Anda di halaman 1dari 13

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar


Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005
Oleh: SHUKOR BIN MAT

‘Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi
itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang
kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’

Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat
Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar,
di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan
pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya
hanya bermula pada tarikh tersebut.
Encik Ahmad bin Ismail atau Cikgu Mat Tawarikh , di dalam bukunya, Mengenal Sejarah
Negeri Perlis Indera Kayangan, telah menyatakan: "Beberapa orang Menteri telah dititah supaya
pergi membangunkan istana dan rumah. Mereka telah membangunkannya di Kampung Sena,
manakala Kangar dijadikan Bandar Diraja." (1) Ini menunjukkan bahawa Bandar Kangar wujud
lebih awal daripada kota Sena, kerana selepas kota Sena siap dibina untuk raja bersemayam,

pekan Kangar diperintahkan supaya dijadikan Bandar Diraja, sesuai dengan persekitarannya
yang bersih dan menarik. Menurut Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad,
pembinaan Kota Sena dimulakan pada tahun 1063H (1652M) dan siap dalam tahun 1065H
(1654M).(2) Maklumat ini menjelaskan bahawa sementara menanti Kota Sena siap dibina,
maka pekan Kangar juga perlu diterokai iaitu setahun kemudiannya (1653 M) kerana pekan ini
penting dari segi perdagangan dan pengangkutan barangan, tetapi dalam proses pembinaan itu

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Kangar juga perlu diterokai kerana pembangunannya tidak telalu rumit. Sedangkan pembinaan
kota Sena memakan masa yang lama sehingga 3 tahun terutamanya kerana pembinaan istana
yang memerlukan persiapan yang rapi dan lengkap sebagai sebuah tempat untuk bersemayamnya
seorang raja yang memerintah negeri Indera Kayangan.
Kedudukan Bandar Kangar asalnya di tebing Sungai Perlis, iaitu di tapak Bangunan
TELEKOM dan Majlis Perbandaran Kangar sekarang (dahulunya bangunan Market Lama). Kini
saiznya membesar akibat pembinaan bangunan kerajaan dan premis perniagaan. Pesatnya
pembangunan Bandar ini kerana lokasinya yang strategik dari segi keselamatan dan
perdagangan. Banjaran Bintang yang memanjang dari Utara Perlis merentasi bahagian barat daya
dan barat Perlis telah membentuk benteng semulajadi yang kukuh dan selamat dari serangan
musuh. Manakala di bahagian tengah Perlis iaitu di utara Bandar Kangar, terdapat Bukit Besi
Hangit menjadi sebagai Benteng Timur. Di bahagian selatannya terdapat Sungai Perlis yang
seolah-olah menjadi benteng air bagi menangkis serangan musuh. Sungai Perlis ini asalnya
luas dan dalam, menganjur dari kawasan tadahan Banjaran Bintang menuju ke kawasan tanah
pamah di bahagian tengah Perlis, melalui bangar Kangar dan terus ke Kuala Perlis.

Penerokaan Bandar Kangar dan bagaimana Kangar mendapat nama

Di tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah
lahirnya sebuah pekan purba yang dahulunya dikenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya
bertukar nama menjadi Bandar Kangar. Ramai orang tidak mengetahui asal usul namanya
dan sejarah penerokaannya. Dinamakan Pekan Atap kerana gerai-gerai jualannya dan tempat
menyimpan barangnya dibuat daripada atap, iaitu tiangnya kayu bulat, dinding dan atapnya
dibuat daripada daun nipah.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Melalui sumber lisan yang boleh dipercayai, menyatakan Bandar Kangar wujud
serentak dengan kelahiran Negeri Indera Kayangan. Penerokaannya dibuat oleh Tok Peduka
Tua (Wan Long Aru ) beusama-sama dengan orang-orangnya membina bangsal daripada atap
dan dengan itu juga menyebabkan kawasan tersebut dipanggil Pekan Atap. Tok Peduka dan
orang-orangnya yang meneroka Pekan, tinggal di Kampung Sena. Tok Peduka berasal dari
Indonesia yang kemudiannva membawa diri ke Perak.(3)
Tok Peduka diizinkan menjadi raja di negeri Indera Kayangan oleh Marhum Pak
Pandak, raja Kedah pada masa tersebut, apabila Tok Peduka berjaya melepasi satu ujian
kehandalan membelah buah tembikai. Kedua-dua belah buah ternbikai itu didapati sama
besar dan sama berat timbangannya.(4) Sebelum berjaya membelah buah tembikai ini, sudah
ramai pemuda yang mencubanya tetapi gagal dan menerima hukuman berat daripada
Marhum Palz Pandak akibat kegagalan tersebut. Orang yang berjaya membelah buah
tembikai dalam keadaan sama besar dan sama berat akan dihadiahkan sebuah negeri iaitu
menjadi raja di negeri Indera Kayangan. Nasib menyebelahi Tok Peduka akhirnya beliau
berjaya. Marhum Pak Pandak telah menunaikan janjinya iaitu melantik Tok Peduka menjadi
raja dengan gelaran Datuk Peduka Maharaja Indera Jaya.(5)
Tujuan Marhum Pak Pandak melantik raja di kawasan baru itu ialah untuk menahan Siam
daripada menyerang Kedah dengan mudah kerana di utara belum ada negeri, jika ada negeri
baru, ini akan menjadi penghalang utama kemaraan Siam ke selatan. Tok Peduka dan orang-
orangnya menebas untuk meneroka negeri baru yang belum ada nama dan pekan. Parang
yang digunakan untuk membelah buah tembikai itulah yang digunakannya untuk memugar
hutan. Tok Peduka bukan menebas sangat tetapi parangnya yang menebas sendiri iaitu
menggunakan kuasa jin yang dimilikinya. Setelah selesai meneroka hutan maka dibinalah
beberapa buah bangsal di tepi sungai. Bangsal ini dibuat daripada atap daun nipah untuk
tujuan perniagaan. Lama kelamaan ramailah orang masuk mengikut Kuala Perlis untuk
membawa barang dagangan ke Pekan Atap. Orang India dan Cina datang dengan tongkang.
Dengan itu wujudlah sebuah Bandar di dalam negeri yang baru dihadiahkan oleh Marhum
Pak Pandak. Kemudian Tok Peduka bermesyuarat dengan orang-orangnya untuk memberi
nama kepada pekan dan negeri tersebut. Ketika Tok Peduka dan orang-orangnya sedang
bermesyuarat terdengar bunyi burung lang kangok, di atas pokok besar yang tinggi dengan
laungan “kangok..... kangok”. Tok Peduka terdengar bunyi tersebut, lalu mencadangkan
supaya memberi nama “kangok” kepada Pekan Atap. Nama “kangok” ini telah diterima dan
digunakan oleh orang ramai. Sebutan “kangok” ini kemudiannya berubah menjadi “kangar”
apabila orang Inggeris mula menuturkannya dan akhirnya orang ramai pun terikut-ikut
dengan sebutan “kangar” hingga ke hari ini. Begitu juga dengan nama negeri; Tok Peduka
mencadangkan supaya diberi nama Perlis memandangkan kawasan atau negeri Indera
Kayangan itu baru saja diperoleh daripada Marhum Pak Pandak, raja Indera Kayangan,
iaitu salah sebuah negeri di dalam jajahan Kedah. (6)

Keadaan Kangar yang bersih dan menarik dalam abad ke 17

Hubungan yang rapat di antara keluarga Tok Peduka dengan kerabat diraja Kedah
terbukti kebenarannya, iaitu selepas kematian Tok Peduka Tua (Wan Long Aru),
pemerintahan Indera Kayangan dipegang oleh anaknya Tok Peduka Muda (Wan Long
Salleh) yang menjadi bapa mertua kepada Sultan Muhyiddin Mansor Shah, Sultan Kedah

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

yang ke 22. (7) Keadaan Kangar yang bersih dan menarik pada abad ke 17, telah
diceritakan oleh Sherard Osborn yang melawat Perlis pada tahun 1838.

“Kaugar dibangunkan di atas tebing sungai Perlis, dan seperti lain-lain pekan di
negeri ini, hanya terdapat sedikit tanah yang telah diusahakan di sekelilingnya, untuk
mendapatkan ruang bagi tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran ke pekan
penduduk tempatan hutan luas yang tidak terurus mengelilingi tanah pertanian dan
kebun buah-buahan yang luas yang menjangkau sehirngga 1.5 batu persegi.”
“Rumah semuanya dibina di kawasan yang berasingan, dipenuhi dengan tanaman
yang kecil, atau diantara pohok-pokok nyior dan pinang sepertimana juga lain-lain
pokok istimewa bagi negeri ini, tidak ketinggalan juga pokok pisang yang kelihatan
indah yang menaungi hampir-hampir setiap rumah kediaman, dan buahnya lazat,
kelihatan sejuk, daunnya bewarua hijau tua, dan arnat menarik perhatian”(8)

Mercu Tanda bandar Kangar

Kangar setanding dengan Bandar-bandar besar yang lain diutara

Bandar Kangar dari segi sejarah dan perkembangannya sejak awal lagi adalah
setanding dengan bandar-bandar besar di utara Semenanjung Malaysia seperti yang
digambarkan oleh R.Bonney:
“Dalam tahun 1875 penduduk Kedah dianggarkan berjumlah 100,000 orang,
sungguhpun demikian ini adalah jumlah yang dibesar-besarkan. Orang-orang yang
datang kemudian dianggarkan lebih kurang 60,000 orang, terutama sekali orang-orang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Melayu pedalaman, orang-orang Chulia (saudagar India dari Malabar), orang-orang


Cina, orang-orang Siam dan orang-orang Sam-sam. Kangar Kuala Kedah, Alor Star
dan Kota Kuala Muda merupakan Bandar-bandar utama di samping Lembah Sungai
Kedah yang merupakan kawasan paling popular.”(9)

Pemandangan dari atas bulatan besar bandar Kangar

Kangar mempunyai kilang pada abad ke 17

Terdapat bukti menunjukkan Kangar bukan sahaja penting sebagai pusat


pentadbiran dan perdagangan, tetapi juga sebagai Bandar yang sudah mempunyai
kilang memperoses hasil tempatan:
“Sebatu atau lebih daripada Kangar, kami tiba bertentangan dengan sebuah kilang
tepong, dimana orang Melayu yang mengawalnya menyambut kami dengan baik, dan kami
menyatakan kepadanya bahawa kami mendapat kebenaran belayar daripada Haji Long,
dia tidak menahan kami.”(10)

Air Sungai Perlis berhampiran Kangar masin pada masa dahulu

Sungai Perlis menjadi laluan utama ke Pekan Kangar pada zaman silam, dimasuki
air laut sehingga jauh ke pendalamannya, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan
air tawar untuk kegunaan seharian seperti yang digambarkan ini:
“Kami tidak tunggu untuk mendapatkan penerangan lanjut, dan sebentar selepas itu,
kami dapati bekalan air segar, iaitu kawasan yang jaraknya kira-kira 8 batu daripada laut,
kami berlabuh dan mengisikan air ke dalam tong-tong kayu, kami mandi, membasuh, dan
minum air, setelah mendapat keperluan air bersih yang banyak dengan segala bekalan
untuk pelayaran yang lebih jauh lagi.”(11)

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Penduduk Kangar mesra dengan tetamu


Penduduk pekan Kangar melayan tetamu mereka dengan baik terutama sekali
orang orang Eropah, sepertimana yang berlaku pada tahun 1838:
“Seorang daripada Bandar (Kangar) memberikan kepada saya sebakul manggis yang
lazat, dan orang-orang lain meminjamkan kami beberapa helai tikar sebagai pelindung
daripada panas terik matahari yang memancarkan cahayanya ke atas bot kami yang
terdedah.”(12)

Kebimbangan penduduk Kangar dalam tahun 1838

Dalam tahun 1838 penduduk Kangar berasa bimbang tentang bentuk pemerintahan
yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh tentera Siam apabila mereka memerintah
Kangar nanti, manakala pelawat-pelawat Barat merasa simpati dengan nasib yang
diterima oleh orang-orang Melayu Kedah yang terpaksa melarikan diri apabila Kedah
tewas di dalam peperangan dengan Siam:

“Semua penduduk bimbangkan tentang bagaimanakah mereka akan diperintah oleh


pasukan tentera Siam yang mengepong rnereka, adakah mereka terpaksa melarikan diri
sebelum kedatangan Siam, dan ini telah nyata, daripada apa yang diceritakan oleh orang-
orang Melayu adalah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terlalu murah hati
sehingga sanggup melarikan diri daripada negeri Kedah dan Tamelan secara baik tanpa
menerima sebarang balasan kebaikan (daripada Siam).” (13)

Kebimbangan kepada kekejaman Siam

Orang-orang Melayu Kangar juga bimbang dengan kekejaman yang sering


dilakukan oleh tentera Siam dengan cara menyula dan sebagainya:

“Tidak seorang pun menyangka daripada pemandangan di bazaar (pemandangan yang


begitu aman di bazaar), terdapat seramai 15,000 orang tentera Siam sedang menghampiri
bandar bersedia untuk menyula, mengeluarkan isi perut, atau bermain dengan sebarang
permainan kelakar (lucu) yang pernah diceritakan kepada saya di tempat lain oleh setinp
orang atau orang-orang yang pernah ke sini sebelum kedatangan saya”.

“Walau bagaimanapun dia berfikiran baik terhadap saya, menerangkan secara lemah-
lembut tentang pesalah, dan berkata bahawa perasaan terlalu seronok itu datang daripada
“orang-orang Dato Mahomet Alee yang dapat menawan kembali Kedah!: (Kedah Selatan)
memulangkannya kepada pemerintahannya yang sebenar, tetapi tentera Siam telah sekali
lagi berjaya, dan berarak di tempat yang selesa di Pekan Kangar.”(14)

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Keadaan Bandar dan bangunan

Keadaan Bandar dan bangunan di Kangar dalam tahun 1838 adalah seperti berikut:

“Ianya seperti luar biasa untuk menceritakan idea yang baik tentang kecantikan
dan tempat kediaman yang semuanya dibina daripada kayu, buluh, dan daun-daun
yang dibuat tikar, Bandar Kangar, meskipun lebih tinggi sedikit daripada sungai,
dibina dengan tiang setinggi 3-4 kaki; ini boleh jadi ukuran yang penting untuk musim
hujan, tetapi dalam masa yang sama, apabila bumi menjadi keras seperti batu, ia
kelihatan sebagai usaha yang berlebihan. Bandar ini secara keseluruhannya kelihatan
bujur di dalam plan tapaknya, mempunyai serambi yang memanjang di sepanjang tiap-
tiap bahagian luarnya, mempunyai tangga primitif yang menganjur dari tanah.
Lantainya dibina daripada bilah-bilah buluh, cukup kuat untuk menahan barang-
barang pukal, tetapi memberikan keselesaan untuk memijaknya; di atas buluh-buluh
ini yang keadaannya berselang satu inci satu dijalin melintang “snaking” dengan
rotan, tikar-tikarnya dihampar dengan teratur, nombornya, keindahannya, dan
kecantikannya bergantung kepada kekayaan pemiliknya dan kemahiran orang-orang
perempuannya. Dindingnya dibentuk daripada daun kelapa dan lain-lain daun pokok
palma, berkeadaan teguh, licin dan kemas bagi menahan tiupan angin dan percikan
air, dan dalam satu masa menyegarkan mata memandang. Atapnya yang berkeadaan
tinggi dan berpuncak yang menandakan hujan lebat, dalam jangka panjang
mengangkat cucur atap, yang mengindahkan lagi pemandangan pada bangunan dan
mengingatkan kembali saya kepada “chalets” di Switzerland. Dalam keadaan yang
sama rumah-rumah tersebut dibahagikan kepada dua atau lebih bahagian-
bahagiannya, dan balkoni (tempat mengambil angin di tepi tingkat atas) dibina yang
menunjukkan adanya perhubungan antara satu bilik dengan bilik-bilik lain, selain
daripada itu tempat ini menjadi tempat lepak bagi penghuninya.”(15)

Bangunan Persekutuan

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Pemandangan Bandar Kangar

Barang - barang perdagangan

Jenis-jenis barang yang dijual di Bandar Kangar pada pertengahan abad ke 17


dijelaskan sebagai:

“Bazaar tersebut berupa sebatang jalan lurus, yang letaknya di sebelah kanan sungai.
Tiap-tiap kedai berbentuk pisang sesikat dan kedai yang terbuka di bahagian depannya,
kelihatan elok kerana terlindung daripada panas terik matahari, yang dipenuhi oleh bau
buah-buahan dan sayur-sayuran yang kuat, terlalu banyak perhiasan dari Manchester,
sapu tangan merah dan kuning yang bercahaya terang, tikar cantik dan pakaian-pakaian
siap yang kemas, longgok-longgok beras, tiub-tiub minyak sapi, keris-keris yang cantik,
dan pedang-pedang yang hebat atau jenis-jenis parang, yang boleh didapati di semua
bazaar-bazaar di Singapura, Melaka atau di Pulau Pinang.”(16)

Tingkah laku penduduk berbilang kaum

Tidak ketinggalan juga diceritakan secara ringkas perangai atau tingkah laku
penduduk berbilang kaum yang tinggal di pekan Kangar:

“Didapati anak-anak negeri Mohametan dari wilayah Madras, melilit serban dan
berjubah putih (kain belacu) yang mewarisi rupa orang-orang Moguls Yang Gagah seperti
yang digambarkan di atas kad daun terup; berminyak, hitam, dan berbau kuat. Orang-
orang Keling suka berbual, berbohong dan menipu; orang-orang Melayu berjalan dengan
bergaya, berhias dengan pakaian yang menyukakan hati, dan mempunyai lengan baju yang
cantik bercorak lembing warna perak, kelihatan segak dan gagah, jika ditepuk pada
bahagian atas belakang mereka secara perlahan-perlahan mereka akan berkeadaan
separuh membongkok (tunduk) dan berkata, “Akan dilaksanakan dengan baik !”.
Sekiranya mereka mengetahui bahawa mereka sedang diserang, maka segala gambaran
tadi hilang bagaikan mimpi, dan dengan cara itulah mereka menjadi perompak di tempat
lain.”

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

“Bagi beberapa orang Cina, iaitu yang dikenali sebagai Yahudi di Kepulauan Melayu
Timur, iaitu tempat di mana mereka berada sekarang. Mereka bersikap merendahkan diri
juga bimbang jika diperhatikan oleh pegawai laut British, bahawa dengan segala pangkat
dan kebanggaan puak, membolehkan mereka untuk menggunakan wang ringgit bagi
kepentingan mereka. Orang Cina kebanyakannya menjadi pengurup wang. Perlakuan yang
sangat biadab dan dengan kata-kata yang menghina mereka oleh orang-orang Melayu
sungguh menyentuh perasaan saya.”

“Buruh-buruh India apabila dianianya, berbunyi seperti burung gagak di dalam


sarangnya. Tidak seperti orang-orang Cina jika mereka jemu mereka tunduk dan takut;
tetapi kita akan dapati, dengan sekelip mata kecil mereka yang bercahaya itu, mereka
tidak membuang masa untuk menggigit tumit yang meluha dan membengkakkan
mereka.”(17)
Masjid lama Kangar

Kangar pada abad ke 17 mempunyai sebuah masjid seperti gambaran berikut:

“Di bahagian tengah Bandar ini ada sebuah masjid yang meninggi di antara pokok-
pokok dan menunjukkan bahawa, walaupun banyak rumah yang cantik bertaburan
disekitarnya tetapi kelihatan tidak kukuh kerana bahan binanya rapuh, namun begitu
kedudukan tapak bandar Kangar (pekan dan rumah kediaman). Kedua-duanya di dalam
penguasaan Siam sepertimana yang diceritakan di dalam sejarah-sejarah Melayu,
mereka sering mengambil kira tentang Bandar.”(18)
Melihat kepada rekod-rekod sejarah yang telah diberikan itu, dapatlah kita
bandingkan sejauh manakah berkembangnya dan majunya Kangar dewasa ini, yang
bangun bersama-sama dengan perkembangan dan kemajuan negeri Perlis.

Masjid lama Kangar


Ekonomi saradiri yang menjadi amalan utama penduduk persekitaran Kangar dan
negeri Perlis di zaman silam telah digantikan dengan pelbagaian ekonomi, bermula
dengan tanaman padi dua kali setahun dengan penggunaan benih dan baja yang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

bermutu. Diikuti dengan projek penanaman tebu oleh FELDA dan penemuan getah
oleh FELCRA. Semua projek ini membantu meningkatkan pendapatan individu dan
hasil kerajaan negeri.
Perusahaan mengilang dan membungkus simen dan gula di Chuping dan projek
mengetin udang di Kuala Perlis menjadi satu agenda yang membantu memberi peluang
pekerjaan yang banyak kepada penduduk Bandar Kangar dan negeri Perlis yang
bertambah dengan pesatnya.
Usaha-usaha ke arah peningkatan elconomi negeri semakin nyata
keberkesanannya, terutama sekali selepas terbinanya beberapa institusi pelancongan
yang menarik dan menguntungkan. Tumpuan bukan sahaja diberikan kepada usaha
pengubahsuaian hotel dan tempat-tempat penginapan pelancong, tetapi juga kepada
kerja-kerja pembesaran dan penambahan gerai-gerai makanan di Kangar dan di Kuala
Perlis. Tidak ketinggalan juga usaha membaikpulih institusi pelancongan di Batu
Pahat, Padang Besar, Wang Klian, Kuala Perlis dan Kangar. Jalan-jalan utama, alatan
perabut yang lengkap dan lampu-lampu berwarna-warni dan lain-lain bahan yang
menjadi daya penarik utama pelancong telah dibina dengan rancaknya di sana sini.
Projek-projek sosial juga tidak kurang pentingnya kerana ianya boleh menarik
minat pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri, terutama sekali penubuhan
universiti dan universiti kolej, yang bukan sahaja menjadi daya saing dari segi akademik
tetapi juga dari segi fizikal dan keceriaannya. Ini seperti yang kita sedia ketahui iaitu
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Matrikulasi, Kolej Universiti Kejuruteraan
Utara Malaysia (KUKUM), Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan beberapa
buah institusi pengajian tinggi yang lain lagi, yang sedang di dalam proses pembinaannya.
Bangunan-bangunan yang sedia ada seperti Dewan Warisan Kangar, Muzium Negeri,
Mercu Tanda Negeri, Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Kompleks Islam Kangar,
Kompleks Budaya Kangar, Hospital Besar Kangar, Sekolah-sekolah, Masjid Negeri, Masjid
Alwi Kangar dan bangunan-bangunan usang lagi bersejarah seperti rumah Dato' Wan
Ahmad bin Wan Daud, adalah menjadi sumber inspirasi ke arah meningkatkan daya dan
minat melancong di kalangan pelawat-pelawat dalam dan luar negeri. Semua khazanah
negeri yang telah dinyatakan itu perlu diperkaya dan dipelihara keceriaannya sama ada dari
segi luarannya mahupun untuk pengisian pada bahagian dalamannya.
Di samping itu bangunan-bangunan popular seperti Tabung Haji, Bank-bank
Perniagaan, Pejabat-pejabat Pos, KIinik-klinik Kesihatan, Balai Bomba, Market, Kompleks
Membeli Belah dan lain-lain premis awam perlulah diawasi keceriaannya, di samping
usaha-usaha membaiki dan menaikkan taraf jalan-jalan lama dan jalan-jalan kecil di
seluruh negeri.
Bandar Kangar sejak sebelum merdeka lagi sudah dijaga keceriaannya oleh pemerintah
British, terutama sekali tentang sampah sarap dan pembuangan najis yang dikendalikan
oleh Majlis Perbandaran Kangar. Selepas merdeka, kawasan-kawasan yang perlu dijaga
semakin bertambah akibat pertambahan penduduk dan pembinaan bangunan tambahan.
Kini kerja memungut dan melupuskan sampah telah banyak diswastakan di samping
dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kangar. Sampah sarap, bahan-bahan buangan
makanan dan minuman, juga sisa-sisa minyak dan lain-lain kotoran bukan sahaja mengotori
kawasan, tetapi juga mencemarkan udara dan perairan di sekitarannya. Penjagaan
kebersihan ini perlu dititikberatkan di samping adanya usaha-usaha untuk mengindahkan
bangunan dan halaman bagi sesuatu institusi.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Sejak merdeka sehingga kini, kerajaan negeri mengambil sikap yang sederhana dan
penyayang di dalam menangani masalah pencemaran sampah dan minyak, seperti
pengotoran kawasan dan pencemaran sungai. Orang-orang yang bersalah tidak dihukum
seperti yang tertera di papan kenyataan iaitu denda lima ribu ringgit dan sebagainya jika
membuang sampah atau mengotori kawasan. Ini menyebabkan kaki pengotor banyak lemak
dan tidak langsung menghiraukan kebersihan, walaupun di kawasan rumah sendiri. Ada
baiknya orang-orang yang pengotor dan keras kepala ini diajar sekali sekala supaya mereka
sedar tentang kesalahan mereka dan dengan itu mereka tidak melampau.
Banyak sudah tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan oleh kerajaan negeri dan pusat
bagi projek-projek pelancongan dan keceriaan negeri, tetapi sungguh menyedihkan! Kerana
kebanyakannya tidak dapat dijaga dan diselia dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak dan
luas kawasannya. Usaha-usaha untuk membantu secara individu atau berkumpulan boleh
dikatakan tidak ada, kecuali usaha-usaha membersihkan masjid di kampung-kampung atau
kawasan perkuburan secara gotong-royong. Kerja-kerja kebajikan seperti menebas rumput
di jalan raya berdekatan dengan rumah pun tidak dapat dijalankan oleh orang yang
berdekatan, melainkan diserahkan kepada kontrak sahaja. Sewajarnya kerja gotong-royong
itu dihidupkan semula, seperti pada zaman tahun-tahun 50 an dahulu, di mana banyak kerja
amal seperti membina jalan dan mendirikan rumah di buat secara gotong royong.
Penyakit dengki khianat dan tidak mahu membantu semakin menular luas di seluruh
Negara, terutama sekali di tempat-tempat peranginan dan pelancongan. Bukan sahaja papan
tanda, ukiran dan pasu-pasu bunga dirosakkan, tetapi juga pondok rehat yang boleh
digunakan untuk berteduh daripada hujan dan panas, juga dirobohkan. Umpamanya pondok
rehat di Bukit Lagi, bukan sahaja siling dan atapnya dijolok dan dipecahkan tetapi juga
pondok itu sendiri dirobohkan oleh tahi betina kerana takut orang mengintipnya dari atas
bumbung.
Adalah diharapkan bahawa projek gotong-royong secara berperingkat dapat dibentuk dan
digerakkan bagi membantu kerajaan negeri membangunkan semula keceriaan, dalam usaha ke
arah menarik pelancong ke Perlis, terutama sekali pelancong-pelancong asing. Usaha gotong
royong ini boleh dibuat pada hari minggu atau hari-hari cuti umum, terutama sekali bagi kerja-
kerja membersihkan jalan, tanah perkuburan, bangunan-bangunan kerajaan atau meletakkan
penunjuk arah, meletakkan papan-papan tanda pemandu arah, iklan pelancongan dan sebagainya.
Ada baiknya jika disenaraikan khazanah-khazanah lama yang perlu diberikan perhatian
untuk tujuan memperkaya dan menerapkan kembali nilai-nilai sejarah dan budaya lama agar
ianya menjadi daya penggerak kearah menjayakan Tahun Melawat Perlis 2003-2005 bersempena
dengan genapnya 350 tahun wujudnya Bandar Kangar:

• Rumah Tetamu Kangar dan rumah-rumah lcediaman kakitangan penasihat British


sebelum kemerdekaan
• Makam Tok Peduka Kangar dan makam masjid lama Arau
• Kubor Tok Arau
• Tempat yang menjadi pengkalan perahu dan tongkang di Pengkalan
Assam
• Kota Keran
• Kota Sena
• Mercu tanda Bandar Kangar

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

• Mendirikan beberapa contoh tandiap (tempat singgah sementara bagi raja-raja zaman
silam)
• Mendirikan contoh balairong istana lama atau replikanya
Bangunan Jam Besar Kangar
• Tapak Penjara
• Menamakan bangunan bersejarah di tepi Bangunan Jam Besar (atapnya macam topi
kokhat)
• Padang Hospital (Padang Merdeka)
• Rumah Dato' Wan Ahmad Wan Daud
• Rumah kediaman Syeikh Abu Bakar Asshaary
• Menyediakan jenis-jenis kenderaan lama untuk muzium seperti beca, gerek, motosikal
lama dan bas lama yang pernah digunakan di Perlis
• Replika buah-buahan dan hasil-hasil tempatan mengikut tempatnya
• Menyediakan papan tanda bersama simbolnya bagi tempat-tempat pengeluaran bahan dan
peralatan tradisional Perlis seperti tempat membuat atap, tembikar, nira nipah, gula nyior
dll.
• Menyediakan bilik khas untuk pameran peralatan tradisional Perlis seperti lesong kisar,
lesong tangan, kerobong, jelapang, tong pukul padi, pengandar, salang cupak, kal,
gantang, tin, tenggala, penyisir, tenggiling, pengarik tebu, pengarik santan nyior, beliong,
gaji tiam, raga jaras, bujam, kecong, guni dsb.
• Diorama Pekan Atap (Kangar di zaman awal kemunculannya)

Kerjasama yang padu daripada jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
dan kegiatan gotong-royong oleh semua badan dan agensi kerajaan merupakan satu penggerak
utama kearah mempercepatkan usaha dan melicinkan kerja untuk menjayakan Tahun Melawat
Perlis bersempena 350 tahun wujudnya Bandar Kangar. Langkah pertama yang perlu dijalankan
ialah memupuk kesedaran mental terhadap kebersihan dan kerja-kerja amal melalui ceramah
agama, ceramah sivik dan kesihatan kepada seluruh rakyat Perlis agar mereka faham dan dapat
menghayati hasrat murni kerajaan yang sebenarnya.
Bagi badan-badan kerajaan dan agensi kerajaan, arahan-arahan melalui warta kerajaan dan
surat-surat rasmi penting dibuat untuk dilaksanakan segera sebelum menjelangnya tahun 2003.
Semoga usaha-usaha bersama yang murni ini diberkati Allah.
______________________________________________________________________________

1) Ahmad bin Ismail, Mengenal Sejarah Negeri Perlis Indera Kayangan, (tidak diterbitkan), Hlm. 28
2) Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, Al Tarikh Salasiah Kedah DBP, K.1.,
Cetakan 1, 1968, Hlm 74-76.
3) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud, Pesara JKR, penduduk asal Kampung Sena
4) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud, Pesara JKR, penduduk asal Kampung Sena
5) Mokhtar A.K., Tuk Peduka Pahlawan Sejarah Di Negeri Indera Kayangan, Warisan Indera Kayangan
Bil 3 1991, Hlm. 28-29
6) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud
7) Muhammad Hassan bi Dato' Kerani Muhammad Arshad, Op.cit., Hlm. 74.
8) Sherard Osborn, The Blockade of Kedah In 1838, Oxford University Press, 1987, Hlm. 268-269.
9) R. Bonney, Kedah 1771-1821 The Search for Security and Independence, Oxford University
Press, K.L. 1974, Hlm.8
10) Sherard Osborn, Op,cit.,Hlm.268

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

11) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.269


12) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.272.
13) Sherard Osborn,Ibid.
14) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.276
15) Sherard Osborn,Op.cit.,hlm.273-274
16) Sherard Osborn,Op.cit. Hlm.275.
17) Sherard Osborn,Op.cit.Hlm.275-276.
18) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm. 274. Ini menunjukkan masjid lama Kangar lebih dahulu dibina
daripada masjid lama Arau yang dibina dalam tahun 1843. Tuan Syed ali, seorang warga tua di
Kampung Kebun, Arau Perlis menyatakan bahawa lokasi masjid lama Kangar ialah di tapak Pejabat
Tenaga Nasional (TEN) sekarang.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Anda mungkin juga menyukai