Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2017/2018
JABATAN JABATANTEKNOLOGI AWAM
PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOD/KURSUS BC-030-3: 2013 - SANITARY, DRAINAGE AND SEWERAGE SYSTEM
KOMPETENSI 4. CARRY OUT PERIMETER DRAINAGE WORK
1. IDENTIFY RESIDENTIAL SANITARY, DRAINAGE AND SEWERAGE
SYSTEM REQUIREMENT
KOMPETENSI 2. CARRY OUT PLUMBING AND SANITARY SYSTEM ALIGNMENT
UNIT 3. CARRY OUT PLUMBING AND SANITARY SYSTEM INSTALLATION
4. CARRY OUT PERIMETER DRAINAGE WORK
5. COORDINATE SANITARY, DRAINAGE AND SEWERAGE WORK
INSPECTION
6.
Trainee must be able to:

KOMPETENSI 1. Identify approved plumbing and sanitary system drawing and specification
PEMBELAJARAN 2. Carry out plumbing and sanitary system alignment
3. Carry out plumbing and sanitary system installation
4. Coordinate plumbing and sanitary system inspection and testing
5. Carry out perimeter drainage work

NO. KOD WTP 4012/ K04/NK04-05


BC-030-1 Muka: 1 Drp:9
NO KOD JPK
BC-030-2
BC-030-3

TAJUK: MELAKUKAN KERJA SALIRAN PERIMETER

TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja SALIRAN
PERIMETER mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan teknik yang
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 2 Drp:9


betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang
ditetapkan

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN

Semua rumah dan bangunan kediaman mempunyai semua jenis saliran yang terpasang lengkap.
Selain dari itu terdapat satu jaluran saliran / paip yang ditempatkan diluar rumah di sepanjang
perimeternya. Paip atau saluran ini dipanggil Saliran Perimeter atau weeping tile system. Jika
sistem ini beroperasi dengan baik, masalah basahan pada ruang basemen atau ruang bawah
rumah akan berakhir. Bagi tujuan ini, hanya perimeter bawah tanah yang akan dibincangkan

2.0 APAKAH SISTEM SALIRAN PERIMETER?


 Saliran Perimeter adalah saluran yang dipasang sama ada sebelah luar bangunan atau
dalaman, dipermukaan atau dibawah tanah.
 Saliran perimeter boleh terdiri dari saluran terbuka seperti longkang bagi posisi dipermukaan
dan boleh ditanam didalam tanah disekeliling perimeter bangunan atau rumah.
 Ia menggunakan paip yang lazimnya terdiri daripada PVC atau plastic (Ø100mm).
Disepanjang paip tersebut mengandungi liang-liang kecil yang membolehkan air memasuki
paip dan dialirkan jauh dari asas bangunan.
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 3 Drp:9

2.1 Mengapa memerlukan paip perimeter


Apabila sesebuah rumah dibina, sejumlah tanah disekitar perimeter rumah digali. Setelah
binaan selesai, tanah diletak kembali, menjadikan tanahnya lebih longgar daripada sebelum
disentuh. Oleh itu air dapat meresap lebih mudah menyebabkan ruang basemen basah atau
berair atau bertakung. Keadaan begini boleh memberi kesan kepada kestabilan asas dan
perlu dihindari. Kaedahnya adalah menggunakan paip perimeter bagi memenuhi tujuan berikut:

2.2 Tujuan Penempatan paip Perimeter


 Menerima air hujan dari paip downspout untuk dibawa jauh dari bangunan.
 Mengelakkan air dari meresap ke ruang bawah tanah dengan cara menarik air hujan,
yang terkumpul dalam tanah atau kenaikan air bawah tanah jauh dari bangunan.
 Memastikan paip perimeter yang menerima air hujan, dapat berperanan bersama dan
selari dengan sistem saliran bumbung yang mengalirkan air hujan dari bumbung ke
paip perimeter.

3.0 PROSEDUR KERJA PAIP PERIMETER


Bagi memastikan pelaksanaan pemasangan kerja paip perimeter berkesan dan dapat
berfungsi dengan baik, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian

i) Reka bentuk lay out paip hendaklah berasaskan kepada Jumlah air permukaan
(Surface Runoff)
Kebanyakan aliran air permukaan datang dari bumbung dan jumlahnya berubah-ubah
mengikut saiz dan gaya bumbung. Bumbung Tebeng layar menghasilkan semua air
permukaan ke bumi dengan sedikit dari hujung tebengnya. Bumbung limas mengagihkan air
permukaan lebih sekata pada semua sisiannya.
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 4 Drp:9


Pada musim tengkujuh, kadar air permukaan meningkat menyebabkan tambahan dari
jumlah air yang perlu dialir jauh dari asas bangunan.
Dengan jumlah air hujan yang akan diterima, penempatan, saiz paip, panjang larian paip
dan lain-lain aspek perlu disesuaikan.

ii) Tapak sekitar rumah dicuramkan mengikut pengkadaran yang sesuai.


Kebanyakan masalah air bawah tanah boleh diselesaikan dengan mencuramkan tanah
disekeliling rumah. Penyudahan tapak hendaklah curam jauh dari asas pada kadar ½ in
ke 1 in per kaki bagi 6 ke 10 kaki.
iii) Penggunaan Talang mampu mengawal jumlah aliran air larian
Penggunaan Talang mampu mengurangkan keluasan kawasan tanah bagi menerima aliran
air. Adalah penting menggunakan sloped leader bagi menjarakkan aliran jatuh air dari asas

iv) Penggunaan Hardscape.


Konkrit atau blok paver juga boleh mengawal resapan air larian ke dalam timbusan.
Hardscape hendaklah cukup lebar bagi menutupi keseluruhan kawasan timbusan dengan
permukaannya dicuramkan untuk mengalir air jauh dari kawasan asas
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 5 Drp:9

v) Menggunakan Fabrik Penyaring


Semua saliran yang ditanam perlu litupi dengan kerikil kasar atau batu pecahan dan dibungkus
dengan bahan penyaring. Tanpa penyaring, lumpur akan mencemari batu dan memasuki serta
menyumbat rongga dalam paip. Pelbagai geotextiles (fabric telapan) disediakan dalam bentuk rol
dan pra-bungkus

vi) Memastikan lokasi paip dengan betul


Paip perlu dipasang dengan teliti dan di lokasi yang betul dengan mengambil kira penapak dan
sebarang slab dalaman.
Tempat yang paling ideal menempatkan paip perimeter adalah berhampiran, disepanjang sisi
asas kerana air daripada permukaan air tanah ( water table) boleh memasuki paip dengan cepat.
(Permukaan Air tanah adalah air yang terdapat dalam lapisan tanah atau bebatuan di bawah
permukaan tanah)
Diantara lokasi yang boleh menempatkan paip perimeter dan butiran dimensi yang ditetapkan

Bahagian atas sebelah asas Bahagian bawah sebelah asas


KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 6 Drp:9

Di bawah aras asas

iv) Menghala liang-liang pada paip ke bawah


Paip yang direntang hendaklah dipastikan liang-liangnya mengadap ke bawah/sisi pada posisi
jam pukul 4 dan 8. Kaedah ini akan membolehkan kenaikan air permukaan bawah tanah
(water table) masuk ke dalam paip pada poin yang paling bawah.

4.0 KAEDAH MENEMPATKAN PAIP PERIMETER


i) Menetapkan kawasan penempatan paip perimeter
 Penempatan paip perimeter boleh dilakukan sama ada di kawasan sebelah luar bangunan
atau dalaman.
 Bagi penempatan paip perimeter diluar bangunan, rekabentuknya perlu mengambil kira
pengendalian bersama antara sistem saliran bumbung dengan paip perimeter yang akan
membawa air jauh dari bangunan perlu diambil kira.
 Adalah lebih baik dipanjangkan 6 kaki bagi mewujudkan jarak yang sesuai paip perimeter
dari bangunan.
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 7 Drp:9

ii) Kawasan dibersih dan diterangi


 Setelah Penetapan kawasan bagi penempatan paip dibuat, keseluruhan kawasan tersebut
hendaklah dibersih, bebas dari semak, taman, tangga, anjung dan sebagainya.

iii) Gali untuk ruang paip di perimeter rumah


 Jika penempatan dilakukan diluar rumah, maka kerja-kerja menggali perlu dilakukan pada
ketetapan tersebut.
 Peparit digali disekeliling bangunan bagi menempatkan jaluran paip perimeter. Kedalaman
peparit antara 450mm - 600mm.
 Dasar peparit hendaklah bercerum mengikut pengkadarannya bagi memasti alirannya
sampai ke poin pelupusan.

iv) Menempat dan Memasang Paip


Susunatur pemasangannya bermula dari Talang (gutter) bersambung dengan paip ke bawah
(down pipe) dan terus ke paip perimeter. Penyambungan dibuat mengikut langkah-langkah
berikut:
 Paip bawah disimpangkan untuk disambung dengan paip perimeter.
 Lapisan alas dengan batu kerikil disedia di sepanjang dasar peparit yang siap digali.
 Lapisan fabrik penyaring di hampar sepanjang peparit dan disesuaikan untuk menerima
paip perimeter.
 Tempatkan paip dalam peparit. Pastikan kecuraman peparit konstan dan rata bagi
membolehkan bahagian aliran masuk pada paip dibina sama aras dengan aras dasar
(invert Level) atau dasaran aliran. Kecuraman minimum ¼ per kaki.
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 8 Drp:9


 Tutupkan dengan fabric penyaring (water-permeable sheet) yang bertindak sebagai
penapis bagi menghalang tanah / kotoran memasuki paip dan mengelak dari tersumbat.

v) Menimbus peparit / paip perimeter


 Paip ditimbus dengan lapisan kelikir dengan saiz yang dibenarkan, secara umumnya
lapisan kelilkir bersaiz besar menutupi jaluran paip dan diikuti lapisan kelikir bersaiz kecil.
 Kelikir membenarkan air mengalir lancar ke poin pembuangan dalam satu sistem
pembetungan tanpa risiko tersumbat
 Lapisan kelikir ditimbus dengan tanah
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH,
SIMPANG SANGGANG,
28020 TEMERLOH, PAHANG.

No. Kod : BC-030-3: 2013 / K04/NK04-05 Muka: 9 Drp:9

Rujukan:

1. Perimeter Drain Systems | How They Work and More | Square One
https://www.squareoneinsurance.com/perimeter-drain-system

2. INSTALLING AN INTERIOR WEEPING TILE SYSTEM


http://nusitegroup.com/installing-an-interior-weeping-tile-system/

3. Water management and perimeter drainage | Baker Street Home ...


https://bakerstreethi.com/water-management-and-perimeter-drainage/

4. Foundation Drainage - Home Advisor Pro


https://pro.homeadvisor.com/article.show.Foundation-Drainage.13702.html

Anda mungkin juga menyukai