Anda di halaman 1dari 6

Analisis Kesan-Kesan Yang Terdapat Jika Pembaziran Makanan Berlaku

Pembaziran makanan tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan seharian kita kerana seperti

yang kita tahu membazir itu adalah amalan syaitan bagi pengetahuan seseorang muslim. Allah

tidak suka akan umatnya yang membazir kepada makanan kerana itu adalah satu perbuatan yang

salah dalam islam. Allah SWT berfirman bermaksud: ‘Sesungguhnya orang yang melakukan

pembaziran adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang

sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’, ayat 27). Selain itu, dalam erti kata ayat yang

lain Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya

tidak berlaku pembaziran, iaitu Firman-Nya yang bermaksud: ‘…dan makan serta minum dan

jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih-

lebihan” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Di samping itu, pembaziran makanan datangnya dari pembuangan sisa makanan yang

banyak melalui peniaga-peniaga, dan juga individu itu sendiri. Pembaziran makanan terlalu

berleluasa di Malaysia kerana masakan-masakan yang telah dimasak, penjualan makanan di

pasar mahupun restoran dan juga barang-barang basah yang dijual dipasar akan dibuang

disebabkan kerosakan makanan tersebut. Seperti di pulau pinang, sentiasa berlaku pembaziran

makanan ketika musim Ramadan, perayaan, dan juga majlis kenduri seperti kenduri kahwin,

kenduri kesyukuran dan lain-lain disebabkan lebihan makanan yang tidak asing didengar di

kalangan masyarakat. Justeru itu, Persatuan pengguna pulau pinang menganggap ia adalah

sesuatu jenayah yang dilakukan masyarakat pulau pinang kerana pembaziran sentiasa ada. Ia

juga disebabkan daripada kewujudan menghasilkan sampah sisa makanan yang mencecah lebih

kurang 16,500 tan sehari di Malaysia, serta makan yang masih elok dibuang. Oleh itu, terdapat

kesan-kesan yang terjadi disebabkan pembaziran yang dilakukan oleh negeri pulau pinang.
Pencemaran udara

Pembuangan sisa makanan yang dikira sebagai pembaziran makanan akan dibuang ke tapak

pelupusan sampah melalui proses pereputan sampah yang akan menyumbang kepada

penghasilan gas rumah hijau. Dianggarkan, penghasilan gas rumah hijau dari tapak pelupusan

sampah sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penghasilan gas rumah hijau di Malaysia.

Sisa makanan yang dibuang akan mereput di tapak pelupusan sampah akan menyebabkan

pelepasan gas metana. Gas ini adalah 21 kali ganda bahaya daripada gas karbon dioksida dan

menjadi gas perosak lapisan ozon yang utama.

Gas yang berbahaya ini menyumbangkan kepada perubahan iklim dunia dan pemanasan

global. Sisa lebihan makanan yang dikira sebagai pembaziran makanan itu dibuang ke tapak

pelupusan sampah juga menjadi penyumbang kepada pencemaran udara, jadi bau-bau busuk

daripada sisa makanan tersebut akan mencemarkan udara dan membuatkan kesemua masyarakat

di pulau pinang terkena tempiasnya. Selain bau busuk sisa makanan, gas metana yang terhasil

daripada proses pereputan sisa makanan di tapak pelupusan sampah juga boleh menyebabkan

berlakunya letupan jika dibiarkan terkumpul dalam permukaan tanah yang tertutup. Selain itu,

letupan yang berlaku di tapak pelupusan akan menyebabkan jerebu disebabkan asap yang keluar

daripada letupan tersebut dan ia membolehkan kemerosotan jarak penglihatan akibat daripada

asap letupan itu. Udara yang sudah tercemar membolehkan tahap kesihatan awam terjejas.
Pencemaran Sungai

Sisa makanan yang menyebabkan pembaziran makan dibuang ke tapak pelupusan sampah akan

berlakunya pencemaran ke atas sumber air. Air yang tercemar disebabkan sisa makanan yang

dibuang akan mengalir dari tapak pelupusan sampah, seterusnya masuk ke dalam sumber air

bawah tanah. Air daripada hujan akan mengalir di tapak pelupusan sampah dan membawa

sebahagian besar bahan pencemaran daripada sisa makanan tersebut, selain itu, ia akan mengalir

ke sistem perparitan dan sungai dan ini akan menyebabkan ekosistem sungai tercemar dan

menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai, yang akhirnya menjejaskan hidupan akuatik

yang telah menghuni di dalam ekosistem berkenaan.

Jadi pencemaran sungai akan berlaku jika pelupusan sampah tidak diselenggara dengan

baik yang akan menyebabkan masyarakat mendapat penyakit seperti penyakit kulit kerana

menggunakan air sungai yang telah tercemar. Ia bukan sahaja menggunakan air sungai tercemar

tetapi dengan menyentuh sisa-sisa makan tersebut juga menyebabkan masyarakat mendapat

penyakit. Pencemaran sungai akan menyebabkan kesihatan orang awam terjejas disebabkan bau

busuk yang tidak tertanggung oleh orang awam dan akhirnya mendapat sesak nafas daripada bau

tersebut. Jadi dengan memproses pelupusan sampah tersebut dapat menyelamatkan masyarakat

daripada terjejas dengan kesihatan mereka.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, bagi membanteras pembaziran makanan di Malaysia yang sentiasa

terjadi dalam masyarakat iaitu dengan mencontohi strategi Negara-negara luar mengurangkan

pembaziran makanan secara berkesan dengan ‘My Save Food’ digerakkan di bawah projek

kerjasama antara MARDI dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu

(FOA) di bawah (Save Food Global), bermula pada bulan Mac 2016 dengan mensasarkan

pengurangan separuh jumlah pembaziran makanan di Malaysia menjelang 2030 selaras dengan

matlamat ‘Save Food’ di peringkat global yang diterajui FAO.

Sebagai contoh Negara-negara luar seperti Turki, Perancis, Denmark sangat aktif dalam

mengusahakan pengurangan pembaziran makanan di Negara mereka. Di Turki mereka

mengadakan kempen pengurangan pembaziran roti secara besar-besaran yang disokong oleh

presiden Turki saling bekerjasama dengan aktiviti, promosi yang melibatkan agensi kerajaan

serta syarikat swasta, hotel, restoran dan media. Hasil yang diberikan sangat berkesan iaitu Turki

berjaya mengurangkan pembaziran roti yang bernilai 2.8 bilion Turki Lira dalam tempoh

setahun.

Malah di Negara perancis juga dapat mengurangkan pembaziran makanan dalam

pembangunan polisi dengan menggalakkan pasaraya untuk menyerahkan produk makanan sama

ada segar atau produk proses kepada bank makanan. Jumlah serahan yang diberikan akan dinilai

dan diberi pengecualian cukai. Tetapi berbeza pula dengan Negara Denmark kerajaan

menggalakkan kesemua pihak terlibat dengan sukarela sehingga banyak bank makanan

ditubuhkan bagi menampung makanan yang diderma oleh pelbagai pihak.


Oleh sebab itu, di Malaysia kerajaan mula menitikberatkan penubuhan bank dan

mamandang serius kepada pembaziran makanan yang kerap berlaku. Seperti di pulau pinang,

George town, program mutiara Food telah dilaksanakan dan diperkenalkan. Program seperti ini

dilaksanakan adalah inisiatif kerajaan negeri pulau pinang bagi menyampaikan bantuan makanan

secara langsung kepada masyarakat pulau pinang yang sangat memerlukan. Di samping itu,

program ini, selain dapat mengatasi pembaziran makanan ia juga dapat mengatas isu kenaikan

kos sara hidup masyarakat. Jadi dengan adanya program seperti ini dapat iaitu ‘food bank

Malaysia’ kerajaan yakin bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP) bakal meringankan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran

makanan dalam kalangan masyarakat.


FMT News, Rakyat Malaysia suka buang, bazir makanan diakses pada 6 april 2020 daripada
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/17/rakyat-malaysia-suka-buang-bazir-
makanan/

FOMCA, Kesedaran pengurusan sisa makanan masih mengecewakan. Diakses pada 5 april 2020 daripada
http://www.fomca.org.my/v1/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2019/252-
kesedaran-pengurusan-sisa-makanan-masih-mengecewakan

Berita harian online, Bazir makanan di rumah terbuka. Diakses pada 7 april 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/06/574077/bazir-makanan-di-rumah-terbuka

Adun net v 2.0, MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
KEDUABELAS. Diakses pada 4 april 2020 daripada https://adun.penang.gov.my/soalan/displayportal?
soal_id=8738&pers_id=23

Bulletin mutiara, Program Food Bank bakal diperluas ke seluruh Negara. Diakses pada 8 april 2020
daripada https://www.buletinmutiara.com/download/2019/BuletinMutiaraJan22019-BM.pdf

Anda mungkin juga menyukai