Anda di halaman 1dari 39

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL


BBP 30103

TUGASAN KUMPULAN:
MAKMAL/ BENGKEL BAYANGAN

NAMA PELAJAR 1. MUHAMAMAD RIDHWAN BIN ADB RAHMAN


(CB180045)

2. IZZUDEEN BIN HAIRUDIN (CB180044)

3. HALIFI NAILI BIN HASHIM (CB180018

4. KHAIRULNIZAM BIN MD YUSOFF (CB180062)

5. ALIF HAZIQ BIN MOHD NOOR (CB180063)

SEKSYEN 1

TARIKH HANTAR MINGGU 13

PENSYARAH TS. MUHAMAD AMIN BIN HAJI GHANI


PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad
S.A.W. Dengan setinggi-tinggi rasa kesyukuran dipanjatkan ke atas-Nya atas rahmat dan
keizinannya kami dapat menyiapkan tugasan menganalisis dan perbandingan antara teori
dan amalan sebenar di sebuah bengkel yang menjadi pilihan kami iaitu bengkel
pendawaian elektrik ini dengan jayanya. Sesungguhnya berkat kesabaran dan atas
kekuasaanNya segala rintangan dan ujian dapat diharungi dengan tabah dan sabar. Segala
pujiMu tuhan seluruh alam.
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pertama
sekali kami ingin melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah kursus
pengursan makmal dan bengkel iaitu Ts. Muhamad Amin bin Ab Ghani yang sentiasa
membimbing dan memberi tunjuk ajar serta memberi semangat sepanjang proses
menyiapkan laporan ini. Hasil bantuan dan dorongan serta idea-idea beliau yang banyak
membantu bagi membolehkan kami menyiapkan laporan lengkap projek ini.
Seterusnya penghargaan kepada ayah dan ibu tersayang serta ahli keluarga lain yang
memberi semangat dan juga bantuan daripada segi kewangan bagi membolehkan penulis
mencapai matlamat untuk menyiapkan hasil kerja ini. Terima kasih kerana memberi
bantuan moral serta doa telah banyak membantu dari segi rohani. Walaupun mereka jauh
namun doa dan semangat mereka sentiasa membuatkan penulis lebih bersemangat untuk
menyiapkan projek ini.
Akhir sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sepanjang penulis menyiapkan tugasan laporan ini.

1
ISI KANDUNGAN

MUKA
NO ISI KANDUNGAN
SURAT
1 PENGHARGAAN 1
2 ISI KANDUNGAN 2
3 AHLI KUMPULAN DAN TUGASAN 3
4 1. PENGENALAN 4
5 2. KESELAMATAN MAKMAL DAN BENGKEL 4
6 3. PEMASANGAN 15
7 4. PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL 20
8 5. PENYUSUNAN, PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN 28
9 6. PENGURUSAN DAN PENYENGGARAN ASET 35
10 7. KESIMPULAN 41
11 8. LAMPIRAN 42

2
AHLI KUMPULAN

HALIFI NAILI BIN HASHIM


CB180018

MUHAMMAD RIDHWAN BIN ABD RAHMAN


CB180045

KHAIRULNIZAM BIN MD YUSOFF


CB180062

ALIF HAZIQ BIN MOHD NOOR


CB180063

MUHAMAD IZZUDEEN BIN HAIRUDIN


CB180044

3
1. PENGENALAN

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) merupakan di antara 3 buah fakulti
baru yang ditubuhkan di UTHM. Walaupun dengan nama baru, FPTV sebenarnya bermula
sebagai sebuah jabatan dan sehingga kini, FPTV telah mempunyai kepakaran dalam bidang
khusus pendidikan, iaitu pendidikan yang berteraskan teknik dan
vokasional. Bertempatkan di kampus bandar dengan pelbagai kemudahan terbaru dan
tenaga pengajar yang profesional, FPTV menawarkan pelbagai pengajian pada peringkat
sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

2. KESELAMATAN MAKMAL DAN BENGKEL

Menjaga keselamatan semasa bekerja dapat menjamin keselamatan diri sendiri, rakanrakan
setugas dan harta benda yang digunakan. Setiap gerak kerja yang dilakukan mempunyai
peraturan dan kaedah yang patut diikuti supaya setiap kerja terlaksana dengan teratur,
cermat dan selamat. Kerja-kerja yang dilakukan tanpa mengikut peraturan dan lalai,
berkemungkinan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Biasanya seseorang itu
akan insaf dan menyedari kepentingan menjaga keselamatan setelah ditimpa kemalangan
yang serius. Dalam hal ini mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Oleh yang demikian setiap kakitangan yang bekerja di makmal atau bengkel dikehendaki:
 Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.
 Sentiasa menggunakan akal fikiran yang waras semasa menjalankan tugas.
 Memahami tahap bahaya bahan-bahan kimia yang digunakan.
 Menggunakan peralatan mengikut manual yang disediakan.

4
2.1 Kod Keselamatan Makmal

Kod ini merupakan peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan yang
bekerja di makmal dan bengkel. Kod ini telah dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa
Keselamatan Makmal Institut Kimia Malaysia (IKM) dan diamalkan oleh kebanyakan
makmal di negara ini. Kod ini perlu dipamerkan di setiap makmal untuk makluman dan
tindakan kepada semua kakitangan yang bertugas di makmal.

1. Gunakan teknik yang betul. Jika kurang pasti, bincangkan dengan orang yang lebih
berpengetahuan atau berpengalaman.
2. Cermin mata keselamatan dan pakaian pelindung yang disediakan mesti dipakai.
3. Dilarang merokok di dalam makmal.
4. Dilarang makan, minum dan bersolek di dalam makmal.
5. Dilarang bergurau di dalam makmal.
6. Dilarang berlari di dalam makmal atau di sepanjang laluan.
7. Anggapkan setiap bahan kimia adalah berbahaya kecuali ada penerangan jelas
mengenainya.
8. Pastikan tangan anda kering apabila mengendalikan sebarang sambungan elektrik bagi
mengelakkan kejutan elektrik.
9. Padamkan api apabila tidak digunakan.
10. Elakkan bekerja seorang diri di dalam makmal. Pastikan terdapat orang kedua yang
boleh memberi bantuan jika berlaku kemalangan

2.2 Peraturan Am Bekerja di Makmal/Bengkel

5
1. Pastikan alat pemadam api ditempatkan berdekatan dengan pintu atau di tempat
yang sesuai (Alat pemadam api mestilah berada dalam keadaan yang baik dan
berfungsi).
2. Pastikan tiada sebarang kebocoran gas sebelum dan selepas menggunakannya.
3. Pastikan alat-alat berada di dalam keadaan yang baik sebelum ianya digunakan
terutama yang melibatkan nyalaan api dan gas.
4. Pastikan jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan daripada suis mencukupi bagi alat
yang hendak digunakan.
5. Pastikan tempat bekerja anda mempunyai kotak pertolongan cemas yang lengkap.
6. Pastikan pakaian pelindung yang dipakai sesuai dengan jenis kerja.
7. Sentiasa memakai kasut bertutup semasa bertugas.
8. Gunakan alat pelindung pernafasan semasa mengendalikan bahan-bahan beracun.
9. Pastikan pengatur udara termampat di dalam makmal/bengkel ditutup setiap kali selesai
menggunakannya.
10. Maklumkan kepada kakitangan lain di makmal setiap kali hendak memasang mesin
pemampat udara.

2.3 Keselamatan di Makmal

1. Gunakan sarung tangan yang sesuai dengan bahan kimia yang dikendalikan.
2. Jangan hulurkan kepala ke dalam kebuk wasap semasa mengendalikan bahan
eksperimen.
3. Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan apabila menjalankan uji kaji yang
mudah memercik.

2.4 Keselamatan di Bengkel

1. Pastikan semua jenis tumpahan dibersihkan sama ada di peralatan, meja atau lantai.
2. Pastikan semua peralatan dan alat radas disusun dengan kemas dan teratur selepas
digunakan.
3. Gunakan topi keselamatan semasa anda bertugas di bengkel.
4. Gunakan kasut khas semasa menjalankan tugas.

6
5. Gunakan perlindungan telinga semasa mengendalikan mesin yang mengeluarkan
bunyi melebihi 80 dB.
6. Gunakan sarung tangan kulit atau yang bersesuaian untuk mengendalikan kayu dan
sarung tangan getah untuk mengendalikan bahan awet.

2.5 Kegunaan Alat Lindung Diri di Makmal/Bengkel

Semasa menjalankan kerja-kerja am di bengkel dan makmal, perlindungan perlu diberikan


kepada anggota badan seperti mata, tangan dan kaki kerana ianya tidak dapat menahan
daripada kemalangan yang boleh berlaku seperti letupan peralatan kaca, asap toksik, bahan
kimia atau objek yang jatuh. Penggunaan peralatan perlindungan diri dan peralatan
keselamatan makmal yang bersesuaian adalah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil
supaya pekerja dapat bekerja dengan selamat.
Peralatan keselamatan makmal/bengkel dan perlindungan diri dibekalkan bagi tujuan
mengelak bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan, kimia, sinaran radiologi, mekanikal
dan persekitaran yang berpotensi menyebabkan kecederaan atau ketidakfungsian sebarang
anggota badan melalui penafasan, penyerapan atau hubungan langsung secara fizikal.
Penggunaan peralatan ini mestilah memenuhi spesifikasi, prosedur, kaedah piawai, kod
dan undang-undang yang terpakai. Penyenggaraan dan kebersihan terhadap peralatan
tersebut perlulah dilaksanakan bagi memastikan alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik
dan boleh berfungsi semasa diperlukan.

2.6 Kemalangan Utama Akibat Kecuaian

Luka, cedera dan buta:


I. akibat daripada percikan asid pekat, alkali pekat dan sebatian organik.
II. Pecahan daripada bahan-bahan kaca.
III. Daripada mata gergaji, pisau, kayu dan benda-benda keras.
IV. Daripada mesin-mesin yang melibatkan kuasa tekanan.
V. Daripada renjatan elektrik.

Kebakaran dan Letupan:


I. Akibat daripada pelarut organik, asid dan alkali pekat.
II. Akibat daripada gas.

7
III. Akibat daripada punca-punca elektrik.
IV. Akibat daripada alat bertekanan tinggi.

2.7 Bahaya Daripada Peralatan Elektrik Dan Kebakaran

Kehilangan nyawa akibat kebakaran berpunca daripada kerosakan peralatan elektrik atau
sistem-sistem litar kebanyakannya disebabkan daripada kelalaian atau kecuaian pengguna
itu sendiri.

Penyelenggaraan Alat Elektrik


1. Gunakan alat elektrik terutama yang bervoltan tinggi dengan cermat.
2. Seseorang pengguna/pengelola mesin mestilah cekap dan cermat semasa bekerja
serta berpengetahuan dalam pengendalian mesin tersebut.
3. Pastikan setiap motor yang dibekalkan bersama dengan alat elektrik berada dalam
keadaan lengkap dan sempurna.
4. Gunakan kapasiti, toleransi voltan dan kuasa yang sesuai dengan alat yang
digunakan.
5. Pastikan sama ada ia menggunakan bekalan arus AC atau DC.
6. Motor yang digunakan hendaklah bersesuaian dari segi beban kerja peredaran udara,
ruang kerja dan ‘base mounting’ dengan alat elektrik yang digunakan.
7. Gunakan buku panduan semasa pemasangan alat dibuat.

8
Pengendalian Alat Elektrik
1. Pastikan sambungan kuasa dibuat dengan betul semasa pemasangan.
2. Gunakan buku panduan semasa mengendalikan alat elektrik.
3. Rujuk kepada pegawai atasan jika anda menghadapi sebarang masalah.
4. Gunakan teknik yang betul semasa mengendalikan ujian ekstrak yang melibatkan
mantel pemanas dan penyejuk air pada kondenser.
5. Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi daripada sumber air/haba dan larutan
garam yang boleh menjadi pengalir elektrik.
6. Ruang peredaran udara hendaklah mencukupi. Alat jenis pemanas perlu diletakkan
sekurang-kurangnya 15 sm dari dinding.
7. Sesuatu motor yang digunakan harus dielakkan daripada menjadi terlalu panas atau
lebih muatan.
8. Jauhkan wap pelarut/asid daripada alat elektrikal bagi mengelakkan kakisan dan
terbentuknya karat.
9. Jangan letakkan sebarang halangan pada suis utama. Ini adalah untuk memudahkan
suis ditutup dengan segera apabila berlaku kecemasan.

2.7.1 Cara Mengelakkan Kemalangan Secara Am


1. Pastikan suis enjin/elektrik ditutup sebelum menyentuh bahagian yang
bergerak.
2. Jangan membuka dan mengalih kurungan besi daripada bahagian mesin yang
sedang beroperasi.
3. Pakai pakaian pelindung yang sesuai.
4. Kenalpasti lokasi butang ‘OFF’ sebelum memulakan sesuatu operasi supaya
mesin dapat dihentikan dengan segera semasa kecemasan.
5. Tanamkan sikap bekerja yang baik seperti menegur kesalahan rakan sekerja
dengan menjelaskan potensi bahaya akibat daripada perbuatannya.

2.7.2 Punca Kebakaran


1. Perkakas Elektrik Dan Elektronik
2. Kabel dan komponen menjadi terlalu panas.
3. Penggunaan tanpa mengikut kadar yang betul.
4. Litar pintas disebabkan oleh kehadiran air.

9
Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kebakaran

Kebakaran yang besar


1. Pecahkan kaca amaran kebakaran yang berhampiran untuk memberi amaran kepada
semua kakitangan yang berada di dalam bangunan.
2. Hubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan segera.
3. Kosongkan bangunan dengan cepat, licin dan teratur tanpa kekecohan.
4. Berkumpul di tempat yang selamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh
Pegawai Keselamatan.
5. Jangan memasuki semula bangunan melainkan jika diarahkan oleh Pegawai
Keselamatan.

Kebakaran yang kecil


1. Jangan pecahkan kaca amaran kebakaran.
2. Cuba padamkan kebakaran dengan alat pemadam api yang terdapat berdekatan
tanpa berbahayakan diri sendiri.
3. Beritahu pegawai atasan atau pegawai keselamatan.
4. Jika dalam keraguan, ambil tindakan seperti di dalam kebakaran yang besar.

NOTIS DI (DINDING) JIKA ADA KEBAKARAN:


1. Gunakan isyarat/penggera kebakaran atau hubungi operator dan beritahu lokasi
kebakaran.
2. Operator dail nombor 999 dan bila bercakap, minta Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM), kemudian beritahu dengan jelas nombor telefon anda dan beritahu
alamat tempat, tempat dan jenis kebakaran.
3. Cuba padamkan api dengan alat-alat atau selamatkan pesakit.

2.7.3 Latihan Pengungsian Bangunan

10
1. Setiap bangunan disyor mengadakan latihan pengungsian bangunan seberapa kerap
yang boleh setiap tahun, bertujuan untuk membiasakan kakitangan menghadapi
keadaan kecemasan.
2. Stor bangunan mestilah sentiasa dalam keadaan kemas dan berkunci supaya tidak
disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sebagai tempat menghisap
rokok dan sebagainya, yang mungkin akan mengakibatkan kebakaran.
3. Pintu-pintu bangunan jangan dikunci semasa bekerja, sebaik-baiknya sebaiknya
adakan alat pemadam api berhampiran bilik dan kakitangan mestilah diajar caracara
menggunakannya.
4. Sebagai tambahan kepada alat pemadam api yang sedia ada, bolehlah mengadakan
baldi-baldi berisi air dan pasir bagi tujuan pemadaman kebakaran peringkat
permulaan, dan baldi-baldi tersebut hendaklah ditandakan dengan perkataan “API”.
5. Setiap kakitangan hendaklah ditanamkan sikap bertanggungjawab berhubung
dengan keselamatan kebakaran di bangunan dan tidak melibatkan diri secara langsung
atau tidak langsung dengan punca-punca kebakaran seperti merokok, bermain mancis
dan sebagainya, adakan tanda amaran “DILARANG MEROKOK”.
6. Bilik-bilik makmal hendaklah diadakan alat pemadam api yang khas untuknya.
7. Jangan membakar sampah di merata-rata tempat, sebaliknya hendaklah dilakukan di
tempat yang khas dan dikawal sehingga selesai.
8. Jangan membuat penyambungan pendawaian elektrik sesukahati, sebaliknya
dapatkan khidmat dari orang-orang yang berpengalaman dan bertauliah dan dapatkan
kebenaran dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).
9. Setiap tingkat bangunan hendaklah atau mewajibkan seorang penyelia bertugas
setiap masa.
10. Setiap suis yang tidak digunakan hendaklah sentiasa dalam keadaan “OFF”
terutamanya dalam keadaan hujan yang lebat disertai oleh panahan petir.
11. Loceng isyarat kecemasan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan diperiksa
setiap masa, supaya ia dapat digunakan di waktu berlaku kecemasan atau kebakaran.

2.8 Pertolongan Cemas Di Makmal/bengkel

2.8.1 Peti Pertolongan Cemas

11
Peti pertolongan cemas yang lengkap perlu disediakan di setiap makmal. Ia tidak harus
dikunci. Pastikan setiap peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya mengandungi
peralatan berikut:-

1. Pembalut kain kasa yang bersih berukuran 3” x 3”, untuk membersih dan membalut
luka dan bahagian anggota yang melepuh atau melecur.
2. Segulung pembalut kain kasa, berukuran 2” lebar, untuk membalut pembabat di atas
luka, lepuh dan lecur dan sebagainya.
3. Sekotak pembalut luka.
4. Segulung pita pelekat 1”.
5. Segulung kapas.
6. Bahan pencegah kuman yang lembut.
7. Sebotol petroleum pekat.
8. Sekotak serbuk penaik (natrium bikarbonat) untuk merawat melepuh disebabkan
oleh asid.
9. Sebotol akriflavin (losyen kuning) untuk merawat melepuh yang teruk disebabkan
oleh asid/alkali.
10. Sebotol 1% asid asetik untuk merawat melepuh disebabkan oleh alkali dan untuk
diminum jika tertelan alkali.
11. Sebotol gliserin untuk merawat melepuh disebabkan oleh bromin.
12. Sebotol magnesium cair untuk diminum jika tertelan asid.
13. Gunting.
14. Penyepit.
15. Larutan garam ammonia (smelling salt) untuk menyedarkan pesakit yang pengsan.

2.8.2 Peringatan Jika Berlaku Kemalangan


Teliti keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada pesakit untuk
mengelak daripada terjadinya kemalangan lain. Alihkan mangsa ke tempat yang selamat
sebelum diberi pertolongan cemas. Jika disyaki patah tulang atau cedera di dalam badan,
panggil ambulan atau doktor secepat mungkin.

2.8.3 Renjatan elektrik


Renjatan elektrik merupakan tindak balas tubuh kepada pengaliran elektrik. Ia berubah
daripada kebas kepada tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Jangan anggap pesakit telah

12
mati bila terkena renjatan elektrik, walaupun pernafasan dan nadi telah tiada, kerana
pesakit boleh diselamatkan. Arus terus (D.C.) tidak berbahaya seperti arus ulang alik
(A.C.).

Menolong Mangsa Renjatan


1. Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta.
2. Berdiri di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan
pengalir yang lain dan cuba pisahkan mangsa daripada litar arus dengan menggunakan
sebatang kayu yang kering.
3. Jika pernafasan terhenti, jalankan pernafasan pemulihan.
4. Beri rawatan bagi renjatan.
5. Rawat bahagian kulit yang melepuh.
6. Bawa pesakit berjumpa doktor atau ke hospital dengan serta-merta.

3. PEMASANGAN

Definisi
Susunatur bengkel boleh di definasikan sebagai suatu aktiviti perancangan terhadap
penyusunan dan kelengkapanperalatan kerja, tempat menyimpan peralatan, meja di bilik
kuliah dan mesin agar tersusun dengan teratur.
Perancangan suatu susunatur yang paling baik mengikut kategori yang telah
ditetapkan. Sekiranya sesebuah bengkel memilih untuk pengendalian mesin dan peralatan
untuk menilai keberkesanan susunatur bengkel maka penyusunan perlulah menampakkan
kadar pengendalian mesin dan peralatan yang paling minimum.

3.1 Jenis-jenis Susun Atur / Kebaikan Dan Kelemahan

3.1.1 Jenis-Jenis Susun Atur


Terdapat 3 jenis susunatur yang di gunakan iaitu susun atur Polisi Tetap, susun atur Proses
dan susun atur Pejabat..

13
Susun atur Posisi Tetap
 Biasanya digunakan untuk mesin yang tidak mudah dialihkan.
 Contoh:- Mesin drill dan hydraulic press
 Memerlukan kos yang tinggi.
 Susunatur Proses.
 Kebaikan: Tidak perlu mengubah tempat
 Keburukan: Susah untuk mengubah alih tempat kerana berat.
 Objektif: Meminimumkan kos peralihan mesin

Susun Atur Proses


 Biasa digunakan bagi menyusun proses pengeluaran yang pelbagai produk atau
perkhidmatan.
 Contoh :- Kedai membaiki kereta dan alat ganti.
 Kebaikan : Kebolehan mudah alih buruh dan peralatan
 Keburukan : Mengambil masa yang lama bagi memenuhi pesanan pelanggan.
 Objektif : Meminimumkan kos peralihan bahan

Susun Atur Pejabat


 Biasa digunakan bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan
kemudahan aliran maklumat.
 Contoh: pejabat-pejabat pengajar automotif dan bilik kuliah.
 Dapat membina suasana yang ceria di tempat belajar, pelajar dan peranan yang
dimainkan juga dapat dikekalkan.
 Objektif: mempercepatkan aliran maklumat /mesej, memindahkan maklumat
melalui media elektronik, dan meminimumkan kos.

3.1.2 Kebaikan Dan Kelemahan

Kebaikan

14
Kebaikan susunatur di atas, sesebuah bengkel automotif memenuhi jadual dengan
lancar serta dapat meningkatkan kualiti produk. Susunatur yang teratur dan betul akan
memberi kesan disamping memberi kualiti penyusunan yang terapi. Selain itu, ianya boleh
mengelakkan berlakunya kemalangan di kawasan kerja jika tidak teratur. Bengkel akan
dapat beroperasi pada tahap maksima dan kecekapan kerja akan menyenangkan kerja
mencari barang. Susunatur kawasan kerja dibengkel yang baik bukan sahaja dapat
melancarkan proses kerja, malah dapat memberi ruang kerja yang banyak .

Kelemahan
Kelemahan susunatur ini boleh berlaku sekiranya susunatur di kawasan bengkel
yang tidak bersistematik atau susunan yangtidak mengikuti rak yang disediakan akan
menyukarkan kerja. Susun atur yang tidak memenuhi jadual juga akan menyebabkan
berselerak dan berterabur barang-barang dan peralatan akan tidak teratur. Selain itu, ianya
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan kerja dengan kerap yang
melibatkan pekerja. Susunatur kawasan kerja yang tidak baik akan menimbul masalah
yang melibatkan kerugian di luar jangkaan samada secara langsung atau tidak langsung.

3.2 Penambahbaikan Dan Cadangan Susun Atur

Susun Atur Bengkel Yang Sedia Ada


Setelah saya membuat kajian tehadap susunatur di bengkel, saya dapati beberapa
masalah yang berlaku di kawasan bengkel tersebut adalah:
 Ruang tempat pelajar berehat tidak ada jadi pelajar akan duduk di atas jeck
hydraulic dan duduk bersepah.

Rajah Susun Atur Bengkel Yang Sedia Ada

15
Rajah 1: Tempat simpanan peralatan.

Rajah 2: Suasana bengkel elektrik.

3.2.1 Cadangan Susun Atur

Hasil dari kajian yang saya jalankan, terdapat beberapa susunatur yang perlu
penambahbaikkan dari segi susunatur ruang kerja menggunakan mesin dan ruang kerja
menggunakan tangan. Antaranya adalah :

 Ruang kerja tangan haruslah diletakkan di satu ruang yang khas dan tidak
bercampur dengan ruang kerja mesin.
 Pastikan ruang kerja dalam keadan bersih selepas digunakan.

16
3.2.2 Pelan Bengkel Elektrik

Rajah 3: Susunatur bengkel elektrik

17
4. PENGURUSAN ORGANISASI DAN BENGKEL

4.1 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi ialah merupakan
kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang
diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh: menyediakan
sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan
kelengkapan serta penyelarasan kewangan).
Brech (1957) mentakrifkan pengurusan sebagai proses sosial yang merangkumi
perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan juga merupakan usaha
koperatif untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan dan merupakan
proses pengintegrasian input organisasi iaitu manusia + bahan + alat.

4.2 Tujuan Organisasi Dan Pengurusan Yang Berkesan

Tujuan organisasi bengkel yang berkesan ialah mewujudkan satu tempat belajar yang lebih
selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa
tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran
serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori,
stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pembahagian tugas dalam kelas
menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di
samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, mengikut
peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan di dalam bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan
selamat sepanjang masa.
Pengurusan bengkel yang berkesan pula ialah merancang meningkatkan pengurusan
bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep tanpa cacat (Zero
Defect). Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan. Mengelakkan pembaziran
bahan dan menjimatkan masa kerja. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan melalui interaksi antara guru dengan pelajar dan bengkel yang konduksif
lagi selamat. Menghasilkan produk yang lebih bermutu, bahan dan masa yang diperlukan
untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni

18
di kalangan pelajar. Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja
amal

4.3 Skop Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

ELEMEN PROSES PENGURUSAN BENGKEL

ELEMEN PERANCANGAN
PERANCANGAN Perancangan bangunan, kurikulum, kelengkapan,
peralatan dan pelajar sebagai kumpulan sasaran.
MENGELOLA Menyusun, mengatur, menyediakan peralatan.
MENGARAH Melibatkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
MENYELARAS Menyelaras menuntut kerjasama setiap ahli yang terlibat
dalam pelbagai aktiviti bengkel supaya matlamat dicapai.
MENGAWAL Mengawal kerja-kerja sepanjang aktiviti
dijalankan.
Jadual 1: 5 elemen proses pengurusan bengkel

4.4 Susun Atur Bengkel

4.4.1 Strategi Organisasi Dan Pengurusan Bengkel

Sebuah program yang dibangunkan untuk mencapai objektif dan


misi sesebuah organisasi
STRATEGI
Corak tindak balas sesebuah organisasi terhadap persekitaran di
sepanjang operasi mereka.

Rajah 4: Strategi bagi organisasi pengurusan bengkel

4.4.2 Struktur Organisasi Bengkel

19
PENASIHAT

PENGERUSI

KETUA PANITIA

SETIAUSAHA

AJK
Rajah 5: Struktur organisasi bengkel

4.4.3 Carta Organisasi Kelas

20
Rajah 6: Carta organisasi bengkel

4.5 Organisasi Pentadbiran Kemahiran Hidup

Organisasi ialah kesatuan atau gabungan yang merangkumi manusia, alatan,


kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai
sesuatu matlamat telah ditetapkan (Kamus Dewan). Organisasi terbahagi kepada 2:

Organisasi formal Organisasi tidak formal

✓Terdapat aliran penurunan kuasa ✓Agensi yang mempercepatkan


untuk mencapai matlamat atau objektif tindakan untuk memcapai sesuatu
yang ditetapkan bersama ahli tujuan yang dihasratkan.
organisasi.
✓Contohnya, Guru Besar adalah ketua
pentadbir di sekolah merangkap
penasihat PIBG.
✓Aliran penurunan kuasa penting
untuk tentukan peranan setiap ahli
organisasi.

21
✓Contohnya, panitia Kemahiran
Hidup, jawatankuasa disiplin dan unit
ko-kurikulum.

Jadual 2: Organisasi pentadbiran kemahiran hidup.

TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN

1. Membantu menentukan bidang tugas guru-guru Kemahiran Hidup.

2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-
guru Kelahiran Hidup.

3. Membantu menyelaras kutipan data / maklumat berkaitan Kemahiran Hidup.

4. Membantu menyelaras takwim sekolah khususnya berkaitan Kemahiran Hidup.

5. Membantu menyelia kerja-kerja guru Kemahiran Hidup.

6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kemahiran Hidup.

7. Membantu menyediakan penyata kewangan.

TUGAS GURU BESAR

1. Memastikan jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup dilantik.

2. Menentukan peraturan keselamatan sentiasa dikemaskini dan dipatuhi.

3. Memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera.

4. Mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

22
PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN / KURIKULUM)

1. Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya.

2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,


hubungan masyarakat dan keselamatan.

3. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.

4. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan


sekolah.

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan penolong


kanan 1.

2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kauseling, keselamatan dan


kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah,
koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.

3. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

TUGAS KETUA PANITIA

1. Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar.

2. Memberi bimbingan kepada guru-guru Kemahiran Hidup dan staf sokongan.

3. Mengendalikan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun


untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

4. Menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi di bengkel.

5. Memastikan bengkel selesa dan selamat digunakan oleh murid dan guru.

6. Menjalankan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan


mengadakan perjumpaan secara ad-hoc apabila perlu.

23
TUGAS GURU KEMAHIRAN HIDUP

1. Mematuhi jadual penggunaan bengkel.

2. Menyediakan alatan dan bahan sebelum kelas bermula.

3. Memastikan bengkel sentiasa bersih sebelum dan selepas digunakan.

4. Mengawasi penggunaan bahan dan alatan ketika digunakan.

5. Membantu tugas ketua panitia.

6. Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid bagi mengelakkan


berlakunya kemalangan.

TUGAS FORMEN

1. Membantu guru semasa di bengkel.

2. Memastikan alatan tangan yang digunakan mencukupi dan diletakan semula di


tempat asal selepas digunakan.

3. Memastikan bengkel dalam keadaan bersih selepas digunakan.

4. Melaporkan segera kemalangan yang berlaku kepada guru.

5. Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid lain

TUGAS PENOLONG FORMEN

1. Membantu tugas-tugas formen.

2. Mengambil alih tugas formen jika formen tiada.

24
5. PENYUSUNAN, PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN

Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi


proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama,
penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan
alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan
pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan
dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru
yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerjakerja
penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran


perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan
menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping
itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana
aktivitiaktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada
perlaksanaan program dan pengguna.

5.1 Penyusunan

1. Ruang

Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di
dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri
keluasan bengkel yang sesuai ialah :-

 Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih

 Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya

 Lantai mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan


dan tidak menampung habuk serta tidak licin
 Mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk
sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas

25
 Mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa
kecemasan
 Mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M x
1.5M dan tinggi 0.9M
 Mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan
dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi
pencucian
 Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan
projek

2. Susun atur

Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat
dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan
dan kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti :-

 Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan

 Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan


baik
 Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai
Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan

5.2 Penyimpanan

a. Bahagian Kawalan Stok

Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi stok seperti :


1. Menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul
2. Menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan
3. Menentukan kod borang
4. Menyediakan dan mengemaskini katalog
5. Menguruskan pembelian barang

b. Bahagian Legar/ Lejar

26
1. Mencatit kad-kad lejar
2. Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan – Pengeluaran
Barang-barang

c. Bahagian Penstoran
1. Bahagian ini bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut
barang-barang dan lain-lain

d. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran


1. Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke
destinasi berkenaan

e. Bahagian Akaun
1. Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal dan kewangan stor

5.3 Pengendalian

1. Keselamatan
“UTAMAKAN KESELAMATAN” sebagai teras amalan bagi memastikan kerjakerja di
bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan yang
dititikberatkan ialah :-
 Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan
 Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi
 Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan
 Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis
dan lain-lain

2. Penyenggaraan Bengkel
Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis
sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Jenis-jenis Senggaraan

27
A. Senggaraan Kawalan
Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan,
mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa
mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk
dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara
ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan.
Senggaraan kawalan meliputi :-

 Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan
 Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada
berlaku
 Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna
 Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti
mengecat peralatan dan bangunan

B. Senggaraan Pembetulan
Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Kerja-kerja
senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Biasanya
senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu
kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa
panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi.

C. Senggaraan Ramalan
Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan.
Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitude, tolok audio, alat optik,
tolok tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan
berlakunya kerosakan.
Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan
elektronik seperti computer kerana :-
 Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara
setiap hari

28
 Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis
dilakukan

5.4 Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod aktiviti


senggaraan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih
berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan
dijalankan ialah :-
 Arahan kerja
 Jadual kerja
 Kos senggaraan
 Belanjawan
 Rekod alatan

1) Arahan kerja
Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku. Ketua bahagian senggaraan
akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Selepas kerja selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja
yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang
diperlukan dan sebagainya.

2) Jadual kerja
Jadual kerja disediakan oleh Penasihat Kawalan Bahagian Senggaraan dengan bantuan
mandur. Pihak ini bertanggungjawab mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang
diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Tujuannya ialah
memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan
berlaku serentak.

3) Kos Senggaraan
Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti

29
4) Belanjawan
Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian
senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun.
Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah
peruntukan tahunan.

5) Rekod Alatan
Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod ini
mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan
sebagainya.

30
6. PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN ASET

6.1 Pengenalan
Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam proses sebelum, semasa dan selepas
pembelian terhadap sesuatu barang seperti:

a) Sebelum
I. Surat tanya
Dokumen dari pembeli kepada pembekal tentang barang yang hendak dibeli

II. Surat jawapan


Dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pembeli, serta dilampirkan dengan sebut
harga

III. Sebut harga


Senarai harga yang diminta oleh pembeli

IV. Senarai harga


Senarai harga barang yang dijual oleh pemborong

V. Katalog
Maklumat barang yang dicetak dan disertakan gambar tanpa harga tetapi mempunyai
nombor rujukan

b) Semasa
I. Borang pesanan
Dihantar oleh pembeli kepada pembekal untuk memesan barang

II. Nota serahan


Dihantar oleh pemborong kepada pembeli dan dihantar Bersama-sama barang yang
dipesan. Mempunyai 3 salinan dan ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti penerimaan

31
III. Nota kiriman
Dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan jika pembekal menghantar barang mengguunakan
kenderaan syarikat gs. Ia perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti pengangkutan
telah menyempurnakan tugas mereka.

IV. Invois
Dihantar oleh pembekal kepada pembeli jika pembelian dibuat secara kredit. Fungsinya
adalah untuk memberitahu pembeli maklumat barang yang telah dijual dan jumlah barang
yang perlu dibayar.

V. Nota kredit
Dihantar oleh pembekal kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan dalam invois
seperti barang rosak, salah jenama dan sebagainya.

VI. Nota debit


Dihantar oleh pembekal untuk membetulkan kesilapan dalam invois dan hutang pembeli
akan ditambah.

c) Selepas

I. Penyata akaun
Dihantar oleh pembekal kepada pembeli yang membeli secara kredit. Fungsinya adalah
untuk memberitahu tentang baki hutang, pembeli akan membuat semakan dengan
akaunnya dan memberitahu pembeli bahawa semua urusniaga adalah lengkap.

II. Resit
Dihantar oleh pemborong jika pembeli membuat bayaran. Fungsinya adalah sebagai bukti
bayaran yang telah diterima, sebagai catatan rujukan akaun serta sebagai tanda urusniaga
berakhir secara kredit.

6.2 Penerimaan Stok

32
Setelah selesai melalui proses perolehan, pihak bengkel akan menerima stok yang telah
dihantar oleh pihak pembekal dengan kualiti dan kuantiti yang telah dipersetujui antara
pembekal dan pihak bengkel. Stok yang telah sampai akan dikira satu persatu dan
direkodkan pada borang Daftar Stok Bekalan sebagai bukti penerimaan dan kemasukan
stok pada waktu tersebut.

6.3 Perekodan Stok

Setelah bekalan dikenalpasti mengikut spesifikasi dan diterima sepenuhnya, kerja-kerja


perekodan akan dilakukan segera oleh ketua stor dan bagi mengelakkan berlakunya
masalah dari segi pertindanan bekalan bahan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu,
ketua stor akan merekod setiap bahan atau barang yang diterima dalam borang Daftar Stok
Bekalan Pejabat. Borang ini mempunyai maklumat seperti nombor pesanan diterima
daripada, tarikh, baki stok, nama dan mempunyai isi kandungan iaitu jenis bekalan yang
menunjukkan muka surat agar memudahkan pihak makmal untuk merujuk dan
merekodkan bahan atau barang tersebut.

33
Rajah 7: Daftar Stok Bekalan Pejabat

6.4 Penyimpanan

Aktiviti penyimpanan bahan atau barang dan peralatan dilaksanakan mengikut jenis dan
saiz. Bahan atau barang dan peralatan akan diletakkan serta disimpan ditempat yang telah
dirancang. Penyimpanan bahan atau barang diletakkan pada tempat yang berbeza dan
mudah diambil seperti di dalam almari yang berlabel dan berkunci. Segala penyimpanan
barang adalah di bawah tanggungjawab ketua stor dan segala perkara yang berkaitan
dengan stor perlu berurusan dengan ketua stor tersebut.

6.5 Pengeluaran

Pengeluaran bahan atau barang dari stor adalah untuk kegunaan mengikut keperluan
aktiviti bengkel ini. Setiap bahan yang dikeluarkan akan melalui permohonan bertulis di
dalam borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori. Borang pengeluaran bahan ini
akan diisi oleh guru kursus bagi membuat permohonan pengeluaran barang bagi
penggunaan barang ketika kelas berlangsung. Borang ini akan diisi dengan menyenaraikan
item dan kuantiti bahan yang ingin dikeluarkan dan perlu mengikut kod barang yang telah
ditetapkan. Pihak yang bertanggungjawab terhadap proses bagi pengeluaran barang adalah
ketua stor.

6.6 Penyelenggaraan Dan Pelupusan Stok

“Penyelenggaraan” bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut tempoh atau jangka
masa tertentu sama ada secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan bagi
memastikan sesuatu aset itu berfungsi dengan baik sepanjang tempoh penggunaannya.
Penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) iaitu tindakan penyelenggaraan
berjadual yang diambil untuk memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen
atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan
dan penyelenggaraan pemulihan (corrective maintenance) ialah tindakan membaiki atau
mengganti komponen atau sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang

34
ditetapkan. Pelaksanaan penyelenggaraan adalah untuk memastikan aset berfungsi dengan
lancar, selamat digunakan dan memanjangkan jangka hayat serta menjamin keselamatan
pengguna. Kebiasaan bengkel pendawaian elektrik ini akan melakukan penyelenggaraan
mesin 3 bulan sekali. Proses untuk menyelenggara perlu mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Borang selenggara alat perlu diisi untuk dihantar ke bahagian utiliti sebelum
proses penyelenggaraan dilakukan.

“Pelupusan” ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,
simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Pelupusan aset dilaksanakan adalah
bertujuan untuk memastikan tiada menyimpan aset yang tidak boleh digunakan serta dapat
menjmatkan ruang dan sebagainya. Biasanya pelupusan peralatan yang terdapat pada
bengkel ini dilakukan pada peralatan yang telah rosak serta memerlukan kos
penyelenggaraan yang tinggi yang hampir dengan harga peralatan yang sama dan baru.

Rajah 8: Borang jadual selenggaraan

35
Rajah 9: Borang Data Penyelenggaraan Mesin

36
7. KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang kami telah laksanakan, apa yang kami dapat
adalah hampir kesemua bengkel dan makmal menggunakan konsep yang sama dengan
mewujudkan satu organisasi dalam membangunkan sesebuah makmal dan bengkel.
Terdapat sedikit perbezaan antara makmal dan bengkel iaitu makmal ini mempunyai
pembantu makmal dimana tugasnya menyediakan keperluan pengguna dalam
melaksanakan tugas dimana bengkel pula digelar sebagai jurutera atau juruteknik bengkel
dimana skop kerja nya sekali dengan membaik pulih mesin atau peralatan yang sedia ada
dalam bengkel. Selain itu, bengkel ini menjalanakan kerja yang berat berbanding makmal
tetapi risiko bahaya masih mempunyai dala kadar yang sama

37
8. LAMPIRAN

Rajah 10. Suasana di bengkel elektrik

Rajah 11: Pelajar sedang membuat amali di bengkel elektrik

38

Anda mungkin juga menyukai