Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
[PART A]
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

SEMESTER SEMESTER 2 DTP

SESI 2017/2018

KOD DAN NAMA PROGRAM DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2

KOMPETENSI 2. ARCHITECTURE AND BUILDING (A&B)

KOMPETENSI UNIT 2.1 FLOORING AND WALLING

1. DARRELL DENNIS ANDREW


PENSYARAH
2. WAN AZIMAH BINTI WAN OMAR
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 2 / 16

BAHAN-BAHAN UNTUK KERJA-KERJA KEMASAN TEMBOK


1. PENGENALAN KEMASAN

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja penghabisan atau kerja-kerja
terakhir (finishing) yang menentukan kecantikan dan keunikan pada sesebuah bangunan atau
struktur-struktur yang dibina. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah
bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan
kosnya..

2. FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN

i. Harga @ Kos:
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi
mempunyai kualiti yang tinggi.
ii. Kelasakan:

Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan pada
permukaannya. Ia juga mestilah tahan lasak terhadap kelembapan, suhu, dan tidak
mudah reput.
iii. Rupa:

Pemilihan rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan
kemasan lantai. Ini bertujuan supaya rekabentuk kemasan lantai dapat dipilih
bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.
iv. Rintangan api:

Ia mestilah bahan yang tidak mudah terbakar seperti jubin bata, jubin seramik,
konkrit dan lain-lain.

v. Penyerapan Bunyi:
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat
memberikan keselesaan kepada pemilik dan penghuni.
vi. Keselamatan:

Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan
merupakan penebat haba yang baik.
vii. Keselesaan:
Biasanya digunakan pada karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 3 / 16

3. FUNGSI KEMASAN

Antara fungsi kemasan adalah :

i. Memberi dan mewujudkan suasana ceria dan penyeri di dalam


sesebuah bangunan.

ii. Memberi keselesaan kepada pengguna.


iii. Berfungsi sebagai kalis air.

iv. Untuk menyerap bunyi.

4. JENIS-JENIS KEMASAN TEMBOK

Kemasan dinding atau tembok yang baik membolehkan kita tinggal dengan sempurna
dalam rumah. Pilihan kemasan dinding adalah tidak sukar sekiranya kita tahu
kesesuaiannya selain memenuhi konsep ruang. Kriteria-kriteria yang perlu diambilkira
dalam pemilihan jenis kemasan adalah:

 Fungsi - Selamat, selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga serta dibaiki,
darjah ketahanan tinggi terhadap kebakaran dan kesesuaian dari segi nilai akustik.

 Nilai Estetika - Keindahan dari segi warna dan keadaan semula jadi sesuatu
kawasan, tekstur sesuatu bahan yang memberi kesan visual dan rekaan corak.

4.1 Kertas Hiasan Dinding (Wall Paper)

Pada masa kini pemilik rumah kediaman lebih meminati kertas dinding (wall paper) iaitu
salah satu alternatif menggantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun
pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini
menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding
kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil, tekstil dan juga bahan daripada fabrik.
Pemilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada:
 kesesuaian dinding,
 kegunaan ruang,
 pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding,
 kos.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 4 / 16

Kelebihan menggunakan kertas dinding ialah:

 Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai
atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau
menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin
dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.

 Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga
bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir
dan atau anda sendiri.

 Kertas dinding fabrik yang berbentuk tiga dimensi boleh menyerap bunyi dan
memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi
nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama
pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal bangunan.

 Dengan kaedah kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja
dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan
dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan
pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding
digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik
bukan sahaja dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara
seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai kaedah dibuat untuk
mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh
digunakan dan digabungkan.

Rajah 1: Kemasan Kertas Dinding (Wall Paper)


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 5 / 16

4.2 CAT (PAINT)

Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat
pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya.
Disyorkan agar cat yang mudah dicuci seperti jenis 'easy clean' digunakan. Ianya tahan
lebih lama malah mudah dibersihkan jika terdapat kotoran tanpa menanggalkan warna cat
yang asal.

Cat berfungsi untuk :


 Melindungi daripada kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca,
serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.
 Mencantikkannya pemandangannya.
 Memudahkan proses pembersihan permukaannya.

Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada
'matte effect' berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat. Cat
berasaskan minyak mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat ini menjadi kering
melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Sementara itu, cat berasakan air
mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air
untuk mencairkannya semasa digunakan.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri
daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula
mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut . Bahan pengikat berfungsi untuk
melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan
kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan
kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit putih. Mutu
cat sentaisa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna
yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak
perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.

Mengecat juga memerlukan teknik yang betul jika tidak hasilnya amat mendukacitakan.
Warna dan pemilihan cat juga dapat membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Tetapi
awas, jika anda tersalah memilih warna pada sesuatu ruang atau permukaan dinding, maka
segala dekorasi anda akan terjejas dan konsep atau tema yang cuba dibawakan akan
berwajah gagal.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 6 / 16

Cat berwarna terang dapat meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak,
manakala cat yang bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan
mendekatkan jarak. Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas
dan ringan berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawa mood sejuk,
ekslusif dan tenang.

Rajah 2 : Kemasan Dinding @ Tembok Menggunakan Cat

4.3 Jubin (Tiles)

Jubin juga memainkan peranan dalam kemasan dinding. Kebanyakkan medium jenis ini
digunapakai oleh unit-unit perniagaan termasuklah restoran, salon dan pejabat. Ianya lebih
mudah dibersihkan dan mudah untuk dijaga.

Terdapat pelbagai jenis permukaan dan warna serta corak jubin yang boleh didapati di
pasaran untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir
dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta
mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan
gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan
warna secara homogen ataupun bergris pada permukaanya sahaja.

Pemilihan corak dan warna jubin amat penting supaya kemasan dinding atau tembok
bersesuaian dengan konsep dan tema yang dikehendaki. Saiz jubin yang dihasilkan ialah
110mm x 110mm, 150mm x 150mm, 200mm x 200mm, 200mm x 100mm, 200mm x
300mm, 300mm x 300mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan
menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan
di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih ataupun simen berwarna.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 7 / 16

Rajah 3 : Kemasan Jubin Pada Dinding/Tembok

4.4 Kemasan Lepaan


Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding
atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis
bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk
menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang
dibina itu sendiri.

Tujuan lepaan adalah :


 Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
 Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
 Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
 Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan
lasak.
 Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
 Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa adalah sebagaimana berikut :-
 Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar
samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin.
Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete” dimana ianya
telah siap campuran simen portland biasa dengan kapur.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 8 / 16

 Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000 o c untuk
menghasilkan kapur tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air
untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai
untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah keupayaan air memegang


mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya
menambah pegangan antara butir-butir batu baur halus dalam bancuhan mortar.

 Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh
merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun
ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah
peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-


 Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasirdapat
disaluti dengan simen.
 Memudahkan kerja bancuhan
 Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

 Bahan Tambahan (Additives)


Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan
bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan(workabality) mortar. Biasanya
bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing Compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam
bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap
air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan
kering.

Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila


terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan
di mana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan
proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 9 / 16

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format,
triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak
dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan
adalah 1:6 (simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapur untuk
tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor :pasir)

4.4.1 Jenis lepaan


Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan
sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

(a) KEMASAN BIASA (SAND FACE)


Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : batu baur halus). Lepaan jenis
ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar
16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana
permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama
dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal
6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah
adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli
untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini
hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu.
Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan
menggunakan simen Portland, kapur dan batu baur halus ialah :-

 1: ½ : 4 ½ atau
 1 : 1 : 5-6 atau
 1 : 2 : 8-9
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 10 / 16

(b) KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat ke atas permukaan lepaan biasa
menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk
menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan
dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk
menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan
dinding menjadi sebati.

(c) KEMASAN GRANOLITIK


Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : batu baur halus :
serpihan batu granit bersaiz 3 – 6 mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan
dengan jumlah ketebalan 10 mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu
pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus
perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

Rajah 4 : Kemasan Granolitik

(d) KEMASAN SHANGHAI


Menggunakan nisbah bancuhan 2:1:5 bahan terdiri dari simen berwarna : batu baur halus :
serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik, cuma
hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 11 / 16

Rajah 5 : Kemasan Shanghai

(e) KEMASAN ‘Textured atau Scraped’


Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya
penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang
sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.

Rajah 6 : Kemasan Textured atau Scraped


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 12 / 16

(f) KEMASAN ‘Rough cast atau Wet dash’


Campurannya terdiri dari simen,batu baur halus dan batu baur kasar yang dipilih mengikut
pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama, sementara
lapisan kedua nisbahnya adalah 1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta
pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat
dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar
pada permukaan tembok yang telah dilepa.

Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.

Rajah 7a : Rough casting machine Rajah 7b : Kemasan ‘Rough cast atau Wet dash’

(g) KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’


Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu
berukuran 10 – 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara
lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4½
dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5
dibuat setebal 12mm.

Rajah 8 : Kemasan Pebble Dash


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 13 / 16

(h) KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”


Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan batu baur halus.
Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada
jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3
lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering
dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

Rajah 9 : Tryolean Smooth Cast


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 14 / 16

SOALAN

Arahan : Jawab Semua Soalan

1. Nyatakan dan terangkan secara ringkas empat faktor yang mempengaruhi pemilihan
jenis kemasan untuk tembok / dinding.

...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

2. Namakan tiga jenis kemasan dinding atau tembok yang biasa digunakan pada masa
kini.

i. .......................................................................................................................................

ii. ......................................................................................................................................

iii .....................................................................................................................................

3. Nyatakan tiga fungsi cat.

i. ………………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………………….

iii. …………………………………………………………………………………………………
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 15 / 16

4. Nyatakan empat tujuan lepaan pada dinding atau tembok dilakukan.

i. ………………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………………….

iii. …………………………………………………………………………………………………

iv. ....................................................................................................................................

5. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis kemasan lepaan. Padankan rajah tersebut


dengan penyataan yang diberikan.

Kemasan Shanghai
(Shanghai Finish)

Kemasan ‘Rough Cast Atau Wet


Dash’

Kemasan ‘Pebble-Dash
Atau Drydash’

Kemasan ‘Tyrolean Atau


Smooth Cast’
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2 Muka: 16 / 16

RUJUKAN:

1. http://www.wallcoveringexpert.com/ , 27 Julai 2014, 11:47

2. http://aliffztune-skyline.blogspot.com/2008/04/kemasan.html , 27 Julai 2014, 12:08

3. http://zaldeco.blogspot.com/2010/07/medium-untuk-dinding.html , 27 Julai 2014 , 12: 33

4. http://azamansaidin.blogspot.com/2011/06/kerja-kerja-lepaan.html , 27 Julai 2014, 12:40

5. Jahiman Badron (2007), “Teknologi Binaan Bangunan”, IBS Buku Sdn Bhd, Selangor Darul
Ehsan, No. ISBN 967-950-241-4. Muka Surat 213 – 218

6. Mike Lawrence (1995), “The Complete DIY Manual” . Oriole Publishing Ltd 1995, Leicester LE9
5AD, No. ISBN 1 85605 237 0, Muka Surat 8 - 105

7. Tang Boon Tong (1994), “Teknologi Binaan Bangunan”. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur, No. ISBN 983-62-1142-X., Muka Surat : 234 – 241

Anda mungkin juga menyukai