Anda di halaman 1dari 14

PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1

JABATAN KEJURUTERAAN

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 4

2 2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 5

2.2 Komponen utama di dalam sistem water


sprinkler 6

2.3 Fungsi 7

2.4 Kesimpulan 9

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 10

3.2 Reka Bentuk Kajian 11

3.3 Ujian Terhadap Kajian 11

3.3.1 Ujian Suhu 12

3.3.2 Proses Ujian Suhu 12

3.4 Carta Alir Proses Rekabentuk 13

Page 1
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pada era ini,dalam struktur sebuah rumah, bumbung memainkan peranan penting bagi
memastikan rumah berada dalam keadaan yang terlindung dari kesan panas matahari dan air
hujan. Kebanyakan rumah di kawasan perkampungan Melayu menggunakan atap zink
sebagai bumbung rumah. Keadaan ini kesan dari pengekalan tradisi lampau kerana
penggunaan atap genting masih belum dipraktikkan. Dan jika adapun kos atap zink lebih
murah berbanding atap genting. Masalah timbul di waktu tengahari kerana peningkatan suhu
atap zink meningkat dengan mendadak mengakibatkan bahang panas di dalam rumah
menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni rumah. Sifat atap zink sebagai pengalir haba
yang baik menyebabkan sesebuah rumah itu cepat sejuk dan cepat panas serentak dengan
suhu di luar rumah.
Oleh itu air mampu berfungsi sebagai medium yang dapat mengimbangi kadar perubahan
suhu yang terlalu cepat supaya melewatkan panas jika suhu luar semakin panas dan
mengekalkan cuaca sejuk jika hujan berterusan. Situasi ini membantu menurunkan suhu di
dalam rumah. Walaupun pemasangan siling boleh menjadi satu cara yang baik namun
kadangkala ia tidak mencukupi untuk mengubah suhu dalam rumah ke tahap yang
dikehendaki oleh isi rumah. Justeru itu, kajian alternatif untuk membantu mengatasi masalah
ini adalah dengan menggunakan kitaran semula air tadahan sebagai agen penyejuk yang
dialirkan ke atas atap zink di waktu panas tengahari.

Page 2
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

1.2 PENYATAAN MASALAH

Beberapa tahun kebelakangan ini, suhu pada musim kemarau semakin meningkat
sehingga pernah mencecah suhu yang amat tinggi. Bukan sahaja didalam Malaysia malah
diluar negara juga contohnya yang berlaku di Australia baru-baru ini yang menyebabkan
kehilangan nyawa. Pernah terjadi juga strok haba akibat suhu panas yang meninggi. Selain
itu, suhu yg tinggi juga merupakan penyebab berlakunya kebakaran terutamanya kebakaran
hutan. Sehingga kini jika tiba musim kemarau suhu panas akan memuncak dan berlakunya
kebakaran yang tidak dijangka.

Pada awalnya, idea untuk mencipta ‘water sprinkle automatic’ ini adalah untuk
mengawal suhu didalam rumah. Hal ini kerana, bagi mereka yang tidak mempunyai kos yang
banyak untuk menggunakan penghawa dingin, maka ini merupakan salah satu cara yang
boleh mereka guna untuk tidak merasa panas yang kuat disamping masih dapat menjimatkan
kos.

Seterusnya, rumah yang berbumbungkan atap zink juga boleh menggunakan sistem
ini. Jadi tiada masalah untuk mereka yang berumah seperti ini terutama di kawasan
perkampungan. Hal ini juga, bagi mereka yang hendak menggunakan sistem ini tidak perlu
untuk menukar jenis bumbung rumah yang spesifik kerana semua jenis bumbung boleh
digunakan. Bagi yang mempunyai masalah sistem perpaipan ataupun sistem air yang tidak
sistematik seperti lebihan air mengalir tanpa arah yang akan menyebabkan becak juga tidak
perlu risau kerana sistem ‘water sprinkle automatic’ ini mempunyai perpaipan yang baik dan
kitaran air yang sistematik.

Langkah pencegahan daripada terkena strok haba. Hal ini kerana, Kementerian
Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa strok haba ini boleh terkena pada mereka
yang berada didalam rumah juga. Jadi dengan penghasilan projek ini, masalah ini sedikit
sebanyak dapat diatasi malah dapat meuyelamatkan nyawa. Apabila suhu mencapai angka
yang telah ditetapkan, sistem ini akan beroperasi dan akan menjadi ruang didalam rumah
kurang panas.

Page 3
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menambahbaik projek yang telah sedia ada.


2. Memperkenalkan sistem water sprinkler yang lebih canggih dengan fungsi yang lebih
baik.
3. Memberi keselesaan daripada kepanasan kepada pengguna apabila menggunakan
water sprinkler detector.

1.4 SKOP KAJIAN


Di dalam kajian ini , beberapa kaedah dijalankan bagi memastikan kajian ini berjalan dan
siap seperti yang telah dirancang. Antara kaedah yang dijalankan adalah menghasilkan model
‘Water Sprinkler Detector ‘ ke dalam perisian AutoCAD 2006. Seterusnya,model ini
dihasilkan di kantin politeknik tuanku sultanah bahiyah, kulim kedah.
Setelah model ini dihasilkan , ia diuji untuk menentukan tahap keupayaan dari segi
fungsinya. Setelah selesai mengkaji keupayaan fungsinya, suhu kawasan tersebut diambil
untuk memastikan objektif model ini tercapai .

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di seluruh kawasan kulim kedah . Kajian ini dijalankan agar menjadi
panduan kepada pihak pihak yang terlibat dalam memajukan industri pembinaan .

Antara kepentingan kajian ini adalah :

i) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh masayarat


ii) Menyelesaikan masalah seperti suhu yang tinggi dalam kawasan rumah
iii) Sebagai bahan panduan untuk membantu pihak terlibat dalam menyelesaikan
masalah suhu yang tinggi dalam rumah kediaman .
iv) Mencari jaln penyelesaian bagi mengatasi suhu berlebihan di luar rumah

Page 4
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Keselesaan termal merupakan satu aspek pengkajian tentang tindak balas manusia
terhadap kesan iklim (Zulkifli Hanafi, 1999). Setiap manusia mempunyai pelbagai persepsi
terhadap keadaan termal persekitaran mereka. Kebanyakan penyelidik bersepakat bahawa
keselesaan termal merujuk kepada keadaan pemikiran atau tanggapan manusia yang
menyatakan rasa kepuasan atau sebaliknya dengan persekitaran termal mereka. Selain itu
juga, zon keselesaan termal setiap manusia berbeza-beza mengikut iklim setempat. Zon
selesa di kawasan tropika pula antara 23.4°C dan 29.5°C dengan kelembapan bandingan di
antara 30% - 70% (Brook, E, P., 1950). Menurut Haryati Shafii(2012) mendapati hasil kajian
ke atas rumah banglo, rumah teres, apartmen dan rumah pangsa di Selangor menunjukkan
purata suhu di dalam rumah adalah 23˚C - 31˚C berbanding di luar rumah 25˚C-32˚C.
Masyarakat Melayu yang majoritinya tinggal di kawasan perkampungan di Malaysia lebih
cenderung untuk menggunakan atap zink sebagai struktur bumbung rumah. Hal ini
disebabkan kos pembinaannya yang murah lebih menarik kecenderungan mereka untuk
berbuat demikian. Namun begitu, penggunaan atap zink ini mempunyai kelemahan dari segi
penyerapan haba dan pembebasan haba yang disebabkan oleh suhu yang tinggi terutamanya
pada waktu panas. Tambahan pula, pemanasan global yang berlaku pada masa sekarang turut
memberi kesan terhadap keadaan dalaman rumah terutamanya suhu di dalam rumah.
Menurut Ariff M. M ,2008 ia memberi kesan melalui bumbung rumah dan keadaan
pembukaan tingkap rumah. Pemanasan global ini memberi kesan kenaikan suhu rumah yang
tinggi terhadap rumah terutamanya pada waktu tengahari kerana pada masa tersebut,
kepanasan cahaya matahari turut menyumbang kearah pemanasan dalaman rumah. Bagi
rumah yang menggunakan atap genting, bersiling dan menggunakan sistem penghawa dingin,
kesan panas matahari mungkin kurang memberi kesan terhadap mereka. Tetapi bagi yang
menggunakan atap zink, keadaan waktu yang panas akan memberi kesan terhadap suhu
dalaman rumah. Hal ini berlaku adalah disebabkan sifat bahan zink itu sendiri yang menjadi
punca perkara itu terjadi.
Zink adalah suatu bahan yang mampu menyerap haba dengan cepat mahupun dalam
cuaca sejuk ataupun panas. Sekiranya dalam cuaca sejuk, hal ini mungkin tidak menjadi
masalah kepada pengguna, tetapi sekiranya cuaca panas terutamanya waktu tengahari, hal ini
akan memberi rasa ketidak selesaan kepada pengguna. Hal ini kerana, pada waktu siang
ketika waktu panas, haba dari kepanasan matahari akan diserap masuk kedalam rumah
melalui atap zink tersebut, hal ini akan menyebabkan haba yang didalam rumah akan
meningkat dan menyebabkan ruang dalaman rumah menjadi panas. Oleh yang demikian,
sebuah sistem alternatif penyejuk rumah beratap zink telah dibangunkan. Sistem ini
menggunakan kitaran semula air tadahan sebagai agen penyejuk rumah.Kitaran semula air
tadahan digunakan sebagai agen penyejuk dalam keseluruhan sistem penyejukan rumah ini.
Oleh itu langkah awal yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan air hujan ditadah
dalam bekas tadahan air kitaran

Page 5
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

2.2 KOMPONEN UTAMA DI DALAM SISTEM WATER SPRINKLER


DETECTOR

Komponen utama di dalam sistem water sprinkler detector ialah komponen yang
penting dalam membina water sprinkler. Komponen-komponen ini adalah untuk memberi
penyemburan air ketika suhu kawasan tersebut mencecah suhu yang telah ditetapkan.
Terdapat tiga jenis komponen utama yang digunakan untuk membina water sprinkler iaitu:

2.2.1 Stop Valve


Stop valve kebiasaannya berada dalam posisi yang terbuka dan dicat dengan warna
merah yang cerah supaya lebih mudah untuk dilihat. Stop valve digunakan untuk membuka
aliran air yang masuk ke sistem sprinkler jika suhu kawasan tersebut telah menurun. Valve
yang telah berhenti, dipasang dengan sistem monitor yang digunakan untuk memantau stop
valve terbuka dan tertutup.

Rajah 2.2.1: Stop Valve

Page 6
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

2.2.2 Sprinkler head


Sprinkler head merupakan satu-satunya bahagian dari sistem sprinkler yang dapat
dilihat setiap hari. Alat ini dapat mengesan suhu yang tinggi. Sistem sprinkler hanya akan
mengeluarkan air di posisi bawah atau di sekitar sprinkle head. Maka, sistem sprinkler tidak
dapat mengeluarkan air di seluruh kawasan.

Rajah 2.2.3: Sprinkler Head

2.2.3 Temperature Sensor Detector


Sensor suhu atau Temperature Sensors adalah sebuah komponen dalam elektrik yang
berfungsi untuk tindakbalas dengan perubahan suhu atau temperature di sekitar komponen
tersebut.
Fungsi sensor suhu adalah untuk mengesan suhu di kawasan tersebut bagi memulakan
langkah penyemburan air berlaku.

Rajah 2.2.4: Temperature Sensor Detector

Page 7
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

2.3 Fungsi water sprinkler detector


2.2.1 Mengurangkan Kesan Atap zink
Suhu atap zink telah menurun disebabkan kitaran air dapat mengurangkan suhu zink
dengan menggunakan konsep keseimbangan terma. Suhu zink yang panas disebabkan oleh
cahaya matahari akan memindahkan habanya kepada air yang dialirkan keatasnya.
Berbanding dengan ruang yang tidak dialirkan air, suhu yang diperolehi oleh ruang tersebut
mengalami perbezaan antara - berbanding dengan ruang ang dialirkan air. Hal ini bermakna
air boleh memainkan peranan dalam mengurangkan suhu rumah yang beratapkan zink ketika
waktu panas.

2.3.2 Kadar Perubahan Suhu


Berdasarkan hasil data cerapan, suhu dalaman ketika waktu panas boleh mencecah
purata 36 C. Hal ini disebabkan, suhu dalaman rumah akan dipengaruhi oleh suhu atap zink
sama ada suhu tersebut panas ataupun sejuk.

2.3.3 Keberkesanan Air Kitaran (hujan) Sebagai Agen Penyejuk


Analisis juga mendapati terdapat aspek utama bagi menentukan keberkesanan sistem
penyejukkan air kitaran. Pertama, air yang turun dari atap zink akan melalui lubang kecil
untuk menghasilkan titisan air. Suhu air yang turun adalah tidak sama dengan suhu air
sebelum dipam naik ke atas bumbung. Hal ini kerana air tersebut akan turun bersama dengan
haba yang dipindahkan oleh atap zink kepadanya. Semakin kecil lubang yang ditebuk,
semakin cepat haba dipindahkan. Hal ini kerana, ruang permukaan yang kecil akan
mempercepatkan proses kehilangan haba berbanding ruang permukaan yang besar.

Page 8
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

2.4 Kesimpulan
Ketidakselesaan yang berpunca dari suhu panas di ruang dalaman rumah beratap zink
ketika waktu panas bukan sahaja boleh diselesaikan dengan menggunakan teknologi yang ada
sekarang seperti penghawa dingin, kipas dan seumpamanya. Tetapi dengan menggunakan
sumber sedia ada seperti air tadahan yang dikitar semula juga boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Secara tidak langsung sistem ini boleh menjadi alternatif yang
baik untuk diaplikasi bagi menyejukkan rumah beratap zink

Page 9
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

BAB 3
METODOLOGI

3.1 PENGENALAN
Metodologi adalah penting bagi sesebuah kajian kerana ia merupakan kaedah, teknik
merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian
yang telah dikemukakan lebih awal. Perkara ini digunakan untuk melaksanakan projek
dengan baik secara sistematik, terperinci dan berdisplin.

Dalam pada itu, metodologi juga dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu kajian dan merupakan suatu jalan ringkas tentang penceritaan langkah-langkah untuk
melaksanakan dan menjayakan projek water sprinkler detector.

Dalam kajian ini, akan dijelaskan tentang bagaimana sesuatu bentuk itu telah dipilih
berserta factor pemilihannya. Seterusnya, instrument kajian yang akan digunakan turut
dilampirkan dalam bahagian ini supaya pengguna dapat mengetahui tentang cara
penggunaannya. Selain itu, teknik yang diaplikasikan juga turut dijelaskan di dalam bab ini.

Setiap langkah wajar diberi perhatian sebaiknya demi memastikan projek ini dapat
disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, turutan langkah ini perlu diikuti
sebaiknya. Jika berlaku sebarang masalah, ianya akan menjejaskan hasil projek ini menjadi
tidak sempurna seperti yang telah dirancang.

P a g e 10
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Berikut adalah lakaran rekabentuk water sprinkler detector. Lakaran ini dilakar untuk
menunjukkan kedudukan alatan dan bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan
baik.

Rajah3.2: Lakaran Water Sprinkler

3.3 UJIAN TERHADAP KAJIAN


Bagi menguji keberkesanan projek ini, ujian suhu telah dipilih bagi menguji water
sprinkler detector ini. Hal ini demikian kerana, supaya memastikan komponen yang kami
gunakan tepat dengan kesesuaian dan fungsinya serta dapat mengelakkan sebarang perkara
yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan dating. Melalui ujian ini, kita dapat
rungkaikan sama ada alatan ini boleh ditambahbaik atau sebaliknya.

P a g e 11
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

3.3.1 UJIAN SUHU


Ujian suhu bagi alat diuji melalui penghasilan prototaip yang akan dihasilkan dan
berfungsi mengikut suhu yang akan ditentukan.

3.3.2 PROSES KERJA UJIAN SUHU

1. Menggunakan papan plastik sebagai asas dan bumbung

2. Menggunakan paip PVC sebagai fungsi untuk aliran air atau kitaran air.

3. Menggunakan alatan sensor untuk mengesan suhu yang telah ditetapkan.

4. Menggunakan injap valve sebagai fungsi untuk menutup dan membuka aliran air
daripada fungsi.

5. Menggunakan wayar sebagai sambungan untuk sistem sensor.

6. Menggunakan ‘sprinkler head’ untuk menyemburkan air diletakkan di atas bumbung.

P a g e 12
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

3.4 CARTA ALIR PROSES REKA BENTUK

MENGENAL PASTI
MULA MASALAH, OBJEKTIF
DAN SKOP

PENGHASILAN IDEA
PEMILIHAN IDEA DAN KONSEP

PEMILIHAN BAHAN PERBINCANGAN

TAMAT UJIAN

P a g e 13
PROJEK KEJURUTERAAN AWAM 1
JABATAN KEJURUTERAAN

P a g e 14

Anda mungkin juga menyukai