Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Pengurusan Projek adalah suatu pengurusan atau urus tadbir yang melibatkan 3 perkara utama
iaitu kerja operasi berpaksi inovasi, pembangunan dan perubahan (ali, 2019). Ia juga turut
mempunyai 3 peringkat atau level yang utama iaitu perancangan, penjadualan dan
penjadualan. Ketiga-tiga peringkat utama ini akan diaplikasikan di dalam 3 lagi teknik iaitu
Carta Gantt, Program Evaluation and Review Technique (PERT) dan Critical Path Method
(CPM).
Di dalam perancangan, ia merupakan peringkat yang paling kritikal dan utama
kerana, perancangan yang baik ataupun sebaliknya akan menentukan hala tuju sesebuah
organisasi itu. Tujuan perancangan dibuat adalah untuk melihat bayangan atau gambaran awal
suatu projek itu.
Penjadualan pula merupakan proses yang kedua selepas semua perancangan telah siap
dilakukan. Proses ini bermaksud untuk mendapatkan anggaran berapakah jangka masa yang
diperlukan untuk menyelesaikan setiap aktivti projek yang dibuat. Namun, boleh jadi
sekiranya jadual yang dirancang itu tidak akan sama ketika hari projek itu berlangsung.
Akhir sekali, selepas perancangan dan penjadualan selesai, aktiviti projek akan
berlangsung. Di dalam situasi ini, pengarah atau pengurus projek akan bertanggungjawab
kepada peringkat kawalan yang mempunyai kos, kawalan sumber, kualiti dan belanjawan.
Antara tujuan pengawalan ini dibuat adalah salah satunya adalah memastikan aktiviti yang
dibuat berjaya dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
Sistem Pendawaian Sesalur ( Trunking ) dipilih dalam tugasan ini. Cara kefungsian
pendawaian ini adalah ditentukan dengan cara laluan sesalur akan ditentukan sebelum kerja-
kerja pemasangan dijalankan. Setelah semua pemasangan siap dipasang, kabel-kabel akan
dimasukkan ke dalam sesalur dan akhir sekali baru pasang penutup. Pemasangan sesalur di
bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur tembaga untuk memastikan keterusan
pembumian yang lancar.

Gambarajah 1. Jenis Trunking yang terdapat di pasaran.

Anda mungkin juga menyukai