Anda di halaman 1dari 26

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Analisa merupakan satu bahagian yang amat penting ketika hendak menghasilkan
sesuatu projek. Ia amat penting kerana segala maklumat yang berkaitan dengan
pengiraan dan masalah yang berkemungkinan berlaku semasa dan setelah menjalankan
projek ini dapat diketahui. Selain itu, juga bertujuan untuk mengetahui jenis bahan atau
komponen yang sesuai digunakan bagi menghasilkan projek tersebut.

Ia adalah untuk mengelakkan daripada projek yang dijalankan tidak berjaya. Di dalam
bab ini, kami juga akan menerangkan tentang kajian pengiraan terhadap komponen
yang digunakan dan kajian terhadap keberkesanan projek tersebut.
4.2 LATAR BELAKANG SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dilakukan kepada pekerja binaan di kawasan Tapak Projek Wadi
Iman Ekslusif,bertujuan untuk mendapatkan keberkesanan daripada pengguna tentang
perggunaan ‘Alat Penapis Pasir Mudah Alih’ kami. Dalam menjalankan kerja
penyelidikan ini, kami telah menemubual seramai 40 orang pekerja dengan
menggunakan borang kaji selidik

Soal selidik dijalankan adalah bertumpu kepada sejauh manakah produk ini
memberi keberkesanan dan kebolehkerjaan kepada pengguna ketika menggunakannya.
Perkara ini amat penting kerana sebagai kepuasan hati pengguna ketika menggunakan
produk kami.

Dalam soal selidik ini, mengandungi unsur-unsur pandangan, pendapat dan


kepuasan responden.Oleh yang demikian, maka terhasillah pelbagai cadangan daripada
respoden untuk menambahbaikan produk kami untuk menjadi lebih effetif
4.3 KEPUTUSAN HASIL SOAL SELIDIK DAN PENCAPAIAN
OBJEKTIF

Objektif 1: Mengubahsuai dan merekabentuk alat penapis pasir yang sedia ada
kepada yang baru

Untuk menjawab objektif ini,kaedah soal selidik digunakan. Objektif ini adalah
untuk persetujuan menghasilkan produk ‘Alat penapis pasir mudah alih’ yang
berkonsepkan inovasi. Dengan adanya cadangan,pemasalahan dan pendapat daripada
responden maka inovasi ini bermatlamat untuk dihasilkan. Maklumat yang diperolehi
telah direkodkan dan ditunjukkan dalam data yang dinyatakan
4.3.1 PROFIL DEMOGRAFI RESPONDEN

Rajah 4.1: Carta pie menunjukkan kaum yang bekerja di tapak pembinaan

Kaum
LAIN-LAIN (WARGA
ASING) CINA
19%

INDIA
0%

MELAYU
81%

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN (WARGA ASING)

Rajah 4.1: Carta Pie bagi kaum

Rajah 4.1 menunjukkan bilangan pekerja yang memberi respon terhadap kajian
yang dijalankan. Sejumlah 81% responden adalah seramai 25 orang kaum Melayu. 0 %
responden bagi kaum India dan Cina kerana tiada pekerja India dan cina di tapak
pembinaan. Manakala 19% responden adalah seramai 15 orang warga asing. Jumlah
tertingi responden adalah Kaum melayu iaitu sebanyak 81% kerana kebanyakan pekerja
binaan adalah kaum Melayu
UMUR

40 - 60 TAHUN
20%

20 - 40 TAHUN

40 - 60 TAHUN

20 - 40 TAHUN
80%

Rajah 4.2: Carta pie bagi umur respoden

Seterusnya, hasil daripada kajian mendapati bahawa seramai 32 responden iaitu


sebanyak 80% yang berumur lingkungan 20 - 40 tahun lebih ramai menjawab soal
selidik ini. Ini disebabkan, ramai pekerja yang muda bekerja di tapak pembinaan.
Selain itu, seramai 8 responden iaitu sebanyak 20% yang berumur 40 - 60 tahun.
Kebanyakkan mereka yang berumur 40 – 60 tidak diambil bekerja,hanya yang
berpengalaman sahaja diambil bekerja. Peratusan pekerja yang berumur 20 – 40 tahun
adalah lebih tinggi
JANTINA

PEREMPUAN 0%

LELAKI
PEREMPUAN

LELAKI, 100%

Rajah 4.3: Jantina responden

Rajah 4.3 menunjukkan bilangan pekerja memberi respon terhadap kajian yang
dijalankan. Sejumlah 100% responden adalah pekerja lelaki manakala 0% bagi
responden perempuan kerana tiada pekerja perempuan di tapak perbinaan. Bilangan
responden lelaki yang tinggi disebabkan 100% pekerja di tapak pembinaan adalah lelaki
4.3.2 PENCAPAIAN OBJEKTIF 1

Rekabentuk yang mudah alih


50.00%
45%
45.00%

40.00%

35.00% 32.50%

30.00%

25.00% 22.50%

20.00%

15.00%

10.00%

5.00%
0.00%
0.00%
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

Rajah 4.4: Carta analisa rekabentuk yang mudah dibawa

Dalam rajah 4.4, sebahagian dari responden iaitu seramai 45% (18 orang) sangat
setuju bahawa rekabentuk alat penapis pasir ini adalah mudah alih. Manakala 32.5%
(13 orang) responden setuju rekabentuk penapis pasir ini adalah mudah alih. Seterusya
22.5% (9 orang) tidak setuju rekabentuk projek ini mudah di alih.
Rekabentuk Yang Mesra Alam
60%
52.50%
50%

40%
35%

30%

20%
12.50%
10%

0%
0%
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

Rajah 4.5: Carta analisa rekabentuk yang mesra alam

Rajah 4.5 menunjukkan kebanyakan responden setuju produk yang mesra alam
dapat membantu menggurangkan pencemaran iaitu sebanyak 52.5% (21 orang).
Manakala 35% (14 orang) responden sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Namun begitu, seramai 12.5% (5 orang) memberikan jawapan tidak setuju
Bahan - bahan rekabentuk yang mudah didapati
57.50%
60%

50%

40%

30% 25%

17.50%
20%

10%
0%
0%
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU

Rajah 4.6: Carta analisis bahan-bahan rekabentuk yang mudah didapati

Rajah 4.6 menunjukkan sebanyak 17.% (7 orang ) tidak bersetuju bahawa bahan
untuk membina projek ini mudah didapati.Seterusnya sebanyak 25% (10 orang )
bersetuju bahan untuk membina projek ini mudah didapati. Namum begitu sebanyak
57.5% ( 23 orang ) sangat bersetuju bahan membina rekabentuk projek ini mudah
didapati. Jumlah tertinggi carta bar bagi bahan-bahan rekabentuk yang didapati ialah
57.5% iaitu sangat setuju
Reka bentuk yang mudah direka
67.50%
70%

60%

50%

40%

30% 25%

20%
7.50%
10%
0%
0%
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU

Rajah 4.7: Carta analisis data rekabentuk yang mudah direka

Dalam rajah 4.7, ramai kalangan responden setuju bahawa rekabentuk produk ini
mudah direka iaitu seramai 67.5% (27 orang). Manakala 25% (10 orang) dalam
kalangan mereka sangat setuju rekabentuk ini mudah direka seperti yang diterangkan.
Namun begitu sebanyak 7.5% (3 orang ) tidak bersetuju projek ini mudah direka.Ini
mungkin disebabkan responden tidak yakin bahawa projek mampu dihasilkan.
4.3.3 Kesimpulan Objektif Pertama

Bagi objektif pertama ini,soal selidik telah dibuat kepada pekerja pembinaan di
kawasan Tapak Taman Wadiman Kok Lanas.Hasil selepas analisa dibuat,kami
mendapati bahawa seramai 32.5% bersetuju bahawa inovasi projek ‘Alat penapis pasir
mudah alih’ mudah untuk dibawa ke tapak pembinaan dan seramai 45% sangat setuju
bahawa rekabentuk projek kami mudah alih. Selain itu sebanyak 52.5% setuju dan 35%
sangat setuju bahawa projek yang dibina ini mesra alam. Seterusnya, sebanyak 25%
pekerja di tapak pembinaan memilih setuju dan sebanyak 57.5% memilih sangat setuju,
bahan-bahan untuk membina alat penapis ‘Alat penapis pasir mudah alih’ mudah
didapati. Di samping itu juga, 67.5% pekerja setuju dan 25% sangat setuju inovasi
projek ini mudah direka. Hasil daripada soal selidik, kami dapati majoriti bersetuju
sekiranya projek ini digunakan di tapak pembinaan.
4.3.4 Objektif 2: Menguji kebolehkerjaan alat penapis pasir yang
dibina

Bagi mencapai objektif kedua ini kami juga menggunakan kaedah soal selidik yang
telah dijalankan di tapak pembinaan Limbat Kota Bharu. Borang soal selidik di edarkan
kepada pekerja-pekerja di tapak pembinaan. Antara soalan yang dinyatakan kepada
respoden adalah
Alat berfungsi dengan baik
45%
45%

40%

35%
30%
30%

25%
20%
20%

15%

10%
5%
5%

0%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 4.8: Carta Bar menunjukkan alat berfungsi dengan baik

Dalam Rajah 4.8 data menunjukkan sebanyak 5% (2 orang ) sangat tidak setuju alat ini
berfungsi dengan baik.Seterusnya sebanyak 20% (8 orang ) tidak setuju manakala 45%
(18 orang ) setuju bahawa alat ini mampu berfungsi dengan baik.Namum begitu
sebanyak 30% (12 orang ) sangat bersetuju alat penapis pasir berfungsi dengan baik.
Jumlah tertinggi carta bar bagi data rajah 4.8 ialah 45% iaitu bersetuju
Boleh menapis pasir tanpa sebarang masalah
60.00%

50%
50.00%

40.00%
35%

30.00%

20.00%
12.50%
10.00%
2.50%
0.00%
Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 4.9: Carta bar boleh menapis pasir tanpa sebarang masalah

Hasil daripada analisis borang soal selidik dalam rajah 4.9, menunjukkan bahawa
alat penapis pasir ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah dan mendapat respon
yang baik daripada responden. Majoriti daripada responden 50% (20 orang) setuju.
Sebanyak 35% (14 orang) daripada responden pula sangat setuju dengan pernyataan
tersebut. Sebanyak 12.5% (5 orang) dan 2.5 (1 orang ) sangat tidak setuju bahawa alat
ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah
4.3.5 Objektif 3: Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kepada
pengguna sasaran

Tahap Keberkesanan Alat


30%
30%

25%

20% 17.50%

15%

10% 7.50%

5%
0%
0%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Series 1 Series 2 Series 3

Rajah 4.10: Carta Bar bagi tahap keberkesanan alat

Berdasarkan analisis dalam rajah 4.10 , pilihan yang paling tingi adalah setuju tahap
keberkesanan alat iaitu seramai 30% (30 orang). Selain itu juga, 17.5% (7 orang)
responden sangat setuju dengan pernyataan tersebut dan 7.5% (3 orang) dari kalangan
responden tidak setuju tahap keberkesanan alat ini. Hasil soal selidik ini menunjukkan
bahawa ramai yang setuju dengan keberkesanan alat ini
Sesuai Digunakan di tapak pembinaan
90%
80%
80%

70%

60%

50%

40%

30%
20%
20%

10%
0% 0%
0%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 4.11: Carta bar sesuai digunakan di tapak pembinaan

Hasil analisis di atas, rajah 4.11 menunjukkan seramai 80% (32 orang) responden
setuju alat ini sesuai digunakan di tapak pembinaan manakala seramai 20% (8 orang)
daripada mereka pula memberi respon sangat setuju. Majoriti bersetuju jika alat ini
digunakan di tapak pembinaan.
BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati rekabentuk ‘Alat penapis pasir mudah
alih’ ini mampu memberi banyak kebaikan kepada pekerja di tapak pembinaan.
Contohnya pekerja tidak perlu lagi mengangkut pasir ke dalam kereta sorong kerana
dengan menggunakan ‘Alat penapis pasir mudah alih’ pekerja hanya perlu meletakkan
kereta sorong di bawah alat ini sahaja,kerana pasir yang ditapis akan terus masuk ke
dalam kereta sorong. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan pada jangka masa yang
lama. Berbeza dengan alat penapis pasir tradisional, ia akan dibuang selepas sesuatu
pembinaan tamat. Hal ini menyebabkan berlakunya pembaziran.

Projek ini diperbuat daripada besi. Besi memberi ketahanan yang lebih lama
berbanding dengan alat penapis pasir tradisional yang menggunakan kayu.
5.2 Kesimpulan

Sepanjang tempoh menyiapkan projek tahun akhir ini, ia memberikan pengalaman


dan pengetahuan yang amat berguna kepada pelajar .Dalam menyiapkan projek tahun
akhir ini dapat menjana pemikiran para pelajar supaya lebih kreatif dan inovatif.
Walaupun ada kelemahan yang dikenalpasti tetapi objektif untuk projek ini berjaya
dicapai

Dengan terhasilnya “ALAT PENAPIS PASIR MUDAH ALIH” ini, diharapkan


dapat dijadikan sebagai bukti kesungguhan dan pengetahuan kami dalam menghasilkan
alat ini untuk digunakan dalam pembinaan. Fungsi keselamatan juga amat
dititikberatkan dalam projek kami ini supaya tidak membahayakan dan memudaratkan
pengguna

Berdasarkan kepada objektif yang disampaikan sebelum ini, kesimpulannya projek


ini merupakan ciptaan yang amat berguna. Selain itu dengan terciptanya projek ini, ia
sekurang-kurangnya dapat membantu pekerja-pekerja di tapak pembinaan. Diharapkan
projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya,diterima dan diguna pakai oleh pengguna.
5.3 CADANGAN

Setelah membuat kajian soal selidik, beberapa cadangan yang telah dibuat bagi
mempertingkatkan lagi keberkesanan ketika menggunakan produk ini. Antara cadangan
yang dibuat ialah:

1. Menggunakan bahan yang lebih berkualiti

Cadangan ini dibuat supaya alat penapis pasir tersebut dapat menanggung pasir
yang lebih banyak.Selain itu ia dapat mengukuhkan lagi alat yang dibina dan lebih
selamat untuk dugunakan. Dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi ia
dapat meningkatkan kepuasan hati pengguna

2. Menggantikan pengayuh basikal dengan mesin

Pengayuh basikal digunakan untuk menggerakkan alat penapis pasir. Dengan


menggantikan pengayuh basikal dengan mesin ia dapat mengurangkan tenaga kerja
ketika mengendalikan alat tersebut di samping menjimatkan masa
LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Maklumat Kepada Respoden

Borang soal selidik ini merupakan satu projek yang dijalankan oleh kami dari pelajar

JABATAN POLITEKNIK KOTA BHARU. Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk

memenuhi keperluan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam. Kajian yang


dijalankan

adalah mengenai ‘KEBERKESANAN PRODUK’


BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPODEN

1.KAUM

i. MELAYU ( )

ii. CINA ( )

iii. INDIA ( )

iv. LAIN-LAIN ( )

2. UMUR

i. 20 – 40 ( )

ii. 40 – 60 ( )

3. JANTINA

i. LELAKI ( )

ii. PEREMPUAN ( )

BAHAGIAN B: TAHAP KESESUAIAN PENGGUNAAN

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah


1 2 3 4

Sangat Tidak Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

Bil. Kesesuaian Terhadap Aspek Rekabentuk 1 2 3 4 5

1. Rekabentuk mudah alih.

2. Rekabentuk mesra alam.

3. Bahan – bahan rekabentuk mudah didapati.

4. Rekabentuk yang mudah direka.

Bil. Kebolehkerjaan Alat penapis pasir mudah alih 1 2 3 4 5

1. Adakah alat ini berfungsi dengan baik

2. Boleh menapis pasir tanpa sebarang masalah

Bil. Kesesuaian Kegunaan Alat penapis pasir 1 2 3 4 5


mudah Di Tapak Bina
1. Tahap keberkesanan alat.

2. Sesuai digunakan di tapak pembinaan.

BAHAGIAN C: CADANGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk penambahbaikan alat


keselematan penutup besi tetulang untuk kegunaan pekerja:
LAMIRAN B

GAMBAR PROJEK

I.
II.
III.

Anda mungkin juga menyukai