Anda di halaman 1dari 70

MENGENAL DIRI YANG KE 51

AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA


Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di
turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati,
ayat dari surah Al Baqarah 97 menerangkan:
" Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril
menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan ..."
Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu
(di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya"
Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada
pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan
kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya
kepada ayat yang berjumlah 6236 ayat.
Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepasa huruf dan
seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai
sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan
kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di
dalam diri manusia.
Pelajaran ini tersangat jarang di perkatakan oleh kebanyakan orang akan
tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari mksud sebenar ayat di atas
kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami,
yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ?
atau berbentuk apa ?
Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al
Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al

1 | 70

Baqarah 97) kedua-dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran
itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi,
cuma siapa Al Quran itu ?
Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim,
ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia
bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk
yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah
ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan)
Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim
iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak
Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi
ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh
Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ?
Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ?
atau Jauharul Basits ? *
* Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar
Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagibahagikan
Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat di pecah
atau di pisahkan
Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bahagibahagikan
Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan
kehidupan
Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia

2 | 70

sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam
dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita
sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia.
Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa
dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia
yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya,
tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi
tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam
ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri.
MENGENAL DIRI YANG KE 52
Sambungan ....
Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami
bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada
manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang
51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al
Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan
Allah dalam Al Quran, cuma dalam berbentuk apa ? Itulah yang hendak di
ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang
kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah
mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam
satu jasad
Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain
daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat
Nur

kepada

sekalian

alam

ciptaan

Tuhan,

yang

mengikutinya

atau

menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan


memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya
3 | 70

kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang
benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu
layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah
sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini
bererti cakap yang benar dan haq.
Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai
hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan
Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang
hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak bercerai) jika tali ini tidak di pegang
teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama
manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah
mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih
yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan
nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang
terpampang luas.
Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang
mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya,
kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak
mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata,
ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula
Wala itu wajib di fahami bahawa ia di kuasai oleh Quwwata illa billah dan
jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat
15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu
sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al
Quran.
bersambung ...

4 | 70

MENGENAL DIRI YANG KE 53


Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang
bermaksud Allah dengan izinNya memasukkan Al Quran ke dalam hati
manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap suatu rahsia yang
tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam
keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t
ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah
berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi
ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaimana yang di
kehendaki oleh Allah kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh
malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali
Allah)
Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah
Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di
masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk
Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk
bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih
cenderung menyatakan bahawa Al Quran tersebut adalah berbentuk zat,
kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh
Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia
adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat kepada
soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia adalah makhluk
yang bertaraf zat.
Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil
ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi
5 | 70

ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah Nur Muhammad
atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin
kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga di kenali
sebagai makhluk La Yakhluqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu) An Nahl
ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah ke
dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah
ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar ataupun di kenali sebagai diri
sebenar diri yang tidak menanggung dosa, ini jika kita faham tentang istilah
Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah.
Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang
khusus ini, di sebabkan ia adalah makhluk bertaraf zat yang tidak
menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat kepada Allah
s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan
juga kasrah dan sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat
mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang di kenali seagai INSAN yang
sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang
lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu di mulakan
dengan istilah yang bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas
yang menjadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud
dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af'al,
ertinya ia datang daripada istilah Asmak Allah

MENGENAL DIRI YANG KE 54

6 | 70

HAQIQAH SOLAH
Atas permintaan ramai maka inilah saya perturunkan maksud HAQIQAH
SOLAH, Haqiqah berasal daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar
dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah (Asmak) Allah yang ke 52
yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah)
yang membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan
dua perkataan ini ia di namakan HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG
BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di gunakan
oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu
menyembah Tuhan, saya berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH
bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan dengan makna yang
hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati
Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri
yang benar melakukan solat tersebut, umpamanya jika manusia itu di
perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang sebenarnya
melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli
dan fi'li yang semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang
ampunya diri, kerana itulah juga maka setiap manusia perlu mengenal
dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan
istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati
yang terdiri dari roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat)
ataupun nyawanya, semuanya ini wajib melaksanakan solat tanpa kadho
kecuali uzur syara'ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA HAULA
WALA pada dirinya.
Sesungguhnya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya
pada keseluruhannya ertinya diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai
sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh kebanyakan

7 | 70

orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara


perlaksanaan kerja ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan
Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah bermaksud PENJELMAAN
TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang
memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa sematamata (solatul daim) saya sangat tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin
hilang af'al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tidak sekali-kali menidakkan
kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af'al
daripada Allah s.w.t.
Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di
kerjakan nyawa semata-mata, ini tidak benar sama sekali, pandangan
mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia semata-mata
solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah
fil

wahdah

(pandangan

yang

satu

kepada

yang

banyak

dan

pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan
oleh nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah
(banyak) apa yang banyak dan siapa yang di maksudkan yang banyak itu ?
Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH.

MENGENAL DIRI YANG KE 55


HAQIQAH SOLAH (sambungan)
TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI
Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang
mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang
HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan

8 | 70

Tasauf,

mereka

kadang

kala

menjadi

bangga

dengan

ilmu

ini

dan

kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak
mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat
terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermainmainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jika kita halusi ilmu
ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini hanyalah
mengkaji

solat

dan

rukun

solat

biasa

secara

mendalam

sahaja

HAQIQAH SOLAT di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang
bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah
ketetapan hukum fi'li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali
sebagai RUHUL YAQAZAH yang terdiri daripada ROH, AKAL dan NAFSU
ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI
SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja
NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu
ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum
qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan
sifat KAMAL.
Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada
sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad
bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua
makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang
mana kerja buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya,
sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan
upaya

itu

wajib

meyakini

bahawa

tidak sah solah

tanpa makrifah,

persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di


pelajari dengan guru yang arif.

9 | 70

HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka
yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah
dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada
masa di luar solah, ilu ini perlu di gurui.
MENGENAL DIRI YANG KE 56
RAHSIA MALAIKAT SUJUD PADA ADAM
Ilmu pengetahuan tentang mengenal diri dan Allah penting di ketahui
terlebih dahulu sebelum kita tahu mengapa malaikat di perintahkan Allah
supaya sujud kepada Adam, sebagaimana kita semua ketahui bahawa
Tuhan,Adam,Malaikat dan Jin adalah makhluk yang di jadikan oleh Tuhan,
Allah s.w.t ujud tiada bersebab, Dia memiliki sifat keagungan yang berlainan
dengan semua makhluk ciptaanNya (Sifat Salbiyah) sementara yang
bertaraf makluk seperti Malaikat,Jin dan manusia Allah perintahkan supaya
sujud kepada Allah sebab mereka adalah makhluk, sujud bermaksud
patuh,ikut tanpa bantah segala perintah Allah, apa yang jelas tentang sujud
atau patuh ini di tujukan oleh Allah khas untuk manusia dan Jin, ini kerana
manusia dan Jin ada nafsu bagi memudahkan mereka berkecenderungan
untuk beribadat kepada Tuhannya di samping mereka ada di bekalkan oleh
Allah cara-cara beribadat.
KITA FOCUS KEPADA MANUSIA
Manusia bermaksud:
MANUS bererti sesuatu makhluk yang dapat di lihat dengan mata kasar iaitu
Jasmani
IA bermaksud sesuatu makhluk yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar
iaitu Rohani

10 | 70

Rohani di jadikan oleh Allah terlebih dahulu daripada jasmani, malah ia di


jadikan oleh Allah sebagai makhluk yang awal, Rohani terdiri daripada
komponen yang terdiri dari Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa (makhluk ghaib) di
antara empat makhluk ini maka nyawalah yang Allah jadikan terlebih dahulu,
kemudian baru Roh, kemudian Akal, kemudian nafsu, kemudian Jin,
kemudia barulah malaikat, di sini kita boleh fikirkan bahawa makhluk yang
tertua di jadikan oleh Allah ialah nyawa, maka nyawa itulah juga di namakan
dengan istilah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau Insan
atau nafas atau nafas atau nufus atau Ampas atau Tanafus, walau apapun
kita focus kepada ROHANI tersebut.
Allah menjadikan Rohani itu terlebih dahulu daripada Jasmani, dengan
adanya Rohani maka barulah jasmani itu bermakna, sebab itu di katakan
bahawa Rohani itu ibarat se ekor burung dan jasmani itu ibarat sebuah
sangkar, dengan adanya sangkar itulah maka baru Rohani itu dapat
beribadat kepada Allah s.w.t, pada adatnya jika Allah tidak jadikan Adam
maka Rohani itu tidak boleh beribadat, kerana dengan adanya jasmani itu
maka barulah kita tahu bahawa Rohani itu melakukan ibadatnya ini kerana
dengan adanya jasmani maka barulah kita tahu rahsia Af'al Allah yang
meliputi seluruh alam.
APAKAH MAKSUD ADAM ?
Adam bermaksud Allah dan manusia tidak bercerai (Allah dan Muhammad
tidak bercerai) Allah ada zahir dan ada pula batiNya, sebab itu Al Quran
menerangkan Huwal Awwalu, Wal Akhiru, Wazzohiru dan Wal Batinu
sementara manusia ada juga zahir dan batinnya akan tetapi zahir Bati Allah
tidak sama dengan zahir dan batin manusia, sebab itu di katakan bahawa
zahir manusia adalah jasmani dan batin manusia ialah Rohani, Rohani

11 | 70

memiliki kuasa Roh ertinya kudrat, Rohani memiliki kuasa berkehendak


ertinya Iradat, Rohani memiliki daya fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu
(akal) dan Rohani memiliki kuasa hidup ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh,
Akal dan Nafsu ini adalah bertaraf Rohanian sementara sifat hayat ini
bertaraf berkeadaan zat yang bertaraf man.
Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun Rohanian ia
tetap man yang di jadikan ertinya mereka bukannya Tuhan ataupun
sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan, mereka inilah
letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita berada
maka di situlah ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan Tuhan
bukan bermaksud bersekutu ! Tuhan dengan Rohani tidak bercerai, ini
bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak menyempurnakan
kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan Tuhan itu
kedalam jasad Adam maka Adampun menjadilah sebagai seorang manusia,
lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada ADAM, mengapa Allah
suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah ertinya
Ke Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN SIFAT KAMAL
di dalam ilmu akidah sifat 20
Wallahu a'alam
MENGENAL DIRI YANG KE 57
Maksud Qalbun dan Qalbi
Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do'a dengan menyentuh
perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan
Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do'a tersebut berbunyi
"Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal 'azim abadan abada

12 | 70

birahmatika ya Ar hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun


dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya)
demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia mengharapkan
qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya,
walaupun setiap manusia hanya ada satu hati.
Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati
bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur
iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah
mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan
ADAM, sementara unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu
alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain,
ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu.
Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan
dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum,
mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam
yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata
iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita
sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada
Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah.
Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh
isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya
mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi
sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal
ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah
mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang

13 | 70

tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga


mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan.
Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga
akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh
alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan
memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a
yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan
dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu
menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal
nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi
itu

tersangat

penting

kerana

ia

menjurus

kepada

penumpuan

kita

memakrifatkan yang ghaib.


MENGENAL DIRI YG KE 58
TUJUH NUR
dinamakan tujuh Nur kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya
terhadap keEsaan Allah, iaitu
1. NUR HIDAYAH
Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang
yang beramal dengan keimanan yang luhur melalui jalan zikir
(mengingat Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi
petunjuk dan panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan
melakukan dengan jalan bersuluk (menguzlahkan diri).
2. NUR INAYAH
Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa
yang dikehendaki oleh Allah dengan cara tiba-tiba kepada seseorang
yang sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada

14 | 70

pandangan yang mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu


adalah kepada manusia Kamil yang menjadi pilihan. kebiasaannya
berlaku kepada selain nabi dan rasul. kepada nabi dan rasul disebut
mikraj.
3. NUR TAQWA
Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat
petunjuk daripada Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa
melakukan semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang
bertaqwa adalah orang yang beriman dan beramal dengan ilmunya
dengan bersungguh-sungguh. Maksud taqwa itu ialah taat setia
kepada hukum Tuhan dan meninggalkan laranganNya.
4. NURUL IMAN
Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara
rukun iman dan kepada perkara yang ghaib yang dijadikan Tuhan dan
beramal dengan kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang
mereka percaya maka mereka tidak akan mendapat apa-apa dari
keimanan yang mereka percaya, malah mereka mendapat kemurkaan
dari Allah.
5. NURUL YAKIN
Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu
dinamakan orang yang beriman dan beramal dengan sebaik-baiknya.
Selepas keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya
tidak dapat dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu
Dunya (habuan dunia) dengan cara tidak halal dan hak. Fikirannya
tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang batil.
6. NURUL HAKIKI
Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang
diamalkannya mengikut aturan ibadat dan setelah mendapat petunjuk
yang membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu

15 | 70

hatinya (Fuad) dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya


menyebabkan fahaman pendiriannya sebagai seorang Islam yang
beriman tidak dapat digugat oleh apa-apa pengaruh pun kerana mata
hatinya telah celik.
7. NURUL MUSTAIED
Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi.
dia adalah seorang Islam yang sebenar dan mendapat petunjuk.
Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur'an dan hadis semata-mata serta
memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli)
MENGENAL DIRI YG KE 59
SEMBAHYANG TAQWA
1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai
manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak
sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia
bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan
selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka
kepadaNya.
2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah
tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang
dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.
3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa
di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya
menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya
peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah
(pengabdian seorang hamba).
Firman Allah:

16 | 70

Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu


berjanji

dan

janganlah

kamu

membatalkan

sumpah-

sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang


kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai
sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang
kamu lakukan (An-Nahl 91)
4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli
kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja
orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari
sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia
tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.
3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.
1. Insan kamil - Insan ketuhanan.
2. Insan kamil wa mukammil - Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).
3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.
5. Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana
dalam Afal Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA
ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam
kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.
6. Kita berkata didalam hati Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku
hanya Sifat Allah, tiada Afal aku hanya Afal Allah, tiada ujud aku hanya
ujud Allah dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan
dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat

17 | 70

dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan


dirinya(An-Nahl 89)
7.

Sembahyang

itu

ialah

untuk

mempraktikkan

kerja

buat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang


syariat dimaksudkan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah tetapi
kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada
kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). AR-RAHMAN itu Sifat
kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM
itu Afal kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal
daripada

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

kerana

itu

kita

tidak

boleh

membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13


rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya.
Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana
belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah
dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara
syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Afal Allah
dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah
Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai Insan kamil,
mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU
AKBAR)
MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana
daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu
1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah
2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah

18 | 70

3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah


4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah
5. Sembahyang Isya untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah
(syurga)
2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu
hendaklah

dilaksanakan

tanpa

qadha,

sampai

masanya

hendaklah

dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah


wajib kecuali uzur syarie.
3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana
sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi
dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.
Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:
1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat
2. Qiam itu pelita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur
4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur
5. Ruku itu permaidani didalam kubur
6.

Iktidal

itu

memberatkan

timbangan

dari

kesalahan

ketika

menghadap Tuhan
7. Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.
8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar
9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar
10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir
11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad saw
12. Salam itu membuka pintu syurga
13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga
Bererti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh
Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.

19 | 70

4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan
membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa
niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran
seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya
niat tidak boleh:
1. Hajis - ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah
2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda
3. Waham - ertinya was-was lemah ilmu dan iman
(tiga perkara diatas adalah kerja syaitan)
Berniat wajib:
1. Huzur - ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
2. Azam - cita-cita yang putus. Sedar tanggungjawab
3. Duhul - ertinya sedia tiada halangan
4. Kasad - ertinya hajat (menunaikan amanah)
Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia
merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra
seluruh badan diluar dan dalam.
Didalam niat itu:
1. Takbiratul ihram
2. Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang
3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat.
4. Meeraj
Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada
hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma'arifat.
Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan
hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan
hamba itu didalam Afal Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba

20 | 70

kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Afal
Allah.
Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita (Ruhul Yaqazah) dan Afal kita
(jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia,
barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja
Allah tidak ada kita.
Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaitu serahkan kelakuan diri
kepada kelakuan Allah (Afal Allah).
Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan
hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk
mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah
kepada yang punya amanah.
Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas
dan kalam itu menjadi Mutakallimun.
5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci
sembahyang itu noktah ghaib La taayun dan noktah Insan Taayun awal.
6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh
bidah, Apat, syirik.
7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah maalom, iaitu
masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala
tubuh,

anggota

perasaan,

fikirkan

bulat

menjadi

satu

menghadap

Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak)


8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal
daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir,
daripada asal dan usulnya.

21 | 70

1. Asal Allah daripada Zat


2. Usul Allah daripada Sifat
3. Asal kita daripada Nyawa
4. Usul kita adalah hati
9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang
bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya
yang berasaskan niat.
10. Adapun maksud rakaat itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua
sujud dan Iktidal.
11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang disebut inbiatul qolbi
dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.

SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB


1. Apakah maksud Solat?
Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan mengakui Afal
Allah.
2. Apakah kesempurnaan solat?
Kesempurnaan solat apabila kerja-kerja yang mengandungi
1. Kerja-kerja hati (Qalbi)
2. Kerja-kerja lidah (Qouli)
3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Feli)
3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Feli?
Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara
1. Niat
2. Tertib
Rukun Qouli itu lima perkara
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah

22 | 70

3. Membaca Tahiyat Akhir


4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir
5. Mengucap salam yang pertama
Rukun Feli itu enam perkara
1. Berdiri betul
2. Ruku
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud
6. Duduk membaca Tahiyat Akhir
4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?
Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu
qashad, taaradh dan taayien
1. Qasad menyehajakan kerja solat
2. Taaradh menyatakan fardhu (kefardhuan)
3. Taayien menentukan waktu (nama sembahyang)
5. Mengapa wujud Solat?
Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.
6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat?
Kerana tiada sampai kepada kefahaman maarifah hakikat.
7. Apa rahsia rukuk dan sujud?
Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia
sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba
zahir dan batin.
8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang?
Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun
ada dua takbir.
- Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal
- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

23 | 70

9. Apa maksud sebenar Usalli?


Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan
tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakikat
sembahyang itu dari takbir hingga salam.
10. Bila hendak memakrifatkan La hawla wala quwwata illa billah?
Ketika qiam dan sebelum takbir.
11. Mengapa rukun sembahyang itu 13 perkara?
Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian
manusia yang terdiri daripada 13 bahagian.
Daripada Allah satu iaitu - Nyawa

Daripada Rasul empat iaitu - Pendengaran


- Penciuman
Daripada Ibu empat iaitu - Darah

- Daging
Daripada Bapa empat iaitu - Kulit
- Urat besar

12

- Tulang

10

- Penglihatan

- Perasaan

- Roma
8

- Otak

7
9

- Urat kecil

11

13

12. Apakah rahsia ujud solat?


Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh
(semasa manusia belum ujud). Firman Allah:
Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu
berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu
itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan
Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91)
13. Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat
Insan Kamil?
Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati
penyerahan diri kepada Allah.
Firman Allah:

24 | 70

Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran)


untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk
serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang
yang menyerahkan dirinya
(An-Nahl 89)
14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat?
Al-fatihah semasa solat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi.
Firman Allah:
Sabda Rasullullah saw
Maksudnya: Telah berfirman Allah Azza Wajalla Aku bagi shalat
(Al-Fatihah) diantara Aku dan hambaKu menjadi dua
bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk
hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta,
apabila

hambaKu

alamiin!

Allah

memujikan

Aku

berkata:

Al-Hamdulillahirobbil

menjawab:
dan

hambaKu

apabila

hambaKu

telah
berkata:

Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah


menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki
yaumiddiin!

Allah

menjawab:

hambaKu

telah

memuliakan Aku, dan apabila hambaku berkata:


Iyyakana budu wa iyyakanastaiin! Allah menjawab:
Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu,
bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila
hambaKu

berkata:

Ihdinas

shirothol

mustaqim,

shirothollazina anamta alaihim, ghoiril maghduubi


alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini semua
untuk

hambaKu

dan

untuk

hambaKu

apa

yang

mereka pinta

25 | 70

(H.R Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Firman Allah:
Maksudnya: Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat.
Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau.
Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau.
Adapun tiga untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil
Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru
sekalian alam). Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha
Pengasih

Maha

Penyayang).

Maaliki

Yaumiddiin

(Yang menguasai hari kiamat). Yang antara Aku dan


engkau ialah: Iyyaaka Nabudu Wa Iyyaaka Nastaiin
(Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah,
dan

kepada

pertolongan).

Engkau

pulalah

Daripadamulah

kami

meminta

penyembahan,

dan

atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk


engkau

ialah:

(tunjukilah

kami

Ihdinash-shiraathal

Mustaqiim

jalan

Shiraathal

yang

lurus!)

ladziina Anamta alaihim (jalan orang-orang yang


Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil
Maghduubi alaihim Waladh-Dhaalliin (bukan mereka
yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)
(Riwayat Thabarani)
15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang?
Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah)
sementara Jasmani fana dalam Afal Allah ertinya dibawah
pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

26 | 70

16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca
setiap pujian dan pujaan?
Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat
Kalam inilah yang mesti diiktikadkan bukan sifat Kalam atau
mentakwil kaunuhu Mutakallimun.
17. Adakah sembahyang itu wajib?
Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.
18. Apakah maksud solat dalam solat?
Ada yang menyebut solat daiem.
19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu?
Syirik

bermaksud

menyekutukan

Allah

pada

ZatNya,

pada

SifatNya dan pada AfalNya.

MENGENAL DIRI YG KE 60
MENCARI KUASA TERSIRAT
Mencari

yang

ada

dan

yang

kekal,

yang

ujudnya

sebagai

perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai


kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai
kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai
nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam
kehidupan

manusia

dan

makhluk

Allah

yang

lain,

namun

kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana


dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam,
tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang
tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya,
akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara
yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana

27 | 70

tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang
kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut
sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah
setiap yang berakal perlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah
apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang
dia

nampak

itu

adalah

bayangan

sahaja

kepada

rahsia

ilmu

tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan
rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi
teras dan kenyataan
Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan
Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan
perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal
quraani hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran
adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah
yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah:
Maksudnya:

Al

Quran

adalah

kalam

Allah,

setiap

huruf

ada

kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap


ayat

ada

kebahagiaannya,

setiap

juzuk

ada

pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya


Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam
kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan
surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan
berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi
ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan
sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian
yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman
tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap
seluruh

makhluk

Tuhan,

ini

bukanlah

bererti

segala

kejadian

tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar

28 | 70

atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir
ilmu

di

sebalik

tabir

atau

tersirat

dan

menjadi

dalang

bagi

menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan


yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan
bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya
KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA
Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam AlQuran melalui firmanNya Al Insan ayat 1
Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari
masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi,
zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut
perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar?
Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas
adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan
makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang
kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di
kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang
Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang
Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi
diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga
dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki
sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir,
Mengurus,

Menguasai semua

makhluk

ciptaaNya

daripada

awal

sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada


jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan
diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga
di kenali sebagai Afal Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa
menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan

29 | 70

Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi


sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap
masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir
makhlukNya) (Ar Rahman 29)
Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa
segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan
disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir
itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa
gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh
Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu
rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah
kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt
sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan,
ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan
keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang tersebut
sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke
EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk
terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara
waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa
Tuhan itu sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan
tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk
itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah
dengan sifat wal Batinu Tuhan yang sememangnya tidak dapat di
lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh mata
basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib
tahu dan mengenal fungsi mata hatinya di samping mengenalinya
dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara
yang menyeluruh sebagaimana firmanNya

30 | 70

Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang


mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah
Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia, yang menguasai,
yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan
Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang
Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala
Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka
sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk,
yang mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut
kehendakNya)

baginyalah

nama

yang

sebaiknya

dan

semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di


langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya,
lagi amat Bijaksana(Al-Hasyar 22, 23, 24)
Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di
percayai

oleh

semua

manusia

yang

beriman

kepada

kuasa

Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan


ayat yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh
terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali
Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan
juga Afalnya, yang ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang
mendahulu atau terkemudian
MENGENAL DIRI YG KE 61
MENTAUHIDKAN ZAT
Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa
kita menerima dan menyatakan bahawa tiada seorang yang waras

31 | 70

dapat

membuat

kajian

yang

memperolehi

kejayaan

tentang

penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu


dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah di anggap sudah gila atau
pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap
keadaan yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di
bandingkan dengan segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya,
Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu
menyatakan keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan RasulrasulNya sekalipun atau para MalaikatNya sekalipun, yang cuba
mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik keadaanNya pasti akan
kecundang

dan

tersungkur

kerana

ada

larangan

daripadaNya

sebagaimana firmanNya
Maksudnya:

Allah

mencegah

kamu

daripada

mengenal

Dirinya

(Zatnya) (Ali Imran 30)


Dan sabda Rasullullah saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:
Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jangan kamu
Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu
Akan binasa (HR Abu Naim dan Tabrani)
Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya
memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada mereka yang
terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang tersurat
dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda
Rasullullah

saw

pula

mengingatkan

umatnya

supaya

tidak

menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu


kerana

bagaimana

hebatnya

fikiran

seseorang

itu

memikirkan

tentang Zat Allah swt maka hasilnya adalah kosong kerana tiada

32 | 70

seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di


dalam sebuah firman Allah pada surah Asy Syam ayat 11 Allah
berfirman
Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah
Yang Maha mendengar dan Maha melihat
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt
itu tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya
iaitu (Mukholafatuhu Taala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada
lagi yang memerah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi
jika ada yang tidak mahu membazirkan perahan lembaga akalnya
untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya bersebab,
iaitu Zat Maanawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan
Zat Nafsiyah itu paling hampir dan tidak pernah bercerai
TAUHIDUL ASMAK
Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai
bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian makhluk itu mempunyai
nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama
tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud
pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu
penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan
nama-nama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya
supaya mereka memahami akan setiap kejadian adalah datang
daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang paling
agong

ialah

ALLAH,

yang

mana

nama

tersebut

mengandungi

pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau nama-namaNya


yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan AfalNya, kesemuanya ini

33 | 70

wajib di ketahui supaya

manusia khususnya

terelak daripada

melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak


Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap
makhluk

ciptaanNya,

ini

kerana

dengan

AsmakNyalah

Tuhan

memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila


memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak
Allah untuk mentadbir makhlukNya, dan ia adalah bertaraf Zat
kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki
kebesaran dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah
berfirman di dalam surah Al Aaraf ayat 180
Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia
Berdoalah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu
Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan
Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan
Apa yang mereka kerjakan
Ayat di atas menunjukkan kuasa yang telah di tetapkan oleh Allah
swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu
yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita
serulah ALLAH dahulu kemudian baharulah mita seru namaNya yang
lain, sebagai contoh Ya Allah Ya Rahman (Wahai Tuhan yang amat
Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah ganti
nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman adalah sikap sifat Zat yang
Pengasih, jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah
kita akan melupai akan diriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas
dan nyata, kerana pada ayat Al Aaraf di atas ada larangan Allah
kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja

34 | 70

untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja


tanpa

menyebut

nama

bagi

Zat

(Allah)

dengan

tujuan

mengqadamkan Asmak Allah tersebut


MENGENAL DIRI YG KE 62
ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA
Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar,
satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan lagi satu Asmaul Husna,
Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan
ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng
Agongkan diriNya supaya dapat membezakan dengan makhluk
ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat
sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang ditimpakan kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan
kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.
TAUHIDUL SIFAT
Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan
sifat di sini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah atau sifat yang
bergantung

kepada

Zat

Allah,

ada

pandangan

ulamak

ilmu

ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu


ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna yang
indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah
apabila Zat yang Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang
tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia
berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para
ulamak

ilmu

ketuhanan

cuba

merungkaikan

dengan

berijtihad

35 | 70

mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali


sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan
penyelesaian dengan sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu
ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat ini dan
mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada
Zat atau sifat yang mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat
maani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim (Sifat
Asmaul Husna) di istilahkan kepada sifat Maanawiyah (sifat yang
memberi makna) ertinya sifat Maanawiyah memberikan makna
kepada sifat maani, sebagai contoh jika sifat maani itu sifat qudrat
maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat
Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat qudrat
bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa
oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada
sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu memperolehi kuasa dan
demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah
sifat qudrat itu adalah makhluk.
Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan
istilahnya di dalam keilmuan ini supaya di fahami oleh manusia
untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan,
mengenal Tuhan yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang
tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca perhubungan di antara
yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang
mana di antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia
dan perhubungannya dengan Tuhan dan menetapkan yang lebih
berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini
melahirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para
ulamak

juga

menggariskan

susunan

jumlah

sifat

pada

setiap

36 | 70

bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu


kepada setiap bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu
akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti yang
tersenarai di bawah ini:
1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud
2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo,
Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah
3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat,
Ilmu, Hayat, Samaa, Bashar, dan Kalam, Sifat Maanawiyah di
bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat
4.

Qadirun,

Maridun,

Alimun,

Hayyun,

Samiun,

Bashirun

dan

Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna


Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di
berikan

kepada

semua

sifat

dua

puluh

itu

adalah

kerana

mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat,


akan tetapi jika kita nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah
Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf
Keagungan Tuhan, Maani bertaraf makhluk Tuhan dan Maanawiyah
bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian
taraf

sifat

itu

yang

di

katakana

berdiri

atau

mengharapkan

pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana


Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa, dan
kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman
kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara
Tuhan dan hamba, iaitu hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang
bersumer dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di kenali
juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan

37 | 70

hamba yang tersurat iaitu jasad manusia, dan sifat inilah yang di
maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat, iaitu Zat
Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu
Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah
pula adalah menunjukkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti
Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat
Maani, maka di sinilah kefahaman orang-orang yang mengenal Allah
dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu INSAN
KAMIL yang menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah
swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat Salbiyah, Maanawiyah
dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di
dalam

bab

ilmu

Iftiqar,

kerana

itulah

setiap

manusia

wajib

memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba Ta ilmu


Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat
yang di kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang
diperintahkan

kepada

manusia

supaya

mengenal

dan

mememikirkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana


itulah di katakana bahawa sifat Maani itu adalah bayang-bayang
kepada sifat Maanawiyah.
TAUHIDUL AFAL
Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa
segala Afal Allah datang daripada kuasa ke Esaan Tuhan, inilah
suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh
seluruh manusia, dan Afal Allah itu membawa maksud segala gerak
dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja
buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap
menyangka segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya

38 | 70

sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka terperangkaplah


manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia
yang terperangkap dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan
syirik ini kerana kejahilannya atau kemalasannya kerana tidak
mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan
kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan dengan ilmu
dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan ilmu
Afal Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka
selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdoa.
Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan
yang datang daripadaMu
Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala
takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan daripada kita kerana
tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan
lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan,
walau

bagaimanapun

takdir

kejahatan

pasti

ada

hikmah

di

sebaliknya.
Dan lagi FirmanNya:
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada
Allah (An Nisa 78)
Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang
daripada Allah, dan sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul
sama

ada

makhluk

ciptaanNya

ataupun

setiap

sesuatu

itu

bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa


juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah datang
di sebabkan atas kehendakNya.

39 | 70

Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Afal Allah di


antaranya Allah berfirman:
Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu
lakukan (As Shofat 97)
Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah
yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan
Dialah juga yang menggerakkan manusia itu.
Dan lagi firmanNya:
Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar
tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal 17)
Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang
datang nya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang
terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang
daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat
Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia di
anggap

soal

remeh

dan

memeningkan

akal

dan

jangan

ada

hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai


mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di
ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan
menggunakan

akal

tersebut

dan

demikianlah

juga

kehidupan

manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan


manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang
menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga
manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat di
laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak

40 | 70

melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga


perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau
di perintah.
Dan lagi firmanNya:
Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa
yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29)
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia
itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu
adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat
dan sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat
fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya
dengan mencuci sikap hawa nafsunya,tidak boleh bersikap jabariyah
kerana Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi
menyelamatkan diri mengikut arahan Tuhan di dalam Al Quran dan
di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang
faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah
di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh mendatangkan
faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang
sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia
dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak
bermakna sifat jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di
lihat dari konsef kehidupan seorang manusia yang bertugas sebagai
khalifah di bumi bagi menunaikan perintah Allah swt dan jabariyah
bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan
dengan tugas sebagai khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal
yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan kesempurnaan.

41 | 70

MENGENAL DIRI YG KE 63
MERAGUI TAKDIR
Meragui takdir daripada Allah swt adalah berdosa dan boleh
merosakkan keimanan seseorang dan seterusnya boleh menjadi
sesat yang nyata kerana ada kemungkinan sebahagian manusia
menyalahkan ketentuan takdir Tuhan, tambahan pula jika ada yang
membaca firman Tuhan di dalam surah An Nahl ayat 93, Firman
Allah:
Maksudnya: Jika Allah berkehendak tentulah Dia menjadikan kamu
satu umat akan tetapi Dia akan sesatkan siapa yang
dikehendakiNya, dan Dia berikan petunjuk kepada siapa
yang Dia kehendaki, sesungguhnya kamu akan di Tanya
apa yang kamu kerjakan. (An Nahl 93)
Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk menentukan
takdir seseorang tersebut sama ada Tuhan hendak sesatkan ataupun
tidak, sepintas lalu kelihatan berlaku buruk sangka terhadap Tuhan
kerana ketidak adilanNya terhadap konsef takdir Tuhan terhadap
hambaNya, ada di kalangan hambaNya yang merasa keciwa dengan
ketentuan ini seolah-olah ada pilih kasih diantara seorang hamba
dengan hambaNya yang lain, persoalannya adakah adil sifat kasih
sayang Allah yang sedemikian rupa? Bagaimana penilaian Allah
terhadap

sekalian

hambaNya?

semuanya

ini

wajib

di

jawab

mengikut ketentuan Tuhan di dalam banyak amaranNya di dalam Al


Quran, dan kepada orang-orang yang beriman sepatutnya mereka
tidak meragui akan keadilan Tuhan dan mereka perlu membaca diri

42 | 70

sendiri terlebih dahulu sama ada mereka sudah menepati hidup


sebagai seorang hamba kepada Tuhan atau hidup sebagai sekutu
syaitan dan hawa nafsunya yang jahat lagi syirik, cuba kita tinjau
ayat-ayat

ketentuan

Tuhan

terhadap

manusia

sehingga

menyamakan manusia seolah-olah dikelasifikasikan sebagai haiwan


dan syaitan sebagaimana firmanNya,
Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat binatang yang melata
disisi

Allah

ialah

orang

kafir

kerana

tidak

mahu

beriman.(Al Anfal 55)


Ayat yang di atas di tujukan kepada orang-orang yang tidak mahu
beriman kepada perkara keimanan, ini bererti hanya orang kafir
yang tidak mahu beriman, jika mereka beriman tentulah mereka
tidak di tuduh sedemikian rupa dan tentulah mereka melaksanakan
peraturan Tuhan dengan sewajarnya dan Allah juga berfirman di
dalam Al Quran,
Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh
iaitu syaitan dari jenis manusia dan Jin, sebahagian
mereka

membisikkan

kepada

sebahagian

yang

lain

perkataan yang menarik untuk menipu manusia, jika


Tuhan

menghendakki,

nescaya

mereka

tidak

mengerjakannya maka tinggalkanlah mereka dengan apa


yang mereka ada-adakan
(Al-Anam 112)
Firman Allah swt di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah
menjadikan syaitan jenis manusia dan syaitan dari jenis keturunan
Jin sebagai musuh kepada Nabi-nabi sebagai ujian terhadap mereka
dalam menjalankan Tugas amanah daripada Tuhan, Nabi-nabi yang

43 | 70

diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan cara kehidupan


yang

telah

di

tetapkan

oleh

Allah

dengan

peraturanNya

dan

mengikut kesesuaian asal anasir manusia itu ternyata mendapat


tentangan daripada kedua-dua jenis syaitan tersebut semata-mata
kerana keangkuhan dan ketakburan sikap mereka yang semula jadi
daripada

Allah

sebagai

ujian

kemantapan

keimanan

terhadap

manusia yang beriman, dan di sinilah rahsia kejadian setiap sesuatu


alam itu wajib di ketahui oleh orang-orang yang beriman dan Allah
tidak

menjadikan

sesuatu

jenis

makhluk

itu

dengan

sia-sia

melainkan ada hikmah yang tersirat yang perlu di fahami oleh


manusia, ertinya manusia wajib memahami kerja mereka dan
syaitan perlu memahami kerja mereka, namun apa yang dapat kita
lihat ialah hanya syaitan sahaja yang patuh dengan kerja mereka
sementara manusia tidak memahami tugas mereka sebagai seorang
manusia, sebab itulah rahsia dari Tuhan yang mengatakan jika
Tuhan menghendaki nescaya merka tidak mengerjakannya, ertinya
kerja permusuhan syaitan itu adalah restu daripada Allah juga untuk
menguji manusia sejauh mana manusia hidup secara manusia
sebagaimana yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi, jika apa yang
telah di sampaikan oleh Nabi-nabi itu tidak di ikut atau di remeh
temehkan atau di provokasikan maka izin Tuhan kepada syaitan
untuk

menyesatkan

berkehendakkan

manusia

atau

adalah

mengizinkan

tinggi
kepada

dan

Tuhan

syaitan

pasti
untuk

menjadikan Nabi-nabi sebagai musuh, sebab itulah juga Allah


menyatakan Demikianlah Kami jadikan setiap Nabi itu musuh dan
selepas Nabi-nabi pewaris Nabi-nabi pula, golongan inilah pada
peringkat awalnya menerima ujian yang awal daripada Allah, dan
tidak kurang daripada mereka itu (dari pewaris nabi) kecundang
kerana kepentingan jawatan dan kehidupan, cuba kita bayangkan

44 | 70

apa akan terjadi jika golongan yang bukan dari kalangan Nabi-nabi
dan pewarisnya yang di uji pada peringkat awal pengembangan
agama daripada Allah tersebut maka sudah tentu manusia semuanya
akan menjadi syaitan, kerana itulah manusia patut menghormati
ulamak, jangan sampai ada manusia yang memandang bodoh dan
jijik terhadap golongan ini kerana ketayap dan songkoknya yang
lusuh, namun kerananyalah roh ajaran Nabi-nabi itu melindungi
kamu dan di akhirat nanti kamu akan dapat melihatnya walaupun di
dunia ini kamu mencemuhnya.
MENGENAL DIRI YG KE 64
KETENTUAN TUHAN
Ketentuan tetap berlaku sepanjang kehidupan manusia kerana
ketentuan itu adalah majhul (ketentuan yang tidak di ketahui)
terhadap kehidupan manusia yang menyebabkan manusia merasa
gelisah,

jika

tidaklah

kerana

majhul

mungkin

manusia

dalam

keadaan bersiap sedia bagi menghadapi takdir, namun takdir tidak


mengizinkan sedemikian kerana ia mendorong kepada akidah yang
sempit dan amalan yang bermusim, apa yang penting ialah manusia
di kehendakki oleh Allah dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia
bagi menghadapi sebarang kemungkinan, di dalam Al Quran Allah
berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sesekali akan
menimpa kami melainkan apa yang telah di tetapkan
(Allah) bagi kami, Dialah Pengawal menyelamatkan kami,
kepadaNyalah orang orang beriman menyerahkan diri

45 | 70

Ayat yang di atas Allah swt memberikan panduan kepada manusia


supaya memahami konsef takdir daripada Allah swt iaitu ketetapan
daripada Allah swt itu adalah kata putus tertimpanya segala takdir
sama ada baik ataupun buruk, sama ada kecelakaan atau segala
mushibah

kerana

Dialah

yang

mengawal

semua

makhluknya

termasuk manusia, akan tetapai di sana ada syarat yang kelihatan


mampu di jadikan tauladan iaitu orang yang menyerahkan dirinya
kepada Allah swt dengan syarat ilmu dan amalan dan dengan syarat
berusha tanpa melakukan penyekutuan kepada Allah swt dan ini
perlu di fahami dan mencari ilmu yang berkait dengan tawakkal,
bukan setakat ucapan mulut sahaja tanpa memahami ilmu tawakkal
tersebut, dan sesungguhnya konsef takdir yang membawa kepada
Afal Allah itu tersangat luas dan perlu berhati-hati memahaminya,
apa yang penting ialah setiap takdir sama ada baik ataupun buruk
itu mesti di kaitkan dengan sebab dan musabab sama ada dari
kebodohan dan kecerdikkan kita sebagaimana firman Allah swt
menyatakan:
Maksudnya:

Sesungguhnya

membersihkan

dirinya,

berbahagialah
dan

orang

sesungguhnya

yang

celakalah

orang yang mengotorkan dirinya (As Syam 9, 10)


Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang
membersihkan dirinya (Membersihkn diri yang di dalam) akan
berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau
mengotorkan

diri

akan

di

tetapkan

oleh

Allah

dengan

takdir

keburukkan, ini menunjukkan ada ikhtiar daripada manusia untuk


selamat kerana rahsia akal yang di kurniakan Allah kepada mereka,
kerana itulah manusia wajib mengenal dirinya supaya mereka
memahami diri manakah yang perlu di bersihkan, apabila diri sudah

46 | 70

bersih maka Allah akan memelihara kita dari takdir yang kita benci
mengikut pandangan Allah swt jika kita kotorkan diri kita maka
Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang kotor, sebab itu
manusia kena belajar perkara diri yang tersirat iaitu diri tempat
penilaian Allah swt
Dan lagi Allah berfirman:
Maksudnya: Tiada sekutu baginya, dan demikianlah aku di perintah,
dan aku adalah Muslim yang pertama (Al Anam 163)
Selain daripada ayat yang menerangkan kepada manusia supaya
mensucikan diri, Allah juga menetapkan supaya manusia membuat
pengakuan

supaya

tidak

menyekutukan

Allah

dengan

sesuatu

daripada alam ciptaaNya, kerana tidak menyekutukan Allah adalah


konsef umat manusia yang awal sejak daripada alam Roh lagi di
mana ketika itu diri sebenar diri manusia telah membuat pengakuan
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah ketika mana pada
waktu menjawab pertanyaan Allah ALAS TUBIROBBI KUM (Tidakkah
Aku ini Tuhan kamu?)
Sebenarnya manusia perlu memahami bahawa diri kita yang tersirat
telahpun di jadikan oleh Allah swt lebih awal daripada diri yang zahir
iaitu jasad manusia, iaitu diri yang telah di tetapkan oleh Allah yang
datang daripada Allah dan kembali kepadaNya, dan apabila keduadua konsef membebaskan diri daripada syirik dan mensucikan diri di
atas maka barulah Allah swt mengampunkan manusia apabila
manusia itu memohon ampun dan barulah Allah menimpakan takdir
yang

baik

dan

mendorong

manusia

kepada

kebaikkan

serta

beberapa taufik dan hidayahNya, apa yang penting ialah setiap kerja
buat kita hendaklah menuju kepada redha Tuhan dan sesame

47 | 70

manusia kerana itu lah manusia di berikan oleh Allah suatu


ketenangan dari jaminanNya sebagaimana firmanNya di bawah ini
Firman Allah swt:
Maksudnya: Bahawa Tuhanku telah mengampuni aku dan aku di
jadikan daripada golongan yang di muliakan (Yasin ayat
27)
Sebenarnya manusia dapat merasakan keampunan daripada Tuhan
setelah semua yang menggagalkan kehidupannya masa yang lalu
berlalu dengan merasakan ketenteraman di dalam jiwanya dan
ketenangan akal dan penambahan rezekinya daripada Allah swt dan
merasa ringan pula melakukan ibadat kepada Allah dengan dapat
nerasakan ketenangan di dalam kehidupan, dan di dorong juga oleh
Allah perasaannya kepada kerja untuk melaksanakan hukum-hukum
Allah

dan

merasakan

dirinya

berdosa

jika

membiarkan

suatu

golongan yang memperjuangkan hukum Allah tidak di bela dengan


sewajarnya,

sepatutnya

umat

islam

sentiasa

mencari

punca

kelemahan yang ada pada dirinya terutama pada sikap hawa kepada
nafsunya yang tersirat dan tersorok di dalam lubuk hatunya yang
mana tempat tersebut sentiasa di nilai oleh Allah swt sebagaimana
firmanNya:
Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang
menurut hawa nafsunya, kerana tidak mendapat hidayat daripada
Allah (Al Qashas 50)
Didalam keilmuan ini apabila kita telah menyentuh soal Tauhidul Zat,
Asmak, Sifat dan juga AfalNya maka terkumpullah ilmu kalimah
tauhid di situ ia itu kalimah LA ILAHA ILL ALLAH, oleh kerana mahu
mencari yang tersirat maka Zat, Asmak Sifat itu adalah tersirat dan

48 | 70

yang tersuratnya adalah AfalNya kerana dia dapat di lihat dan juga
di nilai, kerana itulah nilai ghaib adalah ghaib biasa dan ghaib luar
biasa (Ghoibul ghuyub). Ghaib luar biasa tidak dapat kita melihatnya
hanya dapat melihat kerja bekasNya sementara ghaib yang biasa
dapat di lihat melalui mata hati iaitu qalbun dan qalbi, itupun
sekiranya kedua matahati itu dicuci dengan zikirullah mengikut
kaedah yang di tetapkan.
MENGENAL DIRI YG KE 65
MENCARI TERSIRAT 2
Dalam mencari yang tersirat peringkat kedua ini penulis bawa
kepada konsep mengenal diri jenis makhluk yang bernama manusia
yang menjadi khalifah di bumi secara ringkas, sebagaimana yang di
ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan Tuhan sama
dengan makhluk yang lain, asal usul awalnya di katakana daripada
Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan
KULLA

MIN

INDALLAH

(setiap

sesuatu

itu

daripada

Allah),

sedangkan Allah itu adalah Nur, memandangkan manusia ini adalah


jenis makhluk yang berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan
makhluk Allah yang lain, dengan pengurniaan akal kepada mereka
maka manusia perlu membuat penilaian kepada dirinya sendiri, iaitu
dengan membandingkan diri mereka dengan makhluk Allah yang lain,
oleh kerana itu manusia perlu keluar daripada sifat makhluk kepada
sifat manusia, dan daripada sifat manusia kepada sifat Insan Kamil,
dan dengan taraf Insan Kamil lah baru manusia itu menjadi
sempurna sebagaimana firman Allah menyatakan:

49 | 70

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik


kejadian, kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat
tang hina (At Tin 4, 5)
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah
menjadikan manusia sebagai makhluk yang

sempurna

jika

di

bandingkan dengan makhluk yang lain, dan kemudiannya akan di


kembalikan di sisi Allah swt sebagai makhluk yang hina, ini
menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu kerana
setelah

Allah

jadikan

dengan

sempurna

mana

mungkin

di

kembalikan pada tempat yang hina? inilah bukti yang kukuh yang
menunjukkan manusia itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu
contoh adakah manusia beribadat kepada Allah masih berdarjat
makhluk atau berdarjat manusia ataupun berdarjat Insan Kamil,
itulah sebabnya para ulama membezakan taraf manusia itu kepada
beberapa darjat supaya dengan memahami darjat tersebut dapatlah
manusia melaksanakan tugasnya kepada Allah dengan sempurna
sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia
perlu mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang
sempurna dan kerana itulah ulamak menyatakan (Sesiapa mengenal
dirinya ia mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka
binasalah ia) ayat ini menunjukkan bahawa Man ini secara am sama
ada manusia ataupun bukan manusia jelasnya Man ini adalah
bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya Nafsahu maka
barulah ia mengenal TuhanNya yang bernama Rabbahu, iaitu Tuhan
yang bertaraf Laisa kamislihi syai un (Yang tidak berupa apa juapun)
ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada pengertian
manusia maka ia akan membawa kepada manusia yang jenis Laisa
kamislihi syai un iaitu manusia yang batin atau di kenali sebagai

50 | 70

Insan atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf
nyawa atau Nafas, ia adalah sebahagian daripada diri Rohani,
fungsinya adalah sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri
yang bernama diri terperi yang fungsinya di dalam batang tubuh
sama ada yang turun dan naik ataupun yang keluar dan masuk pada
jasad manusia yang anasirnya yang terdiri daripada Nafas, Nufus,
Ampas dan juga Tanafas dan yang sentiasa mengingat Allah tanpa
henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang bertaraf Man dan
Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib juga di kenali,
inilah nilai sebenar manusia, dan pada garis kasar mengenal diri ini
adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain, iaitu diri kedua
penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri terperi yang
terdiri dari komponen rohani yang di kenali sebagai Roh, Akal dan
juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang fungsinya
menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu
orang sofi dan juga orang yang memahami jalan diri menyatakan
Maksudnya: Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari
keduanya ialah Roh Yaqazah (Roh menjagakan) yang di
tentukan oleh Allah adat, jika ia berada pada jasad,
jadilah

manusia

itu

jaga,

maka

apabila

ia

keluar

daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan


berlaku lah mampu, yang lagi satu ialah Ruhul Hayat
(Nyawa) yang di tentukan Allah adat, jika ia berada pada
jasad maka hidup lah jasad, apabila ia berpesan daripada
badan mati lah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh
ini berada dalam jasmani manusia, tiada yang mengetahui
tempat ketetapannya melainkan Allah atas urusan itu

51 | 70

Ayat yang di atas menerangkan bahawa didalam jasad manusia itu


terdapat dua jenis Roh, satu dikatakan bernama Ruhul Yaqazah yang
terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana Ruhul Yaqazah ini
juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi kepada manusia
supaya hidup bererti, dengan adanya Roh di dalam jasad maka ia
dapat

memberikan

kekuatan

dan

keupayaan

kepada

setiap

komponen jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir,


mengingat, dan berperasaan dan menyimpan segala maklumat masa
silam dan semasa, sementara fungsi yang terdapat pada anasir
hawa

Nafsu

pula

ialah

untuk

melahirkan

sikap

berkeinginan,

berkecenderungan dan mempengaruhi serta mendorong kepada


sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang datang
daripada akal, Ruhul Yaqazah ini jika dia masih berada didalam
jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran
sebagaimana

manusia

semua

maklum,

dan

apabila

ia

keluar

daripada jasad maka jasmani menjadi hilang keupayaan aktifnya


secara total semua ini adalah atas ketentuan Allah yang mentadbir
dan mengatur alam ciptaanNya, di dalam Al Quran pada surah Az
Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul Yaqazah ini di tahan
kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud jasad menjadi
aktif dan peranannya dapat di lihat dan apabila ditahan maka jasad
menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi minat, dan hilang
keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan
istilah tidur, sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam
surah Al Anam ayat 60, sementara satu lagi jenis Roh dinamakan
Ruhul Hayat atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau
dikenali juga sebagai Insan batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan)
ini selagi ia tidak keluar daripada jasmani maka jasad tidak akan
mati, ertinya manusia tidak akan mati-mati selagi ia tidak keluar

52 | 70

daripada jasad, akan tetapi apabila ia keluar maka jasad manusia


akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib, sementara Ruhul
Yaqazah akan mengikutinya kemana saja ia berada. Sebenarnya
Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa
adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai
diri yang sebenar kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah
jadikan sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang tersurat dan
yang menjadi kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah
juga dengan kita memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh
keluar dan masuk dan memeliharanya dengan baik supaya dapat
tinggal lama di situ, kerana itulah kita perlu selalu berdoa kepada
Allah atas rasa syukur apabila Rohani itu di kembalikan Allah
kedalam jasmani supaya dapat meneruskan kerja khalifah di bumi
ini (Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku
kepadaku, dan yang telah menyegarkan pada tubuhku) doa ini
menunjukkan bahawa Rohani (Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan
masuk kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan
komponennya mempunyai istilah yang tersangat banyak sehingga ia
memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan
penulis istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu
berguru mengikut fahaman tarikat-tarikat yang tertentu sahaja, apa
yang lebih penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia
dengan dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti
jika orang yang tidak selalu merujuk kepada Al Quran atau berwirid
dengannya maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang
menafikan atau membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama
pada golongan yang athies dan tiada keimanan yang kukuh dan
melulu atau mencegah daripada membincangkannya kerana ia di
katakan itu hanya urusan Allah walaupun ia di muatkan di dalam Al

53 | 70

Quran yang menjadi asas panduan kehidupan manusia yang di


turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia. Sememangnya
manusia buat zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah
kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan istilah
tersebut kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan
mereka walaupun ianya benar mengikut Nas, dan tidak kurang pula
yang

mengatakan

yang

ghaib

hanya

Allah

sahaja

yang

mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka percaya pula


kepada

Allah

yang

mempercayainya

Maha

serta

ghaib

dan

mengenaliNya,

di

tuntut

demikian

pula
juga

untuk
kepada

malaikat yang ghaib serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang
yang sedemikian rupa tinggalkan saja mereka itu, nanti di akhirat
mereka boleh menyaksikan apa yang benar dan yang salah dan
manusia bukanlah terus
membuktikan

fahaman

hidup
mereka

dan hidup
itu.

Hanya

terlalu lama
orang

untuk

yang

Allah

tunjukkan jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang


ghaib itu kerana mereka dapat melihat dengan mata hatinya yang di
izinkan oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata
memandang, matanya dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat
pandangan biasa)
MENGENAL DIRI YG KE 66
PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH
Di dalam masalah perhubungan Allah dan Rohani itu perlu di pelajari
dengan penuh hati-hati kerana ia tersangat seni dan kritis, jika
tersilap memahamkannya boleh menjadi tersesat dan terkeluar
daripada

fahaman

akidah

yang

sebenar,

oleh

kerana

perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk kerohanian


maka

manusia

perlu

mempelajari

ilmunya

dengan

betul

dan

54 | 70

bertanyalah kepada orang yang Arif, di dalam Al Quran Allah


berfirman (Dan ia tetap beserta kamu di mana juga kamu berada) Al
Hadid 4. ayat ini mengesahkan bahawa berlaku perhubungan di
antara yang tersirat dengan yang Maha tersirat iaitu perhubungan
Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidak berlaku maka
tidaklah alam ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi bermakna
sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut mempelajarinya, jika
tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik itu
adalah perbuatan yang terkutuk dan di kutuk oleh Allah swt, oleh
kerana perhubungan di antara Rohani ini tersangat penting maka
umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu
sebelum benar-benar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara
amnya sahaja di dalam Al Quran, kerana itu ulamak berijtihad untuk
menyusun mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis
Rasullullah saw, sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun
tidak semestinya menepati maksud yang sebenarnya, namun apa
yang penting jangan sampai terjebak dengan perbuatan syirik,
kerana itu penulis menganjurkan supaya di pelajari ilmu ini dengan
ilmu sifat dua puluh yang berasaskan kerohanian, jika tanpa
kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang
sebenar dan tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun
ilmu

kerohanian

ini

di

sebut

oleh

Allah

di

dalam

Al

Quran

sebagaimana firmanNya
Maksudnya: Dan

mereka

bertanyakan

kepadamu

tentang

Roh,

katakanlah Roh itu adalah urusan Tuhanku, dan kamu


tidak di berikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit
sahaja(Bani Israil 85)

55 | 70

Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya


makhluk yang bernama Roh (Kerohanian) tersebut, makhluk ini di
cipta oleh Allah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan
telahpun mengakui bahawa dia telah membuat pengakuan di alam
Roh, demikian di terangkan oleh tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman
pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan rujukkan
pada ayat Al Aaraf 172 dan di katakan juga Roh itu adalah
kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada ayat Al Baqarah 255 ini
menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di
katakan bahawa orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid
adalah golongan orang-orang kafir yang fanatik buta. Kita kembali
kepada ayat bani Israil ayat 85 yang menerangkan bahawa Roh itu
di uruskan oleh Allah dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah
hanya sedikit, maksudnya tidak meluas
Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit itu ialah
supaya manusia tidak menyelidik ilmu tentangnya secara meluas,
umpamanya Roh itu di jadikan oleh Allah daripada bahan apa?
sepertimana

Allah

jadikan

Adam

daripada

tanah,

kerana

soal

kerohanian ini bukanlah setakat Roh sahaja akan tetapi apa-apa


yang berbentuk kerohanian adalah termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu
makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar, kepada umat
islam jika mereka mengkaji Roh maka itu adalah satu bab sahaja
dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar bagi manusia
takut untuk mengkajinya malah yang di kaji itu ada di dalam batang
tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun
wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di dalam poket
kitapun wajib kita mengetahuinya sama ada yang benar ataupun
yang salah, didalam asas ilmu Roh ini jika kita katakana bahawa ia

56 | 70

di uruskan oleh Allah maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua
puluh adalah yang paling tepat untuk kita memahaminya kerana
ilmu Roh itu berlegar pada sifat Qahar Allah swt dan yang
menguruskan Roh itu adalah sifat Kamal Allah swt, yang mana ia di
kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak mana mungkin
manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu
tersebut inilah satu-satu ilmu yang lebih terang dan jelas untuk di
fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia
untuk mempelajarinya kerana di katakan merbahaya dan di rujuk
pula kepada sebab dan musabab pandangan mazhab wahabi yang
telah mengharamkan ilmu sifat dua puluh itu kerana di katakan
membawa kepada kemunduran dan khurafat
MENGENAL DIRI YG KE 67
NILAI KEROHANIAN
Allah swt menilai makhluk kerohanian ini dengan nilai yang tinggi
dan utama, namun manusia memandang rendah dan tiada nilai, jika
manusia menilainya

sudah pasti

manusia mempelajarinya

dan

mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah yang


bernama

Malaikat

dan

Jin

pun

di

perintah

oleh

Allah

sujud

kepadanya, sebagaimana firmanNya:


Maksudnya: Maka apabila Aku sempurnakan dia (Adam) dan Aku
tiupkan padanya Roh dariKu maka hendaklah kedua kamu
sujud kepadanya (Al Hijr 29)
Ayat yang di atas menerangkan selepas sahaja Allah swt mencipta
Adam dengan sempurna (Berbentuk manusia) maka Allah pun
meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad Adam, selepas itu

57 | 70

Allah swt memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud kepada


Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai Roh itulah yang
menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada
Adam, ertinya Roh inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika
nilai Adam terletak pada batang tubuh Adam (jasmani) maka lebih
awallah Allah perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya
pada Roh itulah terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana
nilai manusia ada pada Roh mengapa manusia tidak mahu mengenal
Roh sehingga ada yang menakutkan untuk mengenalnya? malah ada
yang melarang untuk mempelajarinya, dan jika kita menganggap
bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna maka yang
menyebabkan

kesempurnaannya

adalah

Roh,

ini

juga

bererti

bahawa yang tersirat itu adalah Roh kerana yang tersiratlah maka
manusia

menjadi

mulia

ini

jelas

jika

perhatikan

benar-benar

peristiwa lurutan ayat Al Hijr 29 di atas, manusia yang telah di


lengkapkan oleh Allah Akal tentunya tiada berasa masalah untuk
memahaminya,
dengan

kerana

larangan

itu

oleh

janganlah

pemikiran

dan

manusia

terlalu

pandangan

tertekan

orang

yang

berfikiran sempit tentang memperkatakan tentang Roh tersebut,


Allah

swt

juga

tidak

menegah

manusia

untuk

memikirkan

tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah swt menyatakan kamu


tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit.
MENGENAL DIRI YG KE 68
LAILATUL QADAR SUATU ANALISA
Kita perhatikan dahulu ayat Al-Quran yang berhubung dengan
peristiwa

ini,

kerana

bukan

sahaja

orang-orang

tasauf

dan

kerohanian yang menunggu-nunggu akan masa, hari dan waktu

58 | 70

tersebut bahkan orang-orang awam juga menunggu sama kerana


mahu keberkatannya.
Firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam
kemuliaan dan sudahkah engkau tahu, apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan, turun
malaikat dan roh pada malam itu dengan izin Allah, mereka
membawa pokok-pokok (berkat) dari tiap perintah, sejahtera dia
sehingga terbit fajar. (Al-Qadr 1-5)
Ayat 1, Allah menerangkan Kami (Asmak) telah menurunkannya,
iaitu menurunkan suatu anugerah kepada hambaNya, ia merupakan
anugerah yang tinggi dibawakan oleh malaikat dengan izin Allah
pada malam kemuliaan, maksudnya ialah suatu malam yang penuh
berkat. Para pentafsir bermacam-macam pandangan tentang malam
kemuliaan tersebut, ada yang mengatakan pada 17 Ramadhan, ada
yang

mengatakan

24

Ramadhan,

ada

yang

mengatakan

21

Ramadhan, ada yang mengatakan 1 hingga 30 Ramadhan, akan


tetapi ramai para ulama yang mengatakan pada 10 akhir daripada
bulan

Ramadhan

tersebut.

Mereka

menyatakan

berbagai-bagai

alasan tentang masanya dan ada pula yang mengatakan malam


tersebut tidak berlaku langsung kerana apa yang sebenarnya
tentang malam itu ialah berlaku hanya kepada Baginda Rasulullah
s.a.w sahaja iaitu pada masa Nuzul Al-Quran iaitu pada 24
Ramadhan sehinggalah 23 tahun sesudah itu (10 tahun di Mekah
dan 13 tahun di Madinah). Baginda berhubung dengan Tuhannya
dialam Malakut sehingga sempurnalah Al-Quran itu. Selepas waktu
itu tidak ada lagi malam Lailatul Qadar tersebut, dan berbagai-bagai
pandangan yang dibuat dengan alasan-alasan yang tertentu dan
hikmahnya.

59 | 70

Malam kemuliaan atau malam Lailatul Qadar itu dikatakan lebih


utama daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, turun
malaikat dan roh pada malam itu, maksudnya turun malaikat Jibril
(yang juga dikenali sebagai roh iaitu Ruhul Amin, Ruhul Quds).
Semua istilah itu dipegang oleh malaikat Jibril kerana hanya
malaikat Jibril sahaja yang bertugas membawa khabar gembira.
Baginda dapat melihat rupa Jibril 2 kali dalam keadaan sebenar dan
menyamar sebagai manusia biasa sekali iaitu menyerupai sebagai
seorang sahabat Nabi bernama Dahiyyah Al-Kalby semasa baginda
bersama-sama para sahabatnya. Setiap kali Jibril turun, ia akan
membawa pokok-pokok yang bererti petunjuk-petunjuk daripada
Allah s.w.t. dan diakhir ayat disebut, sejahtera dia sehingga terbit
fajar. Maksudnya baginda Rasulullah (pada zamannya) dan kepada
siapa

yang

Allah

hendak

tunjukkan

diantara

hambaNya

yang

bertaqwa dan beriman terpulanglah kepada Allah sendiri yang


membuat penentuanNya.
Walaupun berbagai-bagai pandangan yang diberikan oleh para alim
ulama

berkait

diperturunkan

dengan
pula

Lailatul

pandangan

Qadar
daripada

ini,

akan

ulama

tetapi
Saufi

disini

tentang

masalah Lailatul Qadar ini. Rasanya ini tersangat penting untuk


diketahui oleh setiap golongan tertentu termasuklah orang-orang
awam kerana banyak memeningkan kepala kepada mereka yang
berhajat berjumpa dengan malam tersebut. Kerana itu, ikutilah
pandangan seperti dibawah ini,
1. Lailatul Qadar itu sesungguhnya ada dan berterusan sepanjang
zaman dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Setiap manusia
hendaklah memulakan amal maaruf dan nahi mungkar dari awal

60 | 70

Ramadhan

lagi

supaya

kemantapan

iman diperolehi

apabila

bersua dengan peristiwa tersebut.


Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
Imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud yang diperolehi daripada Ubai
Bin Kaab,
Maksudnya: Demi Allah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia,
sesungguhnya (Lailatul Qadar) itu berada dibulan Ramadhan.
(pergiliran pada malam angka ganjil pada 10 malam akhir dibulan
Ramadhan tersebut kita pulangkan kepada Allah sama ada pada
malam 23, 25, 27 dan 29)
2. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas,
Maksudnya: Bilangan-bilangan yang disukai oleh Allah adalah
yang ganjil dan yang paling disukai diantara yang ganjil itu adalah
angka tujuh, maka disebutkanNyalah langit yang tujuh, bumi
yang

tujuh,

bilangan-

hari

bilangan

yang

tujuh,

tawaf,

tingkatan-tingkatan

anggota

yang

tujuh,

neraka,
maka

menunjukkan bilangan itu bahawa Lailatul Qadar dimalam yang


kedua puluh tujuh.
3. Rasulullah s.a.w apabila berjumpa dengan seorang lelaki dari Bani
Israil yang sentiasa menyandang senjata pada tengkuknya yang
digunakannya untuk berjihad kepada jalan Allah selama 1000
bulan iaitu 83 tahun empat
tersangat

mengaguminya

bulan dan

walaupun

Baginda

umurnya

Rasulullah

dianggapkan

sebagai sudah tua, akan tetapi masih bertenaga dan kuat, lalu
Baginda mengharap umatnya mencontohi Bani Israil tersebut,
akan tetapi memandangkan suasana fitrah alam yang sudah akhir
zaman maka Baginda Rasulullah berdoa untuk umatnya,

61 | 70

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Engkau jadikanlah umatku yang


paling pendek umur mereka dan yang paling sedikit amalan
mereka.
Dengan

Baginda

Rasulullah

tersebut

maka

Allah

memperkenankan doa kekasihnya lalu Allah kurniakan Lailatul


Qadar khusus kepada umat Muhammad. Kerana itu apa yang
disebut sebagai Lailatul Qadar bagi zaman kita ini ianya adalah
benar akan wujudnya dan masih ada lagi. Adapun qaul yang
mengatakan Lailatul Qadar tersebut telah diangkat oleh Allah
ialah mereka mengambil dari Dalil seperti dibawah ini,
Maksudnya: Aku keluar untuk memberikan kepada kamu dengan
Lailatul Qodri, maka bermarah-marahan sipolan dan sipolan lalu
diangkatlah (Lailatul Qadar).
Dengan

hadis

tersebut

diatas

maka

kebanyakan

ulama

mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu telahpun diangkat, akan


tetapi apa yang diangkat adalah ketentuan malam turunnya
Lailatul Qadar tersebut bukannya Lailatul Qadar itu kerana
kebanyakan manusia yang berselisih adalah malam qadar itu
diangkat kerana ada diantara manusia ketika zaman tersebut
masing-masing membuat andaian sehingga timbul pertelagahan
sesama sendiri atau ada yang iri hati lalu malam turunnya tidak
dinyatakan kerana telah diangkat. Kerana itulah Sambungan ayat
tersebut diatas ada menyatakan,
Maksudnya: Dan semoga adalah hal tersebut menjadi kebaikan
bagi kamu maka tuntutlah ia (Lailatul Qadar) pada malam-malam
yang akhir.
Maka jelaslah sudah bahawa Lailatul Qadar itu masih wujud, dan
malam akhir itu adalah bermaksud akhir bulan Ramadhan (10 hari
akhir Ramadhan).

62 | 70

4. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a,


Maksudnya: Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka
hendaklah dituntutnya pada malam dua puluh tujuh.
5. Melalui ijtihad mengikut kaedah surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5
mengikut kaedah hurufiah pada bilangan huruf kepada perkataan
Lailatul Qadar tersebut. Huruf tersebut ialah Lam, Ya Lam, Ta Alif,
Lam, Qof, Dal dan Ro. Jumlahnya adalah 9 huruf, sementara
perkataan Lailatul Qadri itu hanya terdapat pada tiga ayat sahaja
didalam Al-Quran, iaitu pada surah Al-Qadr itu sendiri iaitu pada
ayat 1 hingga ayat 3. kerana itu dikalikan 9 huruf itu dengan 3
malam qadar jadi jumlahnya adalah 27 malam, maksudnya malam
yang ke-27 Ramadhan. Secara kebetulan pula perkataan yang
terdapat pada surah Al-Qadr itu semuanya berjumlah 30. ini
menunjukkan bilangan hari didalam bulan Ramadhan dan pada
ayat yang kelima dari surah ini terdapat pula kalimah Hiya iaitu
perkataan yang ke-27 yang menunjukkan matlamat malam qadar
tersebut iaitu Salamun Hiya (sejahteralah ia) iaitu orang yang
beramal dan mendapat kemuliaan sehingga fajar.
Adalah diingatkan bahawa seseorang yang mahu merasakan malam
keutamaan yang berdarjat 1000 bulan itu janganlah mengharapkan
akan ketibaan malam tersebut untuk beribadat, ianya mestilah
dimulai daripada sekarang hingga bila-bila kerana jangan apabila
ada peluang yang baik baru mahu beribadat kepada Allah.
Mengenal Diri Yang Ke 69
Rezeki ilmu di Malam Lailatul Qadar

63 | 70

Lailatul qadar yang di tunggu sudahpun berakhir walau apapun rahmat Allah
tetap tidak berwaktu kepada sesiapa yang Allah hendak kurniakan, rahmat
Allah tidak terkira banyaknya cuma kepada orang-orang khusus rahmat
Allah tetap di cari semperna dengan bulan ibadah dengan ketetapan pada
malam qadar mengikut maksud ayat al quran
Kepada mereka yang beramal syuhud pada sepanjang bulan ramadan dan
malam bulan ibadah sebelumnya mereka sangat mengharapkan kurniaan
Allah pada kefahaman ilmu mengikut konsep sifat 20 namun pada hakikat
diri yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengharapkan
sesuatu petunjuk daripada Allah
Apabila kita menarik nafas ataupun nyawa maka tetekala kita mengingat Diri
Zat maka teringatlah kita akan keagungan Tuhan yang lima perkara iaitu
sifat Salbiyah dan sifat kalanNya yang enam iaitu sifat sama'a,bashar dan
kalam yang di kuasai oleh Sami'un,Basyirun dan Mutakallimun.
Apabila kita turunkan nafas tetekala kita mengingat Allah maka teringatlah
kita kepada ZatNya,AsmakNya,SifatNya dan Af'alNya sekali gus kita juga
mengingat ZatNya yang Maha Esa pada sifat Kamal, kita ingat sifat
kebesaran Allah (Asmak) pada sifat qadirun, Maridun,Alimun dan Hayyun,
kita ingat pula sifat makhluk pada sifat qahar dengan mengingat sifat
Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayat yang menjadi Rohani, dan kita ingat Af'al
Allah dengan mengingat batang tubuh kita yang menjadi penghuni kepada
Rohani.
Adapun sifat Diri Zat itu di dalam ilmu sifat 20 di namakan sifat Istaghna
dan kita ingat diri kita yang beserta Allah dalam ilmu sifat 20 yang bernama
Iftiqar, sifat Istaghna mengandungi sifat Jalal dan Jamal sementara sifat

64 | 70

Iftiqar adalah sifat yang mengandungi sifat Qahar dan Kamal, ini bererti
bahawa apabila kita mengingat Zat maka kita ingat DiriNya dan apabila kita
ingat Allah maka kita ingat kita beserta Allah

Mengenal Diri Yang Ke 70


CERITA DARI MASJID NABAWI
Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang ke tanah air Pak Karamu/Umarak
Dagang telah berjumpa dengan seorang yang Pak Karamu anggap orang
besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini datang dari Indonesia dan di
iringi oleh beberapa orang pengiringnya termasuk orang arab sendiri.
Apabila dia berada di dalam masjid dia membaca al quran yang di unjukkan
oleh seorang arab, apabila masuk waktu solat orang arab datang ambil al
quran daripadanya dan meletakkan al quran itu di tempatnya balik iaitu di
tiang masjid yang ada tempat khusus al quran, bersamanya ada 9 orang
pengiring mereka semua berpakaian seperti orang arab.
Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam hati Pak Karamu mungkin dia
ini orang besar agama dan mungkin selalu datang ke tanah suci ini sebab
ramai orang arab yang kenal dia atau dia ini pensyarah di university
Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma'at Pak Karamu pergi awal ke
masjid seorang diri orang lain belum lagi ramai dating.
Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini masuk ke
dalam masjid duduk pula bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya juga
sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak Karamu dan

65 | 70

pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa
Pak Karamu " Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia "
jawab Pak Karamu, dari negara islam hadhari ? Katanya sambil tersenyum,
dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak !
Selepas solat juma'at dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama
kemudian dia sebut al hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu
secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu bagitahu dia " Pak ! dalam
masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kalimah Allah yang begitu
banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ? katanya
kehairanan jawab Pak Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami masingmasing terdiam selang tak berapa lama dalam anggaran 10 minit dia pula
berkata "Ya ! memang banyak !
Kemudian dia terangkan " oleh kerana kalimah Allah itu adalah asmak
tentunya asmak Allah itu banyak ! katanya, kemudian Pak Karamu tanya
lagi "jika demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya Pak
Karamu

jawabnya

"

Masya

Allah

yang

jelas

ada

ilmu

tauhidul

Zat,Asmak,sifat dan juga af'al " katanya" Pak Karamu terus tanya dia "
mahu sembah yang mana satu jika tidak tak perlu datang haji bikin capek
dan habis wang saja" jelas Pak Karamu
kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan bagaimana mereka
yang datang haji tapi bertalbiyah dengan lenangan air mata sedangkan
mereka

tidak

mengenal

Tuhannya

Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak
terampun

kerana

satu

dari

syarat

keampunan

Tuhan

ialah

Faman

'aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut

66 | 70

Labbaika la syarikalakalabbaik ! ha baru Pak Karamu nampak kelopak


matanya merah lalu dia salam tangan Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak
karamu kepada seluruh umat islam jika pergi Makkah tentukan kamu tidak
dalam keadaan syirik kerana tidak mengenal Tuhan
Cukuplah setakat itu ......
Mengenal Diri Yang ke 71
IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH
Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada
Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di
alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar
beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui
FirmanNya

ayat

An

Nahl

89

yang

maksudnya:

"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan
segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang
yang menyerahkan dirinya"
Ayat

di

atas

memungkinkan

kepada

manusia

supaya

jangan

lagi

mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah


berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam
al

Quran

seperti

ayat

al

A'araf

172

yang

bermaksud:

".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia)
Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian
supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"
Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An
Nahl ayat 91 yang bermaksud :

67 | 70

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah
kamu

membatalkan

sumpah-sumpah

kamu

itu

sesudah

kamu

mengokohkannya ..."
Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak
menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita
dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang
sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan
bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga
telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun ( tidak
berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orangorang yang menyerahkan dirinya
Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang
mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya
dalam erti kata Tawakkal 'Alallah !
Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan
diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk
mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya
dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang
dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad
di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi
apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam
surah

Al

Qiyamah

ayat

14

dan

15

yang

bermaksud:

" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri
walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri) "
Mengenal Allah Yang ke 72

68 | 70

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II


Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur
berTuhankan ALLAH semasa mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah
belum lagi mencipta alam yang lain, manusia yang di maksudkan di sini
adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh ,
maka ke empat-empat inilah yang di katakan manusia, mereka apabila telah
di cipta oleh Tuhan maka di tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka
ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan kepada mereka
seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A'araf 172.
Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil
sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad
mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh
beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau
gerak geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita
bahawa anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri
walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15.
Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga
mahu

berbohong

kepada

Allah

sekalipun

dia

telah

berikrar

mahu

berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar manusia


mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah
apabila manusia berkata "Ana 'abduka Ibni 'abduka la ma'abud ghoirika illa
Anta" (aku hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng'abdikan
diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud "Tiada Tuhan yang
aku sembah melainkan Allah " ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya
kaliamah

ikrar

itu

di

lafazkan

iaitu

LA

ILLAHA

ILLALLAH

MUHAMMADARRASULLULLAH.

69 | 70

Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba
kepada Tuhan ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya
yang membawa maksud Lillahi Ta'ala, maka itulah maksud LA ILLAHA
ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang
berasaskan Lillahi Ta'ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar
adakah Lillahi ta'ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada
hakikatnya semua itu datang dari Allah "kullum min 'indillah" (segala
sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar
pula supaya tidak terkeliru.
Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh
menunggu arahan daripada Allah bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya
untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya sehingga Allah
menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah,
air, api dan angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah
dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar
fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom,
neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya

70 | 70

Anda mungkin juga menyukai