Anda di halaman 1dari 65

Mengenal Diri Yang Ke 73

Rengkasan sejarah empat anasir


Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata
Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat
sumber alam yang nyata yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin
Nurani dan Api Nurul 'Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada
mengenal diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh
Allah

maka

Allah

perintahkan

kepada

Nur

Muhammad

(Hakikatul

Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini


tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan
bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang
di nyatakan dalam quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al
Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub.
Kunjungan Nur Muhammad
Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada
peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan salam di
beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani memperlihatkan sikap dan
sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang
serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad
berkata " Adakah engkau menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin
nurani "Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di tempatkan di
langit dan juga bumi" Jawab Nur Muhammad " Adakah engkau menyedari
bahawa engkau akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin " jika
demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad
"Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah
sahaja yang terlepas dari serba kekurangan.
Selepas

Nur

Muhammad

mengunjungi

angin

maka

dia

pergi

pula

1 | 65

mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan
sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu
Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di
anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya
musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau
menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ?
Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur
Muhammad aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga,
hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya.
Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air,
ketika

ini

Air

sedang

memperlihatkan

sikap

dan

sifatnya,

lalu

Nur

Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu di sambut, Air


berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku
pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad
berkata " Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu akan di pergunakan
dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air " Jika demikian kamu lebih baik
daripada aku "jawab Nur Muhammad "Aku adalah hamba Tuhan sama
seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya.
Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu
memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan
baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang
tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan
dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah
untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad
berkata " Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah
(Muthmainnah) Jawab Tanah "Engkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu
jawab Nur Muhammad " Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba

2 | 65

kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang tiada cacat dan
celanya.
Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka
Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah
berfirman

Sesungguhnya

Aku

telah

memakluminya

dari

ilmuKu

sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir


tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir
yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di padankan dengan
firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat ayat
9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38.
Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan
dari empat anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya
untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan
alam yang lain.
Mengenal Diri Yang Ke 74
Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin
Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api,
ke empat-empat anasir ini berasal daripada Nur, tanah yang di sebut oleh
Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai perangai dan sikap
adalah

asas

ujudnya

air,

angin

dan

api

sebagai

pengimbang

ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya.


Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah "Azza Wajalla telah menciptakan Adam dari segenggam

3 | 65

tanah dari unsur semua zat tanah, maka telah terbentuk keturunan Adam
menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit merah,hiam,sawo matang ada
yang berkulit halus dan kasar dan ada yang baik dan ada yang jahat
Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud serta sahabat yang lain menyatakan Allah telah
memerintahkan kepada Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil
tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak mengizinkan ia di ambil
kerana menganggap ia suatu perbuatan membuat kerosakan lalu ia berkata
"'Auzubillahi minka" jangan engkau merosakan aku, lalu Jibrail naik
berjumpa Tuhan dan berkata " Ya Tuhanku tanah tidak membenarkan dan ia
berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam akan membuat kerosakan,
lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun kebumi untuk mengambil
tanah, sampai ke bumi masalah yang sama berlaku yang mana tanah
berkata A'uzubillahi minka, kemudian Allah perintahkan kepada malaikat
Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama berlaku yang mana
tanah tidak mengizinkan ia di ambil, akhirnya Allah utuskan pula malaikat
'Izroail pula turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, tanah tetap juga
dengan pendiriannya namun malaikat 'Izroil berkata pada bumi sama ada
kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan mengambilnya kerana ini adalah
perintah daripada Allah, jika engkau engkar maka derhakalah engkau
kepada Allah.
Tanah tiada pilihan lain melainkan membenarkan malaikat 'Izroil mengambil
tanah untuk mencipta manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan
manusia, maka sejak dari peristiwa tersebut maka bermulalah malaikat
'Izroil memegang amanah Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk
Allah tanpa mengenal belas kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana
itulah nyawa setiap manusia tidak akan dapat di lambatkan atau di
percepatkan walau dalam keadaan apa sekalipun.

4 | 65

ROHANI BERKUASA TINGGI


Sifat dan sikap Rohani adalah berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya
kerana itu dia sentiasa beserta Allah dan menjadikannya menjalankan
urusan Allah iaitu Ammar Rabbi, andainya kejadian manusia awal (jasad) itu
di bentuk oleh Allah hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu
anasir yang hanya satu itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad
manusia mesti di selaraskan dengan kuasa yang ada pada kuasa Rohani
tersebut, bab ini perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal anatomi
yang melibatkan istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20
pada bab Iftiqar, ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri
Rohani, jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia juga melibatkan ilmu
kedoktoran bagi tamadun manusia
Mengenal Diri Yang Ke 75
Penciptaan Adam Manusia Pertama
Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama,
terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat
bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk
yang terdahulu daripadanya (Khalifah).
Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang
bermaksud:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya
Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi"
Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan

5 | 65

mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di


planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak
sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari
malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan
perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An'am ayat 165.
Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir.
Seterusnya

saya

ceritakan

mengikut

kemudahan

soal

dan

jawab

semua

untuk
pehak

Soalan:
Apakah

reaksi

malaikat

apabila

Tuhan

hendak

jadikan

khalifah

Jawapan:
Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab
dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti
manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya
yang di ketuai oleh Azazil.
Soalan:
Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ?
Jawapan:
Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan
bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan
sebarang

kerosakan

dan

bertumpah

darah

Soalan:
Kemudian apa jawapan Allah ?

6 | 65

Jawapan:
Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu
tidak mengetahuinya.
Soalan:
Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia
khalifah ?
Jawapan:
Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini
bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan
jadikan manusia.
Soalan:
Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ?
Jawapan:
Malaikat

akhirnya

tidak

membantah

kerana

terbukti

Adam

telah

menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak


mengetahuinya.
Soalan:
Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di
rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ?
Jawapan:
Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil
kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A'araf 172.
Soalan:
Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ?

7 | 65

Jawapan:
Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat
mengambil Zat tanah dari bumi.
Soalan:
Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ?
Jawapan:
Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi
manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan
Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab
manusia bakal akan mendiami di syurga juga.
Soalan:
Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?
Jawapan:
Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi,
syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak
cucu Adam yang soleh dan soleha.
Soalan:
Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ?
Jawapan:
Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum
lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai)
belum lagi di jadikan Tuhan.
Soalan:
Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia
pertama di cipta ?

8 | 65

Jawapan:
Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah
akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri
manusia tersebut lihat al qiyamah 14.
bersambung...
Mengenal Diri Yang Ke 75 (II)
Allah Mencipta Lembaga Adam
Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil
daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air
serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan
Al Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang
panas yang hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas
adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula
membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan
iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk maka ia di biarkan
sehingga menjadi hitam dan berubah baunya
Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di
biarkan kering sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di
ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar
mengikut masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat
ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga tersebut lalu
mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar)
seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut
lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur
lembaga Adam

9 | 65

Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya


dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana yang
tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya
untuk disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di
sesatkan. Apabila sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan
sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk
kedalam jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi
makhluk yang dapat bergerak seperti manusia biasa, dengan cepat
dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya
Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan
lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah
perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat
sujud kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang
asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah
kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka
kepadanya
Allah berfirman : Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut
sujud kepada makhluk yang Aku telah ciptakan dengan
kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun
engkau dari golongan yang tertinggi ? Jawab Iblis " Aku lebih baik
daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia Engkau cipta
daripada tanah
Firman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga)
Sesungguhnya engkau telah di laknat terus menerus sehingga hari
kiamat, Iblis pula berkata" Jika demikian berilah aku tempuh

10 | 65

sehingga ke hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan


Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar untuk menyesatkan
Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di
antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan
penyelewengan
Soalan:
Mengapa Allah cipta Adam menggunakan dua sifat
Jawapan:
Sebab dengan dua sifat tersebut iaitu sifat Jalal (kebesaran) dan
sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa sifat tersebut Allah
berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada
cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar
kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat
itulah yang mutlak bagi DiriNya
Soalan:
Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ?
Jawapan:
Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia
(Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk sesuatu
kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan
Soalan:
Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ?
Jawapan:
Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad
Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di cipta oleh
Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada

11 | 65

manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga


Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya
menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif
sahaja
Soalan:
Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di
istihar dehaka dan takbur ?
Jaapan:
Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia
kejadian manusia sama ada manusia akan melawan apabila di
sanggah ataupun tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga
Adam rupanya lembaga itu berbunyi, ertinya manusia akan melawan
apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak, inilah suatu
fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia
menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum
namanya
Soalan:
Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ?
Jawapan:
Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam
lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu Rohani,
malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya
kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu
tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana
tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud,
Iblis tetap dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta
dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani

12 | 65

yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya


bagaimana Adam bangun dan bersifat hidup
Soalan:
Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud
kepadanya ?
Jawapan:
Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah
makhluk yang di perintahkan Allah sujud kepadanya kerana dia
melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya
Soalan:
Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad
Adam ?
Jawapan:
Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di
sesatkannya
Soalan:
Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan
Adam dan anak cucunya ?
Jawapan:
Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan
kepada sekalian makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka,
ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa
di antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis
sudahpun tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud kepada
Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah
maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini

13 | 65

semua adalah suatu fitrah hukum


Soalan:
Apakah maksud fitrah hukum ?
Jawapan:
Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di
kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber panduan hidup
tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah
kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan
makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah ertinya Iblis
adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi
ujian kepada manusia, dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis
maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan

Mengenal Diri Yang Ke 76


Selepas Adam berdiri tegak dan Allah memerintahkan kepada
malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis)
maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan
makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu
Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka
Adam mersa LETIH dan mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam
terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk
di sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut
"Siapakah kamu ? Jawab wanita itu "Saya adalah seorang wanita"
Adam bertanya lagi "Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu "
Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku " nampaknya wanita itu
cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderungan untuk Adam,

14 | 65

ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang


lelaki
Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak
untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang
kepadanya, lalu wanita itu berkata" Kamulah datang kesini ! Ketika
Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara
"Wahai Adam ! tunggu dulu , kerana wanita itu belum lagi halal
bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam
di ijab kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama
( Shajaroti Thouba) yang di saksikan empat malaikat
Jibrail,Mikail,Isrofil dan 'Izroil
Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam
dan wanita itu bertanyakan kepada Adam "siapakah namanya wahai
Adam ? Jawab Adam " namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi
"Mengapa Hawa ? Jawab Adam " kerana dia di jadikan dari benda
yang hidup" Sebaik saja Adam dan Hawa di ijab kabulkan , tidak
lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti
yang di nyatakan dalam Al A'araf 19
Firman Allah:

( Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam
syurga serta makanlah dari makanan sepuasnya apa saja kamu
berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika
hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim)
Iblis yang begitu bedendam kepada Adam berikrar untuk
15 | 65

menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu dayanya


secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri,
akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan
ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan
memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut
maka terbukalah pakaian mereka
Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh
Allah kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah
merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu
memanggil mereka keduanya " Bukankah Aku telah melarang kamu
daripada menghampiri pohon itu ? Dan Aku telah peringatkan
bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al A'araf 22)
Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia
merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri tiba-tiba
Tuhan memanggilnya "Wahai Adam kemana engkau akan lari ?
Jawab Adam " Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai
TuhanKu ! Berfirman Allah " Turunlah kamu kesemuanya setengah
kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat
kamu tinggal sehingga di suatu masa (Al A'araf 24)
Soalan:
Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ?
Jawapan:
Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya
daripada api
Soalan:

16 | 65

Iblis tidak mahu sujud kerana apa ?


Jawapan:
Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang
beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya
sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan
Adan dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran
Soalan:
Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ?
Jawapan:
Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab
Soalan:
Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ?
Jawapan:
Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu
dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada nafsu adam di sebelah
kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu bahawa
hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu
darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di jadikan
dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan ahli
kitab
Soalan:
Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak
lelaki (Adam) ?
Jawapan:
Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana
mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya melebihi lelaki

17 | 65

sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah


Soalan:
Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang
kepadanya ?
Jawapan:
Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal)
Soalan:
Mengapa wanita itu berkata kepada Adam "kamulah datang
kepadanya ?
Jawapan:
Kerana fitrah lelakilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi
mencari timba, inilah sejarah fitrah ijab dan kabul dan bermulanya
halal di antara seorang lelaki dan wanita
Soalan:
Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ?
Jawapan:
Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka
berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam
memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa
Soalan:
Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ?
Jawapan:
Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup,
ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau menghidupkan

18 | 65

Soalan:
Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ?
Jawapan:
Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada
diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu
terdengar suara menahannya "Adam ! tunggu dulu kerana ia belum
halal bagimu, kemudian dia di ijab kabulkan di bawah sepohon kayu
bernama sajaroti touba
Soalan:
Mengapa Adam di larang Allah supaya jangan menghampiri pohon
itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ?
Jawapan:
Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat
qiasan di dalam quran yang mengatakan pohon khudi
Soalan:
Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh
Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ?
Jawapan:
Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga
adalah tempat pembalasan bagi manusia yang soleh sebab itu dia di
larang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya)
Soalan:
Kemudian apakah yang terjadi ?
Jawapan:
Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan
kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata

19 | 65

iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan
memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka
berdua sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya
berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan
buah itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam,
lalu terbukalah pakaian keduanya
Soalan:
Apakah maksudnya makan buah ini ?
Jawapan:
Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika
Hawa turun kebumi dalam keadaan mengadung kali pertama,
demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan
bumi karangan Al Marhom senator amaluddin Darus
Soalan:
Kemudian apakah seterusnya ?
Jawapan:
Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun
memurkai mereka, lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga,
dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana
ia telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana
melanggar tegahan Tuhan, Jangan hampiri pohon ini !
Mengenal Diri Yang Ke 77
Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan
mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan
turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke

20 | 65

bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak
memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat
kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah
Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab
syafi'e 384 H- 458 H)
Maksudnya:
Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi
menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan
aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat
olehku

tulisan

di

tiang

'Arsy

berbunyi

La

Illaha

Ill

Allah

selepas

Tuhan

Muhammaddarrasullullah.
Kalimah

tersebut

memberi

kefahaman

kepada

Adam

ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah


karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan
kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh
Allah.
Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Na'iem (Ahmad b
Abdullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan
336 H- 430 H) meriwayatkan

Maksudnya:
Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut
pandanganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu
di 'Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi.
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia
21 | 65

(Muhammad) di 'Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga


tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan
bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti
yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran
ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding.
Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan
gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang menghasilkan
kemudiannya

menjatuhkan

sejenis

batu

hitam

(Hajratul

Aswad)

sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain


demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan,
ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama
syaitan

(Jauh

dari

rahmat

Allah)

Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang 'arafah
demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun
yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di
planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi
musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka.
Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali
lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana .......... namun syaitan
tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh
Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa
di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka
akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa
yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka,
dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam
neraka.

22 | 65

MENGENAL DIRI YANG KE 78



Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35)
Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di
peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di
atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani Adam "Jangan
kamu hampiri zina"
Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan
makanan apa saja dari syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan
siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak
bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh
dan ada larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus
Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan
hilang dan kerugianlah yang akan di tanggung dan penyesalanlah yang akan
dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bila-bila
demikianlah juga dengan erti kemerdekaan dan kemerdekaan tidak menjadi
sempurna jika tiada pantang dan larang.
Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ?
Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan
berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di
sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh
Allah untuk menguji Adam dan Hawa.
Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan
23 | 65

tugasnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya
mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata Iblis dan
mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan
sifat takbur kali yang kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya
daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan Adam dan Hawa.
Di tipunya Adam dengan kata-kata ( Wahai
Adam, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang
berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu
maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal
dan tidak binasa.
Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka
berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan
perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat !
bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar
perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa
pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri.
LURUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:
* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa
* Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa
* Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian
boleh lucut
* Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis
* Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
* Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia
* Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan

24 | 65

Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk
anak cucunya
MENGENAL DIRI YANG KE 79
MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN
Istilah yang di atas adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai
ingatan kepada manusia yang bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya
walaupun Allah s.w.t menetapkan bahawa manusia adalah di antara
makhluk Allah yang paling sempurna namun di antara manusialah yang
paling hina kerana ada di antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan
Manusia yang di kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai
diri mereka tanpa ada kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu
menyelamatkan diri mereka dengan mengubah sikap bagi keselamatan diri
dan keluarga mereka dengan menjadikan diri mereka sebagai ahlullah atau
ahli Rabbani sebagaimana firman Allah

(Jadilah kamu orang Rabbani, dengan mengajarkan kitab, dan

mempelajarinya) Ali Imran 79


Ayat yang di atas Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu
(manusia)

menjadikan

diri

mereka

sendiri

sebagai

ahlullah

dengan

mengajarkan kitab iaitu al quran serta mempelajarinya, mengajar kitab al


quran yang di tetapkan oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang
mudah melainkan mereka terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang
arif tentang selok belok Asbabul nuzulnya serta sejarah quran itu secara
menyeluruh yang berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa yang lain
melainkan tafsiran dan terjemahannya

25 | 65

Orang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan mengajarnya maka
berhaklah mereka di panggil kumpulan Allah (Ahlullah) yang telah di
tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh yang baik dan
akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai Hizbullah

( Mereka itu adalah penyokong Allah, ketahuilah

bahawa penyokong Allah itu adalah orang yang menang) Al Mujaddalah 22


Sementara itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah
sebagai kumpulam syaitan jenis manusia dan jenis haiwan iaitu kumpulan
yang tidak mahu menyampaikan isi al quran secara sebenar sekalipun
mereka itu bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutar belitkan isi kitab
dengan mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang
terdapat pada al quran, mereka ini di sifatkan oleh Allah sebagai manusia
yang telah di kuasai oleh syaitan, sebagaimana firman Allah menyatakan:

(Syaitan

telah

menguasai


dan

mempengaruhi

mereka

sehingga

menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah


kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al
Mujaddalah 19
Dan firman Allah lagi :

( Sesungguhnya mereka yang

menentang Allah dan Rasulnya, mereka termasuk golongan yang amat hina)
Al Mujaddalah 20
MENGENAL DIRI YANG KE 80

26 | 65

TERSEMBUNYI
Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia
yang mesti di selidiki oleh umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan
sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta
pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di
jadikan Tuhan termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya
supaya

mereka

benar-benar

faham

bahawa

mereka adalah

manusia

walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan


Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat
yang ada, contohnya ialah dari makhluk menjadi manusia, dari taraf
manusia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari insan kamil
menjadi insan kamil wa mukamil, Allah sentiasa melapangkan akal untuk
memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun
larangan maka di sana akan dapat kita jadikan batas dan sempadan ini
tertakluk kepada keimanan seseorang
Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun
bermunajat mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan
menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam
hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan
sesuatu yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah
datang daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan
hadis rasullullah saw
Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini:
Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang
penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal

27 | 65

daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min 'indillah)
setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu adalah NUR
kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika
kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah lebih meluas lagi
istilahnya
Sebagai contoh: diri manusia itu di sebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri
terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli
(Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila

di sebut Ruhul

Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita


pada bab zat dan juga soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia
Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri
daripada listrik positif (proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana
kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan
apabila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen
yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan
neutron ?
Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton
dan neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan
perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia
sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan af'al
Allah

hasil

dari

penguasaan

Zat

Allah

terhadap

sekalian

hambaNya

Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama
ada menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak
sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak
jadi Allah (syirik)

28 | 65

Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah


MENGENAL DIRI YANG KE 81
PELAJARAN KITA PADA KALI INI KITA AKAN TERANGKAN ISTILAH
DIRI

Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah
diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang
membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam
kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud
diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran
Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri
ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini
daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa
maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri
sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum,
Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya
Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja
yang mana ilmu ini telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli
ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian
yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman
ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
29 | 65

2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga
Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga
sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI
Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI

ini

menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian
awal

dan

selepasnya

ia

juga

bererti

bahawa

jasmani

manusia

itu

TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan


Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM
a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di
perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini
mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan
pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam
iaitu benih Hawa dan juga Adam
Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini
memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga
mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga
zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya
Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang
terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di
dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala,
tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya

30 | 65

Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai

Maksudnya:

Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah

lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasanalasan (Untuk membela diri)
(Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di
tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini
bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya
sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah
yang di maksudkan diri TERPERI
Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai :
( Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu
sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta
menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah
Infitar ayat 7)
Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad
(Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang
kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal
usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga
angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam
maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka
mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah
yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah
31 | 65

2. DIRI TERPERI
Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara
Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi
anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di bahagikan
kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul
Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat
mengandungi anasir nyawa sahaja
Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut
TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak
bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya,
asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu,
dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua
ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami
Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh
memahaminya melalui surah Al An'am ayat 60 FirmanNya:

Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan
mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia
bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di
tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia
menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI
iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari
32 | 65

jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun
keluar maka ia di namakan mati
Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42


Maksudnya:
Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan
satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa
orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa
orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain
kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang
demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir

Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas
fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di
hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan
melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa
orang

tidur

Allah

tahan

Ruhul

Yaqazah,

sementara

Ruhul

Hayat

tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan


maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah
(diri TERPERI)

itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya

apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di
lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga
Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan
dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
33 | 65

Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati


ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu
mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul
mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul 'adaata bi
annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa
ha tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man
at lamahullahu ala zalik

Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu
dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat.
jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka
apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan
melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara
ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu
jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka
matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad
manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan
orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian
itu

34 | 65

Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu
IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat
hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat
Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu
sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang
menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah
semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29,
Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi
Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung
'azab dan sangsara kerana di sana ujudnya roh, akal dan juga nafsu
yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan
perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya
berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini
Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita
akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan
atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia
perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w
dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan
oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya
Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di
peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang
sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di bawa
kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai
khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya

35 | 65

3. DIRI SEBENAR DIRI


Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar
diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana
pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah
yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada
keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih
mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur
Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah
satu
Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai

(Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik

kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza
dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia
pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus
Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri
Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di
sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah
yang di maksudkan

(Barang siapa yang mengenal

dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah
atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga
mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak
menyerupa apa jugapun
Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai
apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI
SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca
kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik

36 | 65

dari surah An Nahl ayat 17

( Kalau sudah

begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu
sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak
sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )
Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat
manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat
Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia
ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di
jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri,
kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah
kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga
tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah
sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di
sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai

(Dan Dia

beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat
yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di
antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16
MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?
Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh
adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu
dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di
dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

Maksudnya:

Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab

"Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang

37 | 65

demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya
Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)
Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri itu kepada Tuhan yang
mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata
kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di
sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah (

) yang mana

kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi
hamba

yang

soleh

kerana

mahu

mengamalkan

semua

cara

hidup

berasaskan Lillhi Ta'ala ( )


Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang
mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang
mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu
dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat
4, DIRI TAJALLI
Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI
ini namun tidak pula terkecuali untuk orang awam memahaminya asalkan
mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini bermula di
ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t
sama

ada

mereka

ingin

mengetahui

dengan

jelas

lagi

bagaimana

perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau apapun DIRI


TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah
Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah
s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143
Firman Allah s.w.t

38 | 65





Maksudnya: Dan tetekala nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah
tentukan itu, dan Tuhanmu berkata dengannya, maka nabi Musa berkata
"Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu) supaya aku dapat
memandang kepadaMU,

Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan

sanggup melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada
pada tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala
Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah
gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah
Musa Maha suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang
awal beriman kepadaMu
Demikianlah
TAJALLI.

sejarah

Tajalli

yang

di

kaitkan

dengan

ilmu

DIRI

Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang mengertikan sebagai

menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan,


dan ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar
Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau
apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah mentajallikan
dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai
DIRI TAJALLI SATU ANALISA
berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu
bukan makhluk akan tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki
sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan
39 | 65

analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan
sifat kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang
menetapkan
kebesaranNya

sifat

keagungan

adalah

sifat

DiriNya
yang

secara
di

mutlak

timpakan

sementara
kepada

sifat

sekalian

makhlukNya sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini
perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif
Soal mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan
dengan diri manusia ialah kerana ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada
sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat pada sifat
Iftiqar kerana itu di katakan bahawa semua perbuatan,kehendak, dan kuasa
penggerak adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir
29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am 61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat
surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya
ialah berjumpalah dengan guru yang arif
Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini
merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan
Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan
menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu
yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang
menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat Wahdaniyah dari
kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat
Salbiyah
Melihatkan kepada peristiwa nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di
kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan
bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu
SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH.

cuma adalah agak

40 | 65

mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala
Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur sinapun hancur berderai
menjadi abu, itulah sebabnya pandangan para ulama menyatakan bahawa
NUR

itu

memiliki

kuasa

yang

bukan

layak

bagi

sekalian

baharu

mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan alam yang nyata
ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul
adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui

MENGENAL DIRI YANG KE 82


LAPISAN-LAPISAN UNTUK MENGENAL DIRI
Apabila seorang manusia ingin mengenali dirinya maka mereka perlu
memikirkan beberapa ayat dari Al Quran sebagai pnduan, umpamanya jika
kita mendengar ada orang yang telah mati maka kita akan berucap "Inna
lillihi wa Inna Ilaihi raji'uuuuun !" (Daripada Allah kamu datang kepada
Allah kamu di kembalikan !) Ayat ini menunjukkan kepada istilah rohani,
bukannya jasmani, jadi yang datang daripada Allah dan kembali kepada
Allah itu adalah diri kita yang sebenar
Apabila kita sebut Rohani maka sudah tentu ia meliputi Roh, Akal, Nafsu dan
nyawa, makhluk ini tidak dapat kita lihat dengan mata yang kasar, ia hanya
dapat di lihat dengan mata hati, sila rujuk Al An'am 60 dan Az Zummar ayat
42, ia ada kaitannya dengan istilah kekuasaan Allah tentang jiwa atau roh
yang kita kenali sebagai pengembaraan manusia di alam mimpi, roh, akal
dan nafsu berada dalam satu kumpulan yang di namakan Ruhul yaqazah, ia
dapat di lihat dengan mata hati yang di kenali sebagai qalbun dan qalbi
Yang kita tidak boleh lihat ialah nyawa atau istilahnya bersumber dari
anasir nafas, nufus, ampas dan tanafas yang tidak boleh nampak dan tidak
41 | 65

merupa apa juapun, nyawa inilah yang di katakan sebagai sirullah, dia
bukan tuhan tapi ia adalah makhluk dan dialah yang di kenali sebagai diri
sebenar

diri

manusia,

fikitkan
makhluk

Allah,

dan

apabila

ianya

makhluk

jangan

kamu

fikirkan

maka

kita

kenalah

(Fikirkanlah tentang

tentang

Zat

Allah,

nanti

kamu akan binasa) H.R Abu Na'iem


Nyawa inilah di kenali juga sebagai awal makhluk atau sebagai Hakikatul
Muhammadiyah atau Nur Muhammad, istilahnya banyak akan tetapi yang
masyur ialah Nur Muhammad, dialah sebagai
mengenal Allah yang bernama

( Rabbahu) iaitu

(Nafsahu) tanda

( Siapa yang mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya)


Rohani tidak boleh bergerak dan berdaya upaya melainkan ia di perintah, di
tadbir, di kuasai oleh Allah, ertinya kerana Allahlah rohani itu bergerak dan
berfungsi jika tidak dia tidak bererti apa-apan kerana itu Allah berfirman

(Dan tidaklah kamu berkehendak melainkan apa yang

di kehendaki oleh Allah)

dan banyak ayat lagi yang menyatakan demikian

ertinya manusia dalam keadaan "La Haw la wala quwwata Illa billah"
Adapun konsef "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku itu adalah konsef
jabariyah, hal ini perlu di rujuk kepada ilmu Iftiqar dalam sifat 20 yang
mana sifat qahar di kuasai oleh sifat kamal Allah s.w.t ayat tersebut ialah

MENGENAL DIRI YANG KE 83
SETINGGI-TINGGI ILMU IALAH KALIMAH LA ILLAHA ILLALLAH.
SETINGGI-TINGGI KALIMAH IALAH KALIMAH ALLAH

42 | 65

Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di Planet bumi


kerana bumi perlu ditadbir dengan sempurna atas arahan Allah s.w.t,
sebelum Allah mengamanahkan manusia menjaga bumi maka Allah
mencuba kalimah amanahNya kepada makhluk Jin lantas mereka
membuat kerosakan
Manusia kemudiannya di amanahkan Allah untuk pengganti makhluk
yang telah membuat kerosakan, sebelum Allah menurunkan zuriat
manusia ke Planet bumi mereka diambil kesaksian (aku janji) oleh
Allah dengan ikrar La Illaha Illallah sebagai panduan bagi mereka
untuk mentadbir bumi
Selepas aku janji itu diambil dan diikrarkan maka barulah Allah
mencipta lembaga manusia awal iaitu Adam, kemudian barulah roh
yang diambil kesaksian oleh Allah di tiupkan kedalam jasad lembaga
manusia, ertinya lembaga manusia itulah sebagai rumah kepada
Rohani itu untuk beribadat
Rohani yang mendiami jasad manusia ditetapkan oleh Allah menjadi
saksi atas perbuatan Rohani itu kerana itulah Allah tetapkan bahawa
tiada jasad maka Rohani tiada boleh beribadat kepada TuhanNya,
manusia dilengkapkan oleh Allah dengan akal tempat ilmu itu di
simpan dan akal pula dilengkapkan oleh Allah dengan lembaga akal
iaitu
* Manik, iaitu cahaya yang fungsinya memahami sesuatu berita
dengan cepat dan tepat

43 | 65

* Fikit, iaitu Fungsinya menilai sesuatu khabar berita sama ada


benar ataupun palsu serta membuat keputusan
*

Sukma,

fungsinya

melahirkan

perasaan

timbang

rasa

dan

menanggung sikap kesedaran


* Budi, Fungsinya bertimbang rasa dan melahirkan keinsafan dan
kemurnian
* Rasa, Fungsinya melahirkan sikap bertimbang rasa serta sikap
membenarkan

dan

tegas

Ingatlah bahawa ilmu La Illaha Illallah itu wajib di fahami dan di


pelajari oleh semua manusia, tanpa memahami ilmu tersebut boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi kafir nafi dan kafir asbat
MENGENAL DIRI YANG KE 84
MENGENAL ILMU LA ILAHA ILL ALLAH (1)
Didalam Al Quran ayat 35 dari surah As Soffat Alah berfirman:

Maksudnya :

Sebenarnya dahulu apabila dikatakan kepada mereka

(ketahuilah)

Tiada

Tuhan

yang

sebenarnya

melainkan

Allah,

(kemudian) Mereka bersikap takbur mengingkarinya


Ayat yang diatas menunjukkan unjud nas yang mengesahkan adanya
terdapat

kalimah

syahadah,

berbagai-bagai

andaian

manusia

tentang ayat syahadah ini, ada yang berpandangan yang ada hanya
ayat yang menyebut

sahaja dan ada yang sebut

sahaja, walau apapun semua itu ada didalam Al Quran, apa yang
44 | 65

penting ialah jangan kita jadi orang jahiliyah yang ketandusan ilmu
yang suka membuat olah kerana ketaksuban kita atau kelemahan
kita
Orang jahiliyah tidak menerima kalimah

kerana mereka

merasakan bahawa kalimah Tauhid yang dibawa oleh Baginda


Rasullullah s.a.w itu berlainan bunyinya dengan loghat bahasa arab
iaitu bahasa Quran selain mereka mempunyai Tuhan yang datuk
nenek mereka sembah lalu mereka menuduh Baginda Rasullullah
s.a.w

sebagai

seorang

penyair

yang

gila,

mereka

hina

rasul

walaupun rasul yang perkenalkan kalimahTuhan, mereka hina Rasul


walaupun Rasul perkenalkan Al Quran
Saya menganggap ILMU MENGENAL LA ILAHA ILLALLAH ini adalah
sebagai

mukaddimah

kepada

pengertian

huruf

dan

kalimah

tauhid yang wajib difahami oleh semua lapisan dan golongan umat
islam kerana kalimah ini adalah kalimah yang melahirkan asa-asas
ilmu yang sangat meluas yang meliputi langit dan bumi sama ada
ilmu asas kepada yang nyata mahupun yang ghaib, tentunya saya
akan menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan dalan
kontek istilah namun apa yang penting ialah ia akan melahirkan
suatu kefahaman ilmu dan penilaiannya
Saya

mungkin

akan

menggunakan

kaedah

sifat

20

dalam

menganalisa kalimah Tauhid ini kerana saya tidak nampak cara yang
lain untuk memburaikan maksud kalimah tersebut yang membawa
kepada ketamadunan kehidupan manusia dan istilahnya, tidak ada
umat islam yang berani mencari rahsia ilmu kalimah Tauhid itu
melainkan hanya menyalahkannya sahaja seperti kaum Jahiliyah di

45 | 65

Makkah dan Madinah dan disekitarnya yang tidak mahu menerima


kalimah tersebut setelah diterangkan oleh Baginda Rasullullah s.a.w
Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah, Tiada tuhan yang
disembah melainkan Allah, dua ayat yang sama ma'ana akan tetapi
berlainan maksudnya, ATAU Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada
tuhan melainkan Allah, mengapa boleh jadi begini ? Persoalannya
mudah, kerana boleh jadi Tuhan itu bukan tuhan dan boleh jadi
tuhan itu sebenarnya adalah Tuhan oleh sebab itu adalah penting
kita mengenal huruf, ayat dan pengertiannya
MENGENAL DIRI YANG KE 85
Sambungan kalimah Syahadah

daripada mengenal diri

yang ke 84
Semua orang faham mengucapkan kalimah syahadah diatas namun
tidak ramai yang memahami ilmunya, apabila tidak ramai yang
memahami ilmunya maka akan lahirlah jenerasi manusia yang syirik
dan buta dengan tamadun hidup yang dianjurkan oleh Allah s.w.t
Daripada kalimah

maka lahirlah kalimah Nafi dan Asbat,

daripada nafi dan asbat itu maka lahirlah dua jenis kafir iaitu kafir
nafi dan juga kafir asbat SEKIRANYA
kalimah

kita tidak faham ilmu

itu, adapun kafir Nafi itu ialah :

Sesiapa yang menolak bahawa Allah itu tidak mempunyai sifat yang
sempurna atau nama yang sempurna atau mentakwilkan apa-apa

46 | 65

kekurangan bagi ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya,


sementara kafir Asbat ialah :
Sesiapa yang mengakui ujudnya Tuhan disamping itu mereka juga
mengakui bahawa Zat Yang Maha Agong itu memiliki isteri, anak dan
bapa serta meletakkan sifat mustahil kepada diri Tuhan sebanding
dengan sifat makhluk maka sesungguhnya mereka telah menjadi
kafir yang nyata
Adapun kalimah nafi didalam kalimah syahadah itu ialah kalimah
dan kalimah Asbat pula ialah kalimah

. Secara jelasnya

ialah kedua-dua kumpulan kalimah itu tidak boleh sama sekali di


farakkan (dipisahkan) sesiapa yang memisahkannya mereka adalah
jatuh kafir atau istilahnya ialah sesiapa yang memfarakkan diantara
nafi dan Asbat maka jatuh menjadi kafir, mengapa jadi demikian ?
Nafi yang boleh menjadi kafir ialah kerana kalimah nafi dari jurus
ilmu huruf pada setiap yang terdapat pada kalimah tersebut bukan
dari maksud ma'ana huruf, kerana itu nafi atau menafikan perkara
yang ujud adalah salah kerana itu dikatakan didalam nafi ada Asbat
dan didalam Asbat ada Nafi . Adapun nafi didalam Asbat itu adalah
pada kalimah kerana ianya tidak mutlak secara jelas tentang
Qudtar,Iradat,Ilmu dan Hayatnya
Adapun Asbat didalam Nafi ialah pada kalimah huruf

kerana

huruf kalimah ini ada kalanya ia menunjukkan ujudnya Tuhan yang


disembah seperti ayat pada surah Al Baqarah 163, An Nisa 171 dan
S.Khafi ayat 110 dan ayat yang lainnya, ada kalanya ia menunjukkan
Tuhan yang lain selain dari tuhan yang tidak disembah seperti

47 | 65

maksud huruf yang terdapat pada ( Tiada tuhan yang disembah)


Kedua-dua jenis tauhid yang menuju kepada satu matlamat Tuhan
Yang Maha Esa ini adalah dari segi perjenisan Tauhidnya sahaja iaitu
Tauhid Rabb iaitu Tauhid Tuhan yang menjadikan sesuatu daripada
alam ini yang dipunyai oleh seluruh makhluk tanpa engkar sama ada
makhluk yang ghaib ataupun makhluk yang nyata sementara Tauhid
Uluhiyah yang berasal dari pengertian

ini hanya dimiliki oleh

makhluk tertentu sahaja iaitu makhluk yang beribadat seperti


manusia yang beriman dan Malaikat yang sentiasa patuh atas
suruhanNya seperti semua jenis ibadat yang difardhukan (wajib)
dan sunah yang dibolehkan

MENGENAL DIRI YANG KE 86


SAMBUNGAN DARI MENGENAL DIRI YANG KE 85 BERHUBUNG
DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH BERKONSEFKAN SIFAT 20
Memahami ilmu

mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang

lepas kita telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah

dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan

kafir Asbat kerana kedangkalan mengenal ilmu

dan sikap

terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai


diri mereka
Kita mulai dengan memahami ilmu

iaitu ilmu

Nafi dan

ilmu

menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan


menamakannya

hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA

48 | 65

TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan


mengikut maksud bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun
apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu
mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha Pencipta pada kalimah tersebut,
kerana itu dikatakan:

itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu

sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyanuhu


binafsih sementara kalimah

itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan)

yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un,
Bashirun dan Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11
sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang
walaupun kita sekarang membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada,
bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu
bagaimana hendak menafikan Tuhan yang wujud didalam ilmu

(Tiada

Tuhan Yang Disembah)


Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:
Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia
memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang
WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu
menunjukkan adanya Tuhan BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef
menafi itu adalah MENAFIKAN TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN
DIANYA WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam,
Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat
kesemuanya
MENGENAL DIRI YANG KE 87

49 | 65

SAMBUNG DARI MENGENAL DIRI YANG KE 86 (Masih dalam membicarakan


ilmu Nafi dan Menafi)
Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat
yang terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah)
Tuhan pada kalimah

dan istilah

Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala

Lilhawadis, Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain yang didalam
ilmu ialah sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun,
Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11
Sifat Kaya Allah (Istaghna)
Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat
kerana ulama ilmu Tauhid tidak benarkan membicarakan soal Zat takut
nanti manusia tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat
tersebut sebab itu kita masih menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun
jika kita teliti 11 sifat diatas maka kedudukannya adalah menjadi begini:
Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi
dirinya sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan) atau sifat
berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang
ujudnya disebabkan (Asmaul Husna)
Timbul persoalan tentang wujud sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat
Ma'ani

didalam

kumpulan

Nafsiyah,

Salbiyah

dan

Ma'anawiyah

yang

semuanya bertaraf Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani
diatas mempunyai rahsia yang sangat besar kerana ujud perhubungan

50 | 65

diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan yang menyebabkan ujudnya
istilah

Uluhiyah pada kalimah

iaitu tauhid Uluhiyah yang mana

perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal iaitu sifat Sama'a,
Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan sifat Sami'un,
Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)
Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan
kepada

fitrah

bahawa

Tuhan

itu

adalah

PERBENDAHARAAN

YANG

TERSEMBUNYI iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat


Mendengar, Melihat dan Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan
didalam Kalamullah iaitu Al Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah
manusia dan hambaNya yang lain melalui rintihan sekalian makhlikNya
sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini bererti segala-galanya adalah
didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan sebagaimana firmanNya: (Surah Ar
Rahman ayat 29)


Maksudnya:

Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa

berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya


(Mencipta dan mentadbir makhlukNya)
Ayat

diatas

memungkinkan

bahawa

Allah

mencipta

dan

mentadbir

makhlukNya dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan
juga sifat Jamal yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal
maka disanalah di isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi
dan menafi itulah ujud Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)

51 | 65

MENGENAL DIRI YANG KE 88


SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 87 PADA MENYATAKAN
ILMU LA ILLAHA
Didalam ilmu

(Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin

keadaannya seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut
zaman ini sebagai zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan)
Iaitu tidak ada khabar berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh
Allah kerana makhluk yang mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan,
zaman ini juga disebut oleh Allah didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia disatu ketika dari
masa (Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi
suatu benda yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)
Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa
dahulu yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia
batin ataupun manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita
sebab makhluk belum lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam
surah ini supaya manusia tahu bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan
makhluk yang lainpun demikian juga sebab itu dikatakan suatu zaman yang
tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang ujud hanyalah Zat dan sifat
KeagunganNya sahaja
Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu
zaman ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman
( Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang
berada didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang
52 | 65

berdasarkan kepada ujudnya kalimah

(Tauhid Uluhiyah) Yang ada

didalam cita-cita Allah supaya semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya


serta mengenaliNya
Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu

(Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya

(Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita

supaya

makhluk

yang

dijadikanNya

mengabdikan


diri

kepadaNya,

sebagaimana FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56



Maksudnya:

Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan

diri (mereka) kepadaKu


Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya
yang pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah
perlaksaan penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan
oleh Allah para ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur
Muhammad, ada juga yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi
didalam N3 ini saya rangkumkan pandangan ulama tersebut begini:


Maksudnya: Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan
yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang
dicipta oleh Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah
ialah Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu
Hakikatul Muhammadiyah

53 | 65

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?


Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut
orang, Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri
Sebenar-benar diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan
Tuhan lalu Allah lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu
yang kemudiannya dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan
mendiami jasad manusia untuk tempatnya beribadat iaitu dengan mencipta
Adam manusia (jasmani) yang awal secara menual bukan secara KUN
kerana sejarah penciptaan Adam adalah mengikut peringkat demi peringkat
MENGENAL DIRI YANG KE 89
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 88 BERKAIT DENGAN LA
ILLAHA
Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah
setiap makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya
iaitu

(Tiada daya dan upaya)

demikianlah fitrah semua makhluk

yang dicipta oleh Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak
dapat di lihat. Apabila makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah
menempatkannya disuatu alam yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah
jadikan pula empat anasir anasir alam yang nyata daripada NurNya iaitu
tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul adhom, dari empat
anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata
Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita
fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau
elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut
sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah

54 | 65

Allah membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat


seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12.
Maka dengan ujudnya makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan
keilmuan

iaitu satu peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan

ditadbir oleh Allah, kerana itulah dikatakan bahawa kalimah itu adalah
berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman Allah dalam surah Al An'am ayat
61

Maksudnya: Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan
Dia

mengutuskan

kepada

kamu

pengawal-pengawal

(dari

kalangan

malaikat)
Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap
sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah
didalam

kekuasaan

Allah

dengan

maksud

Dia

mentadbir,

mengatur,

memerintah, mencipta dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat


didalam keilmuan sifat 20 letaknya adalah pada kalimah

dan ia

mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat
sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan kepada Zat (Tuhan) dalam
istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada Zat ertinya setiap
yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk
Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah
kalimah

pada

itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak,

dalam bahasa biasanya ia bermaksud MELAINKAN dengan erti jika diambil


daripada ilmu tafsir bahawa mutlak itu bermaksud Muunujukkan sesuatu
hal

yang

tidak

tertentu

tanpa

dikaitkan

dengan

sesuatu,

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu
55 | 65

mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf makhluk maka jenis apakah
makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada
makhluk apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada
makhluk apa

dan Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah

makhluk ini merupakan keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk


termasuk manusia ? Maka bergurulah dengan orang yang arif tentangnya,
apa yang kita maklum segala sumber kehidupan wajib ada empat perkara
sifat tersebut
MENGENAL DIRI YANG KE 90
SAMBUNGAN DARIPADA PELAJARAN YANG KE 89
Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi
daripada kalimah

dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang

berkait dengan kalimah


mengisbatkan

didalam kalimah

iaitu ilmu

(mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu

yang berasal daripadanya kerana ilmu daripada kalimah

inilah lahirnya

ilmu yang menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya


Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah

ini adalah berasaskan

sifat

dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak

faham tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk
mengulas N3 saya ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara
mereka sendiri yang kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu
yang

disampaikan,

pun

begitu

sekiranya mereka mengulas

ilmu

ini

berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan berjumpa juga dengan ilmu ini
akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil dari sudut terjemahan Al
Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan jalan yang berlikuliku

56 | 65

Ilmu daripada kalimah

ini meliputi ilmu Rububiyah dan

Uluhiyah yang pengertiannya terkumpul kepada kalimah ( Tuhan


yang menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa sekiranya
tujuh petala langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan
kalimah

itu di letakkan disatu timbangan yang lain maka

kalimah

itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi,

demikianlah luasnya keilmuan

tersebut, ertinya ilmunya meliputi

seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang nyata
Kalimah pada kalimah
sementara kalimah

itu adalah kalimah asbat (Terima)

pada kalimah

adalah kalimah mengasbat

(Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama
Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang
menarik

atau

sifat

keagungan

yang

hak

bagi

dirinya

sahaja)

Sifat

Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu
sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada
Tuhan)

ertinya

perkataan

sifat

makhluk,

maka

sebenarnya

ini
ia

bermakna

apabila

merangkumi

kita

ZatNya

sebut

SifatNya,

AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita faham dan
terima ilmuNya
Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf
Zat sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk
ertinya dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga
hambaNya yang dijadikan oleh Allah ( Tuhan yang mencipta alam
atau makhluk) Kerana itu maka berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan
keagungan dan kebesaranNya serta makhlukNya yang kita boleh dapati
hanya didalam kalimah

jadi jika kita perhatikan bahawa

57 | 65

keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah


kalimah

( Melainkan)

sahaja, sebab itulah

itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah alam

ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam
semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)
MENGENAL DIRI YANG KE 91
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 90
Telah dimaklumkan bahawa kalimah itu adalah makhluk kerana ia tidak
mutlak dari segala aktiviti pergerakan yang menggunakan qudrat,Iradat,
Ilmu ataupun Hayat segala makhluk ciptaan Tuhan melainkan dengan
bantuan Allah sebab itu dinamakan Tidak Mutlak, ini bererti segala yang
ujud yang merupakan makhluk ciptaan Tuhan adalah mengharapkan kepada
bantuan Tuhan

jadi kalimah

yang terdapat pada kalimah tauhid

itu adalah matlamat pada pengertian mutlak

Kalimah
mentadbir

itu adalah kalimah kesempurnaan ammar Tuhan yang


segala

yang

wujud

dari

ciptaanNya

kerana

disanalah

berkumpulnya maksud keilmua tentang ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan


juga Af'alNya dan pada kalimah
Rububiyah

dan

juga

Uluhiyah

dan

inilah lahirnya keilmuan asa-asa


disinilah

juga

lahirnya

maksud

firman "Allah beserta kamu dimana saja kamu berada"


Jadi kesimpulan kalimah

itu ialah :

Pada kalimah itu menunjukkan ilmu yang menceritakan Wujudnya Tuhan


yang bersifat sempurna yang tidak menyamai dengan makhluk ciptaanNya
sekalipun Allah mengujudkan alam yang lain sebagai bukti tanda-tanda

58 | 65

wujudNya bagi memudahkan makhlukNya untuk mengenali akan diriNya


dan beriman kepadaNya
Adapun kalimah

itu menunjukkan ujudnya aktiviti penyembahan

sekalian makhluk ciptaanNya dengan membekalkan segala keperluan dan


kefahaman iaitu dengan mengutuskan beberapa kitab melalui malaikatnya
kepada makhluk pilihanNya seperti nabi dan juga

RasulNya, ini bererti

semua perkara yang berkait dengan pengibadatan dan keilmuan terkumpul


pada pengertian tersebut
Adapun kalimah itu menunjukkan ujud makhluk ciptaanNya yang tidak
mempunyai daya dan upaya kerana itulah kalimah

itu bermaksud

melainkan dengan erti ia tidak mutlak melainkan dikaitkan dengan sesuatu


kuasa iatu kekuasaan Allah, kalimah ini jugalah yang memperlihatkan
ujud ciptaan Tuhan dari berbagai jenis makhlukNya ( Tuhan yang
mencipta sekalian alam) baik alam yang ghaib ataupun alam yang nyata,
sama ada yang halus ataupun yang kasar, sama ada yang dapat dilihat
ataupun

yang

tidak

dapat

dilihat

dengan

mata,

ini

bererti

pada

kalimah inilah berkumpulnya keilmuan segala-gala jenis makhluk


Adapun kalimah

itu menunjukkan ujud kekuasaan Allah yang mutlak

yang mentadbir, mengurus dan menentukan segala takdir qadha dan


kadarNya dan disinilah manusia perlu mengingati bahawa segala keilmuan
dari ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya berkumpul pada
kalimah

ini. Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua

puluh jadi tidaklah hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai
gudang segala sesuatu ilmu yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini
bererti juga bahawa segala keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu
mengkaji kalimah

59 | 65

MENGENAL DIRI YANG KE 92


SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 91
Apabila kita perhatikan bahawa kalimah

berkumpulnya

disana

asas-asas

aeluruh

ilmu

itu adalah tempat

maka

manusia

wajib

memahaminya betapa luasnya ilmu yang telah disediakan oleh Allah s.w.t
kepada manusia cuma manusia sahaja yang berfikiran sempit untuk
memahamkannya sedangkan Allah menerangkan bahawa tiada yang tidak
disentuh oleh Allah didalam al Quran tersebut, apa yang penting bagi
manusia ialah mempelajari ilmu al quran tersebut dengan yakin tanpa ragu
Tidak ada manusia yang benar-benar faham ilmu al quran tersebut dengan
tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kerana itulah Allah
utuskan nabi dan rasul untuk memberi kefahaman isi kandungan al quran itu
kerana nabi dan rasul berguru dengan malaikat dan Allah dan cukuplah bagi
manusia untuk menimba ilmunya kerana nabi dan rasul adalah lebih tepat
kefahamannya dari kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan
namun jagalah akidah dengan sebaik-baiknya
Daripada kalimah

itu lahirlah ilmu yang disebut sebagai

Rububiyah dan juga Uluhiyah iaitu ilmu yang menerangkan tentang Tuhan
dan hambanya, dari kedua-dua ilmu ini maka para pewaris nabi memberikan
dua asas ilmu yang wajib diketahui oleh semua hamba Tuhan iaitu ilmu

(Awal agama mengenal Allah) dan juga ilmu mengenal diri

(Barangsiapa mengenal dirinya maka mereka

mengenal Tuhannya) maka mengenal Tuhan itu bermula dengan mengenal


rahsia kalimah

pada kalimah

dan mengenal rahsia

60 | 65

kalimah

pada kalimah

iaitu sifat Jalal dan juga sifat Kamal

mengikut ilmu sifat 20


Adapun ilmu mengenal diri kita boleh perolehi daripada kalimah pada
kalimah
keilmuan

serta

dan kalimah yang mengaitkan perkataan tuhan dan


penyembahan

keilmuan pada kalimah

kita

boleh

perolehi

daripada

mengikut kaedah ilmu sifat 20 dan

semua nas yang berkait dengan ilmu ini mestilah di rujuk kepada al quran
dan hadis nabi s.a.w supaya maksud tujuan ilmu ini tidak lari dari akidah
dan kebenarannya dan setiap nas yang berasaskan al quran dan hadis nabi
apabila ditolak setelah jelas kebenarannya adalah menjadi kafir dan juga
sesiapa yang mengatakan ada kepimpinan lebih baik dari kepimpinan
Rasullullah maka mereka juga adalah kafir inilah maksud nas yang terdapat
didalam al quran
Didalam ilmu ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya Tuhan yang
disembah dan si penyembah maka berlakulah ikrar dan janji diantara hamba
dengan Tuhan, kerana itulah ayat pada surah al A'araf 172 terdapat
perkataan

(Mereka berkata)

(Betul)

(Kami menjadi

saksi) Bolehkah diantara manusia tafsirkan maksud "Kami menjadi saksi ?


Siapa yang menjawab pertanyaan daripada Allah "Kami menjadi saksi ?
Maka daripada jawapan tersebut lahirlah perkataan

(Naik saksi

aku) Saksi apa ? Saksi pada menyatakan dengan ikrar

dengan

menyatakan ganti diri yang berikrar dengan menyebut pada kalimah


tauhid tersebut itulah tafsir yang menyebabkan lahirnya ikrar kita dialam
Roh dan inilah TASYAHUD UNTUK PENGHORMATAN KEPADA TUHAN DAN
RASUL

61 | 65

Penghormatan terhadap Rasul dengan menyebut


menyebut ikrar

dengan

kerana penghormatan kepada Muhammad yang

telah dilantik oleh Allah sebagai PesuruhNya ini bererti kita mengiktiraf
ketentuan Allah kepada Muhammad s.a.w andainya kita tidak berikrar
demikian maka tidaklah ada ertinya perkataan pada ayat Al
A'araf 172 tersebut, maka itulah yang bermaksud

(Naik saksi aku) inilah fitrah ilmu yang lahir dari alam Roh tersebut

terhadap diri kita sebelum Allah menjadikan jasad manusia yang dimulai
dengan penciptaan Adam dan Hawa oleh Allah dan demikian jugalah
maksud ( Fa'alam an nahu) pada menyatakan tauhid ,
tahukah kita apa maksud ? Siapa yang mengikrarkannya ? Kerana itu
janganlah kita melonggarkan keyakinan kita terhadap Allah dan RasulNya
dan kepada diri kita juga
Sesungguhnya kita ini adalah lemah yang sentiasa didalam kekurangan dan
kepincangan didalam soal ilmu, tidak guna kita mempertahankan keaiban
dan kelemahan kita dalam berhujah tentang apa yang kita kurang arif
tentang ikrar diri kita kepada Allah dan RasulNya
Kerana itu Allah berfirman didalam al quran surah An Nisa ayat 64 dan 65

Maksudnya

Dan

Kami

tidak

mengutus

seorang

Rasulpun

melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah


Dan FirmanNya lagi:

62 | 65

Maksudnya:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak

disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam


mana-mana perselisihan yang timbul diantara kamu
MENGENAL DIRI YANG KE 93
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 92
Berhubung dengan kalimah

dan ilmu yang terkandung

didalamnya. maka sebenarnya didalam kehidupan manusia di Planet dunia


ini manusia belum lagi cukup untuk memahami ilmu yang Allah sediakan
yang tidak terhingga banyak dan luasnya dan manusia belum lagi sampai
ketahap memahaminya dengan berkesan, ini kerana disebabkan kita jarang
mendengar pengkaji ayat-ayat Allah dan rahsianya maka tamadun umat
manusia teraba-raba hendak menyelesaikan sesuatu masalah ilmu
Kali ini kita focuskan pada kalimah pada kalimah

kerana dari

kalimah inilah banyak ilmu yang belum lagi kesampaian dengan sempurna
dan

kepada

pengkaji

ilmiah

islam

sendiripun

belum

lagi

termampu

membongkar istilah dan mengenalinya, mengikut maksud huruf kepada


kalimah ini ialah melainkan, ertinya sesuatu yang tidak mutlak atau
tidak berdaya upaya, jadi mengikut ilmu sifat dua puluh ini adalah sifat
qahar iaitu sifat kekerasan atau sifat penaklukan (Berkuasa mutlak) Tuhan
yang mengandungi sifat ma'ani iaitu sifat qudrat, Iradat, Ilmu dah hayat,
sedangkan sifat ma'ani itu ialah sifat makhluk
Didalam al quran sifat ini disebut sebagai ( Al An'am ayat
61, ini bermaksud bahawa Allah menguasai seluruh hamba ciptaanNya, ia
bukan sahaja mencipta akan tetapi menentukan segala keperluan hambaNya
di

langit

ataupun

di

bumi,

ertinya

Dia

sentiada

dalam

urusanNya

63 | 65

sebagaimana firman Allah didalam surah Ar Rahman ayat 29


(Sekalian makhluk yang ada di langit dan juga

bumi sentiasa berhajat denganNya, setiap masa Dia dalam urusanNya iaitu
mentadbir dan menjadikan)
Apa yang penting pada N3 ini ialah mengenal asas makhluk didalam sifat
qahar ini yang berpunca daripada empat sifat iaitu qudrat ataupun kuasa
atau

tenaga,

berkehendak

Iradat

ataupun

berkeinginan

atau

cenderung,atau

Ilmu atau pengetahuan atau mengetahui, dan Hayat atau

kehidupan atau menghidupkan atau sumber kehidupan, didalam ilmu sifat


dua

puluh

disebut

sebagai

kuasa

roh

kepada

sifat

qudrat,

kuasa

berkehendak kepada sifat Iradat, sifat mengetahui kepada sifat Ilmu dan
sifat menghidupkan kepada sifat Hayat, persoalannya adakah sifat tersebut
berbentuk jirim ataupun Jisim atau jauhar Fardhi atau Jauhar Basit ?
Andainya ia bersifat tersebut maka makhluk itu tentunya bukan dari sumber
yang nyata namun ia diujudkan Tuhan untuk menjadi asas makhluk yang
ghaib seperti Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa kerana dari sumber inilah yang
menjadi kesempurnaan kehidupan semua makhluk ciptaan Tuhan tidak kira
makhluk yang di bumi ataupun di langit, jadi bolehkah kita membilang
berapa billion makhluk yang Allah telah jadikan hanya dengan asas ilmu
makhluk yang ada hanya pada empat sifat ma'ani pada sifat qahar didalam
ilmu sifat dua puluh ?
Pengkaji atau penyelidik sumber makhluk dari empat sifat ini tentunya tidak
akan berjumpa dengan suatu cara untuk mencungkil rahsia asal sumber
kejadian alam (makhluk) selagi mereka tidak mengkaji arah tuju ilmu sifat
dua puluh yang telah lama dibuang oleh orang berfahaman wahabi dan
kemudiannya di ikuti pula oleh manusia di zaman ini, dan ilmu inilah yang

64 | 65

sangat dimarahi oleh golongan sekular barat dan anak didiknya diseluruh
bumi ini
Asal

semua

makhluk

pada

peringkat

awalnya

disebut

oleh

Allah

sebagai KULLUM MIN 'IENDILLAH (setiap sesuatu adalah datangnya


daripada Allah) demikian Al Quran menyatakan pada ayat An Nisa 78 dan
daripada Allah inilah para ulama yang muktabar didalam ilmu akidah ini
menyatakan bahawa setiap sesuatu itu Allah jadikan daripada Nur dan dari
nur inilah dijadikan pula Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa dan dari sumber ini
pula Allah jadikan ia sebagai keperluan semua makhlukNya
Apa yang perlu kita kaji tentang sumber ini ?
Sepatutnya kita perlu memahami erti maksud Jirim, Jisim, Jauhar Basit dan
Jauhar Fardhi, mengikut agama bahawa Jirim itu ialah setiap benda yang
memenuhi ruang, sama ada kecil ataupun besar, dan setiap Jirim ada
permulaanya, Allah bukan Jirim, Maksud Jisim pula ialah Jauhar atau benda
yang tersusun dari Jauhar Fardhi, Jisim adalah benda yang dapat dibahagibahagikan, Allah bukan Jisim, Jauhar pula membawa kepada maksud
gambaran sesuatu benda yang tidak dapat dipecah-pecahkan atau dipisahpisahkan, Jauhar Fardhi adalah benda yang paling halus yang tidak dapat
dibahagi-bahagikan kerana terlalu kecilnya dan Jauhar Basit adalah sesuatu
yang melapangkan kehidupan

65 | 65

Anda mungkin juga menyukai