Anda di halaman 1dari 21

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

KAEDAH MENGENAL DIRI & MENGENAL


ALLAH MELALUI ILMU MAKRIFAT TOK KENALI
KELANTAN KAEDAH PERTAMA MENGENAL
ALLAH
Posted on 13/10/2015 by Azroy
1)     Ilmu Yang Pertama Untuk Dipelajari!Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah
bertujuan untuk mengenal Allah. Ilmu pertama  yang wajib  dan yang dituntut Allah itu,
 adalah  ilmu tauhid atau “ilmu mengenal Allah”.  Sebagaimana kalimah “Awalludin
makrifattullah” (awal-awal beragama itu, mengenal Allah).Pertama mula beragama itu,
bukan syahadah, sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ilmu yang mula-mula itu, adalah
mengenal Allah!. Sayangnya kebanyakkan dari kita, tidak tahu untuk bagaimana
mencari ilmu mengenal Allah!

2)    Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari!Allah Taala itu, terang
dan teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu,  terlebih terang dan terlebih jelas
dari cahaya matahari itu sendiri?.  Kenapa kita tidak nampak Allah?.

Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampanya Allah itu, adalah kerana
adanya sifat mata!. Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan tidak dapat
untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan buang atau
hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri tuan-tuan sendirilah
sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari terpandang
Allah Taala!.

3)    Cara Kafan Sifat MataSebab adanya sifat matalah yang menjadikan jauhnya
keberadaan bulu mata dengan bebola mata. Cuba tuau-tuan bayangkan kiranya tidak
ada mata. Dengan tidak ada mata,  tidak timbullah perkara jarak, samaada jauh atau
dekat!. Timbulnya perkara jarak jauh atau dekat itu, adalah kerana adanya sifat mata.
Kerana adanya matalah yang menyebabkan kita tahu jarak dekat atau jauh. Matalah
sebenar-benar sifat yang menjarak, menghijab, menjauh  dan sebenar-benar yang
menutup pandangan kita dari terlihat Allah.Selagi ada mata, selagi itulah kita tidak
akan dapat untuk melihat Allah Taala.

Pesan Tok’ Kenali bahawa setelah kita tidak ada mata, barulah Allah itu dapat ditahu,
dilihat, dikenal dan diingat  dengan nyata. Bilamana kita berkata atau mengaku
 perkataan “ada  aku”, itu akan membawa pengertian “tidak ada Allah”.  Adanya Allah
itu, setelah tidak adanya diri kita!. Selagi adanya perkataan aku, maka timbullah
 dakwaan aku gagah, aku besar dan aku kaya”. Bilamana tuan-tuan menyebut
perkataan itu, ertinya tuan-tuan menafikan kekuatan Allah, menafi kebesaran Alah
 dan menafikan kekayan Allah. Bilamana kita gagah, bermakna Allah itu bersifat lemah
dan bilamana kita kaya, bererti Allah miskin!. Setelah kita lemah, barulah Allah itu
gagah, bilaman kita kecil, barulah Allah itu bersifat bersar.  Bilamana kita tidak ada,
barulah Allah itu benar-benar ada!.

4)    Jangan Adanya Istilah Atau Perkataan “Aku”Untuk menjadikan Allah itu benar-
benar ada, jangan sekali-kali mengatakan perkataan “aku ada”, bilamana kita mengaku
“aku ada” bererti Allah tidak ada. Bilamana kita mengaku “aku tidak ada”,  barulah
Allah itu, sebenar-benar bersifat dengan sifat ada .

Bilamana kita mengaku kita miskin, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan sifat
kaya. Bilamana kita mengaku aku lemah, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan
sifat gagah. Bermaknanya disini bahawa bahasa seni makrifat Tok’ Kenali itu, adalah
bahasa yang bernilai tinggi dan dalam.

Tok’ Kenali  selalu berpesan kepada anak muridnya bahawa, sekiranya kita berhajat
untuk mengenal Allah, jangan sekali-kali mengenal Allah dengan perkataan  “aku”.

5)    Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!”Ingat itu sesungguhnya tidak ingat”. Tahu itu
sesungguhnya tidak tahu”. “Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu itulah
sebenar tahu”. Untuk membenarkan seninya kata-kata Tok’ Kenali itu, saya  ingin
mengajak tuan-tuan supaya bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja atau semasa
mula-mula tuan-tuan berpindah dari kampong ke kota.  Dari rumah untuk pergi
kepajabat,  tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan, bertanya  berapa
banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan yang kena belok kiri atau
kanan dan sebagainya.  Lama kelamaan, bilamana sudah biasa, tuan-tuan tidak lagi
perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak
lagi perlu ingat nama-nama  jalan. Tahu-tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat.

Tuan-tuan boleh sampai ke pejabat dari rumah, tanpa  ingat jalan, tanpa ingat lampu
isyarat keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-nama jalan
lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!.  “Tidak ingat, itulah
tandanya ingat”. Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi perlu mengira-gira nama
jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat. Tanda ingat itu, adalah tidak ingat! dan
tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar ingat!.Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan
sekalian. Semasa tuan-tuan suap nasi kemulut, apakah tuan-tuan ingat kepada tangan?.

Saya percaya yang tuan-tuan tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya
tangan tuan-tuan itu, tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!.  Tahu-tahu tangan
menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat  atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda
sebenar-benar ingat. Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut, tahu-tahu
nasi masuk kemulut!.Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak
ingat!.  Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada keberadaan diri kita.

Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam
keadaan berkira-kira  untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan
masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna
mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala. Itu pada tahap atau
peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak ingat. Nak
ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat, baru nak ingat itu,
bermakna belum ingat.

Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang
harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah
itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu,
jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak ada
sebab dengan suatu sebab.Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah dan Allah itu,
adalah Allah…………………………………………………………………………………………Allah, Allah,
Allah…………………………………………………………………………………………………………………………
………….

6)     Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak  Lagi Perlu Adanya Dalil!Mengenal Allah itu,
hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu kepada saksi
atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti  kita belum benar-
benar mengenal Allah.  Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah
kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal
Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu
kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.

Kata Tok’ Kenali lagi,  untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi
dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira
 untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan
belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat  itu, adalah
tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat.Sebenar-benar ingat kepada Allah itu,
setelah  tidak lagi ingat kepada  makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat
kepada  perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi
kepada dalil itu dan dalil ini.

Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok’ Kenali itu, kita akan menuduh yang
bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima
akal!.  Sebaliknya seni makrifat Tok’ Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat,
penuh makna, penuh pengertian  dan penuh terjemahan.  Kata Tok’ Kenali itu, adalah
kata yang sebenar-sebenar  kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni makrifat
itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik. Asyik dengan
Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.

7)    Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Mari sama-sama kita
lihat ungkapan seni Tok’ Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku “adanya
diri”, selagi itulah sifat “adanya Allah itu” tidak akan dapat kita  lihat. Bilamana kita
mengadakan sifat adanya diri,  bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita
tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara
kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!.  Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat
hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat
dua puluh.
Sekiranya kita  itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita  telah
mengadakan dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat Allah,
iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk, bermakna
disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Ssedangkan sifat wujud itu, hanya hak
bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. Bagi yang menduakan sifat Allah,
hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh diampun Allah.
Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang wujud dan yang bersifat
ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah dan hanya bagi Allah!
……………………………………………………………………………………

Kita semua belajar dan kita semua tahu yang bahawasanya sifat “ada” itu adalah hanya
sifat bagi Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana kita tidak ada
sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat kepada Allah!.  Setelah
sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang ada itu,
adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa lagi
ingat kepada selain Allah!.

8)    Jangan Gandingkan “Ada Allah Dengan Adanya Diri”Permasalahan yang timbul


kepada kebanyakkan dari kita sekarang itu, adalah permasalahan dimana kita tidak
boleh untuk membuang adanya kita!. Kebanyakkan dari kita sekarang payah untuk
membuang sifat keakuan dan ramai yang masih lagi kuat berpegang kepada perkiraan
yang sifat diri sebagai makhluk itu masih ada dan masih wujud. Kiranya Allah bersifat
ada dan diri kitapun juga  bersifat ada, bermakna kita telah mengadakan dua sifat
wujud (mengadakan dua sifat ada). Barang siapa yang mewujudkan dua wujud atau
barang siapa yang mengadakan dua sifat ada, bermakna kita telah  syirik dengan Allah,
kerana telah mengadakan  dua sifat Allah. Bilamana kita bersifat ada dan Allah juga
bersifat ada, yang mana satukah yang benar-benar bersifat ada?.

Ada itu sifat kita kah atau sifat Allah kah?. Setahu kita, yang bersifat ada dan yang
bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Sifat kita sebagai makhluk itu, adalah sifat yang
berlawanan daripada sifat Allah. Bilamana Allah bersifat ada, kita adalah bersifat tidak
ada. Bilamana tidak adanya sifat kita, barulah Allah itu benar-benar  dapat diingat.
Kalau kita ada dan Allahpun ada, itulah yang menjadikan kita lupa untuk ingat kepada
Allah.

Apabila lupa kepada Allah, tentunya yang kita ingat itu adalah adanya keberadaan diri,
bilamana kita ingat kepada diri dan tidak ingat kepada adanya Allah, itulah yang
dikatakan syirik (menduakan sifat Allah bererti, kita telah menduakan Allah), itulah
yang dikatakan syirik. Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak akan dapat diampun Allah
Taala.Untuk mengelak dari dosa syirik dan untuk menjadikan diri mengenal diri,
marilah saya ajak tuan-tuan sama-sama menghayati kata-kata dari lidah Tok’ Kenali ini,
yang saya nukilkan melalui ungkapan kata dalam bentuk tulisan.  Mari kita mengenal
Allah dan mengenal diri melalui kaedah lima!.

9)    Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Paling Rendah Dan Mudah!Ilmu mengenal
Allah itu, sesungguhnya adalah suatu ilmu yang paling mudah, paling senang, paling
ringan, paling lembut, paling halus dan paling nipis. Ringan, halus dan nipisnya ilmu
mengenal Allah itu, seumpama ringannya kita menganggkat sebilah pisau cukur.
Ringannya menganggkat sebilah pisau cukur itu, tidak seumpama beratnya
menganggap seguni tepung gandung atau seguni beras.

Biarpun pisau cukur itu nipis dan ringan, hendaklah ia dianggkat dengan cermat,
berhati-hati dan penuh lemah lembut. Menganggkat pisau cukur itu, tidak sebagaimana
anggkat guni tepung, yang boleh diambil dengan kasar dan dicampakpun dengan kasar.
Ringan dan nipisnya  ilmu mengenal Allah (makrifat)  itu, terlebih ringan dan terlebih
nipis dari pisau cukur. Oleh itu, hendaklah dituntut dengan cermat dan berhati-hati,
jika tidak berhati-hati ia akan melukai tangan sendiri!. Dikeranakan benda yang ringan
dan nipis itu mudah terluka, makanya ramai dikalangan kita merasa takut dan tidak
sudi memilikinya!.Ilmu mengenal Allah atau ilmu makrifat itu, adalah suatu ilmu yang
terang, nyata dan suatu ilmu yang paling jelas.

Allah itu terang, Allah itu nyata dan Allah itu jelas, lebih terang, lebih nyata dan lebih
jelas daripada cahaya matahari. Terangnhya cahaya matahari, terang lagi Allah.
jelasnya cahaya matahari, jelas lagi Allahh!. Kenapa tidak kita melihat dan
memandangnya?…………………………………

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, untuk mendapat berkat roh
ilmu para guru-guru terdahulu,  saya mahu tuan-tuan berhenti seketika dari membaca
dan masing-masing hendaklah pegang atau raba bulu mata masing-masing.  Sesudah
masing-masing meraba bulu mata masing-masing, saya ingin ajukan satu pertanyaan.
Dengan harapan agar tuan-tuan dapat menjawabnya dengan jujur. Pertanyaan saya
adalah, apakah kedudukkan bebola mata dengan bulu mata itu jauh?. Kiranya jawapan
tuan-tuan memihak kepada dekat, itulah tandanya Allah itu lebih hampir dan lebih
dekat dari bulu mata kita sendiri.

Saya tidak mahu menyuruh tuan-tuan memegang bebola mata, nanti sakit,  cukuplah
dengan kiasan memegang bulu mata. Namun sesungguhnya Allah itu, terlebih hampir
daripada bebola mata putih dengan mata hitam. Allah itu hampir, hampirnya Allah itu,
lebih hampir dari urat leher. Kenapa tidak kita lihat, kenapa tidak kita pandang dan
kenapa tidak kita tilik?.

Diantara sebab tidak boleh ditilik, dilihat atau dipandang Allah itu, adalah kerana Allah
itu terlaupau hampir dan teramat dekat. Dikeranakan terlampau hampir dan terlampau
dekatnya Allah itu, sehingga kita “terlepas pandang” .  Memandangkan ilmu mengenal
Allah itu, senang, ringkas, mudah, ringan, nyata, mudah, terang, halus dan jelas, kenapa
tidak kita mengenal Allah?. Cuba sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan jawab pertanyaan
saya, kenapa sampai tidak boleh untuk kita mengenal, menilik, melihat dan
memandang Allah Taala?, kenapa, kenapa dan kenapa?…………………………………………

10)    Senaraikan Jawapan Tuan-Tuan!.


Sebelum tuan-tuan meneruskan bacaan watikah saya ini, saya ingin ajukan satu
pertanyaan. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan jawab dengan cermat dan berhati-
hati.  Soalannya, apakah sebabnya  tuan-tuan tidak dapat untuk melihat, menilik,
memandang dan memerhatikan Allah Taala. Pertanyaan saya ini hendaklah dijawab
dengan tulisan. Jawapan yang tuan-tuan tulis itu, akan dijadikan sebagai kayu
pengukur, apakah  sama dengan jawapan  yang akan saya nukilkan!. Inilah cara Tok’
kenali mengukur kefahaman anak muridnya.

Setelah jawapan tuan-tuan sudah disenaraikan satu persatu dengan ditil, barulah tuan-
tuan dibenar meneruskan bacaan warkah perkhabaran ini. Supaya dengan itu, tuan-
tuan dapat banding, nilai  dan perbezakan antara jawapan tuan-tuan dengan jawapan
saya. Baru kita dapat ukur, setakat mana kemampuan kita dalam
 berilmu!.===================================================================
==================================================

KAEDAH  KEDUA MENGENAL ALLAH!

5  Cara, 5  Jalan dan 5  Kaedah Mengenal Allah!Jalan untuk mengenal Allah itu, hanya
ada 5 cara, 5 kaedah atau 5 jalan)

.Untuk mengenal Allah itu, tidak ada jalan lain lagi selain lima jalan  tersebut. Dengan
pasti, setelah tuan-tuan menghayatai lima jalan itu, tuan-tuan dan puan-puan akan
wajib mengenal Allah, pada hari ini, jam ini dan saat ini jua. Percayalah akan kata-kata
saya, inilah satu-satu jalan ilmu yang diperturunkan oleh Tok Kenali kepada kita!.

1) Mengenal Allah melalui Allah, kiranya jalan mengenal Allah tidak dapat kita cari,
mari kita mengenal Allah melalui ilmu mengenal diri.

2) Mengenal Allah melalui diri, kiranya ilmu diri sendiri tidak kita  cari, mari kita
mengenal diri melalui jalan mengenal mati.

3) Mengenal Allah melalui mati, kiranya kita tidak boleh mengenal diri melalui mati,
mari kita mengenal diri melalui mengenal tidur.

4) Mengenal Allah melalui tidur, kiranya tidak kita tahu ilmu mengenal tidur, tidak
akan kita tahu erti penyerahan diri!.

5) Mengenal Allah melalui penyerahan diri, inilah penamat pelajaran mengenal Allah.

Pelajaran pertama; Mengenal Allah Melalui AllahJalan untuk mengenal Allah itu, adalah
suatu perkara yang terlampau mudah dan terlampau senang. Lantaran mudah dan
senang itulah, sehingga kebanyakkan dari kita terlupa dan terlepas pandang.  Apakah
benda yang paling hampir dengan mata kita?,  cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya
dengan ikhlas. Benda yang paling hampir dengan mata kita itu, adalah bulu mata!. Cuba
jawab pertanyaan saya, kenapa tidak boleh kita nampak untuk melihat bulu mata?.

Jawapanya adalah, sebab bulu mata itu, adalah perkara yang paling hampir. Begitu juga
dengan Allah. Kenapa sampai kita tidak dapat untuk melihat Allah?. Kita tidak dapat
untuk melihat Allah itu, adalah kerana jarak kedudukkannya Allah Taala dengan kita
itu, adalah teramat hampir dan teramat dekat. Sebagaimana hampir dan dekatnya bulu
mata dengan mata, sehingga kebanyakkan dari kita terlepas pandang!.
Untuk mengenal yang dekat itu, hendaklah melalui perkara yang hampir!. Satu-satunya
perkara yang paling hampir dengan kita itu, adalah diri kita sendiri. Setelah mengenal
diri dengan rata, baru boleh mengenal Allah yang nyata!. Untuk mengenal Allah itu
pula, berkehendak Ia melalui Allah sendiri. Mengenal Allah itu, bukannya melalui guru
atau melalui kitab. Allah akan campak atau mengurniakan kefahaman ilmuNya kepada
sesiapa yang dikehendakiNya. Untuk itu, marilah kita mengenal Allah  melalui Allah!.1)
Pelajaran pertama; Mengenal Allah Melalui AllahTuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian. Saya harap sangat-sangat, agar dapat kiranya tuan-tuan baca
risalah ini dengan seberapa cermat dan berhati-hati!.

Hendaklah sekalian semua tahu bahawasanya seseorang guru itu, tidak akan sekali-kali
dapat mengajar atau membimbing kita untuk mengenal Allah. Sehebat mana sekalupun
mereka sebagai guru agama, ilmu mereka tidak akan sekali-kali dapat sampai kepada
tahap mengenal Allah. Mengenal Allah itu, bukan milik makhluk. Mengenal Allah itu,
adalah milik Allah itu sendiri!.Ilmu mengenal Allah itu, pembelajarannya hendaklah
melalui Allah itu sendiri.  Hanya Allah yang mengenal Allah!. Sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Hadis “Ana araftu Rabbi Birabbi” (aku mengenal Tuhan dengan
 Tuhan ku).

Mengenal Allah itu, tidak sekali-kali melalui bimbingan guru, Malaikat atau bimbingan
Al-Quraan. Yang boleh meyampai, membimbing atau membawa kita kepada mengenal
Allah itu, adalah hanya melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah mengenal Allah!. Allah
akan memperkenalkan diriNya hanya kepada  diriNya .Bagaimana mungkin kita boleh
sampai kepada tahap mengenal Allah, sedangkan Allah itu bukan ain  dan Allah itu
bukan benda. Allah tidak bersifat sebagaimana sifat makhluk, Allah tidak bernama
sebagaimana nama makhluk. Mana mungkin kita dapat mengenal Allah, sedangkan
Allah itu bersifat dengan sifat “Laisa Kamislihi Syaiun” (Allah itu bersifat bersalahan
dengan sifat yang baharu).

Apayng kita gambar, itu bukan Allah. Apa yang kita kenang-kenagkan, itu bukan Allah.
Apa yang kita bayang-bayangkan, itu bukan Allah dan apa-apa yang kita lintaskan
kedalam hati (lintasan hati), itupun bukan Allah!. Dikiri, kanan, depan, belakang,
tengah, tepi, dalam, luar, jauh, dekat, hitam, putih, bulat atau persegi, itu bukan
Allah.Kiranya Allah boleh memperkenalkan dirinyaPersoalanya disini, bagaimanakah
untuk kita belajar mengenal Allah dengan Allah?.

Dekatnya Allah itu, tidak bersentuhan dan jauhnya Allah itu,  tidak bersempadan.
Dikeranakan Allah itu terlampau hampir dan terlampau dekat, sehingga kebanyakkan
kita tidak dapat untuk melihatNya.  Mengenal Allah itu, adalah hal keadaan yang tidak
dapat untuk dilihat oleh pandangan  mata atau  diraba dengan anggota tangan.  Untuk
akal mengenal barang ilmu yang tidak ada bukti dengan mata kepala, akan
mendatangkan kepayahan atau kesulitan. Untuk itu,  hendaklah kita tinggalkan dahulu
 bab ilmu “mengenal Allah melalui Allah” buat seketika. Untuk sampai kepada tahap
anak tangga  ilmu mengenal Allah melalui Allah, tuan-tuan wajib terlebih dahulu
melalui anak tangga ilmu mengenal diri.
Setelah tuan-tuan benar-benar tamat dalam pelajaran ilmu mengenal diri dengan rata,
barulah tuan-tuan boleh mengenal Allah dengan nyata. Untuk  itu,  mari saya bawa
tuan-tuan megembara kealam “ilmu mengenal Allah melalui diri”.2) Pelajaran Kedua;
Mengenal Allah Melalui Diri.

Allah itu akan boleh dikenal  dengan penuh nyata dan yakin bilamana kita mengenal
diri. Bilamana kita mengenlal diri dengan rata, pastinya dan wajibnya, kita akan
mengenal Allah dengan nyata.Kaedah atau jalan yang pasti untuk mengenal Allah itu,
adalah melalui kaedah mengenal diri . Berpandukan sebagaimana yang dinyatakan
didalam Hadis “Barang siapa mengenal diri, maka akan kenallah ia akan Allah” (Man
arafanassahu faqad arafarabbahu). Setelah kita tahu untuk mematikan diri sebelum
kita mati, disitu tuan-tuan akan dapat mengenal sebenar-benar diri.Persoalannya disini,
manakah yang dikatakan sebenar-benar diri?.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau
bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah
merujuk kepada perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri kita!Setelah kita
dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh, sekali lagi kita
menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada mulanya kita
sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita mengenal Allah
melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita itu, adalah benda
yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta dipandang mata kasar.

Ternyata anggapan serta sanggkaan kita itu, sama sekali meleset. Sebenarnya kita tidak
boleh mengenal Allah melalui diri, kerana diri sebenar diri itu adalah roh, sedangkan
roh adalah perkara halus, perkara batin dan perkara ghaib. Akal tidak mampu untuk
mengenal perkara-perkara yang gahaib (hanya ghaib yang mengenal ghaib dan hanya
batin yang mengenal batin).Perkara roh adalah urusan Allah. Sekalipun ianya diberi
ilmu, ianya hanya sedikit. Perkara roh adalah perkara ghaib, Sekali lagi  kita menemuai
kepayahan atau kegagalan dalam menimba atau menuntut ilmu melalui mengenal diri.
Dalam pelajaran anak tanggga kedua, kita sekali lagi menemui kegagalan!.

Pada mulanya kita meyanggka bahawa perkara ilmu mengenal diri itu, adalah
pelajaran mengenal anggota tubuh badan,  ternyata sanggkaan kita itu meleset. Maksud
kepada perkataan diri itu, adalah merujuk kepada roh!. Ilmu akal kita, tidak akan dapat
sampai untuk membicarakann soal roh. Roh itu, adalah termasuk kepada perkara Amar
Rabbi (urusan Allah). Lantaran itu, mari kitatingggalkan dulu buat sementara bab
mengenal diri, mari kita turun kepada anak tangga ketiga. Iaitu tangga pelajaran ilmu
mengenal Allah melalui mati.3) Pelajaran ketiga: Mengenal Allah Melalui Mati.

Mari kita belajar ilmu mengenal Allah melalui perkara mati. Mati adalah perkara yang
boleh membawa kita kepada mengenal Allah Taala. Berpandukan sebagaimana yang
dinyataka ndidalam Hadis “Matikan diri kau sebelum kamu mati” (mutu kablaan
tamautu”. Persoalannya disini, bagaimanakah untuk megetahui perkara mati.
Sedangkan kita belum pernah merasai mati dan  tidak seorangpun orang yang telah
mati kembali hidup untuk menceritakan kepada kita akan perkara-perkara mati!.Sekali
lagi kita gagal mengenal Allah melalui mati. Sebelumnya kita gagal mengenal Allah
melalui Allah, gagal mengenal Allah melalui diri dan kali ini, sekali lagi kita gagal
menemuai kaedah mengenal Allah melalui  mati.
Kita telah didapati gagal mengenal Allah melalui tiga anak tangga.  Sungguhpun ketiga-
tiga anak tangga kita gagal untuk mengenal Allah melaluinya. Namun tuan-tuan jangan
khuatir, kita masih diberi ruang untuk mengenal Allah melalui perkara tidur.4)
Pelajaran Keempat; Mengenal Allah Melalui TidurTuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian.

Tidak siapa yang tidak pernah mengenal tidur. Semua dari kita pernah merasai tidur.
Sedari bayi sehingga sekarang kita merasai tidur, apakah tuan-tuan masih tidak
mengenal tidur?. Untuk pelajaran seterusnya, saya minta tuan-tuan sidang pembaca
yang budiman sekalian megambil sekeping kertas kosong. Saya mahu tuan-tuan dan
puan-puan tulis serta catatkan apakah yang tuan-tuan tahu tentang tidur. Apakah
pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur. Buat catatan tuan-tuan dengan
cermat dan kemudian cuba tuan-tuan padankan dengan catatan saya.

Apakah pegetauan tuan-tuan tentang tidur itu, sama dengan ilmu pegetahuan Tok’
Kenali?. Setelah semuanya telah tercatat, mari kita teruskan pengajian kita tentang ilmu
mengenal tidur.Pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur itu, akan
membolehkan kita mengenal akan Allah Taala dengan pasti. Jika sebelumnya kita tidak
dapat mengenal Allah melalui Allah, diri dan mati, Baginda Rasulrullah mengajak tuan-
tuan mengenal Allah melalui perkara tidur, kerana semua orang tahu tentang tidur.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui Hadis “tidakkah tidur itu saudaranya mati”.

Apakah pengajaran yang dapat tuan-tuan kutip dari perkara tidur?. Semak balik catatan
yang telah tuan-tuan tulis untuk dibandingkan dengan apa yang akan saya nyatakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pengajaran yang dapat kita kutip melalui perkara
tidur itu, adalah mengajar kita kepada ilmu “menyerah diri kepada Allah Taala”.Cuba
tuan-tuan perhatikan dengan cermat akan kata-kata saya ini. Semata tuan-tuan tidur,
apakah masih ingat kepada wang ringgit yang menimbun didalam bank?.

Semasa  tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada rumah besar, kereta besar atau
panggkat besar. Ada atau tidaknya perkara-perkara tersebut diatas, tidak membuat
tuan-tuan kisah?.   Apakah tuan-tuan kisah, bilamana ada orang datang untuk bunuh
diri tuan-tuan?. Apakkah tuan-tuan tahu yang diri tuan-tuan itu, ada atau tidak (hidup
atau mati)?. Dikala tidur, kita tidak lagi ingat akan diri, malahan tidak ingat kepada
kepada nama diri sendiri.Ini  mengajar kita erti tidur, tidur mengajar kita erti
menyerah diri kepada Allah Taala.

Didalam perkara tidur, ianya mengajar kita erti sebuah “penyerahan diri secara total”.
Tidur mengajar kita, suatu rasa tidak memiliki dan suatu rasa tidak mempunyai.
Sebenar-benar diri kita itu, tidak memiliki dan mempunyai apa-apa!.  Wang yang
banyak, tidak lagi kita peduli, ini menandakan yang kita telah menyerah segala
kekayaan wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan panggkat besar kepada Allah
diwaktu kita tidur.

Ada atau tidaknya diri kita dikala kita tidur, sudah tidak lagi kita peduli, ini
menandakan kita menyerahkan segala kebesaran serta keberadaan diri kepada Allah
Taala. Tidak lagi kita peduli kepada anak isteri atau orang yang tersayang. Menyerah
kita akan segalanya kepada Allah Taala.Tidur mengajar kita tentang ilmu menyerah diri
secara total atau menyerah diri secara mutlakkepada Allah Taala.
Sekalipun orang datang untuk membunuh kita, kita tidak lagi megambil kisah, itu
adalah tanda menyerah diri kepada Allah Taala secara pukal, secara tunai, secara
tuntas dan secara jelas. Dengan itu, fahamlah kita bahawa ilmu yang dibawa oleh
perkara tidur itu, adalah untuk mengajar kita kepada pengertian sebuah peryerahan
diri kepada Allah Taala.Sekarang kenal dan tahulah kita apakah maksud tidur itu
sebenarnya!.

Pengajaran dari perkara tidur itu, membawa pengerian  mati. Itulah sebabnya Baginda
Rasulullah menyatakan dalam Hadisnya yang bahawasanya  “tidur itu saudarnya mati”.
Maksud perkataan saudara disini, adalah merujuk kepada perkara dekat, rapat atau
seumpama adik beradik. Bilamana kita tidak mengenal abang, cukup dengan mengenal
adik, kerana dengan mengenali adik, lambat laun kita akan dapat mengenal abang.

Bilamana kita mengenal perkara tidur, bererti dengan sendirinya kita akan mengenal
perkara mati, kerana diantara tidur dengan perkara mati itu, adalah seumpama
saudara terdekat.  Suasana tidur adalah mengajar kita suasana diwaktu kita mati.
Sebagaimana tidur, sebegitulah mati dan sebagaimana mati, sebegitulah keadaan tidur!.

Bilamana kita tahu tidur, bererti kita tahu mati. Bilamana kita mengenal tidur, bererti
kita mengenal mati. Dari ilmu tidur, mengajar  kita ilmu mati. Sekarang saya mahu
mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anggaplah diri kita sekarang ini, benar-
benar sudah mati!. Dari ilmu tidur, ianya telah berjaya membawa kita kepada
mengenal erti mati!.

Sebenarnya kita sekarang ini sedang tidur dan sedang mati. Hanya mereka-mereka
yang mengenal Allah sahaja yang benar-benar hidup dalam berkeadaan jaga.Hidup
sesudah mati itu, adalah sebenar-benar kehidupan yang tidak akan merasai mati
sesudahnya. Itulah yang dikatakan melalui Hadis  “mati sebelum mati” (Mutu kablaan
tamautu).

Matikan diri sebelum mati itulah, yang dikatakan sebenar-benar mati. Mati berpisah
nyawa dari badan itu, adalah mati kepastian manakala mati sebelum mati itu, adalah
mati kemestian. Oleh itu, kita mesti mematian diri sebelum datangnya mati kepastian.
Setelah kita mati, apa yang ada pada diri kita?.Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan
dan puan-puan benar-benar merasai mati.

Saya mahu tuan-tuan beranggapan yang diri tuan-tuan sudah mati, yang sekarang
sedang berada diperbaringan. Anggaplah diri tuan-tuan sekarang sedang terbujur kaku,
dikelilingi oleh anak isteri yang sedang menangis meratap pemergian kita pulang
kerahmatullah. Sekejab lagi ada orang yang akan datang untuk memandi dan kemudian
akan memakaikan kita dengan kain kafan. Sekarang tuan telah terbujur kaku dan
sedang menunggu untuk dikebumikan kedalam kubur.

Sebelum Malaikat Mungkar dan Nangkir datang menyoal tuan-tuan, terlebih dahulu
saya ingin menyoal satu persoalan. Manakah sebenar-benarnya diri tuan-tuan?.
Dulunya tuan-tuan gunakan anggota tangan bagi menunjukkan gagah, mengunakan
kaki bagi menunjukkan kuat, menggunakan mulut bagi menunujkan pintar dan
menggunakan akal bagi menunjukkan pandai.
Sekarang bilamana diri sudah terbujur kaku diperbaringan, kemana perginya gagah,
kemana perginya kuat, kemana perginya pintar dan kemana perginya paindai?. Apakah
yang tuan-tuan miliki sebenarnya dikala  ini?. Setelah kita mengenal tidur, bererti kita
telah mengenal mati. Sekarang kita sedang berada diambang kematian. Apa bekalan
yang akan tuan-tuan bawa untuk  diri?, setelah segalanya kita tinggalkan, dimana diri!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan yang saya kasihi sekalian. Saya
merayu dengan rasa sebenar-benar rendah diri, kepada tuan-tuan sekalian, sementara
nyawa masih dikandung badan, marilah kita sama-sama belajar mengenal diri dan
sama-sama belajar menganal Allah dengan nyata!.

Cukup-cukuplah belajar ilmu feqah dan cukup-cukuplah belajar  ilmu syariaat!. Sudah
terlalu lama tuan-tuan belajar ilmu feqah, bermula daripada kelas KAFA (se usia enam
tahun) sampai sekarang, taun-tuan sudah berumur sebaya enam puloh tahun, apakah
tuan-tuan masih mencari-cari atau meraba-raba ilmu feqah?. Seusia sekarang , berapa
lama lagikah tuan-tuan mahu menghabiskan usia tua dengan pelajaran ilmu feqah?.

Berapa lagikah masanya untuk tuan-tuan belajar ilmu hakikat?. Sedangkan antara ilmu
feqah (syariiat) dan ilmu hakikat (makrifat) itu, adalah sama-sama fardhu ain atau
sama-sama wajib!. Kenapa wajib belajar ilmu feqah sedari umur enam tahun
sedangkan seusia enam puloh tahun ilmu hakikat masih belum datang wajibnya dan
belum datang fardhunya?. Nak tunggu bila?…………………………

Marilah kita belajar ilmu tidur, dengan perkara tidur, ianya membawa kita mengenal
ilmu mati. Dengan perkara mati, ianya membawa kita kepada  ilmu mengenal diri.
Dengan perkara diri,  wajib dengan sendirnya membawa kita  mengenal akan Allah swt.
Itu sebabnya saya bawa usul tidur, usul mati, usul diri supaya  dengan usul-usul
tersebut, ianya membawa tuan-tuan menaiki tangga-tangga ilmu dengan tertib.

Dengan mendaki anak-anak tangga itu,  boleh membawa tuan-tuan dan puan-puan
berjaya sampai kepada ilmu mengenal Allah dengan teratur dan berfatonah.Supaya
pendekatan ilmu itu tersusun cantik, mudah difaham dan senang dimengerti oleh
segenap lapisan umur.

Hanya melalui perkara tidur, sekarang kita sudah berjaya mengenal  sebenar-benar
diri. Sebenar-benar diri itu, tidak ada. Bilamana diri tidak ada, siapakah yang ada?.
Bilamana diri sudah tidak ada, yang ada itu hanya Allah.”Kini kita sudah mengenal
Allah!”.

KAEDAH KETIGA MENGENAL ALLAH

Kaedah: “Syuhudul wahdah fil kasraf” (pandang yang satu kepada yang banyak)Kaedah
pertama ilmu mengenal Allah itu,  bermula dari tahap anak tangga yang paling bawah
sehingga sampai kepada tahap anak tangga yang paling terkebawah. Manaka kaedah
kedua dalam mempelajari ilmu  mengenal Allah itu, kita dikehendaki mengambil
pendekatan bermula dari anak tangga bawah (kelima) kepada anak tangga keatas
(pertama).

1)Tahap pertama, kita bermula mengenal Allah itu, adalah melalui pelajaran ilmu
mengenal Allah dengan Allah.
2)Tahap kedua mengenal Allah itu, adalah mengenal Allah melalui diri.

3) Tahap ketiga mengenal Allah itu, adalah melalui mati.

4) Tahap keempat mengenal Allah itu, adalah melalui tidur dan

5) tahap kelima mengenal Allah itu, adalah melalui penyerahan diri.

Seumpama kita melihat tumbuhnya pohon yang bermula dari benih yang kosong yang
membawa tumbuhnya sampai kepada pucut. Kaedah: “syuhudul kasraf fil wahdah”
(pandang yang banyak kepada yang satu)

Manakala  kedua, kita dikehendaki bermula dari tahap paling atas, sehingga kepada
tahap yang paling bawah. Iaitu bermula dari pelajaran ilmu mengenal penyerahan diri,
mengenal tidur, mengenal mati, mengenal diri dan seterusnya kita akan sampai kepada
tahap mengenal Allah Taala. Sebagaimana Hadis “Syuhudul wahdah fil kasyraf,
syuhudul kasraf fil wahdah” (pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang
yang banya kepada yang satu). Mari kita belajar ilmu ini degan tertib, fatonah dan
bersungguh-sungguh. Untuk itu, mari saya ajak tuan-tuan, kita bermula belajar dari
tahap atas kebawah dan ulang balik dari tahap bawah keatas. Mari kita  mengenal Allah
melalui kaedah dari bawah keatas!

1) Pertama; Mengenal Allah melalu penyerahan diri.

Arwah Tok Kenali, selalu berpesan kepada ayahanda saya dan ayahanda saya pula
berpesan kepasa saya. Bilamana kita membaca atau belajar sesuatu ilmu, ilmu itu
hendaklah menjurus kepada diri, hendaklah diletak atau dirujuk kepada diri.
Hendaklah kita tafsirkan segala ilmu keatas diri kita sendiri.

Setelah segala ilmu itu diletak atau ditafsir keatas diri kita, hendaklah pula diri kita itu,
diserah semula atau dipulangkan kembali kepada Allah. Bilamana kita mencari ilmu
didalam kitab, samaada kitab Al-Quraan mahupun kitab-kitab makrifat, kita
dikehendaki mentafsirkan segala ilmu itu kepada diri kita sendiri. Hendaklah selepas
kita tafsir segala ilmu itu atas diri kita, kemudian hendaklah dipulangkan atau
hendaklah dikembakli semula diri itu, kepada Allah !.

Jangan sampai terlihat adanya diri, itulah petua atau syarat belajar ilmu makrifat!

Untuk mengenal Allah melalui Allah itu, dikatakan pelajaran jauh, dalam, payah atau
tinggi. Untuk itu mari kita ambil pendekatan mengenal Allah melalui penyerahan diri.
Melalui tangga kelima iaitu tangga mengenal Allah melalui penyerahan diri, dikatakan
tangga pelajaran yang paling kebawah dan paling rendah. Mari kita belajar mengenal
Allah melalui pelajaran yang paling, asa, rendah dan bawah, iaitu mengenal Allah
melalui penyerahan diri.Bilamana pancaindera telah diserah dan telah dikembali
 segalanya kepada Allah, apakah lagi yang tertinggal, yang terbaki dan tersisa  atas diri
kita?. Cuba tuan jawab sekali lagi pertanyaan saya ini atau sudi kiranya tuan-tuan
senaraikan atas kertas kosong, apakah yang tersisa atau yang tertinggal atas diri kita?.

Dikehendaki menyerah diri kepada Allah itu, dalam bentuk empat pertkara.
1) Pertama hendaklah kita kembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan
panggilan sekalian yang  berbentuk nama.

2) Kedua hendaklah dikembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan bentuk
sekalian yang berbentuk sifat.3) Ketiga hendaklah meyerah atau megembalikan kepada
Allah Taala, akan kelakuan yang berbentuk Afaal.4) Keempat hendaklah menyerah
 atau mengembalikan kepada Allah Taala, akan batin yang berbentuk zat.Setelah
keempat-empat itu dikembalikan atau diserahkan semula kepada Allah, apakah lagi
yang tertinggal, terbaki dan tersisa atas kita?.

Mata beserta penglihatan. hidung beserta nafas, mulut beserta perkataan, telinga
beserta pendengaran, tangan beserta kuat, kaki beserta gagah dan  perut beserta rasa
telah kita serah kembali kepada tuannya yang empunya asal, apakah lagi yang ada pada
kita?. Yang tinggal atas kita hanya kosong!.Mulai hari ini, kenallah kita akan diri kita.

Diri kita yang sebenar-benar diri itu, adalah tidak ada!. Diri yang sebenar ada itu,
adalah hanya Allah Taala. Allah Taalalah diri yang sebenar-benar ada!. Inilah pelajaran
yang dapat kita kutip dari ilmu mengenal Allah melalui penyerahan diri. Setelah kita
mengenal ilmu penyerahan diri, mari kita panjat naik lagi kepada tinggkatan anak
tangga yang keempat itu, mengenal Allah melalui tidur.

Dengan berbekalkan pelajaran menyerah diri, maka kenallah kita akan diri kita, diri
kita yang sebenarnya tidak ada. Setelah diri kita tidak ada , tentunya yang ada itu,
hanya sifat Allah. Dengan ini, kenallah kita akan Allah Taala. Kenal Allah Taala itu,
setelah ketidak beradaan diri!. Selagi adanya diri kita, selagi itulah kita tidak akan dapat
mengenal Allah. Mengenal Allah itu, adalah setelah ketiadaan diri. Setelah ketiadaan
diri (sifat keakuan), barulah Allah itu nyata dan dapat dinyatakan keberadaanNya.

Jika masih ada sifat diri dan jika masih ada sifat “aku”,  selagi itulah kita tidak akan dapt
menyatakan adanya Allah Taala.  kita masih mengaku yang kuat itu aku, yang gagah itu
aku, yang kaya itu aku, yang besar itu aku dan yang melihat itu aku, yang mendengar
itu aku, yang hidup itu aku dan yanng wujud itu aku!. Selagi masih kelihatan
keberadaan diri, selagi itulah sifat keakuan itu timbul. Setelah berjaya kita menengelam
atau mengkaramkan keberadaan diri, maka yang timbul itu nanti adalah keyataan
Allah, Allah, Allah ………………………………….dengan seyata-nyata dan seia-iaNya.

Tidak akan ada yang lain selain Allah. Allah nyata setelah tidak nyatanya diri. Inilah
yang dierti, yang  dimaksud atau yang fahamkan melalui konsep penyerahan diri Tok
kenali. Setelah kita tahu erti penyerahan, barulah kita boleh tahu apa itu tidur. Bahawa
tidur ertinya berserah diri kepada Allah.

2) Kedua; Mengenal Allah melalui perkara tidur.Pada peringkat awal pengajian ilmu
mengenal Allah,  kita bermula pelajaran mengenal Allah dari anak tangga teratas
kepada anak tangga terkebawah. Setelah cara itu gagal menemukan kita dengan jalan
mengenal Allah.  Kini mari saya mengajak tuan-tuan berpatah balik daripada pelajaran
yang bermula dari anak tangga bawah keatas.. Mari kita berpatah balik, bermula
dengan pelajaran kelima kepada pelajaran  nomber satu.
Pelajaran peringkat kelima mengajar kita mengenal penyerahan diri, manakala
pelajaran ketiga mengajar kita perkara mati. Sesudah mengenal pelajaran tidur, mari
kita berbalik kepada pelajaran mati.Sekiranya tidur mengajar kita menyerah diri
kepada Allah, bermakna perkara mati juga mengajar kita erti penyerahan diri kepada
Allah Taala.

Perkara tidur dan perkara mati itu, adalah perkara yang membawa pengertian yang
sama . Perkara tidur dan perkara mati itu, seumpama saudara kembar (adik beradik)
Sebagaimana Hadis mengatakan yang bahawasanya “tidakkah tidur itu, saudarnya
mati”. Bilamana kita kenal adik, pastinya kita kenal abang. Begitu juga dengan perkara
mati. Bilamana kita mengenal tidur, dengan sendirinya kita mengenal mati.

3) Ketiga; Mengenal Allah melalui mati.Tidur mengajar kita berserah diri kepada Allah
manakala mati juga mengajar kita menyerah diri kepada Allah. Cuba tuan-tuan lihat
mayat yang terbujur kaku!. Apa yang ada pada sisi mayat bilamana mati?. Bilamana
kita mati, segala harta benda, wang kekayaan atau anak isteri, semuanya tidak lagi
boleh digunakan. Ada tangan, tangan menjadi kaku, dimana perginya kekuatan
tangan?. Ada mulut, mulut menjadi bisu, kemana perginya kepetehan bercakap
dahulunya?. Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah.

Bilamana tidur mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah, mati juga mengajar
kita erti penyerahan diri kepada Allah. Kedua-dua perkara tidur dan mati mengajar kita
berserah diri kepada Allah Taala. Untuk mengnenal Allah, kkita hendaklah belajar erti
tidur dan erti mati. Sekarang kita sudah tahu apa itu mati dan apa itu tidur. Setelah kita
tahu erti mati dan erti tidur, mari kita kembali kerpada pelajaran kedua. Pelajaran
kedua mengajak kita mengenal Allah melalui diri.Kita mengaji dan megkaji pelajaran
mati, adalah bertujuan untuk mengenal  diri.

Dengan pelajaran ilmu mengenal diri itulah juga nantinya, kita akan dapat mengenal
Allah. Pelajaran-pelajaran kita yang telah lalu diatas, mengajar kita apakah itu erti mati.
Setelah kita mengenal erti mati dalam pelajaran  pada anak tangga keempat, tibalah
masanya untuk kita menuju kepada pelajaran anak tangga yang kedua, iaitu mengenal
diri. Dengan pelajaran mengenal diri itu, akan membawa kita kepada ilmu mengenal
Allah, yang menjadi cita-ciata atau tujuan utama kita.Baiklah, saya bermohon kepada
tuan-tuan semua agar berhenti membaca buat seketika.

Mari kita sama-sama memejamkan kedua-dua belah mata dengan kedua-dua belah
tangan letak diatas paha, mari kita sama-sama bermohon kepada Allah swt, agar dibuka
akan pintu hati kita, untuk memahami ilmu ini. Tanpa izin Allah, ilmu ini tidak sekali-
kali akan terbuka!. Untuk itu, mari kita sama-sama bermunajat kepada Allah swt, agar
dibuka akan pintu hati kita, agar dapat menerima titah ilmu rahsia ini,  dengan mudah
supaya ianya melekat, terukir dan terpahat didalam lubuk hati dan jantung kalbu.

Setelah kita minta keizinan Allah, barulah ilmu yang akan kita timba nanti, mendapat
keberkatan dan kerahmatan Allah swt.Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada
Allah. Bilamana kita mati, segala-galanya tidak lagi kita miliki, semuanya telah dipulang
kembali kepada Allah. Allahlah selaku tuan yang empunya segala-galanya (termasuk
diri kita). Setelah kita benar-benar faham apa itu mati, mari kita hubung kaitkannya
dengan diri. Siapakah sebenar-sebenarnya diri kita?.
Sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada (mati). Sebagaimana mati, sebegitulah diri.
Bilamana mati, kita telah tidak lagi punya apa-apa. Sebegitu juga dengan pengertian
mengenal diri. Setelah kita sebenar-benar mengenal diri, diri akan menjadi
sebagaimana mati.

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan anggota tangan tuan-
tuan, mana mulut, mata, kaki, telinga, gagah, kuat, cantik dan sebagainya?. manakah
angggota itu semua, siapakah ttuan yang empunya sebagai pemiliknya?. Cuba tuan-tuan
jawab pertanyaan saya. Siapakah pemilik atau siapakah yang empunya anggota kita?.

Setelah kita mengenal mati dan setelah kita mengenal diri,  apa adakah lagi sifat diri
kita?.  Tidakkah semuanya telah menjadi milik Allah?. Setelah segalanya milik Allah dan
kepunyaan Allah, mana yang dikatakan kita?.  Setelah kita mengenal ilmu diri, diri kita
itu, telah menjadi seumpama mati.

Bilamana mati, bererti kita telah tidak ada. Sebagai mana tidak adanya diri kita dikala
mati, sebegitu jugalah pengertian hidup kita sekarang ini. Sekarang ini, masa ini, saat
ini dan diketika ini, sebenar-benar diri kita itu, sudah mati. Itulah yanng dinyatakan
didalam Hadis “Matikan diri kamu sebelum kamu lati” (Mutu kablaan taumautu”.

Sebenar-benar diri kita itu,  tidak ada!.  Cuba sekali lagi tuan-tuan lihat pada sifat
anggota tangan, sesunggguhnya sifat anggota tangan kita itu, adalah milik kepunyaan
Allah, bukannya milik kita!. Cuba tuan-tuan lihat, pandangn dan tilik pula kepada
bahagian anggota-anggota lain, manakah yang dikatakan menjadi milik kita?. Ternyata
segala dan semuanya bukan kepunyaan kita, segala dan semuanya adalah milik dan
kepunyaan Allah Taala.

Tidak ada satu anggotapun, biar ianya sebesar zarah,  melainkan segalanya adalah
milik Allah. Kita atau diri kita sebenar-benarnya, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa!.
Kita sebenarnya sudah dan telahpun mati!. Setelah kita mengenal apa itu perkara mati,
maka kenallah kita akan siapakah sebenarnya diri. Mari kita sama-sama belajar
perkara mengenal diri, agar dengan belajar ilmu mengenal diri, kita akan dibawa
kepada mengenal Allah Taala.

4) Kempat; Mengenal Allah melalui diri.Inilah pelajaran terakhir dalam ilmu mengenal
Allah Taala. Setelah kita mengenal diri, sudah denngan pasti dan sudah dengan wajib,
kita akan dapat mengenal Allah dengan tepat, jitu, pasti dan benar lagi nyata.Sebelum
kita menuntut ilmu mengenal Allah (makrifat), terlebih dahulu hendaklah tuan-tuan
dan puan-puan mengenal diri melalui diri sendiri.

Barang siapa mengenal diri  dengan rata, maka mengenallah ia akan Allah  dengan
nyata. Kiranya kita tidak mengenal diri, masakan dapat mengenal Allah. Mengenal
Allah itu, adalah setelah benar-benar mengenal diri!.  Bagi yang berhajat untuk
mengenal diri pula, hendaklah dibinasakan diri, dikemballi dan dipulangkan semula
diri kepada Allah termasuk diri zahir dan diri batin (roh) kepada Allah Taala.

Setelah segala-galanya tidak ada, telah tertanggal, telah terbuang dan telah tersingkir
dari sifat keakuan (aku). maka yang terzahir, ternampak, terpandang dan yang terang
jelas lagi nyata itu, itulah Allah swt.5) Kelima; Mengenal Allah melalui penyerahan.Kita
hendaklah belajar ilmu makrifat itu, sehingga sampai kepada tahap sudah tidak ada
apa-apa lagi yang hendak diserah.

Selagi ada perkara yang hendak diserah, itu bererti tuan-tuan belum habis mengenal
diri. Mengenal diri itu, adalah sehingga tidak ada lagi perkara atau sudah tidak ada lagi
benda yang hendak dikembalikan kepada Allah. Setelah tidak adanya perkataan “aku”,
maka akan hilanglah penyerahan. Selagi ada perkataan “aku” selagi itulah belum
sampai kepada tahap penyerahan diri!.Mengenal Allah melalui penyerahan itu, adalah
tahap ilmu yang sudah sampai kepada tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak
diserah, itulah sebenar-benar penyerahan.

Apakah lagi yang hendak kita serah, sedangkan diri kita sendiripun sebenarnya tidak
ada!. Sesudah sampai kepada tahap ini, maka itulah sebenar-benar ilmu mengenal diri
dan sebenar-benar ilmu menyerah diri. Inilah yang dikatakan ilmu makrifat!.Jalan ini
adalah jalan pelik. Jalan bilamana ada, kita tidak  dipeduli orang. Bilamana adanya
kenduiri kendara, kita tidak diundang. Bilamana kita tidak ada (hiloang), kita tidak
dicari orang.

Bilaman berbicara, tidak diindah orang, inilah jalan yang ditempuhi oleh orang-orang
makrifat. Jalan orang makrifat itu, adalah jalan cacian dan jalan tomohan orang!. Cuba
tuan-tuan lilhat, perhati dan tengok dengan mata kepada sendiri. Siapakah dikalangan
kita yang sanggup mengajar ilmu makrifat?. Jika adapun dua tiga kerat yang cuba-cuba
mengajar ilmu makrifat, ada sahaja mulut-mulut sumbang. Yang mengatakan ilmu
sesat, ilmu salah, ilmu terpesong dan berbagai-bagai tomohan yang membuatkan tidak
ada orang yang berani membuka ilmu ini, melainkan siapa yang sanggup pertaruhkan
nyawa.

Dalam memperjuangkan ilmu makrifat, pertaruhannya adalah nyawa, siapa yang


berani bermain permainan ini, itulah sebenar-benar penglima dan pahlawan Allah,
pejuang bangsa, pejuang agama dan pejuang Islam sebenar. Biarpun kita tidak diberi
darjah kebesaran oleh pemerintah dunia, namun kita akan mendapat anugerah
kebesaran dari tangan Allah swt sendiri.Jika kita berada pada jalan yang lurus, apa
yang hendak ditakuti. Orang makrifat itu, adalah orang yang tidak ada erti takut dan
tidak ada erti gentar, melainkan hanya kepada Allah mereka berserah diri.

Ayuh sahabat-sahabatku, kita sama-sama perjuankan ilmu makrifat!. Ilmu makrifat itu,
adalah satu ilmu yang fardhu (wajib). Wajib atas kita bagi setiap umat yang beragama
Islam itu, meperjuankannya!.Kenapa ramai orang yang hanya sanggup
memperjuangkan habis-habisan ilmu feqah atau ilmu syariaat. Kenapa tidak ada orang
yang berani memperjuangkan ilmu makrifat?. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?.
Cuba jawab pertanyaan saya!. Dimasjid, disurau, diakhbar-akhbar, disekolah, dipondok,
dipusat pengajian tinggi sekarang, hanya mempelajari dan hanya memperjuangkan
ilmu syariaat. Kemana hilangnya ilmu makrifat.

Apakah ilmu makrifat itu bukan fardhu?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya
dengan sejujur-jujurnya. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?, bukan fardhu? dan
apakah ilmu makrifat itu bukan wajib?.Kiranya ilmu makrifat itu, wajib atau fardhu,
kenapa tidak diajar?. Mana perginya mereka-mereka yang bergelar ulamak,  yang
bergelar ustaz,  yang bergelar kiyai,  yang bergelar guru dan  yang bergelar
pendakwah?. Kenapa tidak diajar?, kenapa tidak diajar dan kenapa tidak diajar?.
Cuba tuan-tuan dan puan-puan jawab pertanyaan saya!.Kepada mereka-mereka yang
mengamalkan ilmu makrifat, ayuh mari beserta saya, kita perjuangkan ilmu makrifat,
 sekalipun pertaruhannya adalah nyawa Dalam mamperjuangkan ilmu Allah itu,
pertaruhannya adalah nyawa. Demi agama Allah dan demi Allah Tuhan yang Esa, saya
pertaruhkan nyawa saya kepada tuan-tuan untuk menghukumnya.”Hukumlah saya
kiranya saya didapati salah dan kiranya saya didapati  tidak benar!”.

Adapun ilmu makrifat itu, adalah salah satu cabang ilmu yang tertinggi dari empat
cabang ilmu. Ilmu di dalam Islam itu, terbahagi kepada empat bahagian atau empat
cabang. Pertamanya ilmu syariaat, keduanya ilmu torikat, ketiganya ilmu hakikat dan
kempatnya adalah cabang ilmu yang tertinggi, iaitu  ilmu  makrifat.

Keempat-empat cabang ilmu itu, adalah ilmu yang difardukan iaitu ilmu fardhu ain
atau ilmu yang wajib. Wajib  dituntut oleh segenaplapisan  umat manusia yang bergelar
ulamak, ustaz, penceramah, pensyarah, pendakwah atau guru-guru yang mengajar ilmu
makrifat?.Cuba tuan-tuan  jawab pertanyaan saya secara jujur?.  Kemana hilang atau
terkuburnya ilmu makrifat yang dikatakan tertinggi itu?. Siapa yang sanggup
menanggung tanggungjawab ini? .

Kerana apa, terkuburnya ilmu makrifat?, terkubur ilmu makrifat itu, adalah kerana
terfitnah oleh tangan-tangan nakal golongan ahli feqah. Yang selalu memandang serung
akan ilmu makrifat atas dasar kurang berkemahiran dalam bidang ini, lalu menuduh
dan menfitnahnya dengan tuduhan  yang kejam. Itulah makanya Abu Khurairah
mengatakan bahawa ” aku menerima dua bejana ilmu dari Baginda Rasulrullah, satu
bejana boleh aku haburkan kepada halayak ramai dan satu bejana lagi kiranya aku
habur, melainkan kepada aku akan kena potong”.

Bagi yang mendapat petunjuk Allah Taala, yang keji itulah ilmu yang terpuji dan yang
caci itulah ilmu yang dicari. Untuk itu, bagi mendalami ilmu yang terpinggir dan
terkubur ini. Harus kuburkan terlebih dahulu sifat dengki, cemburu, busuk hati,
khianat, iri hati, busuk hati, penipu, pendusta, berburuk sangka dan sebagainya,
barulah boleh menjurus kepada ilmu makrifat. Ingatlah dimanakah lagi untuk kita
mendalami ilmu ini, selain kitab peninggalan Tok Kenali!.

Berbalik kepada tajuk kita yang kelima, iaitu mengenal Allah melalui ilmu penyerahan
diri. Ingin saya mengajak tuan-tuan, agar bersama-samalah kita semua berpakat-pakat
berserah diri kepada Allah.

Cukup-cukuplah mengejar pahala dan cukup-cukuplah mengejar syurga. Sesungguhnya


pahala dan syurga itu milik Allah. Syurga dan pahala itu bukan milik kita, ianya adalah
milik Allah. Akan diberi Allah kepada seiapa yang dikehendakinya. Pahala atau syurga
itu, bukan dari kerana amal ibadat yang kita kerjakan!. Pahala dan syurga itu, adalah
datangnya dari rahmat Allah, bukan datangnya dari kerana amal kita!.

Ingat itu, ingat itu dan ingat itu!……………………………Marilah kita bersama-sama saya,
kita berpakat-pakat sama-sama mencari keredaan Allah melaluipenyerahan segala
sifat, segala nama, segala afaal dan segala zat kepada Allah Taala. Kita sebenarnya tidak
memiliki apa-apa. Kita tidak boleh berdiri untuk beribadat, kiranya tidak diberi Allah
akan tenaga.
Tenaga gagah atau tenaga kuat  untuk dirikan ibadat itu, bukan datangnya dari kerana
makan nasi. Ianya adalah datangnya dari Allah Taala. Ibadah itu sendiri, adalah
datangnya dari Allah, kenapa pula kita yang mendapat upah syurga atau upah pahala?.
Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan dengan ikhlas. Patutkah kita mendapat
habuan hasil dari pekerjaan orang?.Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya ?.

Sembahyang, puasa, zukir, zakat, fitrah, haji, syahadah dan segalanya itu dari milik
siapa?. Apakah ibadah itu milik kita?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita,
buat apa lagi beribadah ?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita, tidak
perlulah lagi susah payah kita kerjakan ibadah, sekiranya semuanya itu sudah jadi
milik kita!.

Kiranya pengajian makrifat kita itu sudah putus dan sudah sampai  penamat
(penghujung), kita tidak lagi berangapan yang beribadat itu kita!. Kan diri kita sudah
mati, sudah binasa dan sudah terserah kepada Allah, mana lagi ada diri untuk
mengerjakan ibadah. Ibadah kita itu, sesungguhnya datang dari Allah dan tidak pula
dituju kepada sesiapa-siapa, melainkan kembalinya pula semula kepada Allah.

Allah yang awal dan berakhirpun juga hendaklah Allah!. Kita tidak ada apa-apa, kita
tidak milik apa dan kita tidak punya apa-apa!,Kiranya kita sudah tidak punya apa-apa,
apakah yang kita punya?. yang kita punya itu, adalah hanya Allah, hanya Allah , hanya
 Allah!. Inilah tahap pengajian ilmu makrifat melalui mengenal Allah dengan Allah!.
 Kita kenal Allah dengan Allah, kita ingat Allah dengan Allah.

Ingatnya (zikir) kita kepada Allah itu, bukan dengan sebab ada akal fikiran atau ada
daya usaha diri!. Ingatkan (zikir) itupun jua dari Allah. Kiranya Allah tarik ingatan kita,
digantikannya dengan sifat gila, mana mungkin kita ingat Allah!. Jangan sekali-kali
mengatakan yang ingatkan Allah itu, adalah diri kita!. Kita tidak boleh ingatkan Allah
tanpa Allah. Kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri, akal, fikiran, nafsu, malaikat,
iblis, Rasul, Nabi, Al-Quraan atau guru.  Mengenalnya kita kepada Allah itu, adalah juga
dengan Allah!.

Penghujung ilmu makrifat itu, bilamana lemah akal mengenal  Allah. Mengenal Allah
itu, sehingga tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikenal, itulah sebenar-benar
mengenal Allah. Jika masih ada yang hendak dikenal, bermakna ilmu tuan-tuan belum
cukup lengkap dan belum cukup sempurna.

Mereka yang benar-benar berilmu makrifat (mengenal Allah) itu, adalah mereka yang
tidak lagi perlu kepada dalil.  Sekiranya masih mahu berdalil-dalil untuk mengenal
Allah, itu adalah mereka yang belum nyata Allah!. Mereka-mereka yang masih mencari-
cari Allah. Makrifat yang penuh itu, adalah makrifat yang tidak lagi perlu mencari-cari
dalil untuk menyatakan Allah. Cukup Allahlah itu, dalilnya Allah. Tidak ada dalil lain
selain Allah!. Allah itulah adalah Allah. Allah, seAllah-Allahnya. Dia, sedia-dianya!.Inilah
kaedah mengenal Allah dengan Allah.

Jangan pula ada mulut-mulut sumbang dari ulamak feqah, yang mengatakan pengajian
ini, berupa ilmu hulul atau ilmu mengaku Allah atau ilmu yang bersatu dengan Allah
(wahdatul zat atau ana Al-Haq) pula!. Ulamak feqah itu, hanya pandai mencari helah,
bagi menutup kejahilannya dalam ilmu makrifat dengan membuat tuduhan yang ilmu
makrifat itu, salah, sesat dan bidaah. Sekiranya ada yang bercakap sedemikian, cuba
tuan-tuan minta orang yang mengata sesat itu tunjukkan jalan ilmu makrifat yang tidak
sesat, mana ilmu makrifat yang tidak salah dan mana ilmu makrifat yang tidak bidaah?.

Mengaji makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah. Bukan bertujuan untuk
menjadikan diri itu keramat, bisa, kuat atau gagah. Bukan bertujuan untuk
menurunkan hujan, meyembuhkan penyakit atau termakbulnya doa.

Mereka-mereka yang mencari kepentingan itu, itu bukan jalan ilmu makrifat. Ilmu
makrifat itu, adalah ilmu yang tidak mencari faedah, ilmu makrifat itu, adalah ilmu
mencari kaedah, bukan mencari faedah!.

Ilmu makrifat yang berdoa sehingga boleh meyembuhkan penyakit, boleh menurunkan
hujan, boleh menjadi kebal, boleh meratib sehingga teranggkat tubuh kelangit dan ilmu
makrifat yang boleh tahu hajat orang sebelum diberi tahu itu, adalah tahap makrifat
yang  paling rendah!. Ingat kata-kata saya itu!.

Makrifat yang mencari faedah itu, adalah makrifat pada tahap yang paling rendah,
paling bawah dan paling jahil!. Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku
Allah. Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi menyata, mengEsa dan menunggal
atau mensatukan Allah dengan kaedah membinasakan diri (menyerah diri kepada
Allah Taala).

Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi mengelakkan diri dari syirik (berduakan
Allah). Tidak ada tujuan disebalik ilmu makrifat itu, melainkan Allah, Allah,
Allah………………………………….Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah.

Bagaimana mungkin mengaku “aku Allah” sedangkan diri yang mengaku itupun tidak
ada!. (binasa). Setelah binasanya segala diri dan setelah segala diri sudah hancur
binasa, diri manakah lagi yang ada?. Setelah diri tidak ada, mana mungkin mengaku
aku Allah!.

Orang yang mengaku “aku Allah” “bersatu dengan Allah” “Allah masuk dalam diri” ,
setelah belajar ilmu makrifat itu, adalah mereka yang belum mengenal diri dan belum
mengenal Allah dan makrifat yang sedemikian itu, bukannya dari ajaran makrifat
sebenar!. Tok’ Kenali tidak pernah mengajar mengaku “aku Allah”.

Makrifat itu, jernih, suci dan bersih dari syirik. Jika ada yang mengaku adanya diri,
bermakna makrifat mereka itu, adalah makrifat yang berlipat (terbalik atau songsang).
makrifat yang dibawa oleh Tuan Guru Tok’ kenali, adalah makrifat yang jernih dan
yang bersih dari unsur-unsur syirik dan munafik!. makrifat Tok’ Kenali, adalah
makrifat yang tidak mencari keuntungan atau sebarangn faedah.

Makrifat Tok’ Kenali itu, bukan bertujuan mencari syurga, pahala atau ganjaran faedah
dari ibadat!. Makrifat Tok’ Kenali itu, adalah bertujuan  menyatakan Allah. Supaya
Allah itu nyata senyata-nayatanya!. Ilmu Tok’ Kenalil bukan bertujuan mencari Allah.
 Kenapa masih ingin mencari Allah, tidakkah Allah itu nyata pada sekalian yang nyata!.
Allah itu hampir dan Allah itu dekat, yang tidak lagi perlu dicari-cari!.
Sekiranya masih mencari-cari Allah, bererti tuan-tuan belum mengenal Allah. Allah
pada makluman tuan itu, belum nyata dan belum jelas pada pandangan tuan, itu sebab
tuan masih dalam keadaan mencari-cari Allah. Kiranya Allah itu sudah jelas dan sudah
nyata pada ilmu tuan-tuan, apakah lagi yang hendak dicari barang yang sedia terhidang
didepan mata!. Seumpama cincin sudah lekat dijari, apakah masih mahu mencari ?.
Cari itu, adalah barang, perkara atau benda yang hilang. Bilamana barang yang tidak
hilang, buat apa hendak dicari?.

Allah tidak hilang, Allah tidak tersorok dan Allah tidak terhijab, terlindung atau
tertutup oleh sebarang hijab. Allah itu terang, jelas dan nyata lebih terang, lebih jelas
dan lebih nyata dari cahaya matahari. Kenapa perlu dicari?, kenapa perlu dicari dan
kenapa perlu dicari?. Saya mahu tuan-tuan tanya pada diri tuan-tuan sendiri?.

Bilamana diri sudah mengenal diri,  binasalah diri dan dengan sendirinya ianya
terpulang dan terserah kepada Allah. Diri kita diketika itu dan diketika selama-
lamanya, akan hancur dan lebur. Bilamana diri itu sudah hancur dan lebur, maka yang
ada itu siapa?. Yang ada itu, itulah Allah!. Allah yang menilik dirinya sendiri!.

Barulah boleh dikatakan mereka yang bermakrifat dengan sebenar-benar makrifat


kepada Allah Taala dengan sebenar-benar mengenal!. Maka jadilah diri itu tidak ada,
 setelah diri tidak ada, maka yang meyembah itu, adalah juga yang disembah dan yang
disembah itu, adalah juga yang menyembah!. Dari Allah kepada Allah. Dari Allah
kerana Allah. Dari Allah dengan Allah dan Allah itulah Allah. Allahlah itu ia, seia-ianya.
Untuk sampai kepada tahap makrifat itu, tidak ada kerana dengan satu kerana.

Melainkan Allah jua……

Penamat pengajian ilmu makrifat  itu, adalah ilmu mengenal Allah dengan Allah
Segalanya datang dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah. Tidak satupun pekerjaan
itu, datangnya dari diri kita makhluk!.

==========================================================================

harap maklum

1) yang berwarna merah itu menandakan – mustahak


2)yang berwarna biru perlu diambil perhatian.

Published by Azroy
Penulis bebas
View all posts by Azroy
One thought on “KAEDAH MENGENAL DIRI &
MENGENAL ALLAH MELALUI ILMU MAKRIFAT TOK
KENALI KELANTAN KAEDAH PERTAMA MENGENAL
ALLAH”

Nola Muse says:


21/11/2015 at 6:49 pm
1. alhamdulilah..trima ksih krana penerangan yg amat nyata..jd nyata la ia senyata-
nyataNya..

Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CREATE A FREE WEBSITE OR BLOG AT WORDPRESS.COM.

Anda mungkin juga menyukai