Anda di halaman 1dari 7

4.

22 KEMASAN

4.22.1 PENGENALAN

Kemasan dinding adalah kerja yang terakhir bagi bahagian luaran pada
bangunan. Kemasan dinding peru dilakukan dengan baik untuk menampilkan
hasil kerja pembinaan yang berish, kemas dan menarik dipandang. Selain itu,
kemasan dinding juga adalah suatu kemestian untuk memberikan nilai komersial
pada sesuatu pembinaan. Dinding yang telah siap akan dikenakan mortar untuk
memberikan permukaan yang rata pada dinding.

4.22.2 KAEDAH MELEPA DINDING


1. Lapisan base coat dilepa pada dinding yang telah siap diikat. Lapisan ini
adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan finish coat yang
akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan
ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata.
2. Lapisan finish coat akan dilepa kemudiannya pada ketebalan hingga 1
bergantung kepada keratan dinding menggunakan sudip.
3. Akhir sekali, lapisan plaster ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak (slurry
simen). Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah
yang akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan
simen slurry dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya
garisan halus terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan.
Ini diperlukan supaya cat yang dicat dapat melekat pada dinding.

81

Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan 2 lapisan iaitu
base coat dan finish coat. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah
adalah lebih kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan finish
coat, dinding akan disapu dengan air menggunakan span. Ini bertujuan untuk
menampakkan permukaan dinding lebih kasar.

Kerja-kerja melepa dinding memerlukan pengawasan dan menelitian


yang begitu rapi bagi memastikan tiada kecacatan. Oleh itu,lepaan dinding
mestilah rata dan tiada rekahan.

4.22.3 KERJA-KERJA MENGECAT

Kerja-kerja mengecat hanya dilakukan setelah kerja lepaan dinding siap


dilakukan. Permukaan dinding mestilah dipastikan rata dan bersih dari segala
kekotoran termasuk kekotoran gris untuk menjamin lapisan cat yang menarik.
Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam usaha untuk memberi
lapisan perlindungan dan mencantikkan permukaan bahan-bahan binaan.
Tujuannya ialah untuk menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan
lama dan menambahkan keberkesanan cahaya lampu.

Pada dasarnya cat diperbuat daripada pewarna dan cecair. Cecair cat pula
mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk
melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan
kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi
kesenangan semasa mengecat. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan
terus dan tidak perlu dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain.

Didalam pembinaan ini cat yang sering digunakan ialah cat minyak dan
cat kapur (emulsi). Secara amnya, kebanyakan bangunan bata dan konkrit

82

dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada cat minyak, cat air, cat kapur
(emulsi), cat distemper dan cat kegunaan khas.

4.22.3.1 Cat Minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak
menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam
proses mengecat biasanya tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas
dan lapisan kemasan.

4.22.3.2 Cat Kapur (Emulsi)

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah
dibancuh dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Cat emulsi
menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat
permukaan dinding bata dan konkrit bagi tembok dalam atau tembok luar. Cat
ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek
atau disembur.

4.23

KAEDAH MENGECAT

Terdapat empat cara mengecat iaitu berus, semburan, penggelek atau rola
dan pencelupan. Tetapi dalam projek pembinaan ini, hanya 2 kaedah sahaja yang
digunakan iaitu menggunakan berus dan menggunakan penggelek atau rola. Ini
kerana kaedah ini dapat menjumatkan masa serta senang digunakan.

83

4.23.1 KERJA MENGECAT

Kerja-kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan seperti lapisan asas


(prime coat), lapisan alas (under coat) dan lapisan kemasan (finishing coat).

4.23.1.1 Lapisan asas

Merupakan lapisan pertama dan mengandungi minyak pigmen yang


senang kering. Ianya dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya
serta menembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya. Ia juga
dikatakan boleh mencegah karat. Bahan yang paling sesuai ialah plumbum putih
yang dicampurkan dengan minyak linseed.

4.23.1.2 Lapisan alas

Menutup lapisan primer dan menambahkan ketebalan pada lapisan. Ia


juga dapat menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan
menyebabkan kehilangan cat tetapi lapisan alas mestilah kering dahulu sebelum
disapukan cat kemasan akhir.

4.23.1.3 Lapisan kemasan

Lapisan ini merupakan lapisan terakhir yang melindungi bahan daripada


cuaca buruk, kimia dan kerosakan. Ia juga dapat menentukan jalinan dan warna
kesan terakhir permukaan bahan.

84

4.24

KEMASAN LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti


penghuni dan beban yang lain. Lantai juga merupakan satu elemen yang
menyerikan sesuatu ruang. Pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan
keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa
menyebabkan simen hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan
kemasan lain yang lebih menarik dipermukaannya. Berdasarkan ciri-ciri yang
dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan.

Kemasan lantai mempunyai tiga fungsi asas iaitu mengelakkan struktur


lantai kehausan dan berlapuk, menjaga keselamatan dan memberi keselesaan
serta menjadikan satu permukaan yang menarik.

4.24.1 JENIS KEMASAN LANTAI

Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan.


Antaranya ialah jejalur kayu, parket, mozek, terazo dan sebagainya. Didalam
projek pembinaan ini, hanya kemasan lantai daripada jubin sahaja yang
digunakan.

4.24.1.1 Jubin Seramik

Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu, ruang makan, bilik
mandi, dapur dan tandas. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah
diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin
seramik dimulakan.

85

Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan
licin) dan jubin separuh gilap ( permukaan sedikit kusam dan kesat). Jubin gilap
akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur manakala jubin
separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas.

Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal


20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. Setelah selesai
pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi dengan simen
putih. Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh
dirosakkan oleh minyak.

4.25

KEMASAN SILING

Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk menutup


pandangan bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan. Selain itu,
ia juga dapat menghalang haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung
seterusnya masuk kedalam rumah. Dalam projek ini, siling yang digunakan ialah
siling asbestos yang bersaiz 600mm x 1200mm.

4.25.1 CARA PEMASANGAN SILING

Satu pengikat akan dipasang terus kepada alang atau kasau bumbung.
Kemudian siling bumbung dipasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau
bumbung. Siling bumbung ini akan dipasang dengan memakunya pada kasau
atau jeriau. Jalur atau ruang yang terbentuk di antara papan-papan simen
dikemaskan dengan jalur penutup siling.

86

Rajah 4.25.1 : Pemasangan siling sedang dilakukan.

87

Anda mungkin juga menyukai