Jalan Akhirat
suci dalam debu
KESIMPULAN HATI
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :-
TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang
disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU
ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau
tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat
Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata ?
Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya
Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu
diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu .
Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.
TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah )
didalam solat
b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.
SAH SOLAT
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM
J Tiga Perkara :-
J Empat perkara :-
J Empat perkara :-
a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya
Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu Mati……………
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian…….
BAHAGIAN PERTAMA :-
BAHAGIAN KEDUA
BAHAGIAN KETIGA
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
BAHAGIAN KELIMA
MUHAMMAD…………..
TUBUH……………..
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.
FUAD…………….
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada MATA
HATI pada JANTUNG.
Didalam jantung ada FUAD
Didalam Fuan ada CAHAYA
Didalam Cahaya ada RAHSIA
Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith
Qudsi :-
Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16 shj
dicatitkan – fakir )
Bahagian Pertama
1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus
2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi
Alam Jabarut
3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani
Tubuh halus
4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua
Bahagian Ketiga
3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain
Bahagian Keempat
Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif )
Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah
Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur
Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah
Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah
Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun
kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi
– kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari
– kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama Manikam
– kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al insanu
sirri wa ana sirruhu
– kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah ibunya.
Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji,
keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia sebab suara inilah
bernama ALAM INSAN.
Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-
ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.
Maka jawablah :-
Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA….serta terus kita
memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).
Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi
Adam a.s yang bermaksud Segala Puji Milik Allah.
Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada ditangan fakir yang tidak membicarakan kalimah
ALHAMDU ini. Masing masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
ALIF
Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu
Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni
MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri . Keluar
cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAM
Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf
Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD. Istananya pada HATI di
lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA
HA
Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL. Sahabatnya
pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn – TANAH. Istanayna pada
LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.
MIM
Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya
ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA (
Cahayanya )
DAL
Huruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya
ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya
HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
Nota Fakir :-
Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana fakir tidak
faham.
Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini kerana
Allah jua.
Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan KOMEN
Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq.
ZIKIR QALBI
ZIKIR RUH
ZIKIR SIRR
ZIKIR KHOFI
ZIKIR AKHFA
ZIKIR NAFAS
ZIKIR KHALIAH
1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia
2 KIDAM
3 BAQA’
5 BINAFSIHI
6 WAHDANIAT
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADAT
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA’
12 BASAR
13 KALAM
14 QADIRUN
15 MURIDUN
16 ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
17 HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
18 SAMIUN
19 BASIRUN
RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu
ialah Engakau Kenal Aku
Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka
engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul
betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi
Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik…pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal
Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara
ditiup angin
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta
kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-
mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya
EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh
Allah SWT. Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang
jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara
diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca
mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku
dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.
Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat
sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu
saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU TAALA – AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan
nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan
TUHANnya yang qadim adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari
hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang
dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah
kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud
itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang
dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ?
Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar
benarnya t
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau
kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
NABI
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT
ASMA’
AF’AL
ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam – SIRRULLAH namanya.
Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada
Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’al
1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa
1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir
Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan
sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang & Kulit
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala
tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti
terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi
RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT
tetapi ADOM ( ADAM )
Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang
sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah
TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RID
Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH
ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan
INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.
Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR
MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-
ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ……( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-
Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH /
JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN.
Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TA’YUN
Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya
NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah
sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang
dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran
Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia tiada gerak
dan diamku hanya ia.
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah itu FANA’ – yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA.
Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana
Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah – Ilmu,
hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.
Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun
dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.
Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita.
Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah
WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita
dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu
antara dua bulu kening.
Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita
yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut
semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan
diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai
kepada SALAM.
Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa
itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni
Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat
diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu pada
sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu
pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah
kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah
yang lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.
LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI
SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan
kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada
pihak TANZIL.
Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya
SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni
TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia
juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya
ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA maka
Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada huruf Alif Di-
Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka
jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat
Sifat Alif Lam Lam Ha
ALLAH HU AKBAR
ALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA’
HA = AF’AL
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL
YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU
YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah
CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu
sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
HAKIKAT FATIHAH…………….
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH…………..
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad
engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH…….
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad
Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN…………….
AR RAHMAN – AR – RAHIM………..
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
AMIN..
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah
didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang
Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan
Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-
Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.
Share this:
Twitter Facebook
Like
One blogger likes this.
Berkaitan
« Sebelumnya Berikutnya »
Tinggalkan Jawapan
Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *
Komen
Nama
*
E-mel
*
Laman Web
Hantar Komen
salam dan tqvm dr sifuli..alhamdulillah kitab ilmu makrifah tok peramu ini telah tersebar luas
dinusantara ini…sebagai penyalin dari tulisan tangan jawi ke tulisan rumi atas permintaan pemilik
asal kitab bernama HASAN bin MADOM ( Arwah ) saya mohon pembac memnghadiahkan fatihah
kpd tok peramu dan juga pada abg hasan tanpa kitab ini kita tidak tahu akan ilmu pegangan tok
peramu sape pun dia…tq
Balas
waalaikumusalam
Terima kasih Tuan Fakirabddillah dengan info tersebut, komen ini saya kirimkan selepas
melayari webblog tuan.
Wasalam.
Balas
Assalamualaikum.. Sy ingin berguru, bolehkah sy ingin berjumpa dgn org yg boleh mengajarkan
ilmu ini..
Balas
Salam , tuan ada kitab makrifat tok guru peramu atau salinan , boleh sy beli , ni no sy
0145007873
Balas
Balas
Nabi Muhammad S.A.W takde ajarkan kita sifat 20 , cuma cerita wujud sahaja
Balas
Balas
Balas
Terima kasih. Buku ini POWER! Ilmu yang terkandung didalam tidak akan dapat di fahami sesiapa
kecuali Insan yang telah melalui dan sampai ke makam tersebut. Kita mesti berusaha gigih untuk
sampai ke makam itu. Buku ini memberi tips yang kita bolih cuba untuk sampai. Kalau dulu, kita
berguru dan ikut apa yang guru suruh kita buat. Tapi guru yang murshid sudah tiada. Hanya panduan
nya yang tinggal. Saya mohon menguna info dalam buku ini untuk kegunaan saya. Al Fatihah kepada
Tok Guru Peramu.
Balas
Sesungguhnya wali Allah itu tidak mati….boleh sahaja rujuk kpd Guru Mursyid sampai bila2….
Balas
Balas
ILMU NABI MUHAMMAD SAW., LEBIH BERSYAFAAT LAGI BERMANFAAT. KALAU TOK PERABU
MASEH HIDUP.. TOK PERABU PUN KATA BEGITU. SELAWAT DAN SALAAM.
Balas
Balas
Assalamualaikum tuan fakir…info yg ringkas dan padat. Mohon diizinkan copy dan amal. Terima
kasih.
Balas
Blh saya tau siapakah yg sempat berguru dgn Arwah. Blh sàya tahu alamat.
Balas
Balas
kajian ini bagus,tapi mesti berguru, untk dapat paham yg hakiki, sila hub 082111117908 ,agar bisa
dapat bimbingan ,soalnya saya kenal seseorang ,yg dpt memberikan wejangan terang dan jelas ,amin
Balas
anarif bagi Februari 7, 2015 at 12:14 am
Balas
perkara ghaib perlukan kpd dalil sahih drp quran karim dan hadith…
apa2 yng berselisih keduanya maka ia menyimpang drp petunjuk nabi..
kalaulah boleh bercakap agama tanpa dalil sahih maka semua org boleh bercakap fasal agama.
sungguh ini smua tiada asas dlm agama.
Balas
Terimakasih atas pencerahan pelajaran tentang Ilmu ilmu agama dan saya mohon izin
mempelajari/copy wassalam
Balas
Balas
alhamdulilah. tq kongsi ilmu tuan. nasihat saya yg tak seberapa ni. bagi siapa yg belum bermakrifat
kalau nak kenal dgn ilmu makrfat kena belajar/faham dulu sifat 20. lepas tu istiqomah dalam
melakukan ibadat fardu dan perbanyakkan amalan solat sunat. tinggalkan semua larangan dan
maksiat. insyaallah akan diberikan kefahaman oleh Allah bagi siapa yg mencarinya dgn sungguh2.
selepas hijab tu terbuka makin lazatlah setiap amalan kita. walahualam..
Balas
chems bagi November 6, 2014 at 12:15 am
uraianya bagus,, tapi mohon untuk di jelaskan juga bahwa roh itu juga ciptaan allah,,jangan sampai
keliru..
Balas
tolong bagi pembaca fahami,,bahwasanya roh itu juga ciptaan allah.. yg ada pada diri batin kita itu
adalah ILMU ALLAH..bukan ALLAH..dan sesungguhnya allah itu berada tinggi di atas ARASH bukan
pada batin manusia..kalo percaya tentang adanya ruh itu wajib,,tapi janganlah kita sampai
menyembah kepada mahluk ciptaan allah..
Balas
saidina Ali k.w ada 2 karung ilmu,satu disrbarkn kpd org ramai & satu lg utk org trpilih shj….x
patut ilmu yg tinggi di sebarkn piblic,tkt trfitnah….mana bleh students primary sch amik phd
….klu nk jgk ikt nasihat Dak Serol,tingalkn maksiat,kecil & bsr,buat yg sunat byk2 esp pd mlm
hari….moga2 Allah membuka tirai dan segalanya akan jelas,sejrlas3nya
Balas
Stuju
Alhamdulillah…. penerangan Fakir mencerah lgi pemahaman saya. Tpi syg skli tip2 sebagini tdk
difahami olih golongan tertentu yg sentiasa mencari utk menghukum sesorg itu salah dan sesat.
Golongan ini tlh dilatih dgn jubah yg labuh dan sereban yg besar.
Jgn fakir pedulikan mereka. Yg menentukan segala2nya hnya kita sendiri…..
Balas
MAKANYA ITU IMAN SAKA TAK MEMAHAMI NYA.!!! HARUS PERLU DI PERBETULKAN JUA
KATA SEBUTAN DZAT BUKAN ZAT CIPTAAN NYA..!!! SALAM UKHUWWAH UNTUK SEMUA.
Balas
puandalina bagi November 28, 2014 at 11:55 pm
Terima kasih.Al Fatihah kepada Tok Guru Peramu.Buku ini terang dan jelas.
Balas
Selalu nya ilmu makrifah ini tidak boleh di publikan,mana mana yg tidak dapat faham akan timbul
fitnah nanti
Balas
Balas
Balas
assalammualaikum,
tuan yg di curahkan rahmat oleh allah,
sya di cni amat bersyukur dapat info walaupun sedikit.
kiranya klau ada ruang untuk sya yg ingin
menyelam ilmu allah ini, izinkan sya mengopi.
Balas
Balas
Balas
Salam wkt…Minta di Izinkan copy kitab ini, untuk pemahaman ..sama Makrifat ilmu Tok Kenali
Balas
Terimakasih atas pencerahan pelajaran tentang Ilmu ilmu agama dan saya mohon izin
mempelajari/copy wassalam
Balas
Ceritanya dalam banget..isinya sama juga Kitabnya Syeh Yusuf Al Makassari..dan beberapa sufi
lainnya..tapi untuk mendalaminya harus bertarekat..
Balas
ass kum kpd saudarku yg mukminin. sy nak tanya kemana perginya jasad slps mati,syni tak pandai
yg pandai hanyalah ALLAh,klu ada kata2 yg kurang memuaskan sy mintak maaf
Balas
Subhanalloh tanpa tepi dan batas hanya dgn ilmu sejati smua dpt dirasakan,kalau dgn fikiran akan
kandas!salam
Balas
Yang penting carilah guru yang mursyid lagi mubin. Kalau tiada guru yang membimbing ditakuti
syaitanlah yang akan jadi pembimbing. Kita takkan sampai tmpat tuju jika setakat membaca semata
mata. Perlu ada praktikal dan guru yang membimbing. Umpama buah durian, yang hanya tahu dari
pembacaan, tidaklah sama dengan bertungkus lumus menanam benih durian, membajainya
sehingga berbuahlah ia seterusnya dapatlah ia melihat / mengenal dan merasa akan buah yang
dinamakan durian itu adanya. Wallah Hu Alam.
Balas
Jaya Kusuma bagi Ogos 13, 2015 at 11:26 am
Bagaimana caranya untuk mendapatkan Ilmu Makripat Tok Peramu, tolong diinformasikan caranya
ini nomor HP saya 081310103359 atas nama Jaya Kusuma, terima kasih sebelumnya
Balas
Isinya cukup padat bagi yg belum memahami, saya ingin mencari guru belum ketemui, harap saudara
dapat membantu
Balas
Assalam tuan saya baru belajar ilmu makrifat ni saya suka dengan penulisan ini.untuk saya
mendalami ilmu ini sudikah tuan menghantar pekembangannya seterusnya melalui emel saya.terima
kasih diatas ilmu yang tuan tunjukan ini .banyak yang dapat saya perlajari terima kasih banyak.
Balas
Mndalami Ilmu hati x boleh melalui pnulisan semata… Berdampinglah dgn guru mursyid.. Ianya
ilmu rasa… Bkn ilmu baca.. (~_^)
Balas
Huraian dan penjelasan yg indah dan mantap. Tiada yg sempurna melainkan Allah itu sendiri, saya
cuma ingin berkongsi apa yg saya fahami dgn kelebihan yg Allah telah berikan kepada saya. Secara
hakikatnya alam setiap yg Allah jdkan itu berpasangan. Dalam pengelasan/kategori yg saudara
maksudkan, adalah lebih rapi dan kemas sekiranya saudara membahagikan kepada:
1. ASBABUL WUJUD (RABB DAN 2 KALIMAH SYAHADAH)(PAKAIAN DRPD
TELANJANG/TERSINGKAP AURAT)
2. MAKRIFAT ALLAH DAN SIFATNYA (ALAM SYAHADAH;NYATA DAN ALAM GHAIB; MELALUI AL-
QURAN)
3. NUR MUHAMMAD DAN SYARIAT MELALUI ALHADITH ; PEMBENTUKAN/PENYEMPURNAAN
AKHLAQ MULIA (TAZKIYAH ZAHIR DAN BATHIN) –ISLAM, IMAN DAN AMAL (PAKAIAN ZAHIR DAN
BATHIN)
3. KEWAJIBAN IBADAH (PENGHAMBAAN): (AMAL SOLEH)
(PERINTAH ALLAH; AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR) (PERHIASAN DIRI LAHIR DAN BATHIN
4. KHALIFATULLAH (URUSAN TADBIR ALAM : SESAMA MANUSIA, HAIWAN, ALAM SEKELILING, JIN,
INI SEMUA ADALAH RUMUSAN DRPD SEGALA YG SAUDARA JELASKAN DAN PERINCIKAN DIATAS.
WALLAHUA’LAM
Balas
Balas
Assalamualaikum.. Boleh kah sy ingin berjumpa dgn org yg mewarisi ilmu ini dan mengajarkan kpd
umum.. Bnyk persoalan yg sy ingin bertnya secara berhadapan
Balas
Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur pd Allah atas kehendaknya .. Selama ini solat Ku tak pernah
Ku serah aku solat tanpa mengesahka pada Allah semata2 atas keterangan ini baru jelas dan saya
faham tentang solat … Terima kasih saya ucapkan…
Balas
Balas
Balas
Balas