Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Ringkas Pentadbiran Negeri Pahang

400SM -1900M.
Pahang Di Zaman Bahari
Kewujudan Negeri Pahang mula di ketahui oleh Ahli Sejarah menerusi peta yang dilukis oleh Ptolemys yang
menceritakan berkenaan kedudukan Semenanjung Emas. Gambaran dari peta tersebut jelas kelihatan Sungai
Pahang. Peta yang dilukis oleh Platomy menarik perhatian para pedagang dari seluruh Eropah dan Tanah Arab
untuk datang ke blok sebelah sini untuk mendapatkan emas.
Pahang mempunyai pelbagai nama, Perkataan Pahang di ambil dari perkataan Kemboja yang bermakna Bijih
Timah ini kerana pada masa dahulu Negeri Pahang kaya dengan hasil bijih tersebut. Di dalam kitab-kitab lain
Negeri Pahang di panggil dengan pelbagai nama ;seperti Pong-Fong di dalam istilah orang Cina,Pan atau Pam di
dalam istilah Arab, Phaung atau Pahangh di dalam buku-buku orang Eropah. Pelbagai istilah ini menunjjukkan
pelbagai bangsa telah datang ke Pahang untuk berniaga atau menjelajah.
Bagi Orang Asli nama Negeri Pahang di ambil dari Pokok Mahang, iaitu sebatang pokok yang besar terletak di
Kuala Pahang Tua. Negeri ini di sebut juga Inderpura atau Pura sahaja sebagaimana dinyatakan di dalam
Kitab Sejarah Melayu. Nama pura bermaksud bandar atau pekan,maka Pekan kekal namanya sehingga ke hari
ini disebut orang Pekan Pahang asalnya ia nama sebuah negeri atau negara.(lihat W.Linehan- History of
Pahang )
Lama sebelum itu dari jumpaan sejarah di dapati beberapa alat kegunaan masyarakat dahulu tertanam di
Gunong Senyum dan di Sungai Lembing Kuantan. Alat-alat dari Zaman Mesolithic dan Noelithic. Manusia zaman
batu telah memduduki Pahang sejak awal lagi.
Dijumpai beberapa peralatan dari Negeri Cina di Pahang yang bertarikh 1500 Sebelum Masehi,seperti bekas
makanan dan tempat menyimpan peralatan rumah.Dijumpai juga sebuah Gendang Gangsa di Kg Tersang Kuala
Tembeling bertarikh 400 Sebelum Masehi, ini menunjukkan di Negeri Pahang pada masa itu sudah maju dan
mempunyai tamadun serta bandar. Bandar ini merupakan bandar perlombongan emas yang besar dan terkenal,di
datangi oleh ramai pendatang dari seluruh dunia.
Sekitar tahun 419H / 960Masehi telah terdapat kegiatan orang Islam di Pahang dengan terjumpanya sebuah batu
nesan di Pulau Tambun, di Pekan Pahang. Batu nesan itu secara jelas menceritakan tentang kematian si
empunya makam tersebut;

Jika dilihat di sini maka kita dapati jumpaan ini menyamai jumpaan makam Fatimah di Leran di Jawa yang
bertarikh pada tahun 475 H. Ahli sejarah berbelah bagi menerima batu nesan Pulau Tambun sebagai bukti
sejarah akan tetapi sejarah tidak boleh di putar belitkan dengan begitu mudah.

Pemerintah Pahang di Zaman Majapahit (1365)


Menurut Syair Negara Kertagarma yang disusun pada tahun 1365, Syair ini menceritakan keagungan dan
kebesaran pemerintahan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa. Pemerintahan Majapahit merangkumi wilayah yang
luas meliputi Tanah Jawa , Sumatera dan Tanah Melayu. Negeri-negeri di Tanah Melayu yang di tawan oleh
Majapahit termasuk Pahang,Kelantan dan Terangganu.
Menurut D Ederia,seorang padri bangsa Portugis, Islam telah di amalkan secara meluas di Pahang pada ketika
ini. Menurut beliau, Islam bertapak di Pahang hampir seratus tahun lebih awal dari Melaka. Bagi kita hal ini tidak
menghairankan kerana Islam telah bertapak di Terangganu lebih awal dari itu sekitar 1303 Masehi,ini kerana Batu
Bersurat Terangganu bertarikh sekitar tahun yang disebutkan tadi. Terangganu dan Pahang merupakan dua buah
negeri yang sangat berkait rapat dalam semua aktiviti ekonomi atau budaya. Bagi pelombong emas dan bijih
timah mereka datang ke Terangganu melalui Pahang,atau bagi pedagang dari Cina,Siam dan Kampuchea
mereka datang melalui Kelantan dan Terangganu menerusi Pahang untuk ke pantai barat.

1.Pemerintahan Maharaja Tajau (1378)


Dinyatakan oleh sejarah Cina, raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Penulis
percaya bahawa Maharaja Tajau ini merupakan raja dari kalangan Orang Asli tempatan,ini kerana tidak ada bukti
menunjjukan bahawa raja ini berasal dari kawasan sekitar yang lain. Tidak ada sebarag catitan yang mengatakan
bahawa ini berasal dari selatan atau timur wilayah negeri-negeri Melayu. Kemungkinan besar raja ini menguasai
Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit. Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan Cina dan
menghantar ufti ke sana. Di percayai saudagar Islam mempunyai tempat mereka yang tersendiri di dalam
pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selama meraka tidak
mencampuri urusan pemerintahan kerajaan.
2.Pemerintahan Maharaja Tasik Cini (1411-1416)
Selepas pemerintahan Raja Tajau, Ahli Sejarah Cina menyebutkan pemerintah Pahang ketika itu ialah
Parameswara Tasik Cini. Ibu kota pemerintahan ini dipercayai di sekitar Tasik Cini di kawasan Daerah Pekan.
Raja Cina telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat negara tersebut. Maka utusan dari
Parameswara Tasik Cini telah datang sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414.
Penulis percaya Permaisuri Tasik Cini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan dari keturunan Orang
Asli tempatan ,akan tetapi di masa ini serangan phak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai
kawasan perlombongan emas dan bijih timah. Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang
mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjjukan bahawa kawasan paya ini semasa dulu merupakan
lombong bijih bukan kawasan penanman padi pada awalnya. Ahli Sejarah Cina menceritakan bahawa istana
Maharaja Tasik Cini di perbuat dari emas. Keadaan ini sudah tentu menarik minat para penguasa dari luar untuk
menguasai kekayaan yang luar biasa ini.
Dalam pada itu perkembangan Islam di Pahang di percayai semakin meluas pada masa ini di sekitar kawasan
pantai laut dan pendalaman pinggir pantai di Negeri Pahang. Di percayai saudagar Arab yang menguasai aliran
perdagangan di Asia juga menguasai sebahagian perdagangan di Pahang ketika itu, terutama bahan-bahan
perdagangan seperti Kayu Gaharu, Gading Gajah,Kemiyan dan hasil hutan.
Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Siam (1436- 1454)
3.Maharaja Dewa Sura
Siam menguasai Pahang ketika Melaka sedang kembang mekar. Di bawah pemerintah raja-raja Melaka yang
bijaksana. Penguasaan Siam ke atas Pahang semakin sukar. Pemerintah Siam datang ke Pahang untuk
menguasai perdagangan bijih timah dan emas. Mereka memasuki Pahang dari kawasan Ulu Terangganu.
Penguasaan Orang Siam ke atas Pahang di akui oleh beberapa sarjana dan Ahli Sejarah kerana banyak namanama temapt di Pahang menpunyai kaitan dengan Siam seperti Jeram Siam, Parit Siam dan di percayai nama
Sungai Tembeling di beri nama oleh orang Siam dari perkataan Tan- ma ling .
Di antara wakil Siam yang disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, ialah Maharaja Dewa Sura(1454):

Syahdanmaka diceriterakan oleh yang punya ceritera. Adala di dalam Pahang itu sebuah negera Pura
namanya.airnya sungguh tohor dengan pasirnya terlalu baik,air sungai itu tawar datang ke laut dan ada emas
urai di sana. Adapun dahulu kala Negeri Pahang itu taaluk kepada Siam, Maharaja Dewa Sura nama
rajanya,Keluarga juga pada Paduka Bubun
Perkataan Air sungai itu tawar datang ke laut menunjukkan kawasan yang di sebutkan itu adalah Kuala Sungai
Pahang Tua berhampiran Kuala Selangor, sebab tidak ada air di kuala sungai tawar sebagaimana sungai di
Pahang Tua. yang airnya tawar sehingga masuk ke dalam laut,kawasan kuala nya sempit dan tohor, keika air
pasang barulah kapal kecil boleh masuk ke dalam kuala.
Ketika berlaku peperangan kali kedua di antara Melaka dan Siam,pihak Siam telah kalah dan berundur ke
Pahang,melihat situasi ini Tun Perak tidak melepaskan peluang untuk mengekori tentera Siam lalu menyerang
Pahang, Kitab Sejarah Melayu menceritakan :
Telah beberapa hari berjalan sampailah ke Pahang, maka orang Melaka pun berperanglah dengan orang
PahangMaka dengan kuasa Allah Taala yang amat kuat maka dengan mudahnya juga Pahang alah kepada
Melaka
Perkataan maka dengan mudahnya memberi pelbagai pertanyaan kepada kita keadaan di Pahang ketika itu
Oleh kerana kedudukan wakil Siam di Negeri Pahang tidak begitu kuat kerana di percayai sudah ramai penduduk
Pahang memelok Islam,maka pasukan kecil dari Melaka begitu mudah mengalahkan Siam di Pahang. Mereka
berjaya menguasai Pahang dan meletakkan wakil raja di negeri ini.
Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Melaka
Setelah Melaka dapat menawan, maka Sultan Mansor Shah telah melantik wakil raja di Pahang sebab pada
masa itu belum ada raja muda yang layak menjadi raja sebagai wakil sultan,sehingga berlaku peristiwa
pembunuhan Tuan Besar anak Tuk Perak :
Maka Seri Bija Diraja dititahkan oleh Sultan tinggal di Pahang,dianugerhi dengan nobat dan payung iram-iram
serta diapit oleh jasanya merangka Maharaja Dewa Sura..setahun sekali ia menghadap ke Melaka
Keadaan ini berjalan selama beberapa tahun sehingga berlaku peristiwa pembunuhan anak Tun Perak oleh Raja
Muhammad:
Sekali peristiwa Raja Muhammad pergi bermain kuda di kampong Bendahara Paduka Raja. Adapun pada masa
itu Tun Besar anak Bendahara sedang bermain sepak raga di lebuh bersama orang muda-muda..
Maka Raja Muhammad pun laluMaka raga itu jatuh menimpa destar Raja Muhammad,jatuh ke tanah. Maka
kata Raja Muhammad: Cis jatuh dastar kita oleh Tuan Besar..Maka berlari-lari orang membawa puan.maka
ditikamnya Tun Besar kena belikat terus ke hulu hati.Maka Tun Besar pun matilah.
Setelah di dengar oleh Sultan Mansur Shah baginda memanggil Raja Muhammad,maka titah bagindaCelaka Si
Muhammad.apa tah daya ku engkau ditolak bumi Melaka
Maka Seri Bija Diraja pun datanglah,maka Raja Muhammad diserahkan baginda pada Seri Bija Diraja disuruhkan
dirajakan di Pahang.
Sejak itu Negeri Pahang mempunyai raja yang berdaulat dan mempunyai peraturan seperti lain-lain negeri yang
ada raja.
4. Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475)
Sebelum Raja Muhammad memerintah Pahang, Negeri Pahang di perintah oleh wakil raja Melaka yang bernama
Dato Seri Bija Diraja. Kedudukan beliau ketika itu di Pahang seperti raja. Raja Muhammad sepatutnya
mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa
sepaktakraw yang mengenai kepala baginda,langsung di bunuhnya anak bendahara kerana peristiwa itu,maka
baginda dihantar menjadi raja di Pahang. Beliau dilantik menjadi raja Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran
Sultan Muhammad Shah. Wilayah kekuasaan baginda dari Sedili hingga ke Terangganu. Baginda bersemayang
di Tanjong Langgar Pahang Tua, Pekan, terdapat banyak makan raja Melaka di Pahang Tua.
Dengan tertaaluknya Pahang ke bawah kekuasaan Melaka,maka dengan resminya Pahang sudah menjadi
sebuah negara Islam ketika itu. Maka rakyat jelata yang sudah ramai memelok Islam menyambut baik

kedatangan raja Melaka yang membebaskan mereka dari cengkaman Siam yang beragama Budhha.
Kedatangan orang Melaka bukan sahaja mengubah corak pemerintahan dan politik,akan tetapi membawa
bersama mereka Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka yang berasaskan perundangan Islam
dan bermazhab Syafiee.
5. Raja Ahmad bin Sultan Mansur Shah (1475- 1794)
Kematian Sultan Muhammad Shah digantikan oleh adiknya Raja Ahmad, pada masa pemerintahan Raja Ahmad
kemajuan Islam di Pahang menjadi semakin maju dan berjaya. Kalau kita merujuk kepada kisah Tun Teja yang
dirampas oleh Sultan Melaka,maka kita dapati pada akhir kisah ini Raja Ahmad merajuk di atas perbuatan tidak
bermoral Raja Melaka terhadap baginda.Dengan itu baginda meletakkan jawatannya sebagai raja dan digantikan
oleh anaknya Raja Jamil.
Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana dan tahta kerajaan lalu mudik ke hulu Sungai Pahang
sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri,alat muzik kebesaran diraja. Baginda sampai ke Lubuk
Pelang,maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah.Dinyatakan di dalam kitab-kitab
lama baginda bersyeikh diri yakni bersuluk.Bersyeikh maksudnya masuk syeikh itu meletakkan diri dibawah
bimbingan seorang guru. Pada masa itu di yakini Lubuk Pelang merupakan sebuah tempat pengajian yang agak
terkenal di Pantai Timur. Baginda tinggal di sana sehingga baginda meninggal dunia. Makam baginda sehingga
kini ada di sana bersama dengan dua lagi makam Sultan Mansur iaitu anaknya dan makam Puteri Berdarah
Putih. Makam itu bukan makam Sultan Jamil kerana makam Sultan Abdul Jamil ada di Pekan. Penulis Abdul
Halim Nasir di dalam catitannya dalam Utusan Melayu (16.4.1997) menyatakan bahawa makam ini sah
kepunyaan Sultan Ahmad kerana batu nesan ini sama dengan batu nesan kepunyaan isterinya di Pekan yang
terdiri dari Batu Nesan Acheh bertarikh 1497.
Pada masa itu Lubuk Pelang merupakan pusat pendidikan Islam bercorak tasawuff. Makam Raja Ahmad digelar
Marhum Sheikh yakni baginda merupakan seorang ahli tasawuff yang mengikut tarekat yang tertentu. Kitab
Sejarah Melayu menceritakan:
.dan Sultan berdiam ke hulu (Sungai Pahang)selagi kedengaran bunyi nobat maka baginda mudik jua ke
hulu hinggga ke Lubuk Pelang (dekat Kuala Krau,Temerloh Pahang) namanya. Di sanalah baginda diam,tiada
kedengaran bunyi nobat lagimaka sultan bersyeikh dirinya.itulah disebut orang Marhum Syeikh.
Kedudukan Lubuk Pelang sebagai pusat pengajian di iktiraf oleh Kerajaan Acheh di Sumatera,sehingga pada
tahun 1640 di hantar seorang pelajar yang bernama Hamzah Fansuri ke sana untuk mendalam Ilmu Hakikat dan
Ilmu Tasauwuff.Perjalanan Hamzah ke Pahang ini merupakan perjalanan awal beliau ke luar negara sehingga
beliau sampai ke Mekah, Syaria,Irak dan Palestine. Hamzah ke Pahang atas arahan Puteri Kamaliah iaitu
seorang anak raja Pahang yang dijadikan isteri oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.Puteri Kamaliah
berminat di dalam bidang tasawuff dan berminat mengkaji ilmu berkaitan dengan
Penulis berpendapat pondok pengajian di Lubuk Pelang masih kekal sejak dari tahun 1490 hingga ke tahun 1640
sebagai pusat pengajian bercorak tasawuff dan memgajar ilmu-ilmu tarekat dan ilmu-ilmu hakikat. Ia bukan
sebuah pondok yang mengajar ilmu syariat semata-mata.

6. Raja Jamil (1794 1512)


Pada masa pemerintahan Raja Jamil, angkatan Siam di bawah Raja Ligor datang semula untuk menaluki
Pahang. Di sini kita dapat lihat semangat jihad orang-orang Pahang dan Melaka dalam mempertahankan agama
mereka, kalau selama ini mereka bersengketa namun apabila keadaan terdesak,umat Islam berdepan dengan
musuh mereka yang satu maka pasukan Pahang dan Melaka bekerjsama,bertolong bantu melawan musuh Allah.
Akhirnya pasukan Siam gagal menaaluki Pahang dan mereka sempat membina Kota Seri Biram yang didirikan
oleh Orang-orang Melaka selama tiga hari tiga malam sebelum kedatangan tentera Siam.

7. Sultan Mahmud (1522- 1530)


Baginda merupakan seorang sultan yang sangat berjasa kerana dapat mempertahankan Negeri Pahang dari
menjadi jajahan Portugis. Portugis telah beberapa kali datang menyerang Pahang, pada tahun 1523,1525,1528
untuk menguasai dan menkristiankan negeri ini . Dengan kekuatan dan kepintaran Sultan Mahmud Pahang,
semua serangan itu dapat dipatahkan oleh Baginda.
8. Sultan Muzaffar (1530)
9. Sultan Zainal Abidin (1540)
10. Sultan Mansur 2 (1555)
Pada masa pemerintahan baginda,hubungan Pahang,Perak dan Acheh begitu baik,anaknda baginda menjadi
permaisuri di Perak bernama Puteri Putih. Baginda merupakan seorang raja yang mencintai Islam,menyertai misimisi dakwah. Dan akhirnya baginda mati ketika berperang menentang angkatan perang dari kumpulan Jawa Kafir
pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani(1960),maka Sultan Mansur 2 di gelar Marhum Syahid.
Kisah kekuatan amalan Islam di kalangan raja Pahang jelas digambarkan oleh Kitab Sejarah Melayu ketika
menceritakan kisah Raja Ahmad yang dipelihara oleh Sultan Mansur:
Hatta maka seberapa lama maka Raja Ahmad pun besarlah,bolehlah baginda di cucikan. Maka Sultan Pahang
pun berlengkap akan mengejakan anaknda Baginda Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi untuk
bertindik.maka anaknda baginda kedua pun ditindik oranglah dan Raja Ahmad pun bersunatlah.
Setelah selesai daripada itu maka Raja Ahmad diserahkan baginda mengaji ,Hatta maka baginda pun tahu
mengaji.dan sangat tertib kelakuanya dan halus manis perkataanya,lagi sangat tahu mengambil hati segala
menteri dan hulubalang dalam Pahang itu. Akan Bendahara jangan di kata lagi sangat baginda merendahkan diri
dan menteri yang tua-tua,barang tegur ajar tidak dilalui baginda.Sultan Pahang amat kasih memandang budi
bahasa dan perketi halus manis itu.
Disebutkan juga peranan kadi di dalam upacara keagamaan,sebegaimana berikut:
Setelah datang ke balai rong seri, Sultan Pahang sendirilah menyambut tangan ananknda baginda Sultan
Ahmad, di dudukkan di atas ciau antelas badar silamaka tampilah KADI menikahkan.
11. Sultan Abdul Jamal (1560)
12. Sultan Abdul Kadir (1567)
13. Sultan Abdul Gahfur Mohaidin Shah (1590-1614)
Sultan Abdul Ghafur merupakan seorang sultan yang berjiwa agama, Baginda memilih untuk mengawini puteri
Raja Patani dalam tahun 1584. Baginda adalah raja pertama yang mengasaskan Hukum Kanun Pahang. Hukum
kanun ini menyerupai Hukum Kanun Melaka dalam bentuk versi Pahang. Hukum Kanun ini diguna pakai di Perak
dan Berunai pada ketika itu. Baginda cuba untuk melaksanakan system perundangan Islam di Pahang, tetapi
malang usaha ini mendapat tentangan dari keluarga baginda sendiri.
Naskah Hukum Kanun Pahang masih kekal wujud sehingga ke hari ini dengan di buat kajian oleh beberapa
professor dari universiti dalam dan luar negara.Menurut riwayat orang tua-tua,usaha baginda ini mendapat
sokong dari ulamak-ulamak di seluruh Nusantara,maka ramailah para ulamak datang ke Pahang ketika itu
seperti; Imam Makasar yang membuka Kampong Makassar di Pekan datang dari Selewasi, Imam Suji Bilang
yang datang dari Minangkabau, Imam Besar yang datang dari Jawa.
Baginda seorang yang baik hati,baginda memberi layanan yang baik kepada semua rakyat jelata termasuk
kepada utusan dari Portugis dan Belanda yang datang ke Pahang sekitar tahun 1607 dan 1608.
Pada tahun 1614 terjadi pemberontakan di Pahang,maka Sultan Abdul Ghafur mangkat, beberapa tahun
kemudian Sultan Iskandar Muda dari Acheh datang menaaluki Pahang untuk mengelakkan Pahang jatuh ke
tangan Portugis. Sultan Iskandar Muda telah membawa pulang Raja Pahang ketika itu yang bernama Raja
Ahmad bersama 10,000 rakayt Negeri Pahang ke Acheh.

Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Acheh


14.Raja Abdullah (1617)
Pada masa Negeri Pahang di bawah taalukan Acheh, keadaan politik dan pemerintahan Pahang sangat tidak
tenteram. Kesan dari pertelingkahan Portugis dan Belanda, serangan dari Acheh dan perebutan kuasa di antara
waris-waris Kesultanan Melaka yang sudah tewas kepada Portugis.
Namun begitu di bahagian pendalam Pahang keadaan adalah berbeza, suasana kucar kacir di kawasan pantai
sebaliknya memberi peluang yang besar kepada semua saudagar yang terdiri dari pelbagai bangsa untuk
mengaut hasil mahsul Negeri Pahang. Lombong emas dan permata di terokai,hasil hutan di bawa keluar tanpa
halangan dari pemerintah,kawasan baru dan penempatan baru dibuka seluas-luasnya.
Menurut Ahli Sejarah, sejak awal tahun 1600 kemasukan orang Bugis dan Minangkabau bermula dengan
hebatnya ke Pahang, golongan ini membuka penempatan dan kampong baru, mereka juga berjaya memujuk
Orang Asli supaya memelok Islam. Mereka membuka Bandar baru seperti Temerloh,Mengkarak,Mempatih
,Raub,Jerantut dan Pulau Tawar. Mereka memasuki Pahang melalui Ulu Muar, Serting dan turun ke Sungai Bera
lalu memasuki Sungai Pahang. Dari sana mereka membuka Bandar Cenor, Kemudian membuka Bandar
Mengkarak,Bandar Temerloh. Laluan perjalanan suadara yang terdiri dari pelbagai bangsa Melayu termasuk juga
sebilangan kecil saudagar Cina,India,Holand dan Portugis serta Arab.
Hasil barangan yang diperolehi dari Pahang dijual kepada saudagar Portugis di Melaka, Golongan Minangkabau
lebih berpihak kepada Portugis dari pada Belanda.Mereka ini mengadakan perkahwinan campur sesama
mereka;sebagaimana kata Tuk Shahibudin dalam syairnya:
Seorang pun tidak ada yang tinggal
Keling dan Cina,Bugis dan Benggal
Sehingga bercicit nutfahnya tanggal
Datuk Perkasa ( ) itulah asal

15.Raja Muda Bajau (1673)


16.Raja-raja Terakhir Kesultanan Melaka (1677-1699)
Dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Pahang tertaaluk di bawah kekuasaan Johore
membentuk tiga ikatan negara yang falsafahnya : beraja ke Riau,bertemenggung ke Johore dan berbendahara
ke Pahang . Oleh kerana Pahang terletak diluar dan jauh dari pemerintahan pusat maka suasana Negeri Pahang
agak terbiar dan tidak dipedulikan namun ia aman dan tenteram, Kita dapati juga susunan kekuasan dan hairaki
pentabdiran sudah wujud dengan baik.
Sejak dari zaman Sultan Abdul Ghafur telah wujud jawatan Orang Besar Berempat, juga telah wujud jawatan
mufti dan kadi. Terdapat pada masa itu seperti jawatan mufti yang disandang oleh Imam Dzul Bayan di
Mengkarak,beliau di gantikan oleh anaknya Imam Nur Qadim.
Di Kampung Bangau wujud jawatan kadi yang disandang oleh Kadi Ismail dari keturunan Daeng Lima Saudara.
Dipercayai sudah wujud jawatan mufti lebih awal dari Imam Dzul Bayan,ini kerana di zaman Sultan Abdul
Ghafur,Hukum Kanun Pahang telah dijalankan dengan baik.
Pada masa ini telah terjadi kemasukan Orang Minangkabau secara besar-besaran ke Pahang samada melalui
Negeri Sembilan atau dari Riau. Orang Minangkabau merupakan pedangang yang rajin dan berani. Mereka
membuka kampong dan pemenpatan baru di Pahang. Mereka juga menguasai politik seperti di Kuala Lipis, di
Temerloh dan Cenor.(lihat W.Linehan dlm History of Pahang)
Froum about 1550 Minngkabau settler had been pouring into Pahang through Ulu Muar, and had partly opened
up the interior,mined gold in the Jelai,dealt in jungle produce,elephant ivory and the like..
Mereka membuka Bandar-bandar baru dan kawasan perlombongan baru,Menurut Dagh Register Record dalam
tahun 1644: The Minangkabau very bravely removed their property from Pahang.
Kemasukan Orang Minangkabau bukan sahaja mencari harta tetapi juga berdakwah kepada masyarakat Orang
Asli di kawasan pendalaman seperti Tuk Suji Bilang yang sanggup berkahwin dengan Tok Bakul anak kepada Tuk
Batin Saridun. Mereka berkahwin dengan Orang Asli, mengislamkan mereka, membuka pondok
pengajian,membina masyarakat dan mengwujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan cara menacari makan
secara baru. Begitu juga dengan Tuk Besar dan Tuk Ali Mambang yang sengaja datang ke Pahang dengan tujuan
untuk berdakwah. Hasilnya kawasan-kawasan pendalam Pahang secara meluas telah memelok Islam dan
beramal dengan Islam. Mereka membuka pondok-pondok pengajian agama Islam dan mengajarkan kepada

masyarakat nilai Islam yang baik. Maka pada zaman Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720, di Negeri Pahang
terdapat berpuluh-puluh pondok besar dan kecil seperti Pondok Mengkarak,Pondok Kg Baduk, Pondok Kampung
Berhala Gantang,Pondok Kampung Bangau, Pondok Kampung Sentang, Pondok Kampung Kuala Bera dan lainlain.

Pemerintah Pahang di Zaman Kekuasaan Bendahara


17.Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Pahang menerima kemasukan Orang-orang Bugis khususnya terdiri dari pengikut Raja Bugis Lima Bersaudara.
Ini mengukuhkan lagi kedudukan Islam di kalangan masyarakat kerana anak bugis lima bersaudara ini sangat
kuat semangat keislaman mereka dan anti kristian Portugis dan Belanda. Anak Raja Bugis Lima bersaudara
datang ke Pahang atas undangan Raja Sulaiman bagi mengalahkan pengaruh Raja Kecil yang berketurunan
Minangkabau. Raja Kecil menuntut takhta Kerajaan Pahang kerana menurut beliau,ia adalah waris dari Sultan
Mahmud Mangkat di Julang yang mati tidak meninggalkan pewaris takhta kerana pada masa itu berlaku
perebutan kuasa dan beliau masih kecil. Keadaan huru hara kerana Sultan Mahmud telah menghukum mati isteri
Megat Serirama yang mengandung dan memakan nangka kepunyaan Sultan.
Raja Bugis Lima Bersaudara berjaya menghalau Raja Kecil yang mendapat sokongan Raja Jambi dan
masyarakat Minangkabau yang ramai terdapat di Pahang ketika itu. Antara legasi peninggalan Orang Bugis ialah
Pondok Pengajian Tuan Kadi Ismail di Bangau Tanjung. Pusat pengajian ini membawa kembali fahaman Widatul
Suhud dan menentang Fahaman Wihdatul Wujud yang ada pada masa itu. Mereka kembali menegakkan
Fahaman Ahli Sunnah wal Jemaah dan menghapuskan semua saki baki pengikut Salek Buta dan yang
seangkatan dengan nya yang banyak terdapat di kalangan orang-orang Rawa. Di antara Tokoh yang amati
dikagumi ialah Raja Ali Haji yang terkorban di dalam pertempuran dengan Belanda sebagai seorang syuhada!!!
18.Bendahara Tun Abbas
19.Bendahara Abdul Majid(1770-1802)
20.Bendahara Tun Muhammad (1802)
21.Bendahara Tun Koris(1802 - 1806)
22.Bendahara Tun Ali (1806-1857)
Sejak dari zaman Bendahara Tun Abdul Majid sehingga ke zaman Bendahara Tun Ali , suasana politik Negeri
Pahang begitu aman dan tenteram. Pada masa ini kegiatan agama begitu berkembang dan berjalan dengan baik
diseluruh negeri. Menurut Syair Ghafilah hampir setiap daerah dan mukim terdapat seorang guru agama yang
mashyur dan alim ketika itu seperti di Sanggang, Cenor,Bera,Pekan,Temerloh,Mengkarak,Kuala Lipis.
Menurut pengkaji barat dari tahun 1770 hingga ke 1850 merupakan zaman kemewahan di negeri Pahang dengan
hasil yang banyak dan murah. Rakyat dapat menikmati kehidupan dan menjalankan kegiatan keagamaan dengan
begitu baik dan tersusun. Ini kerana tidak berlaku serangan musuh dari luar dan keadaan politik di dalam negeri
pun aman kerana tiada berlaku perebutan kuasa.

23.Bendahara Tun Mutahir (1857 -1863)


Pemerintahan Kesultanan Pahang
24.Sultan Ahmad Shah 1
25.Sultan Mahmud Ibni al Marhaum Sultan Ahmad Shah 1
Baginda memerintah Pahang dalam masa yang singkat,tetapi Baginda mempunyai polisi yang baik dalam urusan
agama. Baginda telah memberi kuasa yang sangat besar kepada kadi dan mufti untuk menjalankan pentabdiran
ke atas orang Islam. Mufti dan Kadi merupakan wakil sultan yang diberi kuasa penuh menghukum pesalahpesalah sehingga rakyat jelata sangat hormat kepada golongan ini. Baginda juga telah mengadakan Kelas Al
Quraan dan mengalakkan para ulamak menulis kitab-kitab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kadi
Ibrahim.

26.Sultan Abdullah ibni al Marhum Sultan Ahmad Shah 1


27.Sultan Abu Bakar Ibni al Marhum Sultan Abdullah
Baginda merupakan sultan yang memerintah Negeri Pahang dalam masa yang agak lama, Pelbagai usaha di
lakukan Baginda untuk memajukan Islam di negeri ini. Baginda memulakan usaha dengan menyusun pentadbiran
agama. Majlis Agama Islam diwujudkan dan kutipan wang zakat diselaraskan. Hasil kutipan zakat diagihkan bagi
memajukan syair Islam. Jawatan mufti telah diberikan kepada orang yang berbangsa Arab,malah baginda
sanggup mengambil orang luar sebagai mufti di atas kelayakan yang dimiliki oleh orang tersebut.
Baginda juga cuba memajukan pendidikan Islam di Pahang dengan mendirikan sebuah sekolah tinggi agama
yang diberi nama Kulliah Sultan Abu Bakar dengan tujuan supaya pelajar yang miskin dan kekurangan tidak
perlu lagi keluar negara untuk melanjutkan pelajaran.Disamping itu untuk pelajar wanita di dirikan pula Kulliah
Tuanku Ampuan Fatimah, Sekolah-sekolah peringkat daerah di selia dan diberi peruntukan yang sewajarnya.
Setahun sekali baginda akan mengadakan lawatan ke seluruh negeri dari sebuah mukim ke sebuah mukim,tidak
ketinggalan baginda melawat semua sekolah-sekolah agama dalam mukim tersebut. Dijumpai juga sebuah kitab
tafsir al Quran yang di cetak di atas pembiayaan Baginda, kitab tafir ini dicetak di Sumatera.
Menurut Saudara Ariffin Said seorang Ahli Budyawan Pahang: Keupayaan mempertahankan akidah umat Islam
dari dipengaruhi unsur-unsur Kristian,merupakan satu sumbangan yang sangat besar yang dapat di lakukan oleh
raja-raja dan para ulamak di zaman dahulu yang tidak kita sedari.

Anda mungkin juga menyukai