Anda di halaman 1dari 8

RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA

Badan kita ini merupakan tempat tersembunyinya roh. Manakala disebalik roh pula, adalah
tempat tersembunyi rahsianya Allah. Diri kita ini menanggung dua rahsia.
Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia Allah. Rahsia Allah tersembunyi
didalam roh, manakala wajah roh pula tersembunyi didalam dada-dada kita semua. Untuk
mengintai kedua-dua wajah itu, tiliklah kedalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita
kenal dengan rata, InsyaAllah kedua-dua rahsia wajah itu akan dapat kita kenal dengan nyata
dan rata ( jelas dan terang )
Setelah kita mengenal diri dan asal saja kita mengenal roh, segala rahsia itu, tidak lagi menjadi
rahsia.
Apabila kita sudah mencapai kepada tahap makrifat kepada Allah, yang ghaib itu tidak lagi
menjadi hilang, yang hilang tidak lagi menjadi tanda tanya dan yang halus itu tidak lagi menjadi
sulit.
Apabila matahari sudah mula menerbitkan sinar cahayanya. Kabus tebal yang menyelubungi
kita, akan berlalu dengan sendirinya. Dengan berlalunya kabus diri, akan menjelmalah terang
sinar wajah Allah, tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal
Allah.
Oleh kerana terlalu terangnya cahaya Allah pada wajah sekalian makhlok menyebabkan
penglihatan kepada alam sudah menjadi kabur. Apabila pandangan terhadap makhlok sudah
kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab, dimana saja
dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah besertanya.
Diri kita ini telah menjadi rahsia disebalik rahsia. Rahsia kepada badan itu adalah roh, manakala
rahsia kepada roh itu adalah Allah. Roh tersembunyi disebalik wajah badan, manakala wajah
Allah pula terselindung disebalik roh. Kita ini banyak menyimpan rahsia ketuhanan. Apabila
badan boleh menyingkap tabirnya, maka kita akan dapat melihat roh,
Apabila roh pula menyingkap tabirnya maka Allah pula akan kelihatan melaluinya. Barang siapa
yang dapat merungkaikan kedua-duanya sekali, akan kenallah ia kepada Allah.
Keikhlasan dan ketulusan iktikad hati orang makrifat dalam memandang Allah itu, adalah dengan
membinasakan pandangan terhadap makhlok, sesuatu, benda dan terhadap diri kita sendiri,
Itulah caranya membawa kita melihat dan memandang Allah. Dengan terang dan nyata, pada
setiap apa yang kita nampak. Dengan cara itu, ianya akan membuka pintu-pintu ghaib dan
membuka kunci-kunci khazanah ketuhanan yang belum kita ketahui.
Kunci pintu khazanah yang ghaib akan terbuka apabila diri zahir memandang diri yang batin
( apabila badan mengenal roh = rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ),

Apabila roh sudah mengenal dirinya sendiri ( apabila roh mengenal roh ), itu tandanya kita telah
mengenal Allah. Taala (makrifat)
MENCARI ALLAH
Mencari Allah itu bukan didalam gua, bukit, mesjid, surau dan bukan di Mekah atau di negeri
Cina,
Tempat mencari Allah itu, ada didalam diri masing-masing. Belajarlah mengenal diri (roh), agar
Allah dapat kita kenal dengan terang dan nyata, Manakala tanggungjawab dan janji Allah kepada
kita sebagai hamba-hambanya adalah tidak sekali-kali menganiayai hamba-hambanya.
Kita tidak perlu takut kepada Allah, kerana Allah itu maha pemurah, maha pengasih dan maha
penyayang. Tidak pendendam. Tidak pembohonh, tidak pendusta dan tidak mungkur dengan
janjinya dan tidak akan menganiaya hamba-hamba nya, asal saja kita, tidak menyengutu,
mensyarikatkan dan syirik kepada Nya
Bagaimana Untuk Menzahirkan Allah ?
Untuk menzahirkan Allah, adalah dengan cara membinasakan sifat makhlok, termasuk
perbuatan, nama, sifat dan zatnya. Apabila sifat maklok sudah binasa, barulah sifat Allah
terzahir, selagi ada sifat makhlok, selagi itulah Sifat Allah tidak akan dapat kita zahirkan dan tidak
dapat
kita
pandang.
Setelah semua makhlok yang bersifat baharu ini dibinasakan dan dikembalikan kepada Allah,
barulah dengan sendirinya sifat Allah itu akan terzahir dipermukaan hati kita. Wajah Allah itu
akan ternyata terlihat dan terpandang oleh hati, apabila sifat makhlok telah bertukar wajah, dari
wajah makhlok kepada berwajah Allah.
Selagi adanya sifat diri kita dan selagi adanya sifaf makhlok, selagi itulah sifat Allah tidak akan
dapat dilihat, dipandang dan tidak akan dapat terzahir dipersada Alam.
Seumpama Nabi Musa melihat kepada Bukut Thur Sina, apabila sifat bukit yang dipandang itu
masih terlihat berwajah bukit, wajah Allah tidak dapat dipandang. Seolah-olah ianya terhijab dan
terselindung disebalik sifat bukit itu. Apabila sifat bukit yang dilihat itu tidak lagi kelihatan
berwajah bukit , sudah terlebur dan binasa, disitulah wajah Allah akan dapat terlihat dan
terpandang oleh mata hati kita.
Begitu juga apabila kita terserempak dengan harimau yang garang, apabila kita masih
beranggapan yang harimau itu bersifat haiwan yang garang, kita akan berperasaan takut dan
cemas.. Jika kita anggap / pandang sifat harimau sebagai wajah Allah, yang sama dengan
wajah-wajah sekalian makhlok lainnya, sifatnya yang garang itu akan bertukar menjadi lemah.
Setelah sifat makhlok tidak lagi kelihatan pada pandangan kita, barulah wajah Allah boleh dilihat
dipandang dan digambarkan dengan sejelas-jelas dan nyata melalui pandangan mata hati.
Disitulah nantinya apa yang kita pandang itu akan nampak Allah besertanya.
Selepas sifat makhlok terpadam, karam, dan hilang ghaib di dalam wajah Allah, semua wajah
makhlok yang kita lihat akan terpandang wajah Allah.

Pandang pada sifat harimau, akan ternampak wajah Allah. Pandang sifat bukit akan ternampak
wajah Allah. Dan pandang pada sifat diri kita sendiri akan terzahir wajah Allah.
Malahan Allahlah yang meliputi sekalian alam. Disitulah nantinya barang kemana dan barang
apa yang kita lihat, akan terpandang dan terlihat wajah Allah besertanya.
Mengenal diri itu, setelah tidak lagi tahu adanya diri. Mengenal Allah itu, setelah tidak lagi tahu
adanya makhlok. Ingatkan Allah itu, setelah tidak lagi tahu adanya ingatan kepada makhlok.
Tahu Allah itu, setelah tidak lagi tahu makhlok.
Adanya Allah itu, setelah tidak adanya makhlok.
Jika masih ada (wujud) perkara selain Allah, itulah mereka-mereka dalam berkedudukan syirik.
Syirik itu adalah dosa yang tidak diampun oleh Allah.
Oleh itu jauhilah syirik dengan membinasakan makhlok ! Setelah makhlok binasa, itulah tanda
Allah itu Esa, setelah Esanya Allah itu, barulah terzahir dan ternyatanya Allah Taala dipersada
alam
Ingat kepada Allah, setelah lupa kepada Makhlok. Selagi ingatan kita masih ingat kepada
makhlok, itulah tanda kita lupa kepada Allah.
Inilah sebenar-benar pengertian ingat (zikir) kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, seumpama diri
diwaktu tidur. Dikala kita sedang tidur, anggota mulut, akal, ikhtiar, kehendak dan seluruh
anggota jasad kita juga turut lupa kepada makhlok.
Lupa kepada makhlok, itulah cara dan kaedah ingat kepada Allah
"Allah menggengam roh ketika mati dan ketika tidurmu" Az-Zumar : 42
Setelah kita berjaya berserah diri semasa belum tidur, bilamana diketika sedang tidur, dengan
sendirinya kita dikatakan selamanya dalam keadaan berserah diri. Apa lagi diketika jaga.
Sebenarnya diri kita ini adalah tergantung dan terserah kepada Allah Taala. Apabila kita telah
sampai ketahap penyerahan yang hakiki / sebenar ianya akan diri kita kosong / fana' dan kosong
itulah sebenarnya diri kita.. Selagi belum jadi kosong / fana', itu bukan diri... Belum kenal diri. Jika
belum kenal diri, manakan bisa mengenal Allah
Sebutan Nama Allah yang kosong ( tanpa kehadiran rasa ), adalah permainan bibir yang kotor,
sesat lagi menyesatkan. Allah itu wujud ( ujud dan maujud pada segala sesuatu ) kenapa ingatan
kepada Allah, tidak dapat dizahirkan melalui sesuatu?
Firman Allah yang bermaksud :"Mereka mengatakan dengan mulutnya barang yang tiada didalam hatinya. Dan Allah lebih
mengetahui dari apa yang mereka sembunyikan"

Berzikirnya kebanyakan kita hanya menyebut-nyebut nama Allah dengan mengira jumlah
sebutan itu. Ingat / zikir kepada Allah bukan sekadar menyebut nama Allah, sekadar menyebut
nama Allah budak seusia 3 tahun pun boleh, malah burung tiong yang diajar untuk menyebut
nama Allah pun boleh..!
Zikir atau ingat kepada Allah itu hanya akan diterima Allah, bila ianya terkeluar dari bibir merekamereka yang mengenal Allah. Bila perkataan "Allah" terkeluar dari mulut orang yang tidak
mengenal Allah ( jika guna pembesar suara sekalipun ) ianya tidak mendatangkan apa-apa
makna
fakirabdillah at 6:25 PG

Anda mungkin juga menyukai