Anda di halaman 1dari 8

TASAUF RASULULLAH SAW DAN MENGENAL DIRI Dalam Kitab Ilmu Tahqiq Manhalus Shofi Fi Bayaani Ahli-Sufi peringatan

yang sang at penting bagi mereka yang ingin memasuki dunia Tasauf sebagaimana berikut; Setengah daripada yang tidak dapat tidak(yakni WAJIB) bagi orang yang murid yang hendak berjalan kepada Allah Subhanahuwa Taala, jalan Ahlullah, iaitu bahawa he ndaklah melazimkan diri dengan "Adab Syariat" Nabi kita Muhammad SAW. Yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah. Kemudian m asuk ia pada "Thoriqat Nabi kita SAW" yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan oleh Nabi yang terdiri dari amal atas kemampuan. Tiadalah maqam yang terlebih(af dhal) daripada mengikut Nabi SAW pada perbuatannya, larangannya, kelakuannya dan perangainya. Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan dengan mengikut Nabi kit a SAW kerana dialah Ariffin yang mengetahui dengan sesuatu yang menghampirkan di rinya kepada Allah dan kepada redhoNya. Sesungguhnya telah berjalan Ia(Rasululla h SAW) dengan Dia bagi dirinya dengan demikian jalan. Barangsiapa yang mengikut akan dia(Rasulullah SAW) padanya, maka tiada maqam yan g terlebih afdhal daripada maqamnya. Setengah daripadanya dapat kasih Allah Taal a seperti firman Allah Taala; "Katakanlah olehmu ya Muhammad! Jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikut oleh k amu sekalian akan daku nescaya dikasih akan kamu oleh Allah Taala" Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a ada membuat peringatan ini dalam Kitab Hikamnya ; "Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut"Thoriqat Muhammadiyah" (yakni Sunnah Rasulullah SAW) dan berjalan mereka itu dengan kein ginan mereka". Demikianlah dasar yang menjadi intipati sandaran para pendokong Ilmu Sufiah, tid ak sama sekali berenggang jauh dengan petua dan amalan-amalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Sejarah telah membuktikan akan keluhuran dan ketinggian pe ribadi Rasulullah SAW, para sahabat-sahabat yang keistimewaan dan kekuatan jiwa dan ruh Islam yang hakiki mengalahkan tamadun-tamadun yang sebelum itu, semasa i tu dan selepas itu dan yang ada sekarang ini. "Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil ol eh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan". (Al-Hasyr: 09) Tulisan ini adalah merupakan usaha untuk mengheningkan kebingungan golongan yang mendakwa diri mereka pengamal tasauf sedangkan mereka telah tertipu dan terpeda ya oleh syaitan laknatullah kerana meremeh-remehkan syariat malah ada yang sampa i ke tahap membuang terus kemuliaan syariat ini semata-mata beralasan bila sudah berada dipuncak, segala hukum dan tuntutan syariat tidak boleh dipakai. Mereka bukan sahaja tergelincir dari "jalan yang benar" malah boleh menyebabkan orang awam(kebanyakan orang ramai) akan menjadi keliru dan turut terjebak dalam golongan yang suka saya gelarkan "Tasauf Kebatinan". Marilah sama-sama kita perhatikan bagaimana Tasauf membayangi kehidupan Rasulull ah. Mula hidupnya dengan mempelajari rahsia dan hikmah alam dengan bersunyikan diri diri Gua Hira' sehingga menjadi Rasul. Rasulullah sangat kuat bertahajud, berist igfar, berzikir, sembahyang hingga bengkak kakinya kerana lama berdiri Qiyam. Rasulullah menangis kerana takutkan TuhanNya. Rasulullah menunjukkan kepada Abu

Hurairah rupa dunia yang kotor ini dengan contoh satu lopak yang bertimbun-timbu n bangkai manusia dan binatang dan barang buruk buangan. Semua ini terang dalam hadis yang shohih. Rasululah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk. Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman; "Aku di sisi orang-orang yang pecah remuk redam hatinya" Rasulullah tidur di atas tikar yang kasar. Badannya berlarik bekas tikar itu di kedua lambungnya hingga menangis Sayyidina Omar Al-Khattab dengan keadaan Nabi i tu. Asas pembinaan peribadi yang luhur dengan ketaatan yang tinggi terhadap Allah Ta ala ini telah diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda. Tiap-tiap seorang muslim pa da zaman Rasulullah jadi Abid dengan hidup cara tasauf dalam kecergasan tabie se mulajadi. Sahabat-sahabat Nabi itu memandang dunia sebagai Rasulullah memandang dunia deng an rendahnya dan bersedia menghadap akhirat semata-mata kerana Allah. Kerana rin gan dan murahnya nilai dunia ini, maka mudah sahaja dijijak dan diperhambakan hi ngga mereka menguasai dunia ini dan dengan dunia yang diperhambakan itu mereka m embeli dan berjaya memenangi akhirat. Maka menguasai dunia untuk dijadikan tungg angan ke akhirat. Sekali-kali tidak ada peluang diberikan kepada dunia itu menak luki mereka atau mengatasi mereka. Kerana itu mereka berjaya di dunia dan di akh irat iaitu terus menang dalam jihad mereka. Abu Bakar, bila beribadat kerana takut kepada Allah hingga bernyawa seperti jant ung terbakar. Beliau membaca Al-Qur'an sepanjang malam; termakan makanan syubhat termuntah-muntah. Dalam satu peperangan Abu Bakar menyerahkan semua harta kekay aannya kepada Rasulullah kerana memenuhi seruan jihad. Inilah jiwa tasauf yang t erpancar pada Abu Bakar Al-Siddiq. Omar Ibni Al-Khattab yang menghancurkan Empayar Rum dan Parsi, menguasai timur d an barat yang bertamadun zaman itu penuh dengan kekayaan harta dan perbendaharaa n; ia kerap makan tidak berlauk, bajunya bertampal 12 tampal, lambat satu hari k e masjid hingga tertunggu-tunggu jamaah yang hendak beriman akan dia. Bertanya s ahabatnya; "Kenapakah lambat ya Amirul Mukminin?" Sahutnya; "Aku membasuh kain(d an tunggu hingga kering) tak ada kain lain". Inilah ruh Tasauf yang menjelma mel alui Omar Ibni Al-Khattab. Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya. Suatu h ari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Oleh kerabna sudah sehari suntuk tidak makan , tetapi bila ia hendak menyuap tamar yang ada di rumah itu teringat ia tidak ta hu tamar siapa? hingga isterinya Fatimah menerangkan itu memang disimpankan untu knya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar oorang memberi salam dan berka ta; "Saya orang miskin kelaparan. Kerana Allah ..Ya Ali!!! berilah saya makanan" . Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu. Bila akan menyuap yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya Ali.... saya anak yatim. Kerana Allah berilah saya makan kerana sangat lapar". Tidak jad i dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu. Baru hendak menyuap yang ketiga, datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seor ang yang merana. Kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus di berianya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah. Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda meraung menangis hingga gempar dan haira n orang

melihatnya. Bila ditanya kepada janda-janda itu?, jawab mereka: "Tumbanglah harapan kami, putuslah pergantungan kami, kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami" Tegasnya dalam sulit, tiada dengan t ahu sesiapa Ali menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana kesenangan orang lai n. Inilah kemurniaan Tasauf yang bergemilapan pada peribadi Sayyidina Ali bin Ab i Talib. Abu Ubaidah bin Jarah, pahlawan Islam, pembuka dunia baru mengembangkan Islam, j adi Raja(Amir) di Syam negeri yang mewah makmur dengan kekayaan. Manakala Umar m elawat Syam dan bila masuk ke istana tiada kelihatan apa-apa benda kecuali sebij i pinggang dan sehelai tikar. Umar pun menangis kerana kasihan dan sedihkan nasi b Abu Ubaidah yang menderita dalam negeri yang mewah. Memandangkan hal itu, Abu Ubaidah berkata; "Ya Amirul Mukminin, adakah tuan menangiskan nasib saya sedangkan saya telah men jaulkan dunia saya untuk membeli akhirat". Generasi seterusnya terus mewarisi pesaka keluhuran budi dan ketinggian ubudiyah ini dengan Melazimi dan mengekali wirid harian untuk mendapat Warid, Imam Ali bin Hussin r.a sembahyang sunat sebanyak 1,000 rekaat sehari semalam. Aulia Allah Daud Al-Thoni tidak mengunyah makanannya tetapii direndamnya dalam a yer dan menelannya. Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu, beliau menjawa b, untuk menjimatkan masa kerana masa itu saya gunakan membaca al-Qur'an. Sheikh Junaid Al-Bagdadi menegaskan: " Apa yang aku dapat dalam bidang kerohania n adalah melalui tiga perkara: Pertama - menjauhkan dunia; Kedua - puasa; Ketiga - berjaga sepanjang malam. Beliau berkata lagi Kesufian itu ialah lari dari dunia menuju Allah dan berada s entiasa dalam ibadat, carilah kesufian itu dalam diri sendiri Sejarah Wali Allah Abu Hassan al-Khorkhoni mencatatkan selama 30 tahun dia tidak tidur malam. Mansur bin 'Amar berkata; Kebersihan hati dicapai dengan empat latihan: bercampu r dengan Aulia Allah, mengaji al-Qur'an, sembahyang di waktu malam, mengeluarkan air mata pada masa sembahyang. Imamiyah Tasauf Sheikh Junaid Al-Baghdadi, pada waktu menerangkan tujuan Shufi, mengatakan, "Kami tidak mengambil Tasawwuf ini difikiran dan pendapat orang, tet api kami ambil dari dari menahan lapar dan menahan kecintaan kepada dunia, menin ggalkan kebiasaan kami sehari-hari mengikuti segala yang diperintahkan dan menin ggalkan segala yang dilarang." Jelasnya dan nyata sekali kini, bahawa Ilmu Tasauf ini bukanlah semata-mata ilmu yang hanya bermain-main dengan kata-kata hakikat atau makrifat yang dijadikan t opik perbualan di kedai-kedai kopi dengan meremeh-remeh dan mempersendakan syari at. Ianya adalah sesuatu yang "besar" melebihi jangkaun fikiran. Hayatilah catatan p engalaman Hujjatul Islam Imam Ghazali ini yang tercatat dalam Kitabnya Minhajul 'Abidin sebagai satu rumusan mengenai Tasauf ini Ketahuilah .....Hal ibadat telah cukup kami fikirkan, telah pula kami teliti jal annya dari awal hingga tujuan akhirnya yang diidam-idamkan oleh para penempuhnya (abid/salik/ilmuan). Ternyata suatu jalan yang amat sukar, banyak tanjakan-tanjakannya(pendakiannya), sangat payah dan jauh perjalanannya, besar bahayanya dan tidak sedikit pula hal

angannya dan rintangannya, samar di mana tempat celaka dan akan binasa, banyak l awan dan penyamunnya, sedikit teman dan penolongnya. Bayangan salah satu tempat celaka dan binasa ini boleh diambil iktibar dari kisa h Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani yang pada satu masa berada di dalam hutan tanpa makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Sheikh itu menghilangkan dahaganya. Dengan tidak semena-mena da tang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata, "A ku ini Tuhan kamu. Sekarang ini aku halalkan segala yang haram untuk kamu". Mend engar itu Sheikh Abdul Qadir pun membaca; "A 'uzubillahi minassyathonir rajim". Lembaga itu bertukar jadi awam lalu berkata, "Dengan ilmumu dan rahmat Allah kam u telah terselamat dari tipu helahku" Kemudian syaitan itu bertanya kepada belia u bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Sheikh Abdul Qad ir, bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan yang haram, maka dengan serta-merta ia tahu bahawa bukan datang dari Allah Taala kerana Allah tid ak menghalalkan segala yang haram. Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ; MENGENAL DIRI "Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya". Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat; "Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya." Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu; Periksa dan memahami. Membuat bandingan dan ukuran. Lemah dan tertegah. 1. Periksa dan memahami. Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu; a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada em pat anasir iaitu; Api Angin Air dan Tanah. yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam 'Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 7172 yang bermaksud; "Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan ak u masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya". Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisaak:1 yang bermaksud; "Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri ya ng satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."

Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui set itik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kem udian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu b entuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang berma ksud; "Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah ke mudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kem udian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipt a yang paling baik". Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit dem i sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iai tu; Penjamah, Perasa, Pendengar, Pelihat, Pencium. Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera bati n yang lima iaitu; Khowatir, Cita, Niat, 'Alim, Fikir; dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN. b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh ya ng telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah d aripadanya menamakannya; Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pert ama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar bende rang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Set engah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai; Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah teta pi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yan g maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai; Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya s ebagai; Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesa ran Zat dan sifatNya dan Af'alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai ; A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya se bagai; Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala. Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwa h dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malak

ut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini d inamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/ses uatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya ke pada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A 'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A'yan Khor ijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam S hoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya; Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai; Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan d an sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai; Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripad a mereka menamakannya pula sebagai; Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yak in akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai; Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu; Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Alla h Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah). Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berh adap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lai n daripada Allah. Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya', Takbur, Suma'ah da n lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah. Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh dar ipada berbakti dan beribadat. Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian i tu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya s ebagai; Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka me namakannya sebagai; Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai; Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhad ap kepada dunia. Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu; Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya. Jauhar iaitu Ruh atau nyawa 'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah , putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya. 2. Membuat bandingan dan ukuran Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang men yamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambara n perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusi a. Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi. Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada

tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan da n difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari sema lam sebanyak 17 rekaat. Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam. Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya menging atkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 ora ng dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh menasia yang sengaja ditinggalka n. Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manu sia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darja tnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud; "Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian" dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat sup aya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syai tan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah y ang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Ada m). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sif at Ma'ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma'ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq. 3. Lemah dan Tertegah Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yan g batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Naf su dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan da ripada jenis apa?? Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yan g bermaksud; "Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah d aripada urusan Tuhanku". Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang 'Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah. RUH,AKAL,NAFSU DAN QALBU Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan p ada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai ra ja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya; Sesunguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya ba iklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu [Riwayat Bukhari Muslim] Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. rintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati isucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan n dididik mengikut jalan thorikat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah . Inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya; Jika peme apabila d diasuh da maka akan kepadanya

"Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala;jika sejahtera ia daripada barang yan

g lain daripada Allah". Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Mak a hasil atas segala anggota yang zhohir daripada ibadat atau lain daripada segal a sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafs u dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali dengan k atanya; "Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lai n daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun dhohir atas segala ang gota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah." Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru Ahli Tasauf melalui Thorik at yang dinamakan Ilmu Suluk kerana; Tidak hasil kejernihan dan kesucian hati dengan tidak melalui Thorikat(Pengambil an Ilmu atau Amalan daripada guru)yang diterima daripada guru yang mursyid. Dan tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai "Zauk" kemanisan ibadat yang warid(dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan; Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil(makna sebenar hakikat makr ifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripadaNya dan; Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajali dan Kashaf yang hasil da ripadaNya. Dan tak dapat tidak , awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jala n Zauk dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu.Seperti bahawa; apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal Tuhannya bersifa t dengan kuasa dan; apabila mengenal dirinya bersifat dengan Papa nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Kaya dan; apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat Fana nescaya mengenal TuhanNya be rsifat dengan Baqa dan; apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Qadim. Wallahu ta'ala a'lam.......

Anda mungkin juga menyukai