Anda di halaman 1dari 20

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)

TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

PENDAHULUAN
Pendidikan kesihatan bukanlah pendidikan tentang kesihatan sematamata malahan ia merangkumi tujuan yang lebih luas iaitu untuk
menyembuh, mengurangkan dan mencegah penyakit. Di samping itu
pendidikan kesihatan juga bertujuan untuk mencapai keadaan fizikal,
mental dan sosial seseorang individu itu berada dalam keadaan yang
optimum.
Objektif utama pendidikan kesihatan adalah bertujuan untuk
membentuk

sikap

dan

tabiat

individu

dan

masyarakat

supaya

mempunyai kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta mempunyai


rasa tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri, keluarga dan
masyarakat.
Dalam

menjalankan

sesuatu

program

di

sekolah

satu

perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi akan


membuka peluang dan ruang kepada guru untuk mempastikan sesuatu
program yang dilaksanakan akan berjaya atau berhasil seperti yang
diharapkan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan
sumber terbaik untuk semua pelajar.

PENYAKIT KENCING MANIS


Perkara yang sinonim dengan kesihatan sudah tentulah penyakit.
Senarai penyakit yang banyak membuatkan manusia sentiasa bimbang.
Peranan

Kementerian

Kesihatan

sangat

sinonim

dengan

program

pencegahan penyakit. Kementerian kesihatan juga sering menjelaskan


betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama dalam kehidupan
yang serba serbi memerlukan wang ringgit. Memikirkan tentang

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

kesihatan

lebih

awal

akan

berkemungkinan

dapat

menghidarkan

penyakit yang menyulitkan kehidupan.


Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengacam manusia.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun,
kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/ keturunan.
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat
kadar gula yang berlebihan di dalam peredaran darah. Hal ini terjadi
kerana badan kekurangan sesuatu horman yang dipanggil insulin yang
diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan. Insulin
adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas
yang terletak di bawah perut.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian
daripada makanan. Dalam perut makanan berkanji dan bergula yang
dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang
dipanggil glukos oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah
punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam
darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
Bagi pengidapkencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan
hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak
dapat bertindak seperti biasa.
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan.
Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan
ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal ini sebabnya,
penyakit ini dinamakan penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel
badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi
dalam peredaran darah badan kita akan kekurangan tenaga.

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Penyakit kencing manis antara sepuluh penyakit paling popular di


Malaysia.

Setiap

penyakit

yang

berlaku

mempunyai

sebab-sebab

tersendiri. Pelbagai perancangan model telah dibangunkan untuk


mengekang penularan wabak penyakit daripada terus merebak di
seluruh dunia. Terdapat beberapa model yang paling popular antaranya
iaitu Model PRECEDE-PROCEED, Model MATCH, Model CDCynergy, Model
Systematic Approach

Health Promotion ( Healthy People 2010),

Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH), dan


Analisis SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities, Threats).
Saban tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit dibelanjakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan pelbagai
wabak penyakit di negara ini. Sesetengah usaha telah berjaya manakala
sebahagiannya sukar dipastikan. Kajian menunjukkan usaha yang
berjaya

itu

bertujuan

berlandaskan

untuk

pemahaman

melihat

tentang

kesan

tingkah

terhadap
laku

keinginan

kesihatan

dan

pesekitaran.
Dengan adanya bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap
usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih kepada beberapa
model atau plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku
kesihatan.

Sesetengah teori akan digunakan dalam menyelesaikan

sesuatu penyakit yang berlaku. Teori tersebut boleh digunakan ke atas


individu

bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku sementara

yang lain cenderung memeriksa perubahan di antara keluarga, institusi,


komuniti dan budaya.
Program Pendidikan kesihatan yang dilaksanakan

selalunya

menggunakan model tertentu untuk tujuan perlaksanaan dan penilaian .


Perancangan model adalah bertujuan untuk merancang, melaksanakan

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

dan menilai program pendidikan kesihatan di sekolah atau ke atas


masyarakat.

REKA BENTUK DAN STRUKTUR MODEL


Semenjak tiga dekad lalu, program pendidikan kesihatan
berkembang dengan pesatnya.

telah

Pelbagai kaedah telah digunakan

dengan kumpulan sasaran tertentu. Program kesihatan di lihat sangat


serius membangunkan pelbagai program untuk meningkatkan kesihatan
individu dan masyarakat.
Berdasarkan teras promosi kesihatan yang telah dipersetujui
dalam Persidangan Promosi Kesihatan Anatarabangsa Pertama ( Fisrt
International Conference on Health Promotion) pada 21 November 1986
menetapkan visi masyarakat antarabangsa untuk mencapai hasrat
Kesihatan Untuk Semua (Health For All) dengan 5 strategi utama iaitu:
1)

Membentuk

polisi

awam;

2)

Mewujudkan

persekitaran

yang

menyokong; 3) Memperkukuhkan tindakan komuniti; 4) Membangunkan


kemahiran individu; dan yang teakhir 5) Menyusun semula perkhidmatan
kesihatan.
Manakala di peringkat komuniti, pendidikan kesihatan di sekolah
bertanggungjawab melaksanakan program promosi kesihatan kepada
murid-murid dan masyarakat. Program kesihatan berbentuk memberi
pendidikaan dan kesedaran seperti perlunya ada bentuk saringan
kesihatan kepada pelajar, ibu bapa dan masyaraakat untuk mengesan
dan mengenal pasti para peserta yang berisiko mengidap penyakit
diabetes dapat dikesan dan seterusnya mengadakan kerjasama dengan
klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan rawatan kesihatan
seperti saringan dan

intervensi secara rawatan. Program pendidikan

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

juga

bertujuan

untuk

mewujudkan

kesedaran

dalam

kalangan

masyarakat melalui pelbagai kempen agar masyarakat dapat mengambil


langkah proaktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Untuk

mencegah

penyakit

kecing

manis

dalam

kalangan

masyarakat di negara ini, Model MATCH telah dikenalpasti. Model MATCH


adalah singkatan kepada

Multilevel Approach to Community Health

(Pelbagai Pendekatan Kepada Kesihatan Komuniti). Perancangan model


ini telah dibangunkan lewat 1980 an oleh Simos-Morton et.al (1988).
MATCH dibahagi kepada lima fasa dan mempunyai beberapa langkah.

MODEL MATCH
Fasa 1 : Penetapan Matlamat
Langkah 1: Memilih matlamat kesihatan
Langkah 2: Memilih populasi yang tertinggi
Langkah 3: Mengenal pasti matlamat tingkah laku kesihatan
Langkah 4: Mengenal pasti matlamat faktor persekitaran

Fasa 2 : Perancangan Intervensi


Langkah 1: Mengenal pasti sasaran intervensi
Langkah 2: Memilih obejektif intervensi
Langkah 3: Mengenal pasti perantara di dalam objektif intervensi
Langkah 4: Memilih pendekatan intervensi

Fasa 3 : Pembangunan Program

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Langkah 1: Mewujudkan komponen atau unit program


Langkah 2: Memilih dan membangunkan kurikulum atau panduan
intervensi
Langkah 3: Membangunkan sessi perancangan
Langkah 4: Mewujudkan atau memperoleh bahan instruksional, produk
atau sumber

Fasa 4 : Persediaan Perlaksanaan


Langkah 1: Memudahkan penggunaan, perlaksanaan, penyelenggaraan
Langkah 2: Memilih dan melatih pelaksana

Fasa 5 : Penilaian
Langkah 1: Mengawal proses penilaian
Langkah 2: Mengukur kesan
Langkah 3: Memantau hasil

Berdasarkan
matlamat.

Model

MATCH,

fasa

pertama

menjelaskan

pemilihan

Pemilihan matlamat menjelaskan kepada kita apakah

matlamat kita dalam menangani penyakit kencing manis dalam komuniti


atau masyarakat di negara ini. Seperti yang kita ketahuai sesiapa pun
dalam kalangan kita akan menjadi mangsa dan boleh mendapat
penyakit ini. Tetapi mereka yang berisiko tinggi adalah mereka yang
datang daripada keluaga atau keturunan di mana ahli-ahli yang
menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat (40 tahun ke
atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk
atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing
manis.

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 6(1)


January 2010: iii Enhancing Diabetic Care in the Community in Malaysia:
Need for a ParMalaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol.
6(1) January 2010: iii Enhancing Diabetic Care in the Community in
Malaysia: Need for a ParMalaysian Journal of Medicine and Health
Sciences Vol. 6(1) January 2010: iii Enhancing Diabetic Care in the
Community in Malaysia: Need for a ParDalam fasa 1: berdasarkan Model
MATCH, pemilihan matlamat kesihatan adalah sangat perlu. Berdasarkan
Berita Terkini TV3, 14 JUN 2013, kira-kira 3.6 juta orang dewasa
dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di
Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan.
Pada Persidangan Diabetes Kebangsaan Ke-4, Jong memaklumkan
bahawa pada tahun 2006 purata 8.6 peratus orang dewasa di Malaysia
menghidap diabetes, kajian terbaru pada tahun 2011 menunjukkan
peningkatan yang membimbingkan dengan kadar 15.2 peratus orang
dewasa menghidap diabetes.
Diabetes adalah satu penyakit kronik yang boleh dicegah dan bagi
pesakit diabetes komplikasi akibat diabetes boleh dilewatkan atau
dicegah. Jadi matlamat merupakan fasa 1 mengikut Model MATCH dapat
diaplikasikan dalam menangani penyakit kencing manis di negara ini.
Sebagai rakyat Malaysia langkah pencegah, mengawal diabetes dan
komplikasinya dengan menjalani gaya hidup sihat merupakan tunggak
utama kepada program pendidikan kesihatan di sekolah.

Di Malaysia, pendidikan kesihatan tidak sekadar bertumpu di


sekolah sahaja. Populasi terbesar yang berhadapan dengan penyakit
kencing manis ialah masyarakat itu sendiri. Bagaimanakah golongan ini

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

hendak dibentuk atau diberi kesedaran untuk mengawal gejala kencing


manis dalam kalangan penduduk di negara ini.
Kerajaan

Malaysia

telah

mengambil

tanggunjawab

dengan

mengadakan pelbagai kempen sebagai contoh satu langkah drastik telah


dibuat seperti menghapuskan subsidi gula. Pemasuhan 34 sen subsidi
gula yang dibentangkan dalam Bajet 2014 dan dilaksanakan 24 Oktober
lalu. Langkah drakstik ini dilihat mempunyai matlamat yang jelas iaitu
untuk mengelakkan rakyat negara ini menjadi penyumbang terbesar
penyakit diabetes di rantau Asia Pasifik kerana penyakit ini sangat
berbahaya dan menjadi pembunuh secara senyap.
Walaupun ramai yang merungut kenaikan harga gula memberi kesan
kepada pembelanjaan harian, pemasuhan subsidi di lihat secara
langsung dapat mengurangkan penggunaan gula secara berlebihan
dalam makanan atau minuman.

Berdasarkan Model MATCH

fasa 2 untuk mengatasi masalah

diabetes ialah membuat perancangan intevensi atau bahasa yang


mudah difahami ialah mengadakan pelbagai program untuk mengatasi
masalah yang berlaku.
Berdasarkan program intevensi satu perancangan khusus atau program
perlu dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian kepada pemasalahan
tersebut. Di sini penyakit diabetes merupakan punca atau masalah
utama. Mengikut Model MATCH fasa 2 menyarankan bagaimana gejala
ini dapat dibendung atau dikurangkan. Program-program berbentuk
penyelesaian yang dicadangkan ialah program intervensi. Program ini
boleh dibuat berdasarkan mencari jalan penyelesaian seperti meneliti
beberapa factor berkaitan dengan gaya hidup, amalan pemakanan,

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

tingkah laku

kesihatan dan faktor persekitaran yang menjadi punca

utama.
Perancangan program intervensi juga boleh berbentuk seperti apa
yang dilakukan oleh pasukan NGO seperti

mengadakan program pra-

diabetes Institusi Diabetes Negara (NADI) telah menjalankan program


servis komuniti untuk mencegah diabetes dan penyakit kadiovaskular
(seperti sakit jantung dan strok) bagi mereka yang mempunyai pradiabetes. Di dalam program tersebut tersebut beberapa pekara yang
berkaitan dengan intervensi telah dititik beratkan sebagai kriteria untuk
disahkan sebagai pra-diabetes antaranya ialah berat badan yang
berlebihan/obes, Indek Jisim Tubuh melebihi 27, sejarah keluarga (ayah,
ibu, atau adik-beradik) yang menghidap diabetes, mempunyai tekanan
darah yang tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan menghidap diabetes
semasa mengandung atau melahirkan bayi yang mempunyai berat
badan melebihi 5 kg.
Berdasarkan perancangan program intervensi yang dicadangkan,
pesakit akan disaring terlebih dahulu untuk disahkan sama ada
menghidap pra-diabetes atau sebaliknya. Saringan juga dibuat bertujuan
untuk melihat sejauh manakah kesediaan pesakit untuk menghadiri
aktiviti atau sessi perjumpaan. Program sebegini merupakan langkah
permulaan bagi program intervensi kerana pesakit akan diberikan satu
borang khusus untuk menyatakan persetujuaan. Persetujuan di buat
atas kerelaan sendiri tanpa sebarang bayaran atau paksaan.
Di bawah fasa 2 jua program intervensi akan menfokuskan kepada
program pendidikan kesihatan yang akan diadakan di semua sekolahsekolah di negara ini. Program sebegini diharapkan berjaya memberi
kesedaran dan pendidikan kepada semua pelajar akan bahaya penyakit
diabetes. Program pendidikan kesihatan banyak mendapat kerjasama
daripada pelbagai pihak dan kerajaan juga giat membantu pelajar dan

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

masyarakat dalam menangani gejala penyakit diabetes. Pelbagai


kempen telah dijalankan oleh pertubuhan bukan peneraju kesihatan
seperti membuat ujian saringan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Melalui pencegahan dan langkah penjagaan awal, bukan sahaja
dapat mengurangkan risiko yang lebih teruk, tetapi turut dapat
menyelamatkan banyak

nyawa,

malahan dapat

membantu

pihak

kerajaan dalam mengurangkan kos rawatan perubatan. Bagaimanapun,


ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan tahap kesedaran
yang tinggi serta pelbagai usaha berterusan dan proaktif harus
dilakukan.
Berdasarkan Model MACTH yang diperkenalkan,

apabila sesuatu

punca penyakit telah dikenal pasti dan satu plan baru perlu dibuat iaitu
tindakan susulan. Tindakan susulan

perlu dilakukan untuk mengatasi

masalah penyakit diabetes dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Peranan kementerian Kesihatan bertanggungjawab iaitu mencegah,
merawat dan dan lain-lain. Manakala komuniti dan masyarakat juga
merupakan

golongan

yang

mempunyai

peranan

tersendiri

untuk

memastikan gejala penyakit diabetes dapat dibendung sepenuhnya.


Kolaborasi atau kerjasama antara guru, pelajar dan masyarakat
akan memberi kesan positif dalam usaha memberi kesedaran dan
pendidikan kepada orang ramai. Berdasarkan Model MATCH program
pendidikan kesihatan mengenai bahaya penyakit diabetes sesuai
digunakan kerana apabila penyakit ini dikenal pasti dan punca-punca
penyakit dikenal pasti.

10

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Di dalam Model MATCH juga menyarankan apabila matlamat dan


masalah telah dikenal pasti, satu program interversi yang sesuai perlu
dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah ini.
Terdapat beberapa sebab mengapa program pendidikan kesihatan
berdasarkan Model MATCH boleh diaplikasi di sekolah bagi membantu
program pendidikan kesihatan seperti menangani penyakit diabetes.
Berdasarkan Model MATCH fasa 3, setelah matlamat dan kumpulan
sasaran dikenal pasti, program khusus perlu dibuat bertujuan untuk
mengaasi

masalah

tersebut

serta

membuat

penambahbaikan,

pengekalan dan membendung gejala ini daripada terus meningkat.


Sebagai

contoh,

dalam

usaha

memupuk

kesedaran

cegah

sebelum terlambat, Pertubuhan Keselamatan Sosial, (PERKESO) turut


berperanan dalam mencegah pelbagai penyakit kronik dengan julung
kali telah memperkenalkan baucer Program Pemeriksaan Kesihatan
PERKESO (HSP). Program sebegini merupakan satu program intervensi
yang membanggakan.
Berdasarkan program

yang dirancang,

program pengagihan

baucer telah diperkenalkan pada Januari 2014 dan dikeluarkan secara


kepada pencarum berumur 40 tahun ke atas. PERKESO mengeluarkan
baucer pemeriksaan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarumnya
dan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 200 juta. (Sumber
Beriata Harian, Jumaat 27/12/2013).
Walaupun program sebegini di lihat hambar, kerana sehingga
pertengahan Disember, hanya 280,000 pekerja menjalani pemeriksaan
berkenaan. Jumlah ini menunjukkan, walaupun percuma masih ramai
yang tidak mempunyai kesedaran dalam menjalani saringan penyakit.
Kesimpulannya program pendidikan kesihatan lebih sesuai dilakukan di
peringkat awal persekolahan kerana pada peringkat awal maklumat

11

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

yang disampaikan mudah dihadam oleh kanak-kanak berbanding orang


dewasa. Program pendidikan kesihatan di sekolah di lihat lebih
membantu memberi kesedaran kepada semua murid. Sebaliknya apabila
pelajar ini keluar dan hidup sebagai anggota masyarakat program
pendidikan kesihatan sudah menjadi sukar untuk disampaikan.
Berdasarkan Model MACTH, fasa 2 pula, fokus terarah kepada
sasaran. Sasaran bermaksud golongan yang akan dipilih dalam bentuk
angka atau bilangan sama ada peratusan atau nisbah. Di Malaysia,
jumlah pesakit diabetes telah meningkat hampir 230 peratus dalam
tempoh 25 tahun.
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan, pada tahun 2011 sahaja
berlaku peningkatan sebanyak

20.8 peratus dengan andaian 2.5 juta

rakyat di negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes.


Untuk menangani gejala diabetes peranan

guru, pelajar dan

masyarakat adalah sangat perlu. Kajian menunjukkan bahawa dengan


berjalan 10,000 langkah setiap hari, kualiti kesihatan dapat ditingkatkan
kerana berjalan dapat membina stamina, membakar kalori berlebihan di
dalam badan dan juga menjamin kesihatan jantung.
Diabetes sering dikaitkan dengan diet yang tidak sihat, tetapi kita
sering mengabaikan kepentingan nutrisi makanan yang diambil di
samping mengabaikan senaman sebagai salah satu cara mencegah
daripada pelbagai penyakit.
Kolaborasi antara guru, pelajar dan masyarakat adalah sangat
penting untuk mencegah penyakit diabetes. Berdasarkan factor di atas
Model MATCH amat berkesan apabila menetapkan sasaran atau jumlah
yang akan terlibat di dalam program intervensi.

12

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Manakala fasa 3 Model MATCH ialah melibatkan pembangunan


program.

Komponen

asas

pembangunan

program

ialah

mencipta

komponen dan unit program. Dalam program intervensi komponen yang


akan diguna pakai melibatkan Head Count yang dibentuk berdasarkan
RCA melibatkan kompulan populasi seperti lelaki dan wanita, dewasa
atau kanak-kanak dan juga mengikut umur. Manakala komponen
program pula mencakupi aspek seperti masalah, matlamat, sasaran,
objektif, strategi,jangka masa dan penilaian

yang boleh dilaksanakan

bagi menangani gelaja penyakit diabetes dalam kalangan masyarakat.


Berdasarkan Model MATCH

pembangunan program menangani

penyakit diabetes telah dilaksanakan di negara ini dan dikawal selia


sepenuhnya

oleh

Kementerian

Kesihatan

Malaysia.

Kementerian

Kesihatan telah menyediakan pelbagai program untuk menangani


penyakit diabetes dalam kalangan masyarakat.

Program-program

tersebut mencakupi kawalan pemakanan. Makanan harian yang patut di


makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur,
pekerjaan, dan aktiviti yang dilakukan berdasarkan tahap penyakit
pesakit.
Pesakit juga akan diberi rawatan seperti suntikan insulin. Insulin
boleh diberikan melalui suntikan. Terdapat sesetengah pesakit akan
dibekalkan dengan pil. Pil akan diberikan atas nasihat pegawai
perubatan.
Berdasarkan Model MATCH, dalam fasa 3 menekankan kepada
mewujudkan komponen atau unit program, memilih dan membangunkan
kurikulum atau panduan intenvensi, membangunkan sesi perancangan
dan mewujudkan atau memperolehi bahan intruksional, produk atau
sumber.

13

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Konteks memilih dan membangunkan program, semua pihak perlu


mengambil iktibar terhadap kes yang berlaku sepanjang tahun ini.
Peningkatan kadar pesakit diabetes sangat membimbangkan. Semua
pihak, khususnya guru, pelajar dan masyarakat perlu memastikan
pendidikan kesihatan di sekolah diterapkan semula pada kanak-kanak di
peringkat

awal

lagi

seperti

sekolah

rendah,

menengah

dan

diperhebatkan lagi diperingkat nasional supaya lebih ramai rakyat sedar


kepentingan menjaga kesihatan.
Kempen dan program berkaitan kesejahteraan kesihatan yang ada
perlu diperhebatkan lagi. Masyarakat pula tidak sewajarnya memandang
remeh isu kesihatan kerana risiko atau kesan diterima mungkin
menyebabkan penyesalan yang tiada penghujungnya.
Dalam fasa ke 4 pula, persediaan perlaksanaan, perancangan
melakukan persediaan untuk melaksanakan, mengawal selia program
intervensi. Fasa perancangan akan melibatkan analisis kos dan faedah
sesuatu program (pulangan hasil). Malah dalam fasa perancangan
sesuatu program yang dirancang khususnya

melibatkan program

intervensi pasti akan memberi kesan kepada ekonomi dan sosio-budaya.


Model MATCH juga menyarankan fasa perlaksanaan. Dalam
program kesihatan sesuatu perancangan akan dinilai selepas sesuatu
program

tersebut

telah

dilaksanakan.

Fasa

perlaksanaan

akan

melibatkan aktiviti pemantauan fizikal sama ada melibatkan analisis,


statistik atau perekodan. Proses pemantauan ini akan disusuli dengan
pengekalan, penambahbaikan atau penyelenggaraan sebagai contoh jika
sekiranya program ini dilaksanakan di sekolah satu garis panduan akan
dikeluarkan oleh kementerian sebagai panduan kepada semua guru.
Borang-borang atau perekodan akan disediakan oleh kementerian untuk
dilengkapkan oleh guru sebagai bahan bukti sesuatu program tersebut
telah dilaksanakan.

14

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Sebagai rakyat negara ini, kita harus berbangga kerana kerajaan


sentiasa
perubatan

berusaha
di

meningkatkan kemajuan dan

negara

ini.

Pelbagai

perancangan

kepakaran

dunia

program

telah

diumunkan oleh kerajaan dalam pembentangan belanjawan 2014.


Umpamanya , kerajaan telah mengumunkan pelancaran projek Hospital
Pakar Kanak-kanak Permata, yang pertama di negara ini di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Program sebegini secara tidak langsung
termasuk dalam pelan intervensi untuk menangani pelbagai gejala
penyakit.
Projek yang bernilai RM606 juta ini dijangka siap pada tahun 2017 akan
menfokuskan kepada disiplin pediatrik atau kesihatan kanak-kanak.
Hospital ini dibina bersebelahan dengan Pusat Perubatan UKM (PPUKM)
di Cheras. Apabila siap nanti, ia menjadi

hospital pertama dan unik

kerana mesra kanak-kanak dan ibu bapa. .


Untuk memastikan perlaksanaan yang berkesan, perancangan
hendaklah mencakupi aspek-aspek pelbagai cadangan yang boleh
diterima pakai, berbentuk membina keperluan, kesediaan dan sokongan
persekitaran untuk sebarang perubahan, mampu menyediakan bukti di
dalam perlaksanaan program intenvensi, mengenal pasti dan memilih
agen perubahan, pemimpin pendapat dan menyakinkan mereka dalam
melakukan keperluan dan perubahan serta mewujudkan hubungan kerja
yang baik dengan pembuat keputusan.
Di bawah fasa 4, Model MATCH menfokuskan kepada penggunaan,
perlaksanaan dan penyelengaraan. Program kesihatan yang dirancang
mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang terkini seperti menyediakan
perkhidmatan perubatan yang maju pada setiap tahun. Manfaat ini
bukan hanya tertumpu kepada rakyat semata-mata malahan produk

15

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

yang dihasilkan juga membuka peluang kepada destinasi pelancongan


perubatan di negara ini.
Model ini membuka peluang dan ruang dalam program kesihatan
agar pembangunan dan perubahan perlu dilaksanakan bertepatan
dengan kemajuan sains dan teknologi terkini. Sebagai contoh, pelbagai
pembaharuan dan perubahan pesat berlaku dalam program kesihatan di
negara ini. Terkini dalam konteks rawatan, adalah amat membanggakan
apabila Hospital Ampang Puteri menjdi hospital pertama di Malaysia
yang menawarkan pembedahan MIS tulang belakang yang rawatannya.
Pembaharuan amat ditekankan di dalam Model MATCH kerana
membangunkan

program-program

terkini

sangatlah

diharapkan

di

samping wujud kolaborasi positif antara pemimpin pendapat dengan


agen perubahan. Untuk memastikan program yang dirancang berjaya
dilaksanakan dengan baik Model MATCH juga menyarankan agar
perancangan yang dibuat melibatkan pemilihan dan melatih pelaksana
untuk memastikan program kesihatan yang dirancang dapat dilaksana
dengan baik .kesan.
Model MATCH juga menekankan hubungan kerja yang baik dengan
pembuat keputusan. Di negara ini, dalam konteks perlaksanaan
pendidikan kesihatan dan program kesihatan amatlah membanggakan.
Ini terbukti apabila Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) telah diiktiraf
sebagai hospital tebaik dunia bagi kategori hospital pelancongan
perubatan oleh oganisasi antarabangsa bebas, Medical Travel Quality
Alliance (MTQUO), bagi tahun 2013.
Pemilihan dilakukan berdasarkan kaedah penjagaan pesakit luar
negara yang menepati protocol klinik standard, selain kaedah rawtan
terbaik ditawarkan PCMC. Kejayaan PCMC diumumkan MTQUO melalui
siaran media, pada 8 Mei 2013 di Bangkok.

16

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Berdasarkan Model MATCH, fasa 5 menekankan kepada penilaian.


Penilaian merupakan proses mengenal pasti keberkesanan dan hasil
yang diperolehi daripada sesuatu program yang dijalankan. Penilaian
melibatkan proses menganalisis prestasi sebenar pada tahap tertentu .
Tujuan penilaian juga adalah untuk memperbaiki proses perancangan
sesuatu program yang dilaksanakan pada masa akan datang.
Penilaian boleh dilakukan pada beberapa peringkat sama ada
sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan sesuatu program, iaitu pada
fasa Perancangan ,Perlaksanaan dan Penilaian. Program pendidikan
diabetes di sekolah bertujuan untuk mendidik pelajar mengamalkan
gaya hidup sihat. Terdapat lima komponen penting dalam fasa penilaian
iaitu melibatkan hala tuju menentukan objektif, matlamat dan hipotesis
program. Dalam program pendidikan kesihatan di sekolah, murid-murid
akan diajar bagaimana mengamalkan pemakanan yang sihat.
Fasa penilaian juga akan menilai aspek menentukan bagaimana
kaedah untuk mengukur pencapaian program, mengenal pasti dan
menentukan milestone, output dan sasaran outcome program. Fasa
penilaian MATCH juga menekankan kepada mengukur keberkesanan dan
memantau hasil. Untuk mengukur keberkesanan analisis adalah cara
paling

sesuai

untuk

melihat

sesuatu

program

intervensi

yang

dilaksanakan berkesan atau sebaliknya.


Analisis akan melibatkan proses pengumpulan data. Data-data
tersebut kamudian akan dinilai dan dibuat rumusan. Hasil penilaian
tersebut akan diaplikasi dengan tujuan untuk mengurus dan membuat
keputusan.
Hasil penilaian biasanya difokuskan kepada tingkah laku kesihatan
atau faktor persekitaran. Walau bagaimanapun, oleh kerana masa yang

17

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

diambil dalam beberapa keputusan untuk membangunkannya, maka


kerap berlaku dalam perancangan program di mana tidak ada masa dan
sumber yang cukup untuk membuat penilaian.
Dalam

konteks

guru,

pelajar

dan

masyarakat,

program

pendidikan kesihatan diabetes yang dilaksanakan di sekolah mendapat


kerja sama dari kementerian kesihatan. Kementerian kesihatan banyak
membantu guru-guru, pelajar dan masyarakat dengan pelbagai program
kesedaran dan promosi kesihatan dengan memberi pelbagai maklumat
dan mengadakan aktiviti membantu masyarakat.

RUMUSAN
Model-model utama merupakan model yang boleh dibangunkan untuk
kesejahteraan masyarakat dan negara. Program Kesihatan di sekolah
bertujuan untuk mendidik murid-murid dari peringkat awal lagi tentang
pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri. Kolaborasi antara pelajar,
guru, dan masyarakat amat penting bagi menjayakan sesuatu program
pendidikan di sekolah.
Penyakit diabetes merupakan antara penyakit berbahaya di
negara ini. Untuk mengelak daripada menjadi mangsa diabetes, peranan
ibubapa sangat penting. Amalan gaya hidup sihat amat penting
diterapkan dalam diri setiap pelajar supaya lahir generasi yang sihat.
Kesimpulannya tanggungjawab ibu bapa mengatasi peranan guru
kerana ibu bapalah yang menyediakan segala keperluan anak-anak di
rumah khususnya berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat.
Namun tidak dapat dinafikan guru berupaya memainkan peranan yang
penting dalam membentuk budaya pemakanan yang sihat melalui

18

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

pelbagai program yang berkaitan dengan program pendidikan kesihatan


di sekolah

RUJUKAN

Dr.Rubby, Billous.(2008). Bimbangan Dokter pada Diabetes: Jakarta: Dian


Rakyat.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1989). Garis Panduan Kantin Sekolah.
Kuala Lumpur: KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Program Bersepadu Sekolah
Sihat. Kuala Lumpur: KPM
Mafauzy M.(2005). Diabetes Control And Complications In Private
Primaly Healthcare in Malaysia. Medical Journal of Malaysia 2005; 60(2):
212-17.
Nirmala Kampan, Hanis Azman, Izzat Hafiz, Hazwani Mohammad, Chuah
Su Yee, Nur azurah Abd Ghani, Nor Azlin Mohamed Ismail, Zaleha Mahdy
Abdullah.(2012). Outcome Of Pregnancy Among Malaysian Women With
Diabetes Mellitus - A Single Centre Experience. Malaysian Journal of
Public Health Medicine 2013, Vol. 13 (2):1-10
Rampal,L. Loong, YY., Azhar MZ & Sanjay, R. (2009). Enhancing Diabetic
Care in the Community in Malaysia : Need for a Paradigm Shift.
Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 6(1) January
2010 : iii - xi

19

QCK3023 (PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH)


TUGASAN 1 PROGRAM EFEKTIF KESIHATAN SEKOLAH

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1981 Jualan Makanan Dan Minuman di


Kantin-Kantin Sekolah Untuk Muird-Murid Berbilang Ugama.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah
Utami, Prapti.(2009).
Agromedia Pustaka.

Solusi

Sehat

Mengatasi

Diabetes.

Jakarta:

Berita Harian, 27/12/2013


Utusan Malaysia, 04/12/2013

20

Anda mungkin juga menyukai