Anda di halaman 1dari 1

1) Eat Clean

Objektif

1. Mengetahui cara dan langkah pemakanan yang betul(Seperti yang diketahui,


ramai sahaja yang menjaga pemakanan, namun ada yang terlepas pandang
mengenai waktu yang sesuai untuk melaksanakannya, contoh, pagi eat clean,
malangnya diwaktu malam sudah tidak “clean”)

2. Mengetahui kesan positif dan negatif dari pemakanan yang diambil (Contohnya
apabila konsisten dalam pemakanan yang sihat, badan kita akan mempunyai
nutrien yang cukup serta seimbang. Manakala bagi yang hanya sambil lewa, tubuh
badan akan kekurangan nutrien dan boleh menjerumus kepada datangnya
penyakit kronik seperti buah pinggang atau kencing manis)

3. Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat (masyarakat di


negara kita hanya mempunyai kesedaran apabila sudah terkena sesuatu perkara.
Melalui program ini, diharap dengan pendedahan mengenai kesan baik dan buruk
dari pemakanan seharian kita akan menghasilkan suatu motivasi dan kesedaran
dalam diri agar cuba mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari pemakanan)

Cara pelaksanaan
PESERTA
- Peserta hanya perlu mendaftar di google form yang disediakan dan seterusnya akan
dimasukkan ke dalam group Telegram program yang disediakan
- Link video akan dihantar ke dalam group Telegram dan peserta hanya perlu
memuat turun video yang dihantar dan boleh mengikut langkah penyediaan
makanan tersebut.

AJK
-AJK akan berjumpa dengan panel yang terpilih untuk membuat rakaman video
mengenai penyediaan makanan yang sihat
-AJK akan membuat edit keatas video dalam jangkaanmasa video adalah kurang
seminit.
-AJK akan memuat naik video dengan persetujuan panel.

Penutup
Melalui program ini, harapan yang ingin dicapai adalah pelajar akan mendapat
pendedahan awal mengenai pemakanan yang betul dalam mengamalkan gaya
hidup sihat. Tidak dinafikan juga terdapat banyak maklumat-maklumat mengenai
pemakanan yang sihat atau “clean” di luar sana khasnya di platform internet.
Namun tidak semuanya adalah betul dan meyakinkan kerana dikhuatiri ia tidak
bersesuaian dengan pelajar. Ini kerana program ini telah menjemput panel dari
staf UTHM sendiri yang mempunyai ilmu pemakanan yang lebih meyakinkan untuk
dikongsi kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai