Anda di halaman 1dari 19

takwa carian

11th June 2013 KAEDAH MENGENAL DIRI & MENGENAL


ALLAH MELALUI ILMU MAKRIFAT TOK
KENALI KELANTAN
KAEDAH  PERTAMA  MENGENAL ALLAH

1)        Ilmu Yang Pertama Untuk Dipelajari!Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah
bertujuan untuk mengenal Allah.  Ilmu pertama    yang wajib  dan yang dituntut
Allah itu,  adalah  ilmu tauhid atau "ilmu mengenal Allah".  Sebagaimana kalimah
"Awalludin makrifattullah" (awal-awal beragama itu, mengenal Allah).Pertama
mula beragama itu, bukan syahadah, sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ilmu
yang mula-mula itu, adalah  mengenal Allah!. Sayangnya kebanyakkan dari kita,
tidak tahu untuk bagaimana mencari ilmu mengenal Allah!

2)      Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari!Allah Taala itu,
terang dan teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu,  terlebih terang dan
terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri?.  Kenapa kita tidak nampak Allah?. 

Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampanya Allah itu, adalah
kerana adanya sifat mata!. Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan
tidak dapat untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan
buang atau hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-
puan akan dapat melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri
tuan-tuan sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang
menutup dari terpandang Allah Taala!.

3)    Cara Kafan Sifat MataSebab adanya sifat matalah yang menjadikan jauhnya
keberadaan bulu mata dengan bebola mata. Cuba tuau-tuan bayangkan kiranya
tidak ada mata. Dengan tidak ada mata,  tidak timbullah perkara jarak, samaada
jauh atau dekat!. Timbulnya perkara jarak jauh atau dekat itu, adalah kerana
adanya sifat mata. Kerana adanya matalah yang menyebabkan kita tahu jarak
dekat atau jauh. Matalah sebenar-benar sifat yang menjarak, menghijab, menjauh 
dan sebenar-benar yang menutup pandangan kita dari terlihat Allah.Selagi ada
mata, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk melihat Allah Taala.

Pesan Tok' Kenali bahawa setelah kita tidak ada mata, barulah Allah itu dapat
ditahu, dilihat, dikenal dan diingat  dengan nyata. Bilamana kita berkata atau
mengaku  perkataan "ada  aku", itu akan membawa pengertian "tidak ada Allah". 
Adanya Allah itu, setelah tidak adanya diri kita!. Selagi adanya perkataan aku,
maka timbullah  dakwaan  aku gagah, aku besar dan aku kaya". Bilamana tuan-
tuan menyebut perkataan itu, ertinya tuan-tuan menafikan kekuatan Allah, menafi
kebesaran Alah  dan menafikan kekayan Allah. Bilamana kita gagah, bermakna
Allah itu bersifat lemah dan bilamana kita kaya, bererti Allah miskin!. Setelah kita
lemah, barulah Allah itu gagah, bilaman kita kecil, barulah Allah itu bersifat bersar. 
Bilamana kita tidak ada, barulah Allah itu benar-benar ada!.

4)    Jangan Adanya Istilah Atau Perkataan "Aku"Untuk menjadikan Allah itu benar-
benar ada, jangan sekali-kali mengatakan perkataan "aku ada", bilamana kita
mengaku "aku ada" bererti Allah tidak ada. Bilamana kita mengaku "aku tidak
ada",  barulah Allah itu, sebenar-benar bersifat dengan sifat ada .

Bilamana kita mengaku kita miskin, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan
sifat kaya. Bilamana kita mengaku aku lemah, barulah Allah itu benar-benar
bersifat dengan sifat gagah. Bermaknanya disini bahawa bahasa seni makrifat
Tok' Kenali itu, adalah bahasa yang bernilai tinggi dan dalam.

Tok' Kenali  selalu berpesan kepada anak muridnya bahawa, sekiranya kita
berhajat untuk mengenal Allah, jangan sekali-kali mengenal Allah dengan
perkataan  "aku".

5)      Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!"Ingat itu sesungguhnya tidak ingat". Tahu itu
sesungguhnya tidak tahu". "Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu
itulah sebenar tahu". Untuk membenarkan seninya kata-kata Tok' Kenali itu, saya 
ingin mengajak tuan-tuan supaya bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja
atau semasa mula-mula tuan-tuan berpindah dari kampong ke kota.  Dari rumah
untuk pergi kepajabat,  tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan,
bertanya  berapa banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan
yang kena belok kiri atau kanan dan sebagainya.  Lama kelamaan, bilamana
sudah biasa, tuan-tuan tidak lagi perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak
lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak lagi perlu ingat nama-nama  jalan. Tahu-
tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat.

Tuan-tuan boleh sampai ke pejabat dari rumah, tanpa  ingat jalan, tanpa ingat
lampu isyarat keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-
nama jalan lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!.  "Tidak
ingat, itulah tandanya ingat". Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi perlu
mengira-gira nama jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat.  Tanda ingat itu,
adalah tidak ingat! dan tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar ingat!.Saya ingin
bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Semasa tuan-tuan suap nasi kemulut, apakah
tuan-tuan ingat kepada tangan?.

Saya percaya yang tuan-tuan tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau
tidaknya tangan tuan-tuan itu, tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!.  Tahu-
tahu tangan menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat  atau tanpa perlu disuruh,
itulah tanda sebenar-benar ingat. Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi
kemulut, tahu-tahu nasi masuk kemulut!.Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai
kepada tahap tidak ingat!.  Kita dikehendaki  tidak ingat lagi kepada keberadaan
diri kita. 

Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih
dalam keadaan berkira-kira  untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan
diri dan masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum
sempurna mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala. Itu pada
tahap atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira
nak ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat,
baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.

Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi
yang harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat
kepada Allah itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk
ingat kepada Allah itu, jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat
kepada Allah itu, tidak ada sebab dengan suatu sebab.Allah itu, adalah Allah, Allah
itu, adalah Allah dan Allah itu, adalah
Allah…………………………………………………………………………………………Allah, Allah,
Allah…………………………………………………………………………………………………………………………………….
6)     Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak  Lagi Perlu Adanya Dalil!Mengenal Allah
itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu
kepada saksi atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti 
kita belum benar-benar mengenal Allah.  Untuk mengenal atau untuk ingat kepada
kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga
dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah
orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.

Kata Tok' Kenali lagi,  untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi,
bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih
berkira-kira  untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda
tidak ingat dan belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak
ingat  itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat.Sebenar-benar
ingat kepada Allah itu, setelah  tidak lagi ingat kepada  makhluk. Ingat kepada
Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada  perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-
sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.

Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok' Kenali itu, kita akan menuduh yang
bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh
diterima akal!.  Sebaliknya seni makrifat Tok' Kenali itu penuh sarat dengan ilmu
yang tersirat, penuh makna, penuh pengertian  dan penuh terjemahan.  Kata Tok'
Kenali itu, adalah kata yang sebenar-sebenar  kata. Kata yang penuh membawa
maksud. Seni makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam
keadaan asyik. Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan
diri.

7)    Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Mari sama-sama
kita lihat ungkapan seni Tok' Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku
"adanya diri", selagi itulah sifat "adanya Allah itu" tidak akan dapat kita  lihat.
Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri,  bererti kita telah menafikan sifat
adanya Allah. Kita tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau
menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!. 
Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu,
adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat dua puluh. 

Sekiranya kita  itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita  telah
mengadakan dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat
Allah, iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk,
bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Ssedangkan sifat wujud
itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. Bagi yang menduakan
sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh
diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang
wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah dan
hanya bagi Allah!……………………………………………………………………………………

Kita semua belajar dan kita semua tahu yang bahawasanya sifat "ada" itu adalah
hanya sifat bagi Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah  tidak ada!. Bilamana
kita tidak ada sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat
kepada Allah!.  Setelah sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang ada
itu,
adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa
lagi ingat kepada selain Allah!.

8)      Jangan Gandingkan "Ada Allah Dengan Adanya Diri"Permasalahan yang


timbul kepada kebanyakkan dari kita sekarang itu, adalah permasalahan dimana
kita  tidak boleh untuk membuang adanya kita!. Kebanyakkan dari kita sekarang
payah untuk membuang sifat keakuan dan ramai yang masih lagi kuat berpegang
kepada perkiraan yang sifat diri sebagai makhluk itu masih ada dan masih wujud.
Kiranya Allah bersifat ada dan diri kitapun juga  bersifat ada, bermakna kita telah
mengadakan dua sifat wujud (mengadakan dua sifat ada). Barang siapa yang
mewujudkan dua wujud atau barang siapa yang mengadakan dua sifat ada,
bermakna kita telah  syirik dengan Allah, kerana telah mengadakan  dua sifat
Allah. Bilamana kita bersifat ada dan Allah juga bersifat ada, yang mana satukah
yang benar-benar bersifat ada?.

Ada itu sifat kita kah atau sifat Allah kah?. Setahu kita, yang bersifat ada dan yang
bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Sifat kita sebagai makhluk itu, adalah sifat
yang berlawanan daripada sifat Allah.  Bilamana Allah bersifat ada, kita adalah
bersifat tidak ada. Bilamana tidak adanya sifat kita, barulah Allah itu benar-benar 
dapat diingat. Kalau kita ada dan Allahpun ada, itulah yang menjadikan kita lupa
untuk ingat kepada Allah.

Apabila lupa kepada Allah, tentunya yang kita ingat itu adalah adanya keberadaan
diri, bilamana kita ingat kepada diri dan tidak ingat kepada adanya Allah, itulah
yang dikatakan syirik (menduakan sifat Allah bererti, kita telah menduakan Allah),
itulah yang dikatakan syirik. Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak akan dapat
diampun Allah Taala.Untuk mengelak dari dosa syirik dan untuk menjadikan diri
mengenal diri, marilah saya ajak tuan-tuan sama-sama menghayati kata-kata dari
lidah Tok' Kenali ini, yang saya nukilkan melalui ungkapan kata dalam bentuk
tulisan.  Mari kita mengenal Allah dan mengenal diri melalui kaedah lima!.

9)    Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Paling Rendah Dan Mudah!Ilmu mengenal
Allah itu, sesungguhnya adalah suatu ilmu yang paling mudah, paling senang,
paling ringan, paling lembut, paling halus dan paling nipis. Ringan, halus dan
nipisnya ilmu mengenal Allah itu, seumpama ringannya kita menganggkat sebilah
pisau cukur. Ringannya menganggkat sebilah pisau cukur itu, tidak seumpama
beratnya menganggap seguni tepung gandung atau seguni beras.

Biarpun pisau cukur itu nipis dan ringan, hendaklah ia dianggkat dengan cermat,
berhati-hati dan penuh lemah lembut. Menganggkat pisau cukur itu, tidak
sebagaimana anggkat guni tepung, yang boleh diambil dengan kasar dan
dicampakpun dengan kasar. Ringan dan nipisnya  ilmu mengenal Allah (makrifat) 
itu, terlebih ringan dan terlebih nipis dari pisau cukur. Oleh itu, hendaklah dituntut
dengan cermat dan berhati-hati, jika tidak berhati-hati ia akan melukai tangan
sendiri!. Dikeranakan benda yang ringan dan nipis itu mudah terluka, makanya
ramai dikalangan kita merasa takut dan tidak sudi memilikinya!.Ilmu mengenal
Allah atau ilmu makrifat itu, adalah suatu ilmu yang terang, nyata dan suatu ilmu
yang paling jelas.

Allah itu terang, Allah itu nyata dan Allah itu jelas, lebih terang, lebih nyata dan
lebih jelas daripada cahaya matahari. Terangnhya cahaya matahari, terang lagi
Allah. jelasnya cahaya matahari, jelas lagi Allahh!. Kenapa tidak kita melihat dan
memandangnya?…………………………………

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, untuk mendapat berkat
roh ilmu para guru-guru terdahulu,  saya mahu tuan-tuan berhenti seketika dari
membaca dan masing-masing hendaklah pegang atau raba bulu mata masing-
masing.  Sesudah masing-masing meraba bulu mata masing-masing, saya ingin
ajukan satu pertanyaan. Dengan harapan agar tuan-tuan dapat menjawabnya
dengan jujur. Pertanyaan saya adalah, apakah kedudukkan bebola mata dengan
bulu mata itu jauh?. Kiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada dekat, itulah
tandanya Allah itu lebih hampir dan lebih dekat dari bulu mata kita sendiri.
Saya tidak mahu menyuruh tuan-tuan memegang bebola mata, nanti sakit, 
cukuplah dengan kiasan memegang bulu mata. Namun sesungguhnya Allah itu,
terlebih hampir daripada bebola mata putih dengan mata hitam. Allah itu hampir,
hampirnya Allah itu, lebih hampir dari urat leher. Kenapa tidak kita lihat, kenapa
tidak kita pandang dan kenapa tidak kita tilik?.

Diantara sebab tidak boleh ditilik, dilihat atau dipandang Allah itu, adalah kerana
Allah itu terlaupau hampir dan teramat dekat. Dikeranakan terlampau hampir dan
terlampau dekatnya Allah itu, sehingga kita "terlepas pandang" .  Memandangkan
ilmu mengenal Allah itu, senang, ringkas, mudah, ringan, nyata, mudah, terang,
halus dan jelas, kenapa tidak kita mengenal Allah?. Cuba sekali lagi tuan-tuan dan
puan-puan jawab pertanyaan saya, kenapa sampai tidak boleh untuk kita
mengenal, menilik, melihat dan memandang Allah Taala?, kenapa, kenapa dan
kenapa?…………………………………………

10)    Senaraikan Jawapan Tuan-Tuan!.


Sebelum tuan-tuan meneruskan bacaan watikah saya ini, saya ingin ajukan satu
pertanyaan. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan jawab dengan cermat dan
berhati-hati.  Soalannya,  apakah sebabnya  tuan-tuan tidak dapat untuk melihat,
menilik, memandang dan memerhatikan Allah Taala. Pertanyaan saya ini
hendaklah dijawab dengan tulisan. Jawapan yang tuan-tuan tulis itu, akan
dijadikan sebagai kayu pengukur, apakah  sama dengan jawapan  yang akan saya
nukilkan!. Inilah cara Tok' kenali mengukur kefahaman anak muridnya.

Setelah jawapan tuan-tuan sudah disenaraikan satu persatu dengan ditil, barulah
tuan-tuan dibenar meneruskan bacaan warkah perkhabaran ini. Supaya dengan
itu, tuan-tuan dapat banding, nilai  dan perbezakan antara jawapan tuan-tuan
dengan jawapan saya. Baru kita dapat ukur, setakat mana kemampuan kita dalam 
berilmu!.===========================================================
==========================================================

KAEDAH  KEDUA MENGENAL ALLAH!

5  Cara, 5  Jalan dan 5  Kaedah Mengenal Allah!Jalan untuk mengenal Allah itu,
hanya ada 5 cara, 5 kaedah atau 5 jalan)

.Untuk mengenal Allah itu, tidak ada jalan lain lagi selain lima jalan  tersebut.
Dengan pasti, setelah tuan-tuan menghayatai lima jalan itu, tuan-tuan dan puan-
puan akan wajib mengenal Allah, pada hari ini, jam ini dan saat ini jua. Percayalah
akan kata-kata saya, inilah satu-satu jalan ilmu yang diperturunkan oleh Tok Kenali
kepada kita!.

1) Mengenal Allah melalui Allah, kiranya jalan mengenal Allah tidak dapat kita cari,
mari kita mengenal Allah melalui ilmu mengenal diri.

2)  Mengenal Allah melalui diri, kiranya ilmu diri sendiri tidak kita  cari, mari kita
mengenal diri melalui jalan mengenal mati.

3)  Mengenal Allah melalui mati, kiranya kita tidak boleh mengenal diri melalui
mati, mari kita mengenal diri melalui mengenal tidur.

4) Mengenal Allah melalui tidur, kiranya tidak kita tahu ilmu mengenal tidur, tidak
akan kita tahu erti penyerahan diri!.

5)  Mengenal Allah melalui penyerahan diri,  inilah penamat pelajaran mengenal
Allah.
Pelajaran pertama;  Mengenal Allah Melalui AllahJalan untuk mengenal Allah itu,
adalah suatu perkara yang terlampau mudah dan terlampau senang. Lantaran
mudah dan senang itulah, sehingga kebanyakkan dari kita terlupa dan terlepas
pandang.  Apakah benda yang paling hampir dengan mata kita?,  cuba tuan-tuan
jawab pertanyaan saya dengan ikhlas. Benda yang paling hampir dengan mata
kita itu, adalah bulu mata!. Cuba jawab pertanyaan saya, kenapa tidak boleh kita
nampak untuk melihat bulu mata?.

Jawapanya adalah, sebab bulu mata itu, adalah perkara yang paling hampir.
Begitu juga dengan Allah. Kenapa sampai kita tidak dapat untuk melihat Allah?.
Kita tidak dapat untuk melihat Allah itu, adalah kerana jarak kedudukkannya Allah
Taala dengan kita itu, adalah teramat hampir dan teramat dekat. Sebagaimana
hampir dan dekatnya bulu mata dengan mata, sehingga kebanyakkan dari kita
terlepas pandang!.

Untuk mengenal yang dekat itu, hendaklah melalui perkara yang hampir!. Satu-
satunya perkara yang paling hampir dengan kita itu, adalah diri kita
sendiri.  Setelah mengenal diri dengan rata, baru boleh mengenal Allah yang
nyata!. Untuk mengenal Allah itu pula, berkehendak Ia melalui Allah sendiri.
Mengenal Allah itu, bukannya melalui guru atau melalui kitab. Allah akan campak
atau mengurniakan kefahaman ilmuNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Untuk itu, marilah kita mengenal Allah  melalui Allah!.1) Pelajaran pertama;
Mengenal Allah Melalui AllahTuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah
sekalian. Saya harap sangat-sangat, agar dapat kiranya tuan-tuan baca risalah ini
dengan seberapa cermat dan berhati-hati!.

Hendaklah sekalian semua tahu bahawasanya seseorang guru itu, tidak akan
sekali-kali dapat mengajar atau membimbing kita untuk mengenal Allah. Sehebat
mana sekalupun mereka sebagai guru agama, ilmu mereka tidak akan sekali-kali
dapat sampai kepada tahap mengenal Allah. Mengenal Allah itu, bukan milik
makhluk. Mengenal Allah itu, adalah milik Allah itu sendiri!.Ilmu mengenal Allah
itu, pembelajarannya hendaklah  melalui Allah itu sendiri.  Hanya Allah yang
mengenal Allah!. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadis "Ana araftu Rabbi
Birabbi" (aku mengenal Tuhan dengan  Tuhan ku).

Mengenal Allah itu, tidak sekali-kali melalui bimbingan guru, Malaikat atau
bimbingan Al-Quraan. Yang boleh meyampai, membimbing atau membawa kita
kepada mengenal Allah itu, adalah hanya melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah
mengenal Allah!. Allah akan memperkenalkan diriNya hanya kepada  diriNya
.Bagaimana mungkin kita boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, sedangkan
Allah itu bukan ain  dan Allah itu bukan benda. Allah tidak bersifat sebagaimana
sifat makhluk, Allah tidak bernama sebagaimana nama makhluk. Mana mungkin
kita dapat mengenal Allah, sedangkan Allah itu bersifat dengan sifat "Laisa
Kamislihi Syaiun" (Allah itu bersifat bersalahan dengan sifat yang baharu).

Apayng kita gambar, itu bukan Allah. Apa yang kita kenang-kenagkan, itu bukan
Allah. Apa yang kita bayang-bayangkan, itu bukan Allah dan apa-apa yang kita
lintaskan kedalam hati (lintasan hati), itupun bukan Allah!. Dikiri, kanan, depan,
belakang, tengah, tepi, dalam, luar, jauh, dekat, hitam, putih, bulat atau persegi, itu
bukan Allah.Kiranya Allah boleh memperkenalkan dirinyaPersoalanya disini,
bagaimanakah untuk kita belajar mengenal Allah dengan Allah?.

Dekatnya Allah itu, tidak bersentuhan dan jauhnya Allah itu,  tidak bersempadan.
Dikeranakan Allah itu terlampau hampir dan terlampau dekat, sehingga
kebanyakkan kita tidak dapat untuk melihatNya.  Mengenal Allah itu, adalah hal
keadaan yang tidak dapat untuk dilihat oleh pandangan  mata atau  diraba dengan
anggota tangan.  Untuk akal mengenal barang ilmu yang tidak ada bukti dengan
mata kepala, akan mendatangkan kepayahan atau kesulitan. Untuk itu,  hendaklah
kita  tinggalkan dahulu  bab ilmu "mengenal Allah melalui Allah" buat seketika.
Untuk sampai kepada tahap anak tangga  ilmu mengenal Allah melalui Allah, tuan-
tuan wajib terlebih dahulu melalui anak tangga ilmu mengenal diri.

Setelah tuan-tuan benar-benar tamat dalam pelajaran ilmu mengenal diri dengan
rata, barulah tuan-tuan boleh mengenal Allah dengan nyata. Untuk  itu,  mari saya
bawa tuan-tuan megembara kealam "ilmu mengenal Allah melalui diri".2)
Pelajaran Kedua; Mengenal Allah Melalui Diri.

Allah itu akan boleh dikenal  dengan penuh nyata dan yakin bilamana kita
mengenal diri. Bilamana kita mengenlal diri dengan rata, pastinya dan wajibnya,
kita akan mengenal Allah dengan nyata.Kaedah atau jalan yang pasti untuk
mengenal Allah itu, adalah melalui kaedah mengenal diri . Berpandukan
sebagaimana yang dinyatakan didalam Hadis "Barang siapa mengenal diri, maka
akan kenallah ia akan Allah" (Man arafanassahu faqad arafarabbahu). Setelah kita
tahu untuk mematikan diri sebelum kita mati, disitu tuan-tuan akan dapat
mengenal sebenar-benar diri.Persoalannya disini, manakah yang dikatakan
sebenar-benar diri?.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau
bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu,
adalah merujuk kepada  perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri
kita!Setelah kita dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh,
sekali lagi kita menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada
mulanya kita sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita
mengenal Allah melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita
itu, adalah benda yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta
dipandang mata kasar.

Ternyata anggapan serta sanggkaan kita itu, sama sekali meleset. Sebenarnya
kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri, kerana diri sebenar diri itu adalah roh,
sedangkan roh adalah perkara halus, perkara batin dan perkara ghaib. Akal tidak
mampu untuk mengenal perkara-perkara yang gahaib (hanya ghaib yang
mengenal ghaib dan hanya batin yang mengenal batin).Perkara roh adalah urusan
Allah. Sekalipun ianya diberi ilmu, ianya hanya sedikit. Perkara roh adalah perkara
ghaib, Sekali lagi  kita menemuai kepayahan atau kegagalan dalam menimba atau
menuntut ilmu melalui mengenal diri. Dalam pelajaran anak tanggga kedua, kita
sekali lagi menemui kegagalan!.

Pada mulanya kita meyanggka bahawa perkara ilmu mengenal diri itu, adalah
pelajaran mengenal anggota tubuh badan,  ternyata sanggkaan kita itu meleset.
Maksud kepada perkataan diri itu, adalah merujuk kepada roh!. Ilmu akal kita,
tidak akan dapat sampai untuk membicarakann soal roh. Roh itu, adalah termasuk
kepada perkara Amar Rabbi (urusan Allah). Lantaran itu, mari kitatingggalkan
dulu  buat sementara bab mengenal diri, mari kita turun kepada anak tangga
ketiga. Iaitu tangga pelajaran ilmu mengenal Allah melalui mati.3) Pelajaran
ketiga: Mengenal Allah Melalui Mati.

Mari kita belajar ilmu mengenal Allah melalui perkara mati. Mati adalah perkara
yang boleh membawa kita kepada mengenal Allah Taala. Berpandukan
sebagaimana yang dinyataka ndidalam Hadis "Matikan diri kau sebelum kamu
mati" (mutu kablaan tamautu". Persoalannya disini, bagaimanakah untuk
megetahui perkara mati. Sedangkan kita belum pernah merasai mati dan  tidak
seorangpun orang yang telah mati kembali hidup untuk menceritakan kepada kita
akan perkara-perkara mati!.Sekali lagi kita gagal mengenal Allah melalui mati.
Sebelumnya kita gagal mengenal Allah melalui Allah, gagal mengenal Allah
melalui diri dan kali ini, sekali lagi kita gagal menemuai kaedah mengenal Allah
melalui  mati.

Kita telah didapati gagal mengenal Allah melalui tiga anak tangga.  Sungguhpun
ketiga-tiga anak tangga kita gagal untuk mengenal Allah melaluinya. Namun tuan-
tuan jangan khuatir, kita masih diberi ruang untuk mengenal Allah melalui perkara
tidur.4) Pelajaran Keempat; Mengenal Allah Melalui TidurTuan-tuan dan puan-puan
yang dirahmati Allah sekalian.

Tidak siapa yang tidak pernah mengenal tidur. Semua dari kita pernah merasai
tidur. Sedari bayi sehingga sekarang kita merasai tidur, apakah tuan-tuan masih
tidak mengenal tidur?. Untuk pelajaran seterusnya, saya minta tuan-tuan sidang
pembaca yang budiman sekalian megambil sekeping kertas kosong. Saya mahu
tuan-tuan dan puan-puan tulis serta catatkan apakah yang tuan-tuan tahu tentang
tidur. Apakah pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur. Buat catatan
tuan-tuan dengan cermat dan kemudian cuba tuan-tuan padankan dengan catatan
saya.

Apakah pegetauan tuan-tuan tentang tidur itu, sama dengan ilmu pegetahuan Tok'
Kenali?. Setelah semuanya telah tercatat, mari kita teruskan pengajian kita
tentang ilmu mengenal tidur.Pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur
itu, akan membolehkan kita mengenal akan Allah Taala dengan pasti. Jika
sebelumnya kita tidak dapat mengenal Allah melalui Allah, diri dan mati, Baginda
Rasulrullah mengajak tuan-tuan mengenal Allah melalui perkara tidur, kerana
semua orang tahu tentang tidur. Sebagaimana yang dinyatakan melalui Hadis
"tidakkah tidur itu saudaranya mati".

Apakah pengajaran yang dapat tuan-tuan kutip dari perkara tidur?. Semak balik
catatan yang telah tuan-tuan tulis untuk dibandingkan dengan apa yang akan saya
nyatakan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pengajaran yang dapat kita kutip
melalui perkara tidur itu, adalah mengajar kita kepada ilmu "menyerah diri kepada
Allah Taala".Cuba tuan-tuan perhatikan dengan cermat akan kata-kata saya ini.
Semata tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada wang ringgit yang menimbun
didalam bank?.

Semasa  tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada rumah besar, kereta besar
atau panggkat besar. Ada atau tidaknya perkara-perkara tersebut diatas, tidak
membuat tuan-tuan kisah?.   Apakah tuan-tuan kisah, bilamana ada orang datang
untuk bunuh diri tuan-tuan?. Apakkah tuan-tuan tahu yang diri tuan-tuan itu, ada
atau tidak (hidup atau mati)?. Dikala tidur, kita tidak lagi ingat akan diri, malahan
tidak ingat kepada kepada nama diri sendiri.Ini  mengajar kita erti tidur, tidur
mengajar kita erti menyerah diri kepada Allah Taala.

Didalam perkara tidur, ianya mengajar kita erti sebuah "penyerahan diri secara
total". Tidur mengajar kita, suatu rasa tidak memiliki dan suatu rasa tidak
mempunyai. Sebenar-benar diri kita itu, tidak memiliki dan mempunyai apa-apa!. 
Wang yang banyak, tidak lagi kita peduli, ini menandakan yang kita telah menyerah
segala kekayaan wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan panggkat besar
kepada Allah diwaktu kita tidur.

Ada atau tidaknya diri kita dikala kita tidur, sudah tidak lagi kita peduli, ini
menandakan kita menyerahkan segala kebesaran serta keberadaan diri kepada
Allah Taala. Tidak lagi kita peduli kepada anak isteri atau orang yang tersayang.
Menyerah kita akan segalanya kepada Allah Taala.Tidur mengajar kita tentang
ilmu menyerah diri  secara total  atau menyerah diri  secara mutlakkepada Allah
Taala.
Sekalipun orang datang untuk membunuh kita, kita tidak lagi megambil kisah, itu
adalah tanda menyerah diri kepada Allah Taala secara pukal, secara tunai, secara
tuntas dan secara jelas. Dengan itu, fahamlah kita bahawa ilmu yang dibawa oleh
perkara tidur itu, adalah untuk mengajar kita kepada pengertian
sebuah  peryerahan diri  kepada Allah Taala.Sekarang kenal dan tahulah kita
apakah maksud tidur itu sebenarnya!. 

Pengajaran dari perkara tidur itu, membawa pengerian  mati. Itulah sebabnya
Baginda Rasulullah menyatakan dalam Hadisnya yang bahawasanya  "tidur itu
saudarnya mati". Maksud perkataan saudara disini, adalah merujuk kepada
perkara dekat, rapat atau seumpama adik beradik. Bilamana kita tidak mengenal
abang, cukup dengan mengenal adik, kerana dengan mengenali adik, lambat laun
kita akan dapat mengenal abang.

Bilamana kita mengenal perkara tidur, bererti dengan sendirinya kita akan
mengenal perkara mati, kerana diantara tidur dengan perkara mati itu, adalah
seumpama saudara terdekat.  Suasana tidur adalah mengajar kita suasana
diwaktu kita mati. Sebagaimana tidur, sebegitulah mati dan sebagaimana mati,
sebegitulah keadaan tidur!.

Bilamana kita tahu tidur, bererti kita tahu mati. Bilamana kita mengenal tidur,
bererti kita mengenal mati. Dari ilmu tidur, mengajar  kita ilmu mati. Sekarang saya
mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anggaplah diri kita sekarang
ini, benar-benar sudah mati!. Dari ilmu tidur, ianya telah berjaya membawa kita
kepada mengenal erti mati!.

Sebenarnya kita sekarang ini sedang tidur dan sedang mati. Hanya mereka-
mereka yang mengenal Allah sahaja yang benar-benar hidup dalam berkeadaan
jaga.Hidup sesudah mati itu, adalah sebenar-benar kehidupan yang tidak akan
merasai mati sesudahnya. Itulah yang dikatakan melalui Hadis  "mati sebelum
mati" (Mutu kablaan tamautu).

Matikan diri sebelum mati itulah, yang dikatakan sebenar-benar mati. Mati
berpisah nyawa dari badan itu, adalah mati kepastian manakala mati sebelum
mati itu, adalah mati kemestian. Oleh itu, kita mesti mematian diri sebelum
datangnya mati kepastian. Setelah kita mati, apa yang ada pada diri
kita?.Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan benar-benar
merasai mati.

Saya mahu tuan-tuan beranggapan yang diri tuan-tuan sudah mati, yang sekarang


sedang berada diperbaringan. Anggaplah diri tuan-tuan sekarang sedang terbujur
kaku, dikelilingi oleh anak isteri yang sedang menangis meratap pemergian kita
pulang kerahmatullah. Sekejab lagi ada orang yang akan datang untuk memandi
dan kemudian akan memakaikan kita dengan kain kafan. Sekarang tuan telah
terbujur kaku dan sedang menunggu untuk dikebumikan kedalam kubur.

Sebelum Malaikat Mungkar dan Nangkir datang menyoal tuan-tuan, terlebih


dahulu saya ingin menyoal satu persoalan. Manakah sebenar-benarnya diri tuan-
tuan?. Dulunya tuan-tuan gunakan anggota tangan bagi menunjukkan gagah,
mengunakan kaki bagi menunjukkan kuat, menggunakan mulut bagi menunujkan
pintar dan menggunakan akal bagi menunjukkan pandai.

Sekarang bilamana diri sudah terbujur kaku diperbaringan, kemana perginya


gagah, kemana perginya kuat, kemana perginya pintar dan kemana perginya
paindai?. Apakah yang tuan-tuan miliki sebenarnya dikala  ini?. Setelah kita
mengenal tidur, bererti kita telah mengenal mati. Sekarang kita sedang berada
diambang kematian. Apa bekalan yang akan tuan-tuan bawa untuk  diri?, setelah
segalanya kita tinggalkan, dimana diri!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan yang saya kasihi sekalian.
Saya merayu dengan rasa sebenar-benar rendah diri, kepada tuan-tuan sekalian,
sementara nyawa masih dikandung badan, marilah kita sama-sama belajar
mengenal diri dan sama-sama belajar menganal Allah dengan nyata!.

Cukup-cukuplah belajar ilmu feqah dan cukup-cukuplah belajar  ilmu syariaat!.


Sudah terlalu lama tuan-tuan belajar ilmu feqah, bermula daripada kelas KAFA (se
usia enam tahun) sampai sekarang, taun-tuan sudah berumur sebaya enam puloh
tahun, apakah tuan-tuan masih mencari-cari atau meraba-raba ilmu feqah?.
Seusia sekarang , berapa lama lagikah tuan-tuan mahu menghabiskan usia tua
dengan pelajaran ilmu feqah?.

Berapa lagikah masanya untuk tuan-tuan belajar ilmu hakikat?. Sedangkan antara
ilmu feqah (syariiat) dan ilmu hakikat (makrifat) itu, adalah sama-sama fardhu ain
atau sama-sama wajib!. Kenapa wajib belajar ilmu feqah sedari umur enam tahun
sedangkan seusia enam puloh tahun ilmu hakikat masih belum datang wajibnya
dan belum datang fardhunya?. Nak tunggu bila?…………………………

Marilah kita belajar ilmu tidur, dengan perkara tidur, ianya membawa kita
mengenal ilmu mati. Dengan perkara mati, ianya membawa kita kepada  ilmu
mengenal diri. Dengan perkara diri,  wajib dengan sendirnya membawa kita 
mengenal akan Allah swt. Itu sebabnya saya bawa usul tidur, usul mati, usul diri
supaya  dengan usul-usul tersebut, ianya membawa tuan-tuan menaiki tangga-
tangga ilmu dengan tertib.

Dengan mendaki anak-anak tangga itu,  boleh membawa tuan-tuan dan puan-puan
berjaya sampai kepada ilmu mengenal Allah  dengan teratur
dan berfatonah.Supaya pendekatan ilmu itu tersusun cantik, mudah difaham dan
senang dimengerti oleh segenap lapisan umur.

Hanya melalui perkara tidur, sekarang kita sudah berjaya mengenal  sebenar-
benar diri. Sebenar-benar diri itu, tidak ada. Bilamana diri tidak ada, siapakah yang
ada?. Bilamana diri sudah tidak ada,  yang ada itu hanya Allah."Kini kita sudah
mengenal
Allah!".============================================================
=========================================================

KAEDAH KETIGA MENGENAL ALLAH

Kaedah:  "Syuhudul wahdah fil kasraf"  (pandang yang satu kepada yang


banyak)Kaedah pertama ilmu mengenal Allah itu,  bermula dari tahap anak tangga
yang paling bawah sehingga sampai kepada tahap anak tangga yang paling
terkebawah. Manaka kaedah kedua dalam mempelajari ilmu  mengenal Allah itu,
kita dikehendaki mengambil pendekatan bermula dari anak tangga bawah
(kelima) kepada anak tangga keatas (pertama).

1)Tahap pertama, kita bermula mengenal Allah itu, adalah melalui pelajaran
ilmu mengenal Allah dengan Allah. 

2)Tahap kedua mengenal Allah itu, adalah mengenal Allah melalui diri. 

3) Tahap ketiga mengenal Allah itu, adalah melalui mati.  

4) Tahap keempat mengenal Allah itu, adalah melalui tidur dan


5) tahap kelima mengenal Allah itu, adalah melalui penyerahan diri.

Seumpama kita melihat tumbuhnya pohon yang bermula dari benih yang kosong
yang membawa tumbuhnya sampai kepada pucut. Kaedah:  "syuhudul kasraf fil
wahdah" (pandang yang banyak kepada yang satu)

Manakala  kedua, kita dikehendaki bermula dari tahap paling atas, sehingga
kepada tahap yang paling bawah. Iaitu bermula dari pelajaran ilmu mengenal
penyerahan diri, mengenal tidur, mengenal mati, mengenal diri dan seterusnya kita
akan sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Sebagaimana Hadis "Syuhudul
wahdah fil kasyraf, syuhudul kasraf fil wahdah" (pandang yang satu kepada yang
banyak dan pandang yang banya kepada yang satu). Mari kita belajar ilmu ini
degan tertib, fatonah dan bersungguh-sungguh. Untuk itu, mari saya ajak tuan-
tuan, kita bermula belajar dari tahap atas kebawah dan ulang balik dari tahap
bawah keatas. Mari kita  mengenal Allah melalui kaedah dari bawah keatas!

1) Pertama; Mengenal Allah melalu penyerahan diri.

Arwah Tok Kenali, selalu berpesan kepada ayahanda saya dan ayahanda saya pula
berpesan kepasa saya. Bilamana kita membaca atau belajar sesuatu ilmu, ilmu itu
hendaklah menjurus kepada diri, hendaklah diletak atau dirujuk kepada diri.
Hendaklah kita tafsirkan segala ilmu keatas diri kita sendiri.

Setelah segala ilmu itu diletak atau ditafsir keatas diri kita, hendaklah pula diri kita
itu, diserah semula atau dipulangkan kembali kepada Allah. Bilamana kita mencari
ilmu didalam kitab, samaada kitab Al-Quraan mahupun kitab-kitab makrifat, kita
dikehendaki mentafsirkan segala ilmu itu kepada diri kita sendiri. Hendaklah
selepas kita tafsir segala ilmu itu atas diri kita, kemudian hendaklah dipulangkan
atau hendaklah dikembakli semula diri itu, kepada Allah !.

Jangan sampai terlihat adanya diri, itulah petua atau syarat belajar ilmu makrifat!

Untuk mengenal Allah melalui Allah itu, dikatakan pelajaran jauh, dalam, payah
atau tinggi. Untuk itu mari kita ambil pendekatan mengenal Allah melalui
penyerahan diri. Melalui tangga kelima iaitu tangga mengenal Allah melalui
penyerahan diri, dikatakan tangga pelajaran yang paling kebawah dan paling
rendah. Mari kita belajar mengenal Allah melalui pelajaran yang paling, asa,
rendah dan bawah, iaitu mengenal Allah melalui penyerahan diri.Bilamana
pancaindera telah diserah dan telah dikembali  segalanya kepada Allah, apakah
lagi yang tertinggal, yang terbaki dan tersisa  atas diri kita?. Cuba tuan jawab
sekali lagi pertanyaan saya ini atau sudi kiranya tuan-tuan senaraikan atas kertas
kosong, apakah yang tersisa atau yang tertinggal atas diri kita?.

Dikehendaki menyerah diri kepada Allah itu, dalam bentuk empat pertkara.

1) Pertama hendaklah kita kembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan
panggilan sekalian yang  berbentuk nama.

2) Kedua hendaklah dikembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan bentuk
sekalian yang berbentuk  sifat.3) Ketiga hendaklah meyerah atau megembalikan
kepada Allah Taala, akan kelakuan yang berbentuk  Afaal.4) Keempat hendaklah
menyerah  atau mengembalikan kepada Allah Taala, akan batin yang berbentuk
zat.Setelah keempat-empat itu dikembalikan atau diserahkan semula kepada
Allah, apakah lagi yang tertinggal, terbaki dan tersisa atas kita?.

Mata beserta penglihatan. hidung beserta nafas, mulut beserta perkataan, telinga
beserta pendengaran, tangan beserta kuat, kaki beserta gagah dan  perut beserta
rasa telah kita serah kembali kepada tuannya yang empunya asal, apakah lagi
yang ada pada kita?. Yang tinggal atas kita hanya kosong!.Mulai hari ini, kenallah
kita akan diri kita.

Diri kita yang  sebenar-benar diri itu, adalah tidak ada!. Diri yang sebenar ada itu,
adalah hanya Allah Taala.  Allah Taalalah diri yang sebenar-benar ada!. Inilah
pelajaran yang dapat kita kutip dari ilmu mengenal Allah melalui penyerahan diri.
Setelah kita mengenal ilmu penyerahan diri, mari kita panjat naik lagi kepada
tinggkatan anak tangga yang keempat itu, mengenal Allah melalui tidur.

Dengan berbekalkan pelajaran menyerah diri, maka kenallah kita akan diri kita, diri
kita yang sebenarnya tidak ada. Setelah diri kita tidak ada , tentunya yang ada itu,
hanya sifat Allah. Dengan ini, kenallah kita akan Allah Taala. Kenal Allah Taala itu,
setelah ketidak beradaan diri!. Selagi adanya diri kita, selagi itulah kita tidak akan
dapat mengenal Allah. Mengenal Allah itu, adalah setelah ketiadaan diri. Setelah
ketiadaan diri (sifat keakuan), barulah Allah itu nyata dan dapat dinyatakan
keberadaanNya.

Jika masih ada sifat diri dan jika masih ada sifat "aku",  selagi itulah kita tidak
akan dapt menyatakan adanya Allah Taala.  kita masih mengaku yang kuat itu aku,
yang gagah itu aku, yang kaya itu aku, yang besar itu aku dan yang melihat itu aku,
yang mendengar itu aku, yang hidup itu aku dan yanng wujud itu aku!. Selagi
masih kelihatan keberadaan diri, selagi itulah sifat keakuan itu timbul. Setelah
berjaya kita menengelam atau mengkaramkan keberadaan diri, maka yang timbul
itu nanti adalah keyataan Allah, Allah, Allah ………………………………….dengan seyata-
nyata dan seia-iaNya.

Tidak akan ada yang lain selain Allah. Allah nyata setelah tidak nyatanya diri.
Inilah yang dierti, yang  dimaksud atau yang fahamkan melalui konsep penyerahan
diri Tok kenali. Setelah kita tahu erti penyerahan, barulah kita boleh tahu apa itu
tidur. Bahawa tidur ertinya berserah diri kepada Allah.

2) Kedua;  Mengenal Allah melalui perkara tidur.Pada peringkat awal pengajian


ilmu mengenal Allah,  kita bermula pelajaran mengenal Allah dari anak tangga
teratas kepada anak tangga terkebawah. Setelah cara itu gagal menemukan kita
dengan jalan mengenal Allah.  Kini mari saya mengajak tuan-tuan berpatah balik
daripada pelajaran yang bermula dari anak tangga bawah keatas.. Mari kita
berpatah balik, bermula dengan pelajaran kelima kepada pelajaran  nomber satu.

Pelajaran peringkat kelima mengajar kita mengenal penyerahan diri, manakala


pelajaran ketiga mengajar kita perkara mati. Sesudah mengenal pelajaran tidur,
mari kita berbalik kepada pelajaran mati.Sekiranya tidur mengajar kita menyerah
diri kepada Allah, bermakna perkara mati juga mengajar kita erti penyerahan diri
kepada Allah Taala.

Perkara tidur dan perkara mati itu, adalah perkara yang membawa pengertian
yang sama . Perkara tidur dan perkara mati itu, seumpama saudara kembar (adik
beradik) Sebagaimana Hadis mengatakan yang bahawasanya "tidakkah tidur itu,
saudarnya mati". Bilamana kita kenal adik, pastinya kita kenal abang. Begitu juga
dengan perkara mati. Bilamana kita mengenal tidur, dengan sendirinya kita
mengenal mati.

3) Ketiga;  Mengenal Allah melalui mati.Tidur mengajar kita berserah diri kepada
Allah manakala mati juga mengajar kita menyerah diri kepada Allah. Cuba tuan-
tuan lihat mayat yang terbujur kaku!. Apa yang ada pada sisi mayat bilamana
mati?. Bilamana kita mati, segala harta benda, wang kekayaan atau anak isteri,
semuanya tidak lagi boleh digunakan. Ada tangan, tangan menjadi kaku, dimana
perginya kekuatan tangan?. Ada mulut, mulut menjadi bisu, kemana perginya
kepetehan bercakap dahulunya?. Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada
Allah.

Bilamana tidur mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah, mati juga
mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah. Kedua-dua perkara tidur dan mati
mengajar kita berserah diri kepada Allah Taala. Untuk mengnenal Allah, kkita
hendaklah belajar erti tidur dan erti mati. Sekarang kita sudah tahu apa itu mati
dan apa itu tidur. Setelah kita tahu erti mati dan erti tidur, mari kita kembali
kerpada pelajaran kedua. Pelajaran kedua mengajak kita mengenal Allah melalui
diri.Kita mengaji dan megkaji pelajaran mati, adalah bertujuan untuk mengenal 
diri.

Dengan pelajaran ilmu mengenal diri itulah juga nantinya, kita akan dapat
mengenal Allah. Pelajaran-pelajaran kita yang telah lalu diatas, mengajar kita
apakah itu erti mati. Setelah kita mengenal erti mati dalam pelajaran  pada anak
tangga keempat, tibalah masanya untuk kita menuju kepada pelajaran anak
tangga yang kedua, iaitu mengenal diri. Dengan pelajaran mengenal diri itu, akan
membawa kita kepada ilmu mengenal Allah, yang menjadi cita-ciata atau tujuan
utama kita.Baiklah, saya bermohon kepada tuan-tuan semua agar berhenti
membaca buat seketika.

Mari kita sama-sama memejamkan kedua-dua belah mata dengan kedua-dua


belah tangan letak diatas paha, mari kita sama-sama bermohon kepada Allah swt,
agar dibuka akan pintu hati kita, untuk memahami ilmu ini. Tanpa izin Allah, ilmu
ini tidak sekali-kali akan terbuka!. Untuk itu, mari kita sama-sama bermunajat
kepada Allah swt, agar dibuka akan pintu hati kita, agar dapat menerima titah ilmu
rahsia ini,  dengan mudah supaya ianya melekat, terukir dan terpahat didalam
lubuk hati dan jantung kalbu.

Setelah kita minta keizinan Allah, barulah ilmu yang akan kita timba nanti,
mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah swt.Mati mengajar kita erti
penyerahan diri kepada Allah. Bilamana kita mati, segala-galanya tidak lagi kita
miliki, semuanya telah dipulang kembali kepada Allah. Allahlah selaku tuan yang
empunya segala-galanya (termasuk diri kita). Setelah kita benar-benar faham apa
itu mati, mari kita hubung kaitkannya dengan diri. Siapakah sebenar-sebenarnya
diri kita?.

Sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada (mati). Sebagaimana mati,
sebegitulah diri. Bilamana mati, kita telah tidak lagi punya apa-apa. Sebegitu juga
dengan pengertian mengenal diri. Setelah kita sebenar-benar mengenal diri, diri
akan menjadi sebagaimana mati.

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan anggota tangan
tuan-tuan, mana mulut, mata, kaki, telinga, gagah, kuat, cantik dan sebagainya?.
manakah angggota itu semua, siapakah ttuan yang empunya sebagai
pemiliknya?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Siapakah pemilik atau
siapakah yang empunya anggota kita?.

Setelah kita mengenal mati dan setelah kita mengenal diri,  apa adakah lagi sifat
diri kita?.  Tidakkah semuanya telah menjadi milik Allah?. Setelah segalanya milik
Allah dan kepunyaan Allah, mana yang dikatakan kita?.  Setelah kita mengenal
ilmu diri, diri kita itu, telah menjadi seumpama mati.

Bilamana mati, bererti kita telah tidak ada. Sebagai mana tidak adanya diri kita
dikala mati, sebegitu jugalah pengertian hidup kita sekarang ini. Sekarang ini,
masa ini, saat ini dan diketika ini, sebenar-benar diri kita itu, sudah mati. Itulah
yanng dinyatakan didalam Hadis "Matikan diri kamu sebelum kamu lati" (Mutu
kablaan taumautu".

Sebenar-benar diri kita itu,  tidak ada!.  Cuba sekali lagi tuan-tuan lihat pada sifat
anggota tangan, sesunggguhnya sifat anggota tangan kita itu, adalah milik
kepunyaan Allah, bukannya milik kita!. Cuba tuan-tuan lihat, pandangn dan tilik
pula kepada bahagian anggota-anggota lain, manakah yang dikatakan menjadi
milik kita?. Ternyata segala dan semuanya bukan kepunyaan kita, segala dan
semuanya adalah milik dan kepunyaan Allah Taala.

Tidak ada satu anggotapun, biar ianya sebesar zarah,  melainkan segalanya
adalah milik Allah. Kita atau diri kita sebenar-benarnya, tidak ada dan tidak
memiliki apa-apa!. Kita sebenarnya sudah dan telahpun mati!. Setelah kita
mengenal apa itu perkara mati, maka kenallah kita akan siapakah sebenarnya diri.
Mari kita sama-sama belajar perkara mengenal diri, agar dengan belajar ilmu
mengenal diri, kita akan dibawa kepada mengenal Allah Taala.

4) Kempat;  Mengenal Allah melalui diri.Inilah pelajaran terakhir dalam ilmu


mengenal Allah Taala. Setelah kita mengenal diri, sudah denngan pasti dan sudah
dengan wajib, kita akan dapat mengenal Allah dengan tepat, jitu, pasti dan benar
lagi nyata.Sebelum kita menuntut ilmu mengenal Allah (makrifat), terlebih dahulu
hendaklah tuan-tuan dan puan-puan mengenal diri melalui diri sendiri.

Barang siapa mengenal diri  dengan rata, maka mengenallah ia akan Allah 
dengan nyata. Kiranya kita tidak mengenal diri, masakan dapat mengenal Allah.
Mengenal Allah itu, adalah setelah benar-benar mengenal diri!.  Bagi yang berhajat
untuk mengenal diri pula, hendaklah dibinasakan diri, dikemballi dan dipulangkan
semula diri kepada Allah termasuk diri zahir dan diri batin (roh) kepada Allah
Taala.

Setelah segala-galanya tidak ada, telah tertanggal, telah terbuang dan telah
tersingkir dari sifat keakuan (aku). maka yang terzahir, ternampak, terpandang dan
yang terang jelas lagi nyata itu, itulah Allah swt.5) Kelima; Mengenal Allah melalui
penyerahan.Kita hendaklah belajar ilmu makrifat itu, sehingga sampai kepada
tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah.

Selagi ada perkara yang hendak diserah, itu bererti tuan-tuan belum habis
mengenal diri. Mengenal diri itu, adalah sehingga tidak ada lagi perkara atau
sudah tidak ada lagi benda yang hendak dikembalikan kepada Allah. Setelah tidak
adanya perkataan "aku", maka akan hilanglah penyerahan. Selagi ada perkataan
"aku" selagi itulah belum sampai kepada tahap penyerahan diri!.Mengenal Allah
melalui penyerahan itu, adalah tahap ilmu yang sudah sampai kepada tahap
sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah, itulah sebenar-benar
penyerahan.

Apakah lagi yang hendak kita serah, sedangkan  diri kita sendiripun sebenarnya
tidak ada!. Sesudah sampai kepada tahap ini, maka itulah sebenar-benar ilmu
mengenal diri dan sebenar-benar ilmu menyerah diri.  Inilah yang dikatakan ilmu
makrifat!.Jalan ini adalah jalan pelik. Jalan bilamana ada, kita tidak  dipeduli
orang. Bilamana adanya kenduiri kendara, kita tidak diundang. Bilamana kita tidak
ada (hiloang), kita tidak dicari orang.

Bilaman berbicara, tidak diindah orang, inilah jalan yang ditempuhi oleh orang-
orang makrifat. Jalan orang makrifat itu, adalah jalan cacian dan jalan tomohan
orang!. Cuba tuan-tuan lilhat, perhati dan tengok dengan mata kepada
sendiri.  Siapakah dikalangan kita yang sanggup mengajar ilmu makrifat?. Jika
adapun dua tiga kerat yang cuba-cuba mengajar ilmu makrifat, ada sahaja mulut-
mulut sumbang. Yang mengatakan ilmu sesat, ilmu salah, ilmu terpesong dan
berbagai-bagai tomohan yang membuatkan tidak ada orang yang berani
membuka ilmu ini, melainkan siapa yang sanggup pertaruhkan nyawa.

Dalam memperjuangkan ilmu makrifat, pertaruhannya adalah nyawa, siapa yang


berani bermain permainan ini, itulah sebenar-benar penglima dan pahlawan Allah,
pejuang bangsa, pejuang agama dan pejuang Islam sebenar. Biarpun kita tidak
diberi darjah kebesaran oleh pemerintah dunia, namun kita akan mendapat
anugerah kebesaran dari tangan Allah swt sendiri.Jika kita berada pada jalan yang
lurus, apa yang hendak ditakuti. Orang makrifat itu, adalah orang yang tidak ada
erti takut dan tidak ada erti gentar, melainkan hanya kepada Allah mereka
berserah diri.

Ayuh sahabat-sahabatku, kita sama-sama perjuankan ilmu makrifat!. Ilmu


makrifat itu, adalah satu ilmu yang fardhu (wajib). Wajib atas kita bagi setiap umat
yang beragama Islam itu, meperjuankannya!.Kenapa ramai orang yang hanya
sanggup memperjuangkan habis-habisan ilmu feqah atau ilmu syariaat. Kenapa
tidak ada orang yang berani memperjuangkan ilmu makrifat?. Apakah ilmu
makrifat itu bukan ilmu?. Cuba jawab pertanyaan saya!. Dimasjid, disurau,
diakhbar-akhbar, disekolah, dipondok, dipusat pengajian tinggi sekarang, hanya
mempelajari dan hanya memperjuangkan ilmu syariaat. Kemana hilangnya ilmu
makrifat.

Apakah ilmu makrifat itu bukan fardhu?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya
dengan sejujur-jujurnya. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?, bukan fardhu? dan
apakah ilmu makrifat itu bukan wajib?.Kiranya ilmu makrifat itu, wajib atau fardhu,
kenapa tidak diajar?. Mana perginya mereka-mereka yang bergelar ulamak,  yang
bergelar ustaz,  yang bergelar kiyai,  yang bergelar guru dan  yang bergelar
pendakwah?. Kenapa tidak diajar?, kenapa tidak diajar dan kenapa tidak diajar?.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan jawab pertanyaan saya!.Kepada mereka-mereka


yang mengamalkan ilmu makrifat, ayuh mari beserta saya, kita perjuangkan ilmu
makrifat,  sekalipun pertaruhannya adalah nyawa Dalam mamperjuangkan ilmu
Allah itu,  pertaruhannya adalah nyawa.  Demi agama Allah dan demi Allah Tuhan
yang Esa, saya pertaruhkan nyawa saya kepada tuan-tuan untuk
menghukumnya."Hukumlah saya kiranya saya didapati salah dan kiranya saya
didapati  tidak benar!".

Adapun ilmu makrifat itu, adalah salah satu cabang ilmu yang tertinggi dari empat
cabang ilmu. Ilmu di dalam Islam itu, terbahagi kepada empat bahagian atau
empat cabang. Pertamanya ilmu syariaat, keduanya ilmu torikat, ketiganya ilmu
hakikat dan kempatnya adalah cabang ilmu yang tertinggi, iaitu  ilmu  makrifat.

Keempat-empat cabang ilmu itu, adalah ilmu yang difardukan iaitu ilmu  fardhu
ain atau ilmu yang wajib. Wajib  dituntut oleh segenaplapisan  umat manusia yang
bergelar ulamak, ustaz, penceramah, pensyarah, pendakwah atau guru-guru yang
mengajar ilmu makrifat?.Cuba tuan-tuan  jawab pertanyaan saya secara jujur?. 
Kemana hilang atau terkuburnya ilmu makrifat yang dikatakan tertinggi itu?. Siapa
yang sanggup menanggung tanggungjawab ini? .

Kerana apa, terkuburnya ilmu makrifat?, terkubur ilmu makrifat itu, adalah kerana
terfitnah oleh tangan-tangan nakal golongan ahli feqah. Yang selalu memandang
serung akan ilmu makrifat atas dasar kurang berkemahiran dalam bidang ini, lalu
menuduh dan menfitnahnya dengan tuduhan  yang kejam. Itulah makanya Abu
Khurairah mengatakan bahawa " aku menerima dua bejana ilmu dari Baginda
Rasulrullah, satu bejana boleh aku haburkan kepada halayak ramai dan satu
bejana lagi kiranya aku habur, melainkan kepada aku akan kena potong".
Bagi yang mendapat petunjuk Allah Taala, yang keji itulah ilmu yang terpuji dan
yang caci itulah ilmu yang dicari. Untuk itu, bagi mendalami ilmu yang terpinggir
dan terkubur ini. Harus kuburkan terlebih dahulu sifat dengki, cemburu, busuk hati,
khianat, iri hati, busuk hati, penipu, pendusta, berburuk sangka dan sebagainya,
barulah boleh menjurus kepada ilmu makrifat. Ingatlah dimanakah lagi untuk kita
mendalami ilmu ini, selain kitab peninggalan Tok Kenali!.

Berbalik kepada tajuk kita yang kelima, iaitu mengenal Allah melalui ilmu
penyerahan diri. Ingin saya mengajak tuan-tuan, agar bersama-samalah kita
semua berpakat-pakat berserah diri kepada Allah.

Cukup-cukuplah mengejar pahala dan cukup-cukuplah mengejar syurga.


Sesungguhnya pahala dan syurga itu milik Allah. Syurga dan pahala itu bukan
milik kita, ianya adalah milik Allah. Akan diberi Allah kepada seiapa yang
dikehendakinya. Pahala atau syurga itu, bukan dari kerana amal ibadat yang kita
kerjakan!. Pahala dan syurga itu, adalah datangnya dari rahmat Allah,  bukan
datangnya dari kerana amal kita!.

Ingat itu, ingat itu dan ingat itu!……………………………Marilah kita bersama-sama saya,
kita berpakat-pakat sama-sama mencari keredaan Allah melaluipenyerahan
segala sifat, segala nama, segala afaal dan segala zat  kepada Allah Taala. Kita
sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Kita tidak boleh berdiri untuk beribadat,
kiranya tidak diberi Allah akan tenaga.

Tenaga gagah atau tenaga kuat  untuk dirikan ibadat itu, bukan datangnya dari
kerana makan nasi. Ianya adalah datangnya dari Allah Taala.  Ibadah itu sendiri,
adalah datangnya dari Allah, kenapa pula kita yang mendapat upah syurga atau
upah pahala?. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan dengan
ikhlas.  Patutkah kita mendapat habuan hasil dari pekerjaan orang?.Cuba tuan-
tuan jawab pertanyaan saya ?.

Sembahyang, puasa, zukir, zakat, fitrah, haji, syahadah dan segalanya itu dari milik
siapa?. Apakah ibadah itu milik kita?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik
kita, buat apa lagi beribadah ?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita,
tidak perlulah lagi susah payah kita kerjakan ibadah, sekiranya semuanya itu
sudah jadi milik kita!.

Kiranya pengajian makrifat kita itu sudah putus dan sudah sampai  penamat
(penghujung), kita tidak lagi berangapan yang beribadat itu kita!. Kan diri kita
sudah mati, sudah binasa dan sudah terserah kepada Allah, mana lagi ada diri
untuk mengerjakan ibadah. Ibadah kita itu, sesungguhnya datang dari Allah dan
tidak pula dituju kepada sesiapa-siapa, melainkan kembalinya pula semula kepada
Allah.

Allah yang awal dan berakhirpun juga hendaklah Allah!. Kita tidak ada apa-apa,
kita tidak milik apa dan kita tidak punya apa-apa!,Kiranya kita sudah tidak punya
apa-apa, apakah yang kita punya?. yang kita punya itu, adalah hanya Allah, hanya
Allah , hanya  Allah!. Inilah tahap pengajian ilmu makrifat melalui mengenal Allah
dengan Allah!.  Kita kenal Allah dengan Allah, kita ingat Allah dengan Allah.

Ingatnya (zikir) kita kepada Allah itu, bukan dengan sebab ada akal fikiran atau
ada daya usaha diri!. Ingatkan (zikir) itupun jua dari Allah. Kiranya Allah tarik
ingatan kita, digantikannya dengan sifat gila, mana mungkin kita ingat Allah!.
Jangan sekali-kali mengatakan yang ingatkan Allah itu, adalah diri kita!. Kita tidak
boleh ingatkan Allah tanpa Allah. Kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri, akal,
fikiran, nafsu, malaikat, iblis, Rasul, Nabi, Al-Quraan atau guru.  Mengenalnya kita
kepada Allah itu, adalah juga dengan Allah!.
Penghujung ilmu makrifat itu, bilamana lemah akal mengenal  Allah. Mengenal
Allah itu, sehingga tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikenal, itulah sebenar-
benar mengenal Allah. Jika masih ada yang hendak dikenal, bermakna ilmu tuan-
tuan belum cukup lengkap dan belum cukup sempurna.

Mereka yang benar-benar berilmu makrifat (mengenal Allah) itu, adalah mereka
yang tidak lagi perlu kepada dalil.  Sekiranya masih mahu berdalil-dalil untuk
mengenal Allah, itu adalah mereka yang belum nyata Allah!. Mereka-mereka yang
masih mencari-cari Allah. Makrifat yang penuh itu, adalah makrifat yang tidak lagi
perlu mencari-cari dalil untuk menyatakan Allah. Cukup Allahlah itu, dalilnya Allah.
Tidak ada dalil lain selain Allah!. Allah itulah adalah Allah. Allah, seAllah-Allahnya.
Dia, sedia-dianya!.Inilah kaedah mengenal Allah dengan Allah.

Jangan pula ada mulut-mulut sumbang dari ulamak feqah, yang mengatakan
pengajian ini, berupa ilmu hulul atau ilmu mengaku Allah atau ilmu yang bersatu
dengan Allah (wahdatul zat atau ana Al-Haq) pula!. Ulamak feqah itu, hanya
pandai mencari helah, bagi menutup kejahilannya dalam ilmu makrifat dengan
membuat tuduhan yang ilmu makrifat itu, salah, sesat dan bidaah. Sekiranya ada
yang bercakap sedemikian, cuba tuan-tuan minta orang yang mengata sesat itu
tunjukkan jalan ilmu makrifat yang tidak sesat, mana ilmu makrifat yang tidak
salah dan mana ilmu makrifat yang tidak bidaah?.

Mengaji makrifat itu,  bukan bertujuan untuk mengaku Allah.  Bukan bertujuan
untuk menjadikan diri itu keramat, bisa, kuat atau gagah. Bukan bertujuan untuk
menurunkan hujan, meyembuhkan penyakit atau termakbulnya doa.

Mereka-mereka yang mencari kepentingan itu, itu bukan jalan ilmu makrifat. Ilmu
makrifat itu, adalah ilmu yang tidak mencari faedah, ilmu makrifat itu, adalah ilmu
mencari kaedah, bukan mencari faedah!.

Ilmu makrifat yang berdoa sehingga boleh meyembuhkan penyakit, boleh


menurunkan hujan, boleh menjadi kebal, boleh meratib sehingga teranggkat tubuh
kelangit dan ilmu makrifat yang boleh tahu hajat orang sebelum diberi tahu
itu, adalah tahap makrifat yang  paling rendah!. Ingat kata-kata saya itu!.

Makrifat yang mencari faedah itu, adalah makrifat pada tahap yang paling rendah,
paling bawah dan paling jahil!. Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku
Allah. Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi menyata, mengEsa dan
menunggal atau mensatukan Allah dengan kaedah membinasakan diri (menyerah
diri kepada Allah Taala).

Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi mengelakkan diri dari syirik (berduakan
Allah). Tidak ada tujuan disebalik ilmu makrifat itu, melainkan Allah, Allah,
Allah………………………………….Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah.

Bagaimana mungkin mengaku "aku Allah" sedangkan diri yang mengaku itupun
tidak ada!. (binasa). Setelah binasanya segala diri dan setelah segala diri sudah
hancur binasa, diri manakah lagi yang ada?. Setelah diri tidak ada, mana mungkin
mengaku aku Allah!.

Orang yang mengaku "aku Allah" "bersatu dengan Allah" "Allah masuk dalam diri" ,
setelah belajar ilmu makrifat itu, adalah mereka yang belum mengenal diri dan
belum mengenal Allah dan makrifat yang sedemikian itu, bukannya dari ajaran
makrifat sebenar!. Tok' Kenali tidak pernah mengajar mengaku "aku Allah".

Makrifat itu, jernih, suci dan bersih dari syirik. Jika ada yang mengaku adanya diri,
bermakna makrifat mereka itu, adalah makrifat yang berlipat (terbalik atau
songsang). makrifat yang dibawa oleh Tuan Guru Tok' kenali, adalah makrifat
yang jernih dan yang bersih dari unsur-unsur syirik dan munafik!. makrifat Tok'
Kenali, adalah makrifat yang tidak mencari keuntungan atau sebarangn faedah.

Makrifat Tok' Kenali itu, bukan bertujuan mencari syurga, pahala atau ganjaran
faedah dari ibadat!. Makrifat Tok' Kenali itu, adalah bertujuan  menyatakan Allah.
Supaya Allah itu nyata senyata-nayatanya!. Ilmu Tok' Kenalil bukan bertujuan
mencari Allah.  Kenapa masih ingin mencari Allah, tidakkah Allah itu nyata pada
sekalian yang nyata!. Allah itu hampir dan Allah itu dekat, yang tidak lagi perlu
dicari-cari!.

Sekiranya masih mencari-cari Allah, bererti tuan-tuan belum mengenal Allah. Allah
pada makluman tuan itu, belum nyata dan belum jelas pada pandangan tuan, itu
sebab tuan masih dalam keadaan mencari-cari Allah. Kiranya Allah itu sudah jelas
dan sudah nyata pada ilmu tuan-tuan, apakah lagi yang hendak dicari barang yang
sedia terhidang didepan mata!. Seumpama cincin sudah lekat dijari, apakah masih
mahu mencari ?. Cari itu, adalah barang, perkara atau benda yang hilang.
Bilamana barang yang tidak hilang, buat apa hendak dicari?.

Allah tidak hilang, Allah tidak tersorok dan Allah tidak terhijab, terlindung atau
tertutup oleh sebarang hijab. Allah itu terang, jelas dan nyata lebih terang, lebih
jelas dan lebih nyata dari cahaya matahari.  Kenapa perlu dicari?, kenapa perlu
dicari dan kenapa perlu dicari?. Saya mahu tuan-tuan tanya pada diri tuan-tuan
sendiri?.

Bilamana diri sudah mengenal diri,  binasalah diri dan dengan sendirinya ianya
terpulang dan terserah kepada Allah. Diri kita diketika itu dan diketika selama-
lamanya, akan hancur dan lebur. Bilamana diri itu sudah hancur dan lebur, maka
yang ada itu siapa?. Yang ada itu, itulah Allah!. Allah yang menilik dirinya sendiri!.

Barulah boleh dikatakan mereka yang bermakrifat dengan sebenar-benar makrifat


kepada Allah Taala dengan sebenar-benar mengenal!. Maka jadilah diri itu tidak
ada,  setelah diri tidak ada, maka yang meyembah itu, adalah juga yang disembah
dan yang disembah itu, adalah juga yang menyembah!. Dari Allah kepada Allah.
Dari Allah kerana Allah. Dari Allah dengan Allah dan Allah itulah Allah. Allahlah itu
ia, seia-ianya. Untuk sampai kepada tahap makrifat itu, tidak ada kerana dengan
satu kerana.

Melainkan Allah
jua……………………………………………………………………………………………………..================
==================================================================
================

Penamat pengajian ilmu makrifat  itu, adalah ilmu mengenal Allah dengan
AllahSegalanya datang dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah. Tidak satupun
pekerjaan itu, datangnya dari diri kita makhluk!. 

Amin dari Hj Shaari

a razak ngah
arazakngah@gmail.com [mailto:arazakngah@gmail.com]

Disiarkan 11th June 2013 oleh Taqwa

Lihat ulasan

Anda mungkin juga menyukai