Anda di halaman 1dari 18

POLITEKNIK KOTA BHARU

ALAT PENAPIS PASIR MUDAH ALIH

NAMA NO.PENDAHTARAN

MUHAMMAD HAFIZIE BIN MOKHTAR 04DKA16F1116

MUHAMMAD ZULHAKIMIE BIN AZAMI 04DKA16F1101

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

JUN 2018
POLITEKNIK KOTA BHARU

ALAT PENAPIS PASIR MUDAH ALIH

NAMA NO.PENDAHTARAN

MUHAMMAD HAFIZIE BIN MOKHTAR 04DKA16F1116

MUHAMMAD ZULHAKIMIE BIN AZAMI 04DKA16F1101

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai memenuhi


sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

JUN 2018
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : PENAPIS PASIR MUDAH ALIH


SESI : JUN 2018

1. Kami, 1.MUHAMMAD HAFIZIE BIN MOKHTAR


2.MUHAMMAD ZULHAIMIE BIN AZAMI

adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan


Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, yang beralamat di
KM.24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan.

2. Kami mengakui bahawa Penapis Pasir Mudah Alih dan harta intelek yang ada
didalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-
mana harta intelek daripada pihak lain.

3.Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek Penapis Pasir Mudah Alih kepada
Politeknik Sultan Azlan Shah bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam kepada kami.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui
oleh yang tersebut;

a. MUHAMMAD HAFIZIE BIN MOKHTAR ( )


(No. Kad Pengenalan 980205-03-6047)
b. MUHAMMAD ZULHAKIMIE BIN AZAMI ( )
(No. Kad Pengenalan 981029-03-5217)

Disemak oleh En Tuan Yusmadi Bin Tuan Soh ( )


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat ke atas junjungan besar kita iaitu Nabi
Muhammad SAW dapatlah kami menyiapkan projek akhir dengan cemerlang dalam
tempoh ynag telah ditetapkan iaitu selama 6 bulan tanpa menghadapi sebarang masalah
yang sukar diselesai sebagai syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam sesi
Jun 2018. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya penyelia kami En Tuan Yusmadi
Bin Tuan Soh yang telah banyak memberi segala tunjuk ajar, nasihat, dorongan serta
kritikan membina kepada kami sehinggakan kami berjaya menyiapkan laporan projek
akhir ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak membantu
dari segi pandangan dan kewangan dalam menyiapkan tugasan projek akhir ini.

Dengan ini kami bersyukur ke hadrat Allah SWT maka siaplah projek akhir ini.
Harapan kami semoga laporan ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada pihak-
pihak yang berkenaan pada masa hadapan.
ABSTRAK

Alat penapis pasir tradisional ialah alat yang banyak dijumpai di tapak-tapak yang
digunakan untuk mengayak pasir. Bagi memudahkan lagi proses pasir diangkut ke
tapak pembinaan, kami merekabentuk satu alat penapis pasir mudah alih. Alat ini
boleh memuatkan sebuah kereta sorong dibawahnya, jadi pasir yang diayak akan
terus masuk ke dalam kereta sorong tersebut, dengan adanya alat ini pekerja tidak
perlu lagi melakukan dua kerja dan dapat menjimatkan masa. Dalam membina alat
ini kami menggunakan bahan-bahan terpakai seperti rim basikal, lebihan besi yang
tidak digunakan dan pengayuh basikal. Alat ini juga boleh digunakan untuk jangka
masa yang panjang, berbeza pula dengan penapis pasir tradisional yag hanya
digunakan untuk satu pembinaan sahaja dan perlu membina semula untuk projek
pembinaan seterusnya. Hal menyebabkan berlakunya pembaziran. Untuk
mengenalpasti keberkesanan penngunaan alat ini,kami melakukan soal selidik di
tapak pembinaan dan menemubual beberapa orang pekerja.Hasil daripada soal
selidik ini,kami mendapat hasil yang positive daripada pekerja-pekerja di tapak
pembinaan.Selain itu,kami juga mendapat beberapa cadangan untuk
menambahbaik lagi alat ini, iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih
berkualiti dan menggantikan penggayuh basikal dengan mesin supaya alat ini
berpusing dengan sendiri tanpa menggunakan tenaga manusia.Kesimpulannya
dengan adanya alat ini,kerja untuk mengayak pasir lebih mudah dilakukan
berbanding dengan alat penapis pasir tradisional
ABSTRACT

The traditional sand filters are tools found in sites used to sift the sand. To facilitate
the process of sand being transported to a construction site, we design a portable
sand filter tool. The tool can accommodate a wheelbarrow below, so the sifted sand
will continue into the wheelbarrow, with this tool no longer need to work two and
save time. In building this tool we use used materials such as bicycle rims, unused
iron surges and cyclists. The tool can also be used for a long time, as opposed to a
traditional sand filter only used for one construction and should be rebuilt for the
next construction project. It causes wastage. To identify the effectiveness of the use
of this tool, we conducted a questionnaire at the construction site and interviewed
several workers. The results of this questionnaire resulted in a positive outcome
from the workers at the construction site. In addition, we also got some suggestions
to improve this tool is, by using more quality materials and replacing the bicycle
pedestrian with the machine so that the tool rotates itself without the use of
manpower. Conclusion with this tool, the work to sift the sand is easier to do than
traditional sand filter
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Skop Projek

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Yang Dijalankan
2.2.1 Pasir
2.2.2 Ayakan Pasir
2.3 Kajian Spesifikasi Rekabentuk Di Pasaran
2.3.1 Ayakkan Anyaman Kawat
2.3.2 Batang Sejaja, Grizzy
2.3.3 Mesin Ayakan Pasir Bermotor
2.3.4 Mesin Pengayak Pasir
2.3.5 Ayakan Pasir Manual
2.4 Kajian Komponen Yang DijalankanD
2.5 Kesimpulan

3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Carta Alir
3.3 Proses Merekacipta
3.3.1 Pemilihan Projek
3.3.2 Perancangan Projek
3.3.3 Konsep Analisis
3.4 Rekabentuk Kajian
3.4.1 Rekabentuk Pertama
3.4.2 Rekabentuk Kedua
3.4.3 Rekabentuk Ketiga
3.4.4 Rekabentuk Keempat
3.4.5 Pemilihan Rekabentuk
3.5 Peralatan, Bahan Dan Kos
3.5.1 Bahan Projek
3.5.2 Bahan Dan Kos
3.5.3 Proses Membina
3.6 Kesimpilan

4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang
4.3 Keputusan Hasil Soal Selidik Pencapaian Objektif
4.3.1 Profil Demografi Respoden
4.3.2 Pencapaian Objektif Pertama
4.3.3 Kesimpulan Objektif Pertama
4.3.4 Pencapaian Objektif Kedua
4.3.5 Pencapaian Objektif Ketiga

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Perbincangan
5.2 Kesimpulan
5.4 Cadangan

LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pasir
3.1 Carta Alir Perjalanan Projek
3.2 Jadual Pernilaian Bermatrik
3.3 Peralatan Dan Kegunaan
3.4 Bahan dan Kos
SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pasir
2.2 Ayakan Anyaman Kawat
2.3 Batang Sejajar, Grizzy
2.4 Mesin Ayakan Pasir Bermotor
2.5 Mesin Pengayak Pasir
2.6 Ayakan Pasir Manual
3.1 Rekabentuk Pertama
3.2 Rekabentuk Kedua
3.3 Rekabentuk Ketiga
3.4 Rekabentuk Keempat
3.5 Besi Hollow
3.6 Jaring
3.7 Rim Basikal
3.8 Proses Pemotongan Besi
3.9 Proses Menebus Lubang
3.10 Proses Mengimpal
3.11 Proses Melicinkan Kesan Kimpalan
3.12 Proses Kemasan
4.1 Carta Pie Bagi Kaum
4.2 Carta Pie Bagi Umur Responden
4.3 Carta Pie bagi Jantina Responden
4.4 Carta Bar Analisa rekabentuk yang
mudah dibawa
4.5 Carta Bar Rekabentuk yang mesra alam
4.6 Carta analisis bahan-bahan rekabentuk
yang mudah didapati
4.7 Carta analisis data rekabentuk yang
mudah direka
4.8 Carta Bar menunjukkan alat
berfungsi dengan baik
4.9 Carta bar boleh menapis pasir
tanpa sebarang masalah
4.10 Carta Bar bagi tahap keberkesanan alat
4.11 Carta bar sesuai digunakan di
tapak pembinaan
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Di dalam arus pembangunan yang pesat pada masa kini telah meningkatkan
tahap teknologi kepada tahap yang lebih tinggi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis
mesin dan alat yang telah dicipta oleh manusia sendiri bagi memudahkan setiap
pekerjaan dalam proses pembinaan. Di dalam proses pembinaan terdapat pelbagai
jenis mesin yang digunakan bagi mempercepatkan proses tersebut. Antaranya ialah
penciptaan mesin bancuh simen.

Bagi sesebuah pembinaan bangunan atau rumah terdapat proses ayakan pasir
yang akan dijalankan. Selain itu, akan terdapat beberapa masalah yang dihadapi
oleh para pekerja pembinaan tersebut seperti menggunakan tenaga kerja yang ramai
dan akan menyebabkan proses kerja menjadi lambat. Di samping itu juga, jika
menggunakan tenaga kerja yang ramai akan mengeluarkan kos yang banyak untuk
membayar gaji pekerja.
Walaupun pelbagai jenis mesin digunakan dalam pembinaan namun masih lagi
terdapat masalah yang dialami oleh pekerja pembinaan. Masalah yang dihadapi
adalah pengasingan pasir. Pengasingan pasir ini masih menggunakan kaedah
manual, dimana masa yang diambil untuk proses pengasingan pasir sangat lama.
Justeru itu, dengan terciptanya sebuah mesin ayakan pasir ini dapat memendekkan
masa proses pengasingan pasir. Mesin ini dicipta setelah melihat proses
pengasingan pasir masih menggunakan kaedah manual.
1.2 PENYATAAN MASALAH

Pada masa sekarang, terdapat segelintir pekerja binaan yang sukar untuk menapis
pasir bagi tujuan tampalan dinding di sekitar kawasan luar bandar. Tujuan projek
ini dihasilkan adalah bagi mengurangkan tenaga pekerja untuk melakukan proses
mengayak pasir. Selain itu, mesin pengayak pasir juga dapat membantu pekerja
pembinaan itu untuk mengayak pasir dengan cepat dan pantas dan boleh dilakukan
dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan didapati projek ini mempunyai


banyak kelebihannya contohnya masa yang singkat di ambil untuk mengasingkan
pasir kasar dengan halus bagi tujuan penampalan dinding dan berbeza pula dengan
cara yang lama masa untuk mengasingkan pasir kasar dan halus terlalu lama dan
tenaga yang di keluarkan sangat banyak berbanding dengan cara menggunakan
mesin ayakan pasir ini.

Oleh itu, mesin ayakan pasir yang akan dihasilkan ini mudah untuk di komersialkan
kerana pembinaannya yang mudah alih memudahkan dibawa ke tapak pembinaan
dan mudah untuk menyimpannya apabila tidak menggunakannya.

Mesin ayakan pasir ini menggunakan kaedah mekanikal yang memudahkan untuk
membuat penapisan pasir. Kaedah ini dipilih kerana tidak perlu menggunakan
elektrik. Hal ini kerana, kaedah mekanikal boleh digunakan walaupun di tempat
yang tiada elektrik.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengubahsuai dan merekabentuk alat penapis pasir yang sedia ada kepada yang

baru

2. Menguji kebolehkerjaan alat penapis pasir yang di bina

3. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kepada pengguna sasaran (soal

selidik)
1.4 SKOP PROJEK

Secara umumnya alat penapis pasir ini bertujuan untuk memberi kemudahan
kepada pengguna dan juga untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti. Skop
kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan
keselamatan. Dalam menghasilkan produk ini proses penyelidikan harus dijalankan
sebelum kerja-kerja penghasilan produk dijalankan. Ini bertujuan untuk mengenal
pasti, menganalisa, membuat kajian dan seharusnya membuat keputusan untuk
mewujudkan satu kronologi yang lengkap dalam menghasilkan sesuatu produk.

Bagi melaksanakan sesuatu projek supaya nampak sempurna dan berjalan


dengan lancar, skop projek atau had-had pelaksanaan projek amat penting bagi
menghasilkan projek yang baik. Ini bertujuan untuk memestikan hasil projek tidak
terkeluar dari skop yang ditetapkan. Antaranya ialah:

i. Berat maksimum yang mampu ditampung 3 kg pasir sahaja.

ii. Jenis pasir yang boleh ditapis adalah jenis pasir sungai

sahaja.

iii. Saiz maksimum butiran pasir yang boleh melepasi ayak saiz

0.3 cm

Anda mungkin juga menyukai