“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada
pandangan manusia..Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan
diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai
aku? Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup
buatku...Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku,
kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha."
S a t u r d a y, J a n u a r y 1 4 , 2 0 1 2
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus
melaksanakan :-
TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada
Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU
tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam
kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan
engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-
mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu
pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU
padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk
memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima
PemberianKu.
TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain
Allah ) didalam solat
b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.
SAH SOLAT
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM
J Tiga Perkara :-
J Empat perkara :-
J Empat perkara :-
J Empat perkara :-
a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya
Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu
Mati...............
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian.......
BAHAGIAN PERTAMA :-
BAHAGIAN KEDUA
BAHAGIAN KETIGA
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
BAHAGIAN KELIMA
MUHAMMAD..............
TUBUH.................
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.
FUAD................
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada
MATA HATI pada JANTUNG.
Didalam jantung ada FUAD
Didalam Fuan ada CAHAYA
Didalam Cahaya ada RAHSIA
Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan
didalam Hadith Qudsi :-
Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16
shj dicatitkan – fakir )
Bahagian Pertama
1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus
2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi
Alam Jabarut
3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani
Tubuh halus
4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua
3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain
Bahagian Keempat
Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif )
Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah
Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur
Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha
Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il
Mullah
Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT
turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit
dan tujuh petala bumi
- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari
- kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari
- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF
- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama
Manikam
- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah :
al insanu sirri wa ana sirruhu
- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah
ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian
bila sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka
menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.
Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar
ucapan :-
ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.
Maka jawablah :-
Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita
memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).
Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada ditangan fakir yang tidak membicarakan
kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK
GURU PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.
....................................................................................
ALIF
Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani.
Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan
dua mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya
dibawah susu kiri . Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAM
Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar
dari huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD.
Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG
& MATA
HA
Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL.
Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn –
TANAH. Istanayna pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.
MIM
Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM.
Malikatnya ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan
pada kita ialah MATA ( Cahayanya )
DAL
Huruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL.
Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI –
MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah
TAPAK KAKI.
Nota Fakir :-
Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana
fakir tidak faham.
Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini
kerana Allah jua.
Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan
KOMEN Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq.
ZIKIR QALBI
ZIKIR RUH
ZIKIR SIRR
ZIKIR KHOFI
ZIKIR AKHFA
ZIKIR NAFAS
ZIKIR KHALIAH
1 WUJUD
2 KIDAM
3 BAQA’
6 WAHDANIAT
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADAT
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA’
12 BASAR
13 KALAM
14 QADIRUN
15 MURIDUN
16 ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
17 HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
18 SAMIUN
19 BASIRUN
RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia
akhirat
20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri
kamu ialah Engakau Kenal Aku
Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku.
Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita
mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas.
Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak
Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang
berterbangan diudara ditiup angin
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh
serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya.
Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi
hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima
dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan
bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu
perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita
telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui /
ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk
pemahaman kita secra terang dan jelas.
Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu
berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa
SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah
Taala
Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu
gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher
sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT.
Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang
lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan
AIN ZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang
dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan
Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah
MUKMIN sabenar benarnya t
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja
HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
NABI
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT
ASMA’
ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.
Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat
Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita
adanya.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’al
1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa
1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir
Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari
memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang & Kulit
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu
apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT
saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang
kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD
namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara
BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )
Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah
NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat
tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM
lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RID
Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI
SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga
namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.
Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR
MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-
ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-
Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN
TUBUH / JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH
BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TA’YUN
Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang
sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH
YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA
yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia
( pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada
ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU
TUHAN.
Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA
ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga
kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada
Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT
ALLAH semata-mata.
Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan
mahupun dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.
Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan
kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung
Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah
ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik
nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam
KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.
Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada
wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata
Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’
sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah
dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.
Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam
Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak
yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Salam para pembaca yang budiman. Semuga sehat selalu dan terima kasih kerana sudi melawat
lamanblog kerdil ini dan membaca artikel artikel yang disiarkan.
Fakir perhatikan tarikh haribulan yang dicatatkan pada setiap entri yang dipostkan terlewat sehari
dari tarikh sebenar fakir memasukkannya . Silap fakir sendiri kerana tidak tahu untuk
membetulkannya. Maklumlah dalam bab ini fakir kurang ilmu. Asalkan dapat dicatatkan kira ok-
lah pada fakir.
Entri yang diambil dari manuskrip bertajuk diatas hampir selesai. Memang ada sedikit lagi tetapi
ianya merupakan ulangan dari isi kandungan yang telah diposkan . Jadi fakir memilih untuk tidak
memasukkannya.
Timbul hajat dihati ini untuk memasukkan artikel artikel yang dipetik dari kitab kitab karangan
MUHYIDDIN IBN ARABI selepas ini untuk bacaan dan renungan kita bersama. Pada fakir kitab
kitab Ibn Arabi memang seronok dibaca berulang ulang kali walaupun kekadang intipatinya susah
juga untuk difahami.
Barangkali ramai daripada saudara semua sudahpun membacanya dan barangkali juga ramai juga
yang belum dan ramai juga yang menganggap ajaran Ibn Arabi menyeleweng dari Ilmu Agama
Islam yang sebenarnya.
Selepas entri Tok Peramu ini selesai fakir akan postkan rencana yang dipetik dari Kitab POHON
KEWUJUDAN / EKSISTENSI secara bersiri.............Terima kasih dan Salam Takzim dari...........
Fakirabdillah.
..................................................................................
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat
Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu
pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika
kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang
kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera
kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.
LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara.
Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH.
Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT
ertinya ESA pada pihak TANZIL.
Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL
maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA
YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH –
WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU
yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR
maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA
YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi
Tubuh Adam daripada huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah.
Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4
huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha
ALLAH HU AKBAR
ALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA’
HA = AF’AL
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya
KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU
YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya –
ILMU YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah
CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN
itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
HAKIKAT FATIHAH................
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH..............
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya
Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya
Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN................
AR RAHMAN – AR – RAHIM...........
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
AMIN..
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat
ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada
Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat
dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-
Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-
mata.
51 comments:
mcm mana nak belajar ilmu kenal diri dan kenali allah
Reply
kepada punya blok ini jangan sekali mempapar atau pamirkan ilmu ini kerana mereka bukan ahlinya
takut salah di gunakan...dari wasangka yg buruh..maka barang sesiapa mempamirkan ilmu kenal diri
dan kenal zat allah maka orang akan putus perhubungan antara ajaran nabi muhamad
Reply
saya adalah anak cucu mat kilau berasal dari pulau tawar jerantut pahang
kepada punya blok ini jangan sekali mempapar atau pamirkan ilmu ini kerana mereka bukan ahlinya
takut salah di gunakan...dari wasangka yg buruh..maka barang sesiapa mempamirkan ilmu kenal diri
dan kenal zat allah maka orang akan putus perhubungan antara ajaran nabi muhamad
Reply
Anonymous March 21, 2016 at 3:10 AM
assalamualaikum wrtullah
kepada semua ahli disini...apakah semua sudah kenal dirimu dan kenal allah tu? siapakah diri mu
sebenarnya? maka sesiapa kenal diri kamu ..maka orang itu kenal akan allah tu siapa..jikalau kamu
bukan ahli jangan2 lah sekali mempelajari ilmu ini..takut dimasa hari kamu buat tidak percaya dengan
ilmu Makrifat ini akan disebut jadi pembohong..saya tahu benar ilmu ini adalah benar kerana saya ada
mempelajari ini kerana saya sudah baca di ruang ini maka saya wajib bagi peringatkan kepada semua
yg terlibatnya yang ingin mempelajari cari guru2 yang betul2 boleh tunjuk ajar kamu semua jangan lah
cari guru tanpa guru..maka barang sesiapa belajar ilmu tanpa guru maka dia belajar dengan
syaitan..saya bukan lah nak tunjuk ajar kamu semua disini sekadar bagi peringatan shj...kerana saya
adalah perwaris dari ilmu mat kilau ialah tok moyang saya sampai setakat ini shj buat saya
Reply
Izinkan saya baca untuk buat bahan rujukan dan diri saya.
Reply
Unknown April 7, 2018 at 9:23 PM
Assalamualaikum.
Izinkan saya baca untuk buat bahan rujukan dan diri saya.
Reply
berikut keterangannya:
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk
mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 35)
semoga qta wusul kepada dzat allah ta'ala, amien salam saudara 1 umat.
Reply
Izinkan saya membaca nya untuk mendapat keridhaan Ilahi...wasalam...terima kasih yang tak
terhingga..
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin
Reply
WHATSAPP : +6285921063064
BBM : SENTA88
LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM
‹ Home ›
View web version
-Awang Kenali-
~Selamat datang kepada semua musafir dunia sekalian. Blog ini melambangkan biduk dakwah
saya dalam pelayaran kehidupan seumpama cahaya kerdipan bintang-bintang di langit yang
menjadi tanda arah kepada pelayar-pelayar. Saya layarkan ilmu hakikat dan penbandingan
agama dalam mencari kebenaran di bawah satu cahaya yg HAQ. Kerana Allah jualah yg melayarkan kapal-
kapal di lautan luas. Fahami benar-benar wahai saudaraku, kerana "JALAN" itu tidak nampak dek mata dan kita
harus menusurinya untuk bahagia Dunia & Akhirat. Jika kamu tanya dengan apakah kita menusurinya....Ku
katakan dengan "CINTA ALLAH" itu lah kenderaan mu akan membawa kepadaNYA. Tiada Wujud melainkan
WujudMU Allah dan Muhammad PenyampaiNYA.
View my complete profile
Powered by Blogger.