mengikut ketepatan pihak berkuasa. Setelah keseluruhan kerja pemasangan kerb
telah disiapkan, ia dicatkan dengan menggunakan emulsion paint yang
berwarna hitam putih yang diselang selikan.

4.26.2.3 PAVING SLAB

4.26.2.3.1 Cara-cara pembuatannya :


Acuan yang akan dibina berbentuk segi empat yang berukuran 3 x 3 x
2.5. Kemudian BRC akan dimasukkan kedalam acuan, pastikan BRC perlu
dialas dengan kiub konkrit untuk mengelakkan ia melekat pada lantai acuan dan
juga BRC akan berada detengah-tengah konkrit yang akan dibina. Bagi
pembinaan ini, campuran konkrit yang berukuran nisbahnya 1:2:4 yang akan
dibinakan.
89

4.26.2.3.2 Cara-cara pemasangan :


Pertama sekali, permukaan tanah yang diletakkan paving slab akan
dibersihkan. Kemudian hardcore diletakkan dipermukaannya setebal 4.
Setelah itu, hardcore akan dimampatkan dengan menggunakan roller.
Sesudah memampatkan hardcore, sand dinding setebal 2 diletakkan ke atas
permukaan hardcore. Akhir sekali setelah permukaan dinding diratakan,
paving slab akan menjadi keras dan disusun ke atas sand dinding dengan jarak
1 antara satu sama lain.

4.26.2.4 PEMBENTUNGAN

Pembentungan

ini

terbahagi

kepada

jenis.

Antaranya

ialah

pembentungan jenis paip dan pempentungan jenis kekotak.

4.26.2.4.1 Pembentungan jenis paip.

Paip yang digunakan hendaklah diperbuat daripada konkrit tetulang yang


jenis tuang pudar yang mematuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan. Paippaip tersebut hendaklah mempunyai sambungan simpai atau spigot dan soket
yang diperbuat daripada konkrit yang sama.

4.26.2.4.2 Pembentungan jenis kekotak.

Paip yang dipasang dengan sambungan simpai atau spigot dan soket tepat
pada jajaran dan kecerunan yang biasanya akan ditunjukkan didalam pelan.
Kerja pemsangan paip dan pembinaan alas hendaklah dilaksanakan dengan tepat
mengikut peraturan yang ditetapkan kecuali yang ditentukan dengan cara lain
90

yang diluluskan. Kemudian ruang dipergelangan paip hendaklah ditutup dengan


bancuhan mortar 1:3 yang telah siap dibancuh dengan air untuk memastikan
kerja yang mencukupi dan baji dikeluarkan sebelum memperkemaskan
sambungan tersebut. Sebarang lebihan mortar simen pada sambungan diratakan
dengan rapi.

4.26.2.5 LONGKANG

Longkang merupakan sejenis sistem aliran air untuk mengelakkan tanah


daripada hanyut. Ia juga digunakan bagi mengawal kelembapan pada bangunan
yang boleh mengakibatkan pengembangan dan pengecutan tanah dibawah
bangunan yang membawa kepada keretakan struktur bangunan. Ia terbahagi
kepada dua iaitu :

4.26.2.5.1 Longkang konkrit tuang dulu.

Semua unit longkang dulu hendaklah diperbuat daripada konkrit 1:2:4,


19mm batu baur dan hendaklah dari jenis yang padat, tidak telus dan bebas
daripada lubang angin. Longkang konkrit tuang dulu hendaklah diawet selama 7
hari sebelum digunakan. Tiap-tiap longkang hendaklah mengikut ukuran, bentuk
saiz dan dimensinya yang telah ditetapkan. Longkang ini digunakan dengan
meluasnya. Kos pembinaannya adalah sederhana dan ianya memerlukan
penyelenggaraan minima, jika direkabentuk dengan sempurna.

4.26.2.5.2 Longkang tingkat.

Longkang tingkat hendaklah dibina daripada unit longkang konkrit tuang


dulu dan dibina bertangga beralaskan konkrit 1:3:6 setebal 150mm sepertimana
91

yang tertulis dalam pelan atau kelulusan daripada pihak berkuasa yang
berkenaan. Longkang ini dibina dimana cerun tanah adalah agak curam.
Perhatian khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini.
Kuasa hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus dipandang mudah.

4.26.2.6 SISTEM SALIRAN PEMBUANGAN NAJIS

Ia merupakan sisten saliran yang menerima najis dan air sisa dari
peralatan pembuangan najis untuk dibawa ke tempat perawatan, penapisan dan
pembuangan.

4.26.2.6.1 Prinsip-prinsip yang baik

a) Sistem pengaliran yang baik

Merupakan salah satu keperluan untuk kumbahan dan air buangan yang
lancar tanpa apa-apa sekatan.kecerunan parit salf cleansing ialah jika
keceranan paip terlalu cetek, kumbahan akan berlaku perlahan-lahan dan jika ia
terlalu laju, ia kan meninggalkan kumbahan. Ia bergantung kepada saiz paip
yang cukup untuk membawa muatan dan sistem penyusunan paip yang betul.

Kejatan yang baik ialah paip yang tidak bocor supaya ia kalis air dan
sambungan hendaklah air tight.

b) Kemudahan untuk pembersihan dan pemeriksaan


Pada sistem saliran, kemudahan seperti lorong, rodding eye dan
cleaning eye hendaklah disediakan.
92

c) Pengudaraan

Cara binaan dan bahan yang digunakan mestilah kuat untuk menahan
daripada kerosakan yang disediakan pada tekanan dan pergerakan tanah.
Serangan daripada bahan kimia didalam tanah dan juga perubahan suhu serta
kelembapan. Paip hendaklah ditanam secukupnya didalam tanah. Penyokong
konkrit hendaklah disertakan pada pemasangan paip dibawah tanah apabila
diperlukan.

d) Ekonomi

Bergantung kepada beberapa faktor iaitu bilangan dan jenis serta saiz
paip yang digunakan. Cara penyusunan dan bahan yang digunakan juga diamlbil
kira.

4.26.2.7 TANGKI SEPTIK

Ia merupakan tangki yang dibina dbawah tanah untuk menerima,


memisahkan dan menahan najis buat beberapa seketika untuk proses perawatan
oleh tindakan kuman.

Pada dasarnya saiz tangki tersebut hendaklah mengikut muatan yang


mampu ditanggung untuk najis yang masuk seketika (16-48 jam) dan juga untuk
menampung slige. Berdasarkan beberapa dasar etrsebut, saiznya hendaklah
ditentukan.

93

4.26.2.7.1 Cara perawatan :


Apabila tangki ini menerima najis dari lubang masuk melaui paip T, ia
kan memisahkan najis kepada tiga bahagian. Kandungan kasar ini dipanggil
sludge akan menolak kebawah (mendap) manakala yang ringan (scum) akan
menampung dipermukaan cecair itu. Effluent ini akan menahan bau busuk
keluar. Scum akan ditindakkan oleh kuman aerobik manakala sluge pula akan
dipecahkan oleh cecair dengan tindakan kuman tadi.

Najis ini hendaklah berada didalam tangki untuk perawatan selama 16-18
jam dan mengelakkan najis baru bercampur daripadanya, hasil cairan tadi akan
keluar melalui T ke lorong keluar untuk dibawa ke tempat penampisan atau
pembuangan. Sludge yang telah berkumpul didasar tangki ini (sump)
hendaklah dikeluarkan melalui paip penyedup setiap 6 bulan. Ianya boleh
digunakan sebagai baja

4.26.2.8 FILTER BED

Aliran-aliran tangki sertip tadi dimasukkan ke tempat ini dengan tujuan


untuk menyediakan permukaan yang kuas pada cecair untuk proses
pengoksidaan dan pendedahan pada bakteria udara. Untuk berfungsi dengan
baik, kandungan yang boleh diterima mesti cukup alirannya supaya cairannya
tidak berkumpul. Tangki ini mestilah mempunyai pengudaraan yang cukup.
Cairan tersebut pada separuh bulat tertuang sendiri apabila kandungannya penuh.
Bahan-bahan yang berbentuk penapis terdiri daripada pecahan batu keras hard
burnt slince, blast funance slag, batu jalan dan lain-lain lagi.

94

4.26.2.9 KERJA-KERJA BEKALAN AIR

a) Sistem reticulasi

Sistem reticulasi air dikawasan tapak pembinaan projek adalah adri


punca air utama daripada jabatan bekalan air (JBA). Ia disalurkan terus ke tangki
air di tapak pembinaan atau suatu kawasan perumahan. Setelah air dimasukkan
ke dalam tangki barulah ia diagihkan ke seluruh bangunan sekitar.

Paip yang digunakan daripada paip utama JBA ke tangki tapak bina ialah
biasanya 4 diameter (oulet). Paip dari tangki ditapak pembinaan ke kawasan
perumahan ialah 4 dari satu paip ke satu paip yang digunakan ialah 1.5 ke
tangki rumah dan sebagainya. Untuk mengeluarkan air ke dalam rumah, paip
diameter digunakan. Paip-paip yang digunakan ialah jenis G.I (galvanise iron)
kelas C.

b) Tangki utama

Kapasiti bagi tangki air utama ialah 6400 gelen. Ketinggian dari paras
tanah ialah 30 kaki. Saiz tangki ini ialah 16 x 8 - 30 ketinggian dari paras
tanah.

4.26.2.10 PAGAR

a) Kehendak am

Pagar hendaklah dari jenis dawai rangkai yang mematuhi piawai british
(BS 1172). Tinggi pagar hendaklah 1.5m dari aras tanah sehingga keseluruhan
tinggi dawai rangkai jaringan, kecuali jika selainnya dinyatakan dalam pelan.
95

b) Tiang dan palang pengukuh keluli sederhana

Tiang dan palang pengukuh sesiku biasanya diperbuat daripada keluli


sederhana dan berukuran 57mm x 47mm x 6mm. Semua bahagian pintu dan
pagar hendaklah bebas daripada karat dan kecacatan sepertimana yang
dinyatakan dalam pelan. Bahagian keluli yang telah digunakan biasanya tidak
digunakan lagi bagi pembinaan pagar baru. Sebelum dibawa ke tapak bina, keluli
pagar dan pintu dipotong terlebih dahulu.

c) Pemagaran

Tiang sesiku keluli sederhana hendaklah didirikan pada setiap 3000mm


bermula dari tiang, pintu pagar dan tiang tersebut hendaklah dibenamkan tegak
ke dalam asas konkrit 91:3:6 - 25mm) yang berukuran 250mm x 250mm x
600mm dalam. Palang pengukuh sesiku sederhana yang mempunyai ukuran
keratan lintang yang sama seperti tiang hendaklah dipasang pada semua penjuru.

4.26.2.11 PENANAMAN POKOK DAN RUMPUT

a) Kehendak am

Setelah projek yang dijalankan hampir siap, satu syarat untuk


mencantikkan kawasan perlu dilaksanakan seperti penanaman rumput atau
pokok dikawasan rumah.

96

b) Kepingan rumput

Setiap ukuran kepingan rumput hendaklah mendapatkan kelulusan


daripada pihak atasan. Contoh ukurannya 200mm persegi. Selain itu, kepingan
rumput hendaklah diperolehi daripada sumber yang selamat dan tiada sebarang
kecacatan.

c) Penanaman rumput

Penanaman runmput kebiasaannya ditanam di atas permukaan tebing dan


cerun. Ia ditanam dengan kedudukan yang rapat. Syarat penanaman ini biasanya
akan diwajibkan dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh pihak tertentu
terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR).

d) Penanaman pokok

Setelah menyediakan lubang bagi penanaman pokok dikawasan yang


telah ditetapkan, ia dikambus dan ditaburkan baja bagi menyuburkan pokok
tersebut.

e) Pengawalan

Semua jenis pokok dan tumbuhan renek dikawasan pembinaan yang


dikenalpasti untuk peliharaan dan dikekalkan mesti dilindungi daripada sebarang
kerosakan sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.Tanah disekeliling pokok
akan sentiasa dikawal sepanjang masa bagi mengelakkan sebarang pencemaran
yang boleh mengakibatkan kerosakan pertumbuhan pokok tersebut. Pemaju atau
konktraktor akan menjaga pertumbuhan pokok yang ditanam dengan cara
97

membaja dan kerja lain yang berkaitan sehingga tempoh tanggungan kecacatan
tamat.

98

99

Anda mungkin juga menyukai