Anda di halaman 1dari 8

1.

ALLAH

Nama ALLAH S.W.T.


Sesiapa yang membaca nama ALLAH ini 1000kali setiap hari, semua keraguan
dan ketidakpastian akan hilang dari hatinya. Sebaliknya kemantapan dan
keyakinan akan datang dengan semulajadi - insya-ALLAH.

2. AL-RAHMAN YANG MAHA PEMURAH

Jika nama ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali setiap kali selepas solat,
maka insya-ALLAH, segala sifat keras dan kelalaian akan berubah dari hati
pembacanya.

3. AL-RAHIM YANG MAHA MENGASIHI

Jika dibaca 100 kali selepas solat, maka pembaca akan berasa aman,
terhindar dari malapetaka, penyakit dan seluruh makhluk akan
mengasihinya, insya-ALLAH.

4. AL-MALIK MAHARAJA TERAGUNG

Jika dibaca banyak kali selepas Zawaal (selepas masuk waktu Zuhur) maka
pembaca akan dilimpahkan kepadanya kekayaan, insya-ALLAH.

5. AL-QUDDUS YANG MAHA SUCI

ALLAH s.w.t. akan mengubati dari segala penyakit rohani bagi sesiapa yang
memperbanyak membaca asma' ini setiap hari

6. AL-SALAM YANG MAHA SELAMAT SEJAHTERA

Sesiapa yang membaca asma' ini berterusan, maka ALLAH s.w.t. akan
melindunginya dari segala malapetaka dan bencana.
Jika dibaca 115 kali dan ditiupkan pada pesakit, insya-ALLAH, ALLAH s.w.t.
akan mengembalikan kesihatannya.

7. AL-MUKMIN YANG MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

Sesiapa yang ketakutan dan membaca asma' ini sebanyak 630 kali, maka
ALLAH s.w.t. akan melindunginya dari segala malapetaka, bencana dan
kemalangan, insya-ALLAH.

8. AL-MUHAYMIN YANG MAHA MENGAWAL DAN


MENGAWASI

Sesiapa yang membuat solat 2 rakaat selepas mandi dan membaca asma' ini
dengan ikhlas sebanyak 100 kali, maka ALLAH s.w.t. akan menyucikan
jasmani sebagaimana rohaninya.
ALLAH s.w.t. juga akan memahamkan terhadap perkara yang tidak nampak
jika ianya dibaca sebanyak 115 kali.

9. AL-AZIZ YANG MAHA BERKUASA

Sesiapa yang membaca asma' ini sebanyak 40 kali selama 40 hari, maka
ALLAH s.w.t. akan memberi kepadanya berupa kemuliaan dan rasa percaya
diri.
Jika dibaca 41 kali secara istiqamah, maka pembaca akan merasai cukup diri
serta akan mencapai kemuliaan.

10. AL-JABBAR YANG MAHA KUAT

Sesiapa yang membaca asma' ini sebanyak 226 kali pada setiap pagi dan
petang, maka dia akan terselamat daripada penindasan dan kezaliman
penguasa kuku besi.

11. AL-MUTAKABBIR YANG MAHA MELENGKAPI SEGALA


KEBESARANNYA

Membaca asma' ini secara berterusan akan mendatangkan kemuliaan dan


kebesaran. Jika sentiasa baca sebelum memulakan tugas atau kerjaya, maka
akan menjadikannya lebih sempurna, insya-ALLAH.

12. AL-KHALIQ YANG MAHA PENCIPTA

Sesiapa yang membaca asma' ini 100 kali selama 7 hari, maka dia akan
terbebas dari semua kesusahan, insya-ALLAH.
Sesiapa yang selalu membacanya, ALLAH akan menjadikan dirinya seperti
malaikat yang selalu menyembah kepada ALLAH.

13. AL-BARI YANG MAHA MENJADIKAN

Jika wanita mandul berpuasa selama 7 hari, dan setiap hari selepas berbuka
dengan air ia membaca asma' ini sebanyak 21 kali, maka insya-ALLAH, ALLAH
akan mengurniakan kepadanya anak lelaki.

14. AL-MUSAWWIR YANG MAHA MEMBENTUK

Jika wanita mandul berpuasa selama 7 hari, dan setiap hari selepas berbuka
dengan air ia membaca asma' ini sebanyak 21 kali, maka insya-ALLAH, ALLAH
akan mengurniakan kepadanya anak lelaki.

15. AL-GHAFFAR YANG MAHA PENGAMPUN

Seseorang yang membaca asma' ini 100 kali selepas solat Jumaat, maka
ALLAH akan memberikan pengampunan.
Sesiapa yang membacanya setiap hari selepas solat Asar, maka ALLAH akan
memasukkannya di antara orang-orang yang telah diampuni dosa-dosanya.

16. AL-QAHHAR YANG MAHA MENUNDUKKAN

Sesiapa yang terlampau cinta pada dunia hendaklah dia mengucapkan asma'
ini secara berterusan. Jika ALLAH menghendakinya, maka ia akan terbebas
dari cintanya terhadap dunia dan sebagai ganti, cinta ALLAH akan datang
semula ke dalam hatinya.

17. AL-WAHHAB YANG MAHA MENGANUGERAH

Seorang yang miskin hendaklah sentiasa melafaskan asma' ini, atau


melafazkannya sebanyak 40 kali pada sujud akhir solat dhiha, insya-ALLAH
dia akan bebas dari perkara kemiskinan secara tidak terduga.
Contoh agar kehendak kita dipenuhi: Biasakan sujud tiga kali di rumah atau
di masjid kemudian angkat tangan sepertimana dalam berdoa serta ucapkan
asma' ini sebanyak 100 kali: jika ALLAH menghendaki, maka apa yang
diingininya akan dikabulkan.

18. AL-RAZZAQ YANG MAHA MEMBERI REZEKI

Barangsiapa meniup pada seluruh rumahnya selepas membaca asma' ini


sebanyak 10 kali pada waktu Fajar, maka ALLAH akan membuka pintu rezeki
baginya, sakit dan kemiskinan tidak akan menimpa rumahnya.
Nota: Mula dari sudut sebelah tangan kanan kemudian menghadap kiblat.

19. AL-FATTAH YANG MAHA MEMBUKA

Sesiapa yang meletakkan kedua tangannya pada dada selepas solat Fajar
dan mengucapkan asma' ini sebanyak 10 kali, maka insya-ALLAH cahaya
iman akan menerangi hatinya.

20. AL-'ALIM YANG MAHA MENGETAHUI

Sesiapa yang banyak membaca asma' ini, maka ALLAH akan membuka
baginya pintu pengetahuan dan kearifan.
Lebih dari itu, hatinya akan dipenuhi dengan makrifah ALLAH s.w.t.

21. AL-QABID YANG MAHA MENGEKANG

Sesiapa yang selalu membaca nama ALLAH ini maka dia akan terselamat dari
kelaparan, kehausan, tercekik dan sebagainya, insya-ALLAH.

22. AL-BASIT YANG MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

Selepas solat Dhuha, letakkan kedua tangan sebagaimana berdoa kemudian


ucapkan asma' ini sebanyak 10 kali. Selepas itu usapkanlah pada muka
(selepas berdoa) maka insya-ALLAH perasaan cukup diri dan berdikari akan
dijamin oleh ALLAH.
Mesti dilakukan setiap hari.

23. AL-KHAFID YANG MAHA MERENDAH (MENGURANG)

Sesiapa yang mengucapkan sebanyak 500 kali, maka ALLAH akan menunaikan
semua yang diingininya serta dijauhkan dari sebarang kemusykilan, insyaALLAH.
Seseorang yang berpuasa 3 hari kemudian pada hari keempatnya membaca
asma' ini 70 kali dengan mengasingkan diri, maka dia akan mendapat
kemenangan dari musuhnya.

24. AL-RAFI' YANG MAHA MENINGGI

Sesiapa yang membaca asma' ini 100 kali setiap hari pada pertengahan
malam ke-14 bulan Qamariah, maka ALLAH s.w.t. akan menjamin kecukupan
baginya dan tidak bergantung terhadap semua makhluk, insya-ALLAH.

25. AL-MU'IZZ YANG MAHA MENGHORMATI


(MEMULIAKAN)

'Yang Maha Menghormati (Memuliakan)


Bilamana asma' ini dilafazkan 40 kali selepas solat Maghrib pada setiap hari
Isnin dan Jumaat, maka ALLAH s.w.t. akan menjamin kepadanya kemuliaan
dan kehormatan, insya-ALLAH.

26. AL-MUZILL YANG MAHA MENGHINAKAN

'Yang Maha Menghinakan'


Barangsiapa membaca doa, mohon perlindungan selepas membaca asma' ini
75 kali, maka ALLAH akan melindunginya dari hasad seseorang, penindas dan
musuh, insya-ALLAH.

Jika dia memiliki musuh yang menakutkan, hendaklah dia bermohon


pertolongan kepada ALLAH, jika ALLAH menhendaki, dia pasti akan
dilindungi.

27. AL-SAMI' YANG MAHA MENDENGAR

Sesiapa yang membaca asma' ini sebanyak 500 kali atau 50 kali pada hari
Khamis selepas solat Dhuha, maka semua doa yang dipinta pasti akan
dikabulkan, insya-ALLAH. Hal ini perlu dipastikan tiada perbualan selama
membacanya.
Jika seseorang membacanya 100 kali pada hari Khamis antara solat sunat
dengan fardhu Subuh, maka ALLAH akan melimpahkan rahmat kepadanya,
insya-ALLAH.

28. AL-BASIR YANG MAHA MELIHAT

Sesiapa membaca asma' ini 100 kali selepas solat Jumaat secara berterusan,
maka ALLAH akan memberikan sinar kekuatan pada pandangan mata serta
cahaya ke dalam hati sanubarinya, insya-ALLAH.

29. AL-HAKAM YANG MAHA MENGADILI

Sesiapa melafazkan asma' ini sebanyak 99 kali semasa berwuduk sebelum


masa akhir malam, maka ALLAH s.w.t. akan menampakkan hatinya akan
sebarang rahsia serta mengisinya dengan cahaya.
Sesiapa yang membacanya pada Jumaat malam, maka dia akan selalu
merasa gembira dan ALLAH s.w.t. akan menjaga hatinya dengan segala
manifestasi dan inspirasi.

30. AL-ADL YANG MAHA ADIL

'Yang Maha Adil'


Sesiapa yang selalu membaca nama ALLAH ini maka ALLAH akan menjadikan
semua makhluk ciptaan patuh kepadanya - insya-ALLAH.

31. AL-LATIF YANG MAHA LEMBUT SERTA HALUS

Membaca asma' ini 133 kali setiap hari, ALLAH akan mengurniakan rezeki
serta mempermudahkan segala urusannya tanpa ada sebarang kemusykilan.
Seseorang yang ditimpa kemiskinan, kesakitan, kesepian, kesusahan,
hendaklah mengambil air sembahyang dan solat 2 rakaat, kemudian bacalah
asma' ini 100 kali. ALLAH s.w.t. pasti akan membuang segala musibah yang
menimpanya, insya-ALLAH.

32. AL-KHABIR YANG MAHA MENGETAHUI

'Yang Maha Mengetahui'


Sesiapa yang membaca nama ALLAH ini secara berterusan selama tujuh hari,
maka akan dinampakkan rahsia-rahsia yang tersembunyi.

Seseorang yang sentiasa merasa ketidak puasan terhadap kesenangan,


hendaklah dia selalu membaca nama ALLAH ini. Insya-ALLAH dia akan selalu
bergembira.

33. AL-HALIM YANG MAHA LEMAH LEMBUT

'Yang Maha Lemah-Lembut'


Sesiapa yang selalu membaca nama ALLAH ini, maka keberkatan akan wujud
dan ini pula akan melindungi diri daripada segala bencana.

34. AL-AZIM YANG MAHA AGUNG

'Yang Maha Agung'


Pembaca nama ALLAH s.w.t. ini akan diberi kurnia berupa kemuliaan yang
besar dan maruah, insya-ALLAH.

35. AL-GHAFUR YANG MAHA PENGAMPUN

Sesiapa yang selalu membaca nama ALLAH ini berulang-ulang kali, maka
segala penyakit, rasa duka, kehibaan akan hilang insya-ALLAH. ALLAH s.w.t.
pula akan memberkati kesihatan dan anak yang banyak.
Hadis: "Sesiapa yang mengucapkannya tiga kali manakala dia bersujud, maka
ALLAH akan akan mengampunkan segala dosanya yang lalu dan yang akan
datang."

36. AL-SYAKUR YANG MAHA BERSYUKUR

Membaca nama ini 41 kali setiap hari untuk masalah kewangan, fizikal,
spiritual, mental dan sebagainya. Insya-ALLAH, semuanya akan dijauhi
dengan segera.

37. AL-'ALI YANG MAHA TINGGI

Sesiapa yang membaca nama ini setiap hari, maka dia akan diberikan
kedudukan tinggu, dijamin kemewahan dan segala keinginan akan dipenuhi,
insya-ALLAH.

38. AL-KABIR YANG MAHA BESAR

Jika seseorang dibuang dari jawatan hendaklah dia berpuasa selama tujuh
hari, setiap hari dia membacanya 1000 kali, maka dia akan mendapat
jawatan tersebut dan lebih mendapat kemuliaan, insya-ALLAH.

39. AL-HAFIZ YANG MAHA MEMELIHARA

Seseorang yang membaca nama ini dan menulisnya serta selalu menjaga
bersamanya, maka dia akan dilindungi dari malapetakan, kehilangan dan
segala keburukan, insya-ALLAH.

40. AL-MUQIT YANG MAHA MENJAGA

Seseorang yang meniupkan pada cawan yang kosong selepas membaca nama
ini kemudian meminum air menggunakan cawan tersebut, ataupun orang
lain atau pula mengambil nafas dari dalam cawan tersebut, maka keinginan
mereka akan terpenuhi, insya-ALLAH.

41. AL-HASIB YANG MAHA MENGHITUNG

Ketika menghadapi ketakutan terhadap seseorang atau sesuatu benda, maka


bacalah nama ini 70 kali pada setiap malam selama lapan hari bermula dari
hari Khamis, insya ALLAH akan dilindungi dari gangguan orang jahat atau
sesuatu yang buruk.

42. AL-JALIL YANG MAHA MULIA

Sesiapa yang selalu membaca doa ini maka ALLAH s.w.t. akan memberikan
kemuliaan, kebesaran, naik jawatan dan maruah - insya-ALLAH.

43. AL-KARIM YANG MAHA PEMURAH

Sesiapa yang ingin dihormati dan dimuliakan oleh ulama dan orang soleh
maka dia hendaklah membaca asma ini sehingga tertidur.

44. AL-RAQIB YANG MAHA WASPADA

Seseorang yang menginginkan ahlinya dah hartanya terlindung dari


kehancuran serta malapetaka hendaklah dia membaca asma' ini setiap hari 7
kali.
Dia hendaklah sentiasa membacanya pada setiap masa sehingga keamanan
selalu bersamanya.

45. AL-MUJIB YANG MAHA PENGKABUL

Sesiapa membaca asma' ini secara berterusan, maka seluruh doanya pasti
akan dikabulkan.

46. AL-WASI' YANG MAHA LUAS

Barangsiapa menginginkan kecukupan rohani dan jasmani serta kebebasan,


hendaklah memperbanyakkan membaca nama ALLAH s.w.t. ini.

47. AL-HAKIM YANG MAHA BIJAKSANA

Barang siapa membaca asma' ini secara berterusan, maka ALLAH s.w.t. akan
membuka baginya pintu pengetahuan dan makrifah.

Seseorang yang tidak boleh menjalankan tugasnya dengan baik hendaklah


dia sentiasa membaca nama ALLAH s.w.t. ini, insya-ALLAH tugasnya boleh
diselesaikan dengan baik.

48. AL-WADUD YANG MAHA PENYAYANG

Seseorang yang membaca asma' ini 1000 kali dan meniupkan pada makanan,
kemudian makanan tersebut dimakan bersama dengan isteri, maka sebarang
perbezaan, pertikaian antara mereka akan hilang, sebaliknya yang tinggal
hanya tali pengikat yang kuat antara kedua pasangan itu - insya ALLAH.

49. AL-MAJID YANG MAHA MULIA

Seorang yang dihidu penyakit merbahaya seperti campak, sopak dan


sejenisnya, hendaklah dia berpuasa pada hari ke-13,14,15 bulan Qamariah
dan selepas berbuka hendaklah dia memperbanyakkan membaca asma' serta
meniupkan ke dalam air. Dia akan segera sembuh, insya-ALLAH.

50. AL-BAITH YANG MAHA MEMBANGKITKAN

Seseorang yang hendak merebahkan diri dalam bilik tidur, mestilah dia
membaca asma' ini 101 kali kemudian dia meniupkan dengan kedua
tangannya, nescaya hatinya akan sentiasa hidup dengan pengetahuan dan
makrifah, insya-ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai